BERSIH 3 BESAR – DAN MASALAH TIMBUL JUGA BESAR

(Berikut adalah terjemahan sebuah rencana dalam bahasa Inggeris dalam akhbar The Star bertajuk A Big Crowd – and a big Problem oleh Jocelyn Tan, bertarikh 1 May 2012)

Suasana tuduh menuduh  masih berlarutan diantara pihak pihak yang bertelagah, tetapi dikalangan orang orang politik, mereka yakin telah  menyaksikan sesuatu  anjakan (tipping point) setelah demonstrasi yang ganas terjadi pada Sabtu lalu.

Dari segi penyertaan, Ambiga menang besar. Tiada siapapun pernah menyaksikan demonstrasi sebesar itu di Kuala Lumpur.

Sokongan sebegini ramai, dianggarkan berbagai pihak diantara 50,000 dan 250,000 orang,  amat penting dalam politik. Ini  menjadikan pihak pembangkang begitu ‘overconfident’ dan amat membimbangkan pemimpin pemimpin Barisan Nasional.

Tetapi beberapa hari selepas Perhimpunan Bersih 3, persepsi terhadap Ambiga juga menurun dengan mendadak disebabkan pihak penganjur hilang kawalan yang  mengakibatkan keganasan. Ini alamat  satu mimpi ngeri dikalangan mereka yang betul betul komited dengan protes secara aman. Tuduh menuduh  masih berlarutan dengan pihak yang bertelagah menyalahkan satu sama lain.

Pendapat Professor James Chin dari Universiti Monash Kampus Sunway, apa yang berlaku adalah buruk untuk kedua dua belah pihak.

Persepsi negatif timbul  membayangkan yang  pihak Bersih dan rakannya Pakatan Rakyat sanggup melaku apa-apa sekalipun demi untuk merebut kuasa.

“Bacalah laporan press antarabangsa hari itu – semua melaporkan rusuhan, kumpulan perusuh dan kekejaman. Mesej teras pihak Bersih (perhimpunan aman) telah lenyap”, kata Professor Chin.

Bagi pihak kerajaan pula, persepsi negatif, bila terjadi rusuhan, tidak kira siapa yang memulakannya, pihak mengawal keselamatan selalu disalahkan kerana menjadi tanggungjawab mereka mengawal ketenteraman awam.

Ambiga membayangkan Bersih 4 akan menyusul, tetapi kali ini tidak semudah itu rakyat boleh diyakinkan  yang ia akan berlaku secara aman.

Disamping itu, beliau harus maklum bahawa ramai orang – lebih ramai daripada yang menyertai demonstrasi  tempoh hari – yang sangat marah dengan beliau dengan apa yang telah berlaku. Untuk mereka  ini, Malaysia bukanlah Mesir, Najib bukanlah Mubarak, Malaysia adalah sebuah demokrasi beparlimen dan mereka tidak merelakan huru hara jalanan berlaku di Kuala Lumpur.

Pemandangan memaparkan para demonstrasi berbaju kuning mengepung pihak polis dan juga sebaliknya banyak dimuat ke Youtube, dan Ambiga cuba menjelaskan dimana kesilapannya sebagai usaha damage control terhadap apa yang telah berlaku.

Beliau menjelaskannya tetapi tanpa secara terangan mengaitkan Anwar dan beberapa pemimpin PKR  sebagai mengapiapikan perusuh merempuh tembok penghalang ke Dataran Merdeka, melanggar perintah mahkamah yang berkenaan.

Tetapi suasana selepas Bersih 3 berbeza dengan selepas  Bersih 2. Tatkala menyertai Bersih 2, para peserta  mara atas nama pilihanraya yang bersih dan adil. Itu adalah tujuan yang baik dan mendapat simpati ramai.

Sejak itu Perdana Menteri telah memansuh ISA dan menggantikannya dengan Akta Kebebasan Berhimpun dan Jawatankuasa Selek Parliamen telah mensarankan pembaharuan peraturan pilihanraya secara meluas  yang telah dibentangkan ke Parlimen.

Kerajaan telah bersetuju dengan semua kecuali satu daripada tuntutan Bersih 2.

Bagaimanapun Bersih menambah tuntutan mereka termasuk tuntutan memberhentikan ahli ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang ada. Tuntutan tuntutan baru inilah yang menjadi asas tunjuk kuasa mereka Sabtu lalu.

Beberapa hari sebelum demonstrasi, beberapa tuduhan tentang diskrepansi dalam peraturan pilihanraya yang dibangkitkan oleh Bersih telah dijelaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Encik Khairy Jamaluddin dalam debat terbuka dengan Ambiga. Hujah hujah Khairy lebih meyakinkan, tetapi Ambiga tiada niat untuk menerima hujjah Khairy, dan beliau  telah bertekad melancarkan Bersih 3.

