Isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) kini hangat di bahaskan masyarakat sehingga mendorong beberapa pihak berdemonstrasi dengan tujuan mendesak kerajaan memansuhkannya.
PPSMI telah mulai di gunakan di sekolah sekolah rendah dan menengah pada tahun 2003 sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dahulu sebagai langkah mempersiapkan sumber tenaga manusia untuk menuju kearah negara maju dan dalam menghadapi era globalisasi.
Sejak itu, selama enam tahun, PPSMI telah berhadapan dengan pelbagai masalah yang berkaitan perlaksaannya, selain kesan negatif terhadap Bahasa Melayu dan pendidikan pelajar Melayu dan pelajar di luar bandar.
Polemik masyarakat tentang isu ini mudah difahami kerana masyarakat Melayu sesungguhnya cukup perihatin dengan prestasi anak anak mereka di sekolah dan nasib masa depan bangsa yang bergantung kepadanya. Ia sebenarnya bukan isu politik, tetapi suatu isu melibatkan seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira fahaman politik mereka.
Oleh itu terdapat ramai pemimpin politik yang memiliki pandangan yang bertentangan tentang isu ini samaada mereka berada dalam kem BN atau Pakatan Rakyat.Cuma bezanya yang menyokong PPSMI tidak begitu lantang bersuara, berbanding yang menentangnya, agaknya kerana terikat dengan pendirian rasmi parti politik masing masing.
Hanya perlu di ingatkan isu ini mudah menaikkan emosi aktivis aktivis dan segelintir pengikut mereka. Tidak hairanlah bagi Hishamuddin Tun Hussein dan Tun Mahathir mengingatkan rakyat jangan terlalu beremosi sehingga membiarkan demonstrasi jalanan menjadi penentu arah yang boleh menggadaikan masa depan Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lebih elok perkara ini ditangani secara bijak berasaskan kajian saintifik yang dikemukakan.
Tun Mahathir dan Mukhriz merupakan dua orang pemimpin Melayu yang mempertahankan PPSMI. Pendirian Tun Mahathir tentang perlunya Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemampuan bangsa dalam ilmu sains dan matematik ada kebenarannya. Malah ia juga mampu meningkat kemampuan negara sewaktu berhadapan dengan gelombang globalisasi.
Sudah tentu ramai juga mentakrifkan pendirian Tun Mahathir sebagai hanya mempertahankan tindakan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, dan Mukhriz sebagai anak yang setia.
Tapi, kita boleh juga mentakrifkan pendirian Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hadi Awang dan Khairi untuk memansuhkan PPSMI sebagai pendirian politik semasa yang popular di kalangan masyarakat Melayu.
Apapun keputusan kerajaan, hendaklah berpandu kepada kepentingan Bangsa Melayu dan kepentingan Negara dalam jangka panjang. Pendekatan yang tepat amat penting. Oleh itu ia tidak harus dibuat terburu buru secara emosional dan dengan demonstrasi jalanan, tetapi sebaliknya berpandukan hasil kajian yang telah dan sedang dibuat kerajaan. Malah banyak hasil kajian serupa di buat oleh negara lain dan di peringkat antarabangsa juga sepatutnya diberi perhatian.
Hasil Beberapa Kajian
Mengikut kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in Mathematics and science study, yang di petik oleh Wikipedia menyatakan prestasi pelajar Malaysia telah merosot dengan mendadak dari tahun 2003 hingga 2007. Malah kemerosotan ini adalah yang terburuk dialami diantara 59 buah negara dalam kajian. Perlu diingat ini berlaku sejak PPSMI dimulakan pada 2003.
Dalam kategori High Benchmark(skor 550), hanya 18% pelajar Malaysia dalam kategori ini dalam tahun 2007 berbanding 30% pada tahun 2003. Sebagai perbandingan lebih daripada 70% pelajar Singapura, Taiwan dan Korea tergolong dalam kategori ini.
Data di atas secara objektif menandakan pencapaian kita yang amat rendah berbanding negara negara tersebut, dan penurunan mendadak berlaku sewaktu PPSMI mulai digunakan di sekolah sekolah.
Penurunan yang berlaku bukan diluar jangkaan, kerana masalah pasti timbul di awal penggunaan PPSMI.
Tetapi adakah trend ini akan terus menurun atau sebaliknya meningkat pulih apabila guru dan pelajar dijangka bertambah fasih berbahasa Inggeris dimasa hadapan.
Banyak kajian telah dibuat tentang susana pembelajaran dalam bahasa bukan ibunda, boleh menjadi petunjuk dalam perkara ini.
Kajian antarabangsa dan tempatan rata rata mendapati pembelajaran dalam bahasa ibunda menghasilkan prestasi yang lebih tinggi daripada pembelajaran dalam bahasa asing. Antara sebab yang di petik termasuklaklah kesukaran pelajar memahami konsep matematik dan sains dalam bahasa asing dan juga kesukaran guru dalam menguasai bahasa asing.
Bagaimanapun masalah ini tidak timbul dalam negara seperti Singapura, Filipina dan India dimana banyak sekolah masih menggunakan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Malah pelajar Singapura mampu mencapai tahap antara yang terbaik di dunia.
Di Hong Kong yang mulai menukarkan bahasa pengantar dimajoriti sekolah kepada bahasa ibunda sejak beberapa tahun yang lalu mendapati prestasi pelajar dalam bahasa ibunda lebih baik daripada yang belajar dalam bahasa Inggeris(ref. Bilingual Research Journal, Summer 2003, by Yip, Din Yan and others).
Hasil kajian di atas nampaknya menunjukkan penggunaan bahasa asing sebagai pahasa pengantar dalam sains dan matematik sahaja, sementara semua mata pelajaran lain masih dalam bahasa ibunda, mengekang pencapaian dalam sains dan matematik di sekolah sekolah. Ini kerana suasana sedemikian hanya menggalakkan pelajar berinteraksi dalam bahasa ibunda sahaja dan membantut penguasaan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, perlu diingatkan data PPSMI di Malaysia hanya terdapat untuk lima tahun pertama penggunaannya (2002-2007). Biasanya, data sebegini terlalu singkat untuk dijadikan asas penilaian, kerana sudah pasti ia banyak menunjukkan kelemahan PPSMI di peringkat awal learning curve. Saya pasti data untuk lima tahun selepas ini akan menunjukkan peningkatan, meskipun di bawah pencapaian optima,yang lazimnya berlaku diperingkat berikutnya dalam learning curve.
Pada sudut lain pula, boleh dirumuskan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran adalah baik sama ada sekolah menggunakan bahasa pengantar Inggeris atau bahasa ibunda keseluruhannya, sungguhpun teething problems dialami dalam proses peralihan bahasa pengantar (masalah ini dialami oleh pelajar dalam bahasa Inggeris di Hong Kong). Kelemahan di peringkat awal penggunaan bahasa Inggeris di negara itu juga selari dengan learning curve pelajar di sana.
Bahasa Melayu tidak Mampu
Perlu diingatkan sesebuah negara tidak perlu menukar bahasa pengantar di sekolah kepada bahasa Inggeris jika bahasa ibunda mampu menjadi bahasa ilmu sains dan matematik. Dalam suasana begini pencapaian pelajar adalah terbaik tatkala belajar dalam bahasa ibunda.
Masalahnya pada masa kini bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa sains dan matematik yang boleh mengangkat martabat bangsa ke tahap global. Perkara ini banyak di bincang oleh Tun Mahathir dalam blog beliau.
Oleh itu jika kita ingin maju melalui Wawasan 2020 serta menerajui tamadun dunia Islam di masa hadapan, peranan bahasa Inggeris dalam pembelajaran negara tidak dapat diketepikan. Ini lah satu satunya pertimbangan utama, walaupun masyarakat bimbang kesan negatifnya terhadap jatidiri bangsa Melayu, kedaulatan bahasa Melayu dalam negara dan kesan sampingan yang negatif kepada pelajar melayu, terutama di luar bandar.
Kelunturan jatidiri Melayu tidak harus dibimbangi kerana kinipun masih ramai antara kita jenerasi lama yang dididik dalam bahasa Inggeris, termasuk saya sendiri. Kita masih Melayu, mampu menulis dalam bahasa Melayu dengan baik, tetap menyokong hak hak Melayu, dan amat penting, sanggup berjuang meninggikan martabat Melayu dalam negara dan dimata dunia.
Suatu Cadangan
Berpandukan hujah hujah dan penemuan dalam kajian kajian di atas, PPSMI seperti diamalkan sekarang memerlukan beberapa perubahan yang radikal. Ini kerana terdapat kelemahan asas dalam amalan sekarang yang tidak mungkin mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar. Ini pasti berpanjangan dan menjejaskan prestasi mereka dalam sains dan matematik.
Tetapi ini tidak bererti dasar pengunaan PPSMI sekarang perlu digugurkan, kerana ia pasti menjejaskan kemampuan pelajar Melayu dan negara dalam bidang matematik dan sains, dan seterusnya dayasaing negara di peringkat global.
Pendekatan hanya menggunakan PPSMI di peringkat sekolah menengah juga tidak praktikal kerana kesukaran pelajar menguasai bahasa Inggeris pada usia yang agak lambat.
