Prestasi Parti DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara dengan sokongan yang amat tinggi dari masyarakat Cina, terutama di Sarawak. Jika sebelumnya DAP memiliki hanya 6 kerusi DUN Sarawak, kini ia telah berjaya memenangi 12 kerusi, iaitu peningkatan 100%. Dengan keadaan ini, mengikut kiraan kita DAP akan memenangi 6 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU 13 berbanding hanya 1 kerusi yang ada sekarang.
Mengikut analisis regression kita, sejumlah 75% pengundi Cina telah mengundi DAP pada pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini, berbanding dengan hanya 60% pada PRU 2008, satu peningkatan sebanyak 15%.
Jika keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, berpandu kepada model regression kita, maka DAP akan mampu memenangi 34 kerusi Parlimen di Semenanjung dan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak, menjadi 43 kerusi kesemuanya di Seluruh Malaysia. Malah ia boleh meningkat kepada 50 kerusi jika usaha DAP di kawasan Bumiputera Bukan Islam berjaya. Dengan ini, DAP akan menjadi parti teras atau tunjang kepada Pakatan Rakyat, mengatasi PKR dan PAS.
Perlu diingatkan DAP kini berusaha meresapi di kawasan Bumiputera bukan Islam dengan memainkan isu isu agama Kristian, isu tanah NCR dan dengan rancangan penyatuan dengan Parti SNAP di Sarawak. Nampaknya program mereka sungguh strategik dan mantap.
Dengan keadaan demikian, seluruh masyarakat Cina akan berdiri dibelakang Parti DAP dan pasti muncul sebagai parti dominan dan kedua terbesar selepas UMNO.
Agaknya senario ini mendorong Parti PAS berusaha luarbiasa hendak menggantikan UMNO sebagai Parti dominan Melayu, jika tidak Parti PAS dan PKR akan hanya wujud sebagai dua buah parti penyokong kepada kuasa DAP dalam Pakatan Rakyat. Pendekatan ini kini lantang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
PAS telah mengambil langkah pertama kearah itu, mengubah landas perjuangannya, dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka. Ini membolehkan PAS dan DAP berkerjasama dengan lebih erat lagi, walau sekalipun tanpa melalui PKR sebagai pengantara.
Pendekatan ini sesungguhnya mengundang risiko besar kepada PAS, tidak kurang juga kepada UMNO sebagai Parti dominan Melayu, kepada perpaduan politik Melayu dalam PRU ke 13 dan kepada dominasi politik Melayu di negara ini dimasa hadapan.
Soalnya apakah kesan langkah PAS ini kepada Parti itu sendiri. Umum tahu PAS mendapat tempat yang berkekalan di hati masyarakat Melayu setakat ini kerana perjuangan Islamnya. Pada prinsipnya, ia bukanlah sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hak Melayu. Kini pula ia menjadi sebuah parti kebajikan rakyat, seperti UMNO bukan lagi sebuah Parti Islam.
Dengan mengubahkan landasan perjuangannya, dijangka PAS akan mengundang risiko baru pada PRU 13 ini. Dijangka sebahagian pengikut tegar mereka( kerana perjuangan Islam Parti) sekurang kurangnya marah dan mungkin tidak akan turun menggundi, seperti berlaku kepada UMNO dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Sebaliknya, sebahagian sektor undi Melayu liberal yang dulunya tidak menyetujui dasar Islam PAS dijangka kini mulai bersimpati kepada PAS.
Bagaimanapun, sebarang usaha PAS hendak menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat akan pula terhalang oleh cara pengagihan kursi parti parti komponan Pakatan Rakyat itu sendiri. Dijangka PAS hanya bertanding dalam kira kira 80 kerusi parlimen sahaja dan berhadapan pula dengan Parti UMNO. Dengan keadaan demikian maka adalah mustahil PAS akan mengatasi kekuatan DAP dalam Parlimen selepas PRU 13.
Jika kita teliti kembali corak pengundian yang lepas, undi Melayu untuk UMNO di atas pagar adalah dalam lingkungan 10%, dan tidak mungkin PAS mendapat kesemuanya, walau dalam senario prestasi UMNO yang terburuk sekalipun. Inikan pula dalam suasana politik Melayu dan India yang kini sedang memihak kepada UMNO dan BN.
