Berikut ialah terjemahan artikel daripada akhbar The Star bertajuk ‘Down To Earth Tycoon’ bertarikh 19 September, 2011.
Tan Sri Robert Kuok jarang kali bercakap kepada media, jadi tatkala diinterviu oleh Central China Television (CCTV) baru baru ini, ia mendapat liputan meluas dalam akhbar berbahasa Cina tempatan.
Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat.
Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.
‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV.
Diantara topik yang dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau.
Kuok menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.
“Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.
Hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28 buah di negara China.
Kuok berkata perhotelan, sebagai sebuah industri perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.
“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau.
Ketika disoal sama ada beliau tidak setia kepada sesuatu industri kerana beroperasi dalam pelbagai industri seperti gula, perhotelan dan media, beliau menjawab tidak, kerana industri industri ini adalah saling berkaitan.
Sambil mengingati tahun tahun awal dalam alam perniagaan, Kuok berkata ibu beliau Tang Kak Ji dan saudara saudara beliau telah menubuhkan syarikat Kuok Brothers Ltd sejurus selepas kematian bapa beliau pada tahun 1948.
Dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah, beliau mencadang melaburkan semua wang syarikat kedalam projek penapisan gula(sugar refinery). Ini kerana, selain tepung gandum, gula pasir juga amat penting dalan sektor makanan.
“Pasaran Gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu. Pada masa itu industri teknologi maklumat belum lagi bermula. Oleh itu sektor yang paling mudah untuk meraih keuntungan ialah sektor refining(penpisan) gula”, kata beliau.
Beliau juga berkata bagi mewujudkan empire perniagaan yang berjaya ia memerlukan kerja keras 90%, dan selebihnya ialah intelek(kebijaksanaan). Tentang kejayaannya dalam industri penapisan gula, beliau berkata ini kerana beliau masih muda diwaktu itu dan boleh berbahasa Inggeris.
Beliau berkata, para peniaga yang beliau jumpai di London dan New York kagum atas kebolehan beliau, sebagai seorang berketurunan Cina, boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
Beliau berkata perlu pergi ke lima hingga enam buah pejabat setiap hari sebelum makan malam dengan pegawai pegawai syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura. Beliau tidur kira kira jam 1 malam
Saya rasa ramai orang lebih pintar daripada saya. Tetapi kegiatan mereka dimalam hari lebih teruk. Keesokan harinya mereka tertidur dalam pejabat. Saya tidak terlena, jadi lebih mudah meneruskan kerja.
Beliau berkata mereka yang ingin mencebur diri kedalam perniagaan perlu bersikap berani, jika tidak mereka tidak akan maju.
“Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja. Ini tiada masalah kerana pasti ada peluang yang lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”, kata beliau.
Kuok, yang telah dinobatkan sebagai orang Malaysia yang terkaya sejak tahun 2006 apabila ranking Forbe Asia diwujudkan, berkata beliau tidak suka pada wang.
Bagaimanapun, beliau berharap syarikat syarikat beliau akan terus membuat keuntungan semoga pekerja pekerja dapat terus menikmati bonus.
“Bonus pekerja untuk tahun ini adalah pada paras yang cukup baik”, beliau menambah.
Kuok yang fasih berbahasa Mandarin berkata ini kerana beliau seringkali diingatkan oleh ibunya supaya jangan melupai asal usul mereka.
Dia mengakui ibu beliau sebagai orang yang paling banyak mempengaruhinya. Ibu beliau selalu menasihati supaya bersifat merendah diri dan membantu yang miskin, dan berharap beliau akan menjadi peniaga yang beretika baik.
Kuok ingat suatu peristiwa dahulu apabila beliau membeli sebuah kereta Mercedes sebagai hadiah harijadi ibunya yang sudah berumur melewati lapan puluhan.
Sebaik sahaja ibunya nampak kereta itu, beliau terkejut dan bertanya mengapa membeli kereta Mercedes apabila sebuah kereta Jepun sudah cukup untuk beliau. Beliau lantas mengembalikan kereta itu atas permintaan ibunya.
Kuok berkata ibu beliau mengenalpasti potensi beliau sebagai peniaga dan yakin yang beliau akan berjaya suatu hari nanti. Tetapi ibu beliau bimbang yang beliau akan menjadi seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab, jadi beliau banyak memberi nasihat yang berguna serta menghindar sifat tamak.
Sudah tentu ibu Kuok begitu gembira sekali diatas kejayaannya sekiranya beliau masih lagi hidup. Pasti beliau akan terus menasihat Kuok supaya terus bersifat merendah diri dan menolong orang miskin.
“Kasih sayang saya kepada ibu adalah untuk selama lamanya” kata beliau.
Artikel Menarik:
1. Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13.
2. Wawancara dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
seorang peniaga seperti selalu memelihara dari dosa…dan ibunya adalah spiritual leader padanya
Pingback: Apa hebatnya Robert kuok?? | Berita Konspirasi