Satu opsyen yang terbaik ialah dengan cara mengwujudkan beberapa sekolah beraliran Inggeris diseluruh negara. Dalam pendekatan begini, sekolah sekolah yang ingin menukarkan ke aliran Inggeris perlu membuat permohonan kepada kerajaan dan kelulusan boleh dibuat mengikut kesesuaian sekolah masing masing. Untuk menjaga martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, jumlah sekolah yang boleh perpindah kepada aliran Inggeris bolehlah di hadkan kepada 20%-25% daripada jumlah sekolah diseluruh negara.
Dengan opsyen ini semua sekolah yang diluluskan hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran, kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu.( opsyen ini telah dilaksanakan di Hong Kong selepas tahun 1997)
Opsyen di atas akan memberi peluang maksimum kepada pelajar menguasai Sains dan Matematik dan juga bahasa Inggeris. Dengan adanya kelompok pelajar ini ia mampu mengwujudkan suasana pendidikan yang lebih dinamik sambil menyediakan tenaga kerja yang lebih mantap untuk tugasan di luar negara , tugasan terjemahan, sektor pelancongan dan tugasan dalam syarikat multinasional.. Disamping itu ia juga mampu memantapkan kualiti IPTS yang kini merupakan suatu sektor yang penting, malah perlu bagi memberi saingan sihat lagi dinamik kepada IPTA dalam negara.
Bagi sekolah yang tidak terlibat, ia bolehlah diteruskan dalam bentuk sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa mengantar termasuk untuk mata pelajaran sains dan matematik. Bagaimanapun pengajaran bahasa Inggeris di sekolah sekolah ini perlulah diperkukuhkan, dengan meletakkannya sebagai bahasa wajib untuk lulus peperiksaan.
Dengan pendekatan ini, hanya akan wujud dua aliran sekolah di Malaysia, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Aliran untuk setiap pelajar harusnya ditentukan oleh kerajaan, dimana pelajar dari kaum Melayu, Cina,India dsb. berpeluang juga mempelajari bahasa dan sastera ibunda mereka.
Ia akan melahirkan generasi yang lebih bersatupadu dan suasana pendidikan yang kompetitif dan dinamik perlu bagi melahirkan satu bangsa berkonsepkan satu Malaysia yang maju dan disegani di peringkat global.
Opsyen ini juga mampu memantapkan bahasa Melayu dalam semua bidang pelajaran termasuk sains dan matematik.
Opsyen ini dijangka sensitif dari segi politik semasa, tetapi setiap masalah pasti boleh ditangani jika kerajaan memiliki kesungguhan untuk melaksanakannya secara terancang dan dengan bijaksana..
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
DAH IKHWAN
Artikel Menarik
1. Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13
Saya fikir PPSMI boleh dikekalkan . Supaya tidak menindas murid-murid yang fasih berfikir dan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia , Kementerian harus membenarkan pelajar menjawab soalan peperiksaan sains dan matematik dalam apa jua bahasa yang mereka minati walaupun didalam situasi belajar dan mengajar mereka terpaksa memakai Bahasa Inggeris. Opsyen ini boleh dimulakan dari peringkat sekolah rendah sampailah ke universiti. Selain itu dalam kertas peperiksaan yang berkenaaan, mereka boleh memilih mana-mana soalan untuk dijawab dalam mana-mana bahasa mereka sukai( tidak termasuk Bahasa Tamil atau Cina). Syarat lain kekal, yakni dalam apa jua bahasapun yang dipakai untuk menjawab soalan ‘bahasa rojak’ tetap pantang. Kiranya Kementerian sudah melaksanakan cadangan ini,syabas. Kalau belum, boleh cuba.
Sekian, Harap Datuk sentiasa dalam keaadan sihat walafiat.
Malaysians need to have an open mind about learning if they want to progress. Mastering the use and knowledge of English is one of the ways, and the key to International trade and commerce, Science and Technology.
The history of English is only of a few hundred years. English absorbed a lot of words from French, Dutch and many other European languages. The English language of science sand mathematics uses a lot of Latin and Arabic words .The English here is more of an International language.
1000 years ago Bagdad was the world centre of knowledge. Scholars from all over the world came to Bagdad to learn and do research. Books from the Greek Perisa and China were all translated into Arabic. Everyone wanted to learn Arabic.
After the Mongols torched Bagdad, all the books were gone. Luckily some books were translated into Latin especially the medical texts which had been used for centuries in the west.
Only in the last 200 hundred years most sciencetific discoveries , trade and wealth happened in the English speaking world US and UK (including all the colonies) which makes English attractive to people who want to progress.
India after independence still uses English which makes them one of the top IT nations. China, opening up 30 years ago, have millions of Chinese learning English.These two nations have the largest number of oversea students in US, Australia and Canada
Maybe one day Malaysians can innovate and discover somethings that the outside world will use some Malaysian words into their scientific and mathematical terms.
Meanwhile lat us master their language and learn from them.