Jika corak pengundian setiap kaum di Sarawak dan di beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini dijadikan ukuran, kita nampak pengundi Melayu telah mulai beralih kembali kepada Barisan Nasional, akibat polarisasi kaum Cina di belakang DAP. Keadaan ini membayangkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan untuk mengekal kuasa politik Melayu/Buiputera yang sedia ada.
Apalagi ketika timbulnya isu murtad yang kini mulai diyakini sebagai ada kebenarannya dan berpotensi menjadi ancaman kepada aqidah masyarakat Islam di Malaysia.
Kita telah membuat kajian mendalam tentang kesetian penggundi Melayu terhadap UMNO berasaskan rekod penggundian dalam Pilihanraya Umum sejak tahun 1995. Apa yang kita dapati menunjukkan bahawa masyarakat Melayu memberi kesetiaan yang cukup teguh kepada UMNO sungguhpun undi Melayu kini berpecah tiga di Semenanjung Malaysia. Jadi sebarang harapan Parti PAS untuk mengganti UMNO sebagai parti dominan masyarakat Melayu tidak mungkin terjadi dalam masa PRU ke 13 atau 10 tahun selepas itu (sila rujuk kepada artikel artikel ramalan pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak dalam blog ini).
Dalam senario yang paling ekstrim hari ini, Parti PAS atau Pakatan Rakyat akan hanya berjaya memburukkan lagi perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sahaja sambil mengukuhkan lagi dominasi Parti DAP dalam Pakatan Rakyat.
Mungkin ada yang berkata, apa salahnya Pakatan Rakyat berkuasa walaupun dengan DAP sebagai parti komponan yang dominan. Dalam perkara ini kita perlu fikir sedalam dalamnya risiko yang dihadapi akibat suasana sedemikian. Pertama kemampuan kita mempertahan hak Melayu dan kedudukan Agama Islam yang ada sekarang akan luntur.
Kedua, dengan status yang lebih dominan, mungkin timbul desakan desakan dari Parti DAP untuk mengubah sempadan pilihanraya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya serta menambah kerusi untuk kaum mereka secara berkekalan. Adakah kita sanggup berhadapan dengan risiko risiko ini?
Ketiga, Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan mungkin juga sebagai PM jika sesuatu yang buruk menimpa Perdana Menteri. Malah, sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat, DAP berhak dan berkemampuan menentukan beliau atau anak beliau, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia, jika mereka berkuasa.[ Utusan Malaysia bertarikh 15 Septermber 2011 dalam ruang Isu Isu akhbar Cina memetik akhbar Nanyang Siang Pau sebagai melaporkan pengerusi DAP Negeri Sembilan, Lock Siew Fook sebagai berharap DAP dapat menubuhkan Kerajaan selepas PRU 13 dengan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.]
Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah bangsa yang punyai toleransi yang tinggi dan memiliki nilai nilai agama yang menitik berat soal kebajikan dan keadilan. Sikap ini juga yang telah membiarkan ekonomi negara dikuasai orang lain. Apakah yang kita dapat harapkan daripada bangsa yang tidak mengamal nilai nilai ini jika mereka berkuasa? Saya yakin anda tahu jawapannya.
Kita rasa kaum India juga kini sedar bahaya ini. Hasil daripada tinjauan tinjauan pendapat menampakkan mereka kini yakin yang hanya Kerajaan BN sahaja yang perihatin dengan kehendak kehendak kaum mereka.
DAH IKHWAN
Artikel berkaitan:
1. Pengundi Cina senyap senyap mendaftar tetapi pengundi Melayu masih lalai
2. Perhimpunan Bersih
DAH IKHWAN
Salam Hormat
Berapa banyak kerusi Parlimen yang UMNO mampu menang pada PRU-13? MCA?
Saudara,
Setakat ini masih agak sukar meramal dengan tepat. Insyallah saya akan buat ramalan di saat kempen pilihan raya nanti apabila suasana sentiment rakyat nampak lebih jelas.
DAH Ikhwan,
MAAF kerana banyak kesilapan data:
?
