Kita menghormati kenyataan YAB Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang baru bahawa Pas Kelantan berdiri teguh dibelakang PAS Pusat agar proses pilihanraya dihormati. Petikan kenyataan di laman facebook beliau seperti dibawah:
‘Saya membaca kenyataan beberapa pihak di dada-dada akhbar meminta agar proses pilihanraya dihormati dan rakyat dipohon untuk tidak menggunakan kekerