Ramalan Senario COVID-19 Malaysia Menjelang Hari Merdeka 2021

Suasana Pandemik COVID-19 di Malaysia di jangka menurun pada penghujung bulan Ogos, iatu menjelang Hari Kemerdekaan tahun ini.

Saya dapati perlu membuat ramalan ini kerana belum ada lagi ramalan terperinci cara ilmiah dan berasaskan data sebenar (empirical data)dari laman web global seperti World Health Organization(WHO) dan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramalan ini juga amat perlu bagi membantu memulihkan keyakinan rakyat yang kini amat takut dan keliru dengan suasana pandemik yang ada kini.

Membuat ramalan adalah kerja biasa saya. Sebelum ini saya membuat banyak ramalan pilihanraya. Kesemua ramalan pilihanraya kecil seluruh Malaysia dan pilihanraya negeri Sarawak yang pernah dipapar dalam blog ini ternyata tepat, begitu juga ramalan Pilihan Raya Umum sejak PRU 13 lagi, walaupun telah berbuat silap dalam ramalan pada PRU 2018. Itu pun ramalan saya tidak silap sepenuhnya, kerana pengundi Melayu telah terbukti tidak banyak berubah seperti dalam ramalan, kecuali dalam jangka masa setahun yang bermula dimasa kehangatan kempen sehinggalah setahun kemudian.

Selepas itu sentimen Melayu balik seperti asal berpaksi kepada semangat perpaduan Melayu, dan inilah yang kemudiannya menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, yang berpaksikan kuasa DAP. Pengundi Melayu, terutama orang muda di Semenanjung sesungguhnya terbukti kurang faham keadaan, terlalu beremosi dan mudah tertipu dan termakan hasutan yang membawa akibat buruk kepada bangsa sendiri- ingatlah lagu Seniman Agung P Ramlee ‘Janji Membawa Akibat’. Maaf, saya pula beremosi di sini.

Ramalan tentang kes covid saya rasa agak mudah berbanding ramalan pilihanraya. Ini kerana virus bergerak dan membiak mengikut sains dan gerakannya boleh di ramal dengan cukup tepat; hanya manusia yang menjadi penyebab variasi dalam jamgkitannya.

Ia membiak dan menjakiti manusia dengan kaedah yang tertentu dan di fahami manusia. Sebab itu Tan Sri Hisham Abdullah tak henti-henti menasihat kita menggunakan pelitup muka , menjaga jarak, mengggunakan hand sanitizer dan membasuh tangan selalu.

Banyak pula pembekal pelbagai jenama hand sanitizer yang muncul. Mujur ada juga jenama tempatan dimiliki usahawan Melayu seperti ANNUR SCENTED HAND SANITIZER yang sanggup bersaing dalam pasaran yang cukup sengit.

Kasihan Tan Sri Hisham yang tak jemu-jemu memperingatkan rakyat dah hampir setahun setengah. Yang dia ajar perkara mudah, tetapi manusia perlu diajar dan diperingatkan semua ini. Virus yang kita ingat bodoh tidak pula perlu diajar dan diperingatkan oleh nenek-datuk mereka ketika mengorak langkah!

Data saya gunakan untuk analisis ialah data jangkitan dan kematian di Eropah dan Amerika Syarikat. Ini adalah data sebenar dan boleh dipadankan dengan keadaan di Malaysia dengan tepat. Negara-negara ini boleh digunakan sebagai Senario Contoh kerana disanalah vaksinasi telah di laksanakan lebih awal dan kesannya semua ada dalam rekod WHO yang kita boleh akses pada bila-bila masa.

NegaraKes Mingguan Covid
/Kematian
Terburuk
(‘000)
Kes Mingguan Covid
/Kematian
Terkini
(‘000)
Kematian seminggu Setiap
100,000
Penduduk (Terkini)
Sudah Vaksin
Penuh
(%)
Eropah1,981/411,010/7.51.037.24
Amerika Syarikat1,745/23500/1.860.5648.75
UK413/8.7283/0.4470.6554.3
India2,739/29266/6.940.56.7
Indonesia350/9.1289/9.73.556.55
Thailand93.9/7.293.9/0.721.05.2
Malaysia90.5/1.090.5/1.03.5517.05
Statistik COVID-19 sehingga 19 Julai 2021 . . . . Sumber: World Health Organization

Jadual di atas menunjukkan data perbandingan beberapa negara yang sudah tinggi kadar vaksin dan negara yang belum lagi cukup vaksinnya. Eropah, Amerika Syarikat dan UK sudah mencapai kadar vaksin yang tinggi, oleh itu jumlah jangkitannya sekarang jauh menurun berbanding kes Jangkitan terburuknya. Kadar kematiannya pada setiap 100,000 orang penduduk pula jauh lebih rendah kini selepas vaksin mulai memberikan kesan.

Sehingga 19 Julai hanya 17.05% penduduk Malaysia yang sudah divaksin sepenuhnya, dijangka meningkat ke 50% menjelang penghujung bulan Ogos. Negeri Sarawak pula telah berjaya memvaksin lebih ramai penduduk dan sehingga kini tak kurang daripada 1.3 juta orang atau 46% penduduk telah divaksin sepenuhnya, menyamai kadar di Amerika Syarikat. Dengan ini Sarawak boleh digunakan sebagai satu lagi Senario Contoh bagi ramalan seluruh negara di hunjung bulan Ogos, bilamana kadar penduduk sudah divaksin sepenuhnya dijangka mencapai kadar 50%.

Memandangkan prestasi yang cemerlang dicapai dalam program Vaksinasi Negara setakat ini, dijangka Malaysia tiada masalah mencapai sasaran vaksinasi sebagai diumumkan. Tahniah YB Khairy Jamaluddin dan pasukan beliau dan kepada YAB Tan Sri Muhyddin Yassin yang telah memilih dan memberi kepercayaan kepada beliau. Sebagai penulis bebas, saya rasa YAB PM telah membuat pilihan yang tepat disini, sama seperti ketepatan dalam tindakan-tindakan politik beliau sebelum ini.

Dibawah saya olahkan empat senario COVID-19 yang boleh terjadi menjelang 31 Ogos di Malaysia:

MALAYSIAKES BAHARU SEHARIKEMATIAN SEHARIASAS SENARIO
Senario 16,17246Eropah*
Senario 26,90526Amerika Syarikat*
Senario 319,05330UK*
Senario 44,00023Sarawak**
4 Senario di Malaysia Menjelang 31 Ogos 2021. . . Sumber: *WHO dan **KKM

Penutup

Rumusan kajian ini menunjukkan Malaysia boleh mengalami seramai 4,000 kes baharu dengan 23 kematian sehari menjelang 31 Ogos 2021 dalam senario terbaik yang berasaskan data sebenar di Sarawak sekarang. Dalam senario terburuk pula Malaysia boleh berhadapan dengan Senario 3 dengan kira-kira 19,000 kes baru dan 46 kematian sehari.

Yang menariknya setelah mencapai kadar 50% vaksinasi pada ketika itu, kadar kematian tidak mungkin melangkaui 46 orang sehari berbanding dengan kira-kira 200 orang sekarang. Bilangan pesakit COVI-19 yang serious juga dijangka menurun mengikut nisbah yang ada, dan ini dijangka merengankan bebanan hospital dan infrastruktur kesihatan kerajaan. Wallahu a’lam.

.

.

DAH IKHWAN

.

DAH IKHWAN