…Dalam PRU12, daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperolehi 140 (63.1%) kerusi, penurunan sebanyak 58 kerusi. UMNO antara parti paling dominan memperolehi 79 (35.6%) kerusi daripada 140 jumlah kerusi BN, penuruan sebanyak 30 kerusi. MCA parti komponen kedua terbesar BN memperolehi 15 (6.8%) kerusi, penurunan sebanyak 16 kerusi. MIC parti komponen ketiga BN memperolehi 3 (1.4%) kerusi, penuruan sebanyak 6 kerusi. GERAKAN memperolehi 2 (0.9%) kerusi, penurunan sebanyak 8 kerusi. Buat pertama kalinya Kerajaan BN yang ditubuhkan pada tahun 1973 hilang kuasa dua pertiga majoriti di Parlimen…
Dalam PRU 12, parti pembangkang memperolehi 82 (36.9%) kerusi parlimen, peningkatan sebanyak 62 kerusi berbanding PRU11 tahun 2004. Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperolehi 31 (14%) kerusi, peningkatan sebanyak 30 kerusi. DAP memperolehi 28 (12.6%) kerusi, peningkatan sebanyak 16 kerusi dan PAS memperolehi 23 (10.4%;) kerusi, peningkatan sebanyak 16 kerusi. Di peringkat negeri, parti pembangkang juga telah memperolehi kejayaan yang di luar jangka. PAS terus berjaya mengekalkan kerajaan negeri di Kelantan. Gabungan Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dan hampir berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan.
Fenomena ini adalah satu isyarat bahawa pengundi tidak lagi memihak kepada BN dan boleh berubah mengikut keadaan semasa. Mengikut Balasubramaniam, (2005) corak pilihan raya umum di Malaysia di masa-masa lepas bersifat “politics of locality and temporality”. Walau bagaimanapun, faktor-faktor penentu kepada corak pilihan raya dan gelagat pengundi di Malaysia yang dikatakan sentiasa memberikan kemenangan dua-pertiga majoriti kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lepas ialah faktor-faktor: –
1. Kepercayaan terhadap parti dan kerajaan
2. Tahap partisan di kalangan rakyat
3. Minat dalam politik
4. Kepercayaan kepada keputusan pengundian
5. Pengaruh media
6. Kempen politik
7. Budaya dan komposisi masyarakat, dan
8. Geografi
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2961/1/SP_KPP0817.pdf
DAH Ikhwan
Salam Hormat
Ramalan Tun Daim Zainuddin
(hung parliament from twenty percent voters due to low turnout)
Daim warns of hung parliament
Posted on 5 March 2012 – 05:30am
Last updated on 5 March 2012 – 11:43am
Kong See Hoh
newsdesk@thesundaily.com
UMNO veteran Tun Daim Zainuddin (pix) does not discount the possibility of a hung parliament if many people choose not to vote in the next general election as a result of too much political bickering and mudslinging.
To avoid this situation, he said members of Umno and other Barisan Nasional component parties should stay loyal and vote for the coalition.
Otherwise, it means the opposition may win more parliamentary seats, resulting in neither BN nor the opposition having a governing majority in the parliament.
At present Malaysia has 222 parliamentary constituencies.
Daim, a former finance minister, said a hung parliament will be painful and bad for the country given the lack of political stability.
In an interview with China Press last week, Daim said too much political bickering had made the people sick, and they may decide not to come out to vote, which is “dangerous, and may result in a hung parliament”.
“If the central government drags its feet on problems, and if Pakatan Rakyat state governments do not deliver, the people may become apathetic and stay out (of the elections) and watch from the sidelines. This can result in the crisis of a hung parliament.”
In the 2008 general election, the wind of change in favour of the Opposition resulted in the BN losing its two-thirds majority in the parliament.
BN won a total of 140 seats against Pakatan’s 81.
With the 13th general election expected to be called soon, Daim, who was a long-time Umno treasurer, predicted that PR will keep Penang and Kelantan but lose Kedah, and face fierce battles in Selangor and Perak where both coalitions have a 50-50 chance of winning.
He said given the right choice of candidates, BN can win back Selangor. The key is having fresh faces, he said.