Agak jelas Ambiga telah memutuskan yang Suruhanjaya Pilihanraya tidak dapat dipercayai, dan mereka seterusnya menuntut supaya Pengerusi SPR dan ahli ahli lain digantikan.

Kini kurang jelas bagaimana kamelut ini akan  mempengaruhi suasana politik dari  sekarang sehingga pilihanraya nanti.

Persepsi kini ialah objektif Bersih telah beralih daripada pilihanraya yang adil dan bersih kepada menumbang kerajaan yang ada. Sekurang kurangnya itulah sekutunya Pakatan Rakyat kehendaki.

Tetapi dikalangan orang orang politik, ada sesuatu anjakan telah berlaku setelah rusuhan Sabtu lalu.

Protes ini telah menjejaskan reputasi Kerajaan di luar negeri.  Tetapi dalam negara, gambaran yang timbul ialah pihak Pembangkang  berusaha menakluki Putrajaya dengan cara demonstrasi jalanan. Ini pasti tidak akan diterima oleh  para pemilih yang berhaluan  sederhana(middle ground voters) dan mereka inilah penentu dalam pilihanraya yang akan datang – tamat.

Artikel  berkaitan

1. Perhimpunan Bersih 3 (2012): Satu Ulasan

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to BERSIH 3 BESAR – DAN MASALAH TIMBUL JUGA BESAR

  1. Audie Chua says:

    ??

  2. DAH IKHWAN says:

    Nampaknya Saudara Audie Chua ingin nak baca tapi tak faham bahasa Melayu. Saya nasihat baca artikel asal dalam The Star, atau mulailah belajar bahasa Malaysia.

  3. usop says:

    DAH IKHWAN : Pemansuhan ISA hanya pada nama . Tahukan anda bahawa tahanan yang ditahan di kem kamunting atas undang2 ISA masih ditahan ? Apa maknanya pemansuhan ini .

    dan sebagai penganalisis yang anda katakan bebas tolong senaraikan elemen2 yang menunjukkan perhimpunan bersih adalah untuk menumbangkan kerajaan , jangan sekadar cakap menjadikannya provokasi .

  4. DAH IKHWAN says:

    Saudara Usop,

    Saya kurang arif tentang tahanan yang masih di dalam kem Kemunting. Jika mereka ini tahanan politik, saya juga bersama saudara memohon supaya mereka dibebaskan. Tetapi jika mereka merupakan pengganas yang mengancam keselamatan negara, saya yakin kerajaan bertindak bijak dalam hal ini.

    Berkenaan hal demonstrasi Bersih, sila ambil perhatian artikel di atas adalah terjemahn daripada sebuah artikel dari akhbar The Star. Bagaimanapun, kita semua maklum yang para demonstran bertindak ganas di dataran Merdeka setelah diapi apikan dengan ucapan Anwar Ibrahim. Jika Polis gagal mengawal keadaan, sukar kita agak apa yang akan berlaku. Saya sarankan anda baca apa pandangan pemberita dari luar negara tentang hal ini melalui link di bawah:

    http://www.economist.com/blogs/banyan/2012/05/protest-malaysia

    http://blogs.wsj.com/searealtime/2012/04/30/malaysia-split-over-violence-at-bersih-rally/

  5. Kampong man says:

    Bersih 3 jelas adalah satu percubaan meruntuhkan satu kerajaan demokratik yang dipilih rakyat majoriti ala Arab Spring.Percubaan ini dilihat gagal kerana walaupun bertujuan bagi membersihkan sistem pengundian yang lebih telus tetapi sayag dipolitikan pembangkang Pakatan Raayat.

    Pastinya ini adalah satu cara pendekatan yang sangat di minati ketua pembangkang DSAI dari zaman studentnya lagi pun.Bagaimana Bersih di manupulasikan dan di “Hijack” PR bagi tujuan politik.

    Demonstrasi jalanan bukan budaya kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian kaum dan ugama.Rakyat majoriyti harus MENOLAK pendekatan begini yang counter productive.Apakah Pakatan serupa ini yang mahu kita tinggalkan untuk generasi kita ? Satu pendekatan HURUHARA dan kechenderongan menanam sifat KEBENCIAN kepada pemerintah demi politik ! Rakyat majoriti harus berfikiran waras memilih siapa yang layak memerintah di PRU 13.Sayang mereka tidak punyai pengalaman dan kewibawaan sebagai pemerintah pada pandangan saya.Wallahwualam.

Comments are closed.