He said BN needs a good leader to lead the charge in Selangor, a fresh face who can match Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
“No matter what outsiders say, Khalid gives people the impression he is clean. This is important. It is not easy for BN to win back Selangor, but there is chance,” he said.
He said the non-Malays in Selangor still very much support the PR although not as strong as they did in the last general election.
Daim foresaw problems for the Selangor PR over the sacking of PAS vice-president Datuk Hasan Ali by a party known to stress on fairness and justice.
WHAT TUN DAIM SAID IS REALISTIC N UMNO BN MUST TAKE MEASURES TO RECTIFY ANY SHORTCOMING.THE MALAYS MUST STRONGLY SUPPORT UMNO UNDER BN BECAUSE IF PAKATAN RAKYAK WON THEN MOST LIKELY DAP WILL BE THE DOMINANT AND WILL DETERMINE MOST OF THE COUNTRY FUTURE SOSIO ECONOMICS ISSUES LIKE MALAY PRIVILLEGES,ISLAM KUASA RAJA ETC.
MALAYSIA ESPECIALLY MAL;AYS AND INDIAN MUST UNITED AND DONT TAKE RISK OF VOTING PR BECAUSE THEY HAVEGOOD NO TRACK RECORD AND MOST COUNTRIES IN THE MIDDLE EAST WHICH CHANGE THE GOVERNMENT STILL IN THE LIMBO AND THE WELL BEING OF THE PEOPLE STILL IN THE LIMBO.
DONT SPOIL THE NATION JUST FOR THE SAKE OF CHANGE AND TO MEET THE LUST OF CERTAIN INDIVIDUAL TO BE THE FUTURE PM OF MALAYSIA.JANGAN YG DIKEJAR TAK DAPAT YG DIKENDONG KECICIRAN.
aku ingatkan kamu professional buat analysis tentang pilihan raya dan politik Malaysia.Tapi malang kamu cuma nak menakutkan kaum melayu.kamu buat analysis tepat Tapi separuh tepat saja.bolehkah dap menang kesemua kerusi yang di tandingnya dan mungkinkah pas pkr akan kalah separuh dari kerusi yang di tanding.itu yang patut kamu betulkan.Tapi ya la kamu cuma nak takutkan kaum melayu.jadi tak mungkin kamu cerita apa yang sebenarnya.
berapa agaknya kamu dibayar untuk tulis blog ini. sokonglah orang yang baik bukan sokong siapa saja asalkan sebangsa tapi tipu curi harta rakyat.Saya rasa rakyat dah sedar
Nampaknya Saudara power amulet begitu penuh emosi. Saya seorang penganalisis professional dan saya berbangga dengan pendirian ini. Sebanyak 12 daripada 13 ramalan pilihanraya kecil dan negeri yang saya buat dalam blog ini terbukti tepat, tidak kira keputusannya memihak kepada sesiapa.
Jangan begitu mudah menuduh orang menerima apa apa bayaran sama ada daripada UMNO ataupun DAP untuk membuat ramalan yang memihak kepada mereka. Saya rasa tak mungkin parti parti politik seburuk itu, kalau ada pun tak mungkin artikel yang dihasilkan cukup berkualiti.
Apa yang Saya katakan tidak keterlaluan.reality kita semua tahu di dalam politik media menang memberi pengaruh yang besar kepada pengundi untuk memilih calon dan party dalam pru.maka tak menjadi pekara yang mustahil kalau ada bloger yang di upah untuk menjadi sebahagian dalam rancangan untuk menhadapi pru13.orang melayu selalu takut dan mudah di takutkan.jadi tak sukarlah kalau saudara nak menakutkan mereka dengan dap dan pm cina. Kalau tak betul cuba buktikan bawa dap boleh jadi teras dalam kerajaan dan boleh jadi pm.
Tak tahulah jika parti parti politik samaada kerajaan atau pembangkang sanggup merasuah bloggers. Jikapun ada, diharap tak ramai yang termakan umpan. Bagi saya, wang hanya memberi rahmat bila diperolehi secara halal. Lagipun, dengan usia saya sekarang, kita sepatutnya hanya memikirkan amal jariah dan menuntut keredhaan Allah, semoga umat Islam di Malaysia ini selamat dan makmur. Segala tulisan saya hanya berlatarkan perkara pokok ini.
Saya tidak taksub kepada BN dan tidak sama sekali memusuhi PAS. Sebaliknya, bagi orang politik mereka tidak dapat berfikiran bebas kerana perlu mempertahankan kelompok partisan masing masing.
Ok syabas kepada tuan bloger.
Saya pun tak berpihak kepada sesiap.cuma tak suka dibodohkan dan tak mahu sesiapa menjadi bodoh.negara kita maju dan kaya jikalau demokrasi yang sebenarnya diamalkan.saya rasa anda pun tahu bertapa kotornya politik sekarang.kalau tak demokrasi macam mana kita nak dapat pemimpin yang baik.tak kira siapa jadi kerajaan asalkan demokrasi yang sebenar dapat diamalkan rasuah dapat dikurangkan.janganlah kerana kuasa sampai ada pemimpin yang sanggup menipu seribu macam untuk terus berkuasa.rela berikan kerakyatan kepada pati.semua penjawat awam dia perkudakan sebai alat kerajaan.jadi macam mana nak dapat kerajaan yang betul betul buat untuk rakyat kalaulah mereka boleh merancang undi untuk mereka dengan adanya spr yang berpakat dengan parti polotik itu.adakah anda setuju bahawa sistem kita tak betul dan tak adil bagi parti yang bertanding dalam pru
Saudara power amulet.
Tujuan Bersih itu baik, sebab itu ia mendapat sambutan dari ramai orang.Kita sudah nampak hasil perjuangannya. Alhamdulillah, semoga ini akan dimanfaatkan rakyat melalui sistem pilihanraya.
Kita sedia maklum transformasi dibawah Najib tidak terhad kepada tuntutan Bersih sahaja. Ia juga meliputi pembubaran ISA, pemindaan akta rasuah dan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Transformasi Ekonomi, Transformasi pentadbiran Kerajaan dan sistem kehakiman. Terlalu banyak dan melebihi transformasi dibawah 4 Perdana Menteri sebelumnya.Namun sistem demokrasi kita tidak perfect…tapi negara mana ada sistem yang perfect?
Kini bandingkan dengan Anwar. Apa tujuan beliau memperkuda Bersih. Bayangkan jika pihak polis gagal mengawal keadaan. Hanya perlu dua tiga orang, rampas senapang polis, tembak perusuh…esok jutaan orang akan merusuh membalas dendam terhadap kerajaan dan polis. Tidak mustahil kerajaan ditumbang dalam keadaan demikian. Siapakah akan beruntung? Bukan Ambiga, tetapi Anwar. Relakah kita sebagai rakyat Malaysia?
Sebelum itu Anwar nak tubuh Kerajaan dengan 30 orang ahli parlimen berpaling tadah. Tak pernahpun ahli parlimen dimana mana dalam dunia ini seramai itu berpaling tadah sekali gus tanpa dorongan yang amat menarik atau disebabkan pertembungan prinsip yang membahayakan. Kemudian timbul dakwaan daripada bekas kuncu beliau Raja Petra Kamaruddin (RPK) tentang janji rasuah Anwar untuk MPs ini. Kemudian timbul pula desas desus apa yang berlaku berikutnya.
Akhir sekali dengan segala kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan dalam Parti PKR, bandingkan pula dengan transformasi demokratik sistem pemilihan dalam UMNO di bawah Najib. Macam langit dan bumi, siapa yang demokratik dan siapa yang berbohong?
Saudara yang bijaksana kalaulah betul najid mahu buat perubahan kenapa masih lagi ada media yang menjadi alat dan tak bebas.apa yang dikatakan hampuskan isa tapi apa yang berlaku di kemunting sekarang.kalau betul najid ikhlas dah lama pas masuk dengan umno.kalau betul niat najid baik taklah memperalatkan polis dalam kes bersih 3.saudara setuju tak kalau polis tidak buat sekatan dan biar mereka duduk di dataran.kejadian yang kita nampak tidak akan berlaku.setuju tak bahawa adanya cubaan dari polis dan orang ketiga yang cuba buat perhimpunan bersih menjadi huru hara.ini semua adalah satu rancangan.saya bukan sokong anwar tapi bandingkanlah keluarga anwar dan najid siapa lebih beragama.apa apa yang tak baik cuma media umno yang ada adakan.kita tak mau hantam pribadi kita mau realiti.anwar liwat ke apa ke.itu dia punya pasal.kita tak dapat buktikan.yang penting
Saudara, seperti yang saudara kata, politik itu kotor. Janganlah biar diri kita dimanupulasi oleh orang politik. Yang penting, kita perlu fokus kepada keamanan dan kemakmuran negara dan segala tindakan yang mendorong keadaan huru hara harus kita tolak kerana ia menimbulkan distrust dan kebencian diantara rakyat dengan rakyat dan diantara rakyat dengan kerajaan dan jenteranya. Demokrasi tidak mungkin hidup subur dalam keadaan demikian.
Berbalik kepada soal Anwar, sebagai seorang Islam saya tidak rela pemimpin dengan image problem memerintah negara Islam. Demokrasi di Amerika Syarikat subur sebab rakyatnya deserve itu. Mereka tidak taksub kepada sesiapa dan seseorang calon jawatan tinggi tahu mengundur diri apabila salah laku diketahui umum, tak payah hingga bawa ke mahkamah.
Saudara Power amulet, maaf saya tak dapat luluskan komen anda terakhir kerana terlalu banyak tuduhan yang melulu dan ada yang jelas tak betul. Saya nasihat saudara tulis semula komen itu sebelum saya dapat paparkan di sini.
Terima kasih saudara bloger yang taat kepada tuannya.saya bukan menuduh teetapi ingin cari kebenaran.saya tanya pada saudara adakah betul benda tu.tapi kalau tiada Jawapan yang boleu di jawap jadi tiada guna saya bertanya.k sekian
Saudara power amulet, soalan seperti ini sukar saya nak jawab sebab saya hanya seorang pemerhati macam saudara juga. Tuduhan dan spekulasi rasuah dan kronisma seperti ini memang banyak di internet dan saudara harus akui yang kesemuanya berunsur politik. Jika tidak, mengapa kesemuanya diarahkan kepada orang politik.
Bagi saya, saya teliti sumber tuduhan itu, sama ada ia bermula dari sumber yang terdekat dengan yang dituduh atau ada bukti bukti lain yang sahih seperti dokumen atau gambar atau video. Itupun kena hati hati sebab gambar dan dokumen kini boleh dimanufacture sehingga kelihatan sahih. Tetapi, anda harus adil, jangan fokus kepada kelemahan pihak kerajaan sahaja. Anda harus juga lihat kelemahan yang ada dipihak pembangkang juga.
Akhirnya, kita kena timbang siapa yang boleh dipercayai demi kesinambungan dan kemajuan demokrasi dan kemakmuran negara. Setakat ini BN mempunyai track rekod yang terbaik dalam Asean dalam mengamalkan demokrasi. Ini untuk kepentingan semua kaum dan berasas kepada penyertaan mereka. Bayangkanlah apa akan terjadi jika tiada wakil Cina dalam kerajaan. Mereka akan tersisih dari arus politik perdana dan akan terdedah kepada whim and fancies of the majority sebab ini akan memperkukuhkan kemelayuan Malaysia. Ramai orang Melayu suka ini, tapi bagi orang Cina, bagaimana?
Sesekali anda mengatakan anda penganalisis bebas , tidak memihak kepada mana2 parti . Tapi bila dibaca penulisan anda dan komen2 anda .. sudah menampakkan bias anda kepada BN .
Anda tak perlu takut nak zahirkan sokongan kepada BN mahupun PR tapi janganlah memakai topeng bebas . Anda merosakkan apa yang dimaksudkan bebas dan adil .
Saudara Usop,
Terima kasih atas komen saudara. Memang agak sukar bagi seorang yang berjiwa Melayu untuk 100% bebas dan lari daripada perjuangan Melayu. Begitu juga media media lain samaada di dalam atau luar negara, mereka semua dibayangi oleh bangsa mereka. Maka dengan itu BBC, Aljazeera atau CNN, kesemuanya melihat dunia melalui kacamata mereka. Bezanya ialah blog atau media yang condong atau diwujudkan oleh parti parti politik yang mana fitnah, pembohongan dan kata kata kesat berleluasa. Sebagai seorang Melayu, saya wajib perihatin dengan nasib bangsa Melayu dan membantu warga internet, termasuk anda, dengan analisis belandaskan data data yang tepat. Sebagai seorang Melayu, sudah tentu saya ingin melihat kedua dua Parti Melayu, iaitu UMNO dan PAS terus berjuang untuk Melayu dan Islam.
Sebagai saorang yang teknnikal saya tidak nampak analisa Dahikwan bias.Beliau cuba memberi satu analisis berpandukan fakta yang ada dan seterusnya memberi pandangan dan ramalan.Sekira saudara power amulet sukakan sweet music untuk PR sila layari blog sahabat saya Sakmongkol Ak47 dan sdr Aspan Alias.Di sana saya pasti power amulet akan lebih selisa dengan music yang digemari.WallahwuA’lam.
What a biased piece of crap, and you have the cheek to call this an “independent analysis”. Your blogroll is evidence of where your allegiance lies!
Seperti saya nyatakan terdahulu saya adalah seorang Melayu beragama Islam. Oleh itu tulisan saya mencerminkan perjuangan sebagai seorang Melayu dan beragama Islam. Jika perjuangan UMNO dan PAS menepati landasan perjuangan ini, maka komen komen saya nampak condong kearah ini dan sebaliknya jika mereka terglincir dari perjuangan itu, saya akan tegur demi kepentingan bangsa dan Agama….dan saya bukanlah seorang ahli dalam parti parti ini.
Perlu diingatkan blog ini terbuka kepada semua kaum yang menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan bukan semua yang memberi komen itu orang Melayu. Oleh itu, sudah dijangka ada yang memberi komen yang yang tiada simpati kepada perjuangan kita.
Benarkah bukan islam atau bgsa selain melayu blh jadi PM? bukankah perlembagaan dh tetapkan PM mesti Islam dan Melayu?. walaupun dap dpt majoriti tp masih terhalang oleh ketetapan perlembagaan. cthny,yg berlaku di Perak. dap xblh jd MB wlu dpt majoriti.
Saudara Ikhwan Muslim, Perlembagaan Malaysia tidak menghadkan Perdana Menteri itu semestinya Melayu atau Muslim. Dalam kes negeri Perak betul ada peruntukan menetapkan yang menteri besar mestinya Melayu.
Kita tak boleh menyatukan perkataan Melayu dan Islam. Melayu x semestinya Islam (Kalau hina Hudud) dan Islam tak semestinya Melayu. Atas satu alasan inilah sebenarnya PAS tak boleh bergabung dengan UMNO!! Ladih wadah perjuangannya. Blog ni nampaknya lebih kepada racist bukan politic bias.
Saudara Wabwas,
Saya sedar ada elemen dalam PAS yang lebih selesa dengan UMNO dan ada pula elemen yang lebih selesa dengan DAP. Sebenarnya kerjasama dengan DAP tidak menjadi masalah jika PAS dapat mengawal DAP seperti UMNO mengawal MCA dan MIC. Jika tidak perjuangan parti PAS tidak akan kemana.
Dalam keadaan pengagihan kerusi sekarag, PAS tidak mungkin dapat menjadi parti dominan. Oleh itu DAP akan menjadi parti yang dominan, dan keadaan ini akan membahayakan bangsa Melayu dan agama Islam.jika Pakatan Rakyat berkuasa.
UMNO juga tidak dapat mengawal MCA, kita lihat sendiri apakah reaksi Najib ketika Choi Soi Lek menghentam dan menghina Hudud? Walhal Najib duduk bersebelahan dengan beliau waktu itu. Yelah, inikan satu analisis. Macam-macam versi boleh keluar. Apa pun kita tunggu dan lihat PRU 13 nanti. Pada analisis saya pula, analisis saudara akan jauh terpesongnya.
Saudara Wabwas,
Saudara dan para pembaca sekalian dijemput membaca artikel ramalan ramalan piliharan raya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak dalam blog ini. Anda akan nampak betapa tepatnya ramalan yang telah dibuat. Sila klik halaman yang berkenaan di bawah ‘Categories’ di atas sebelah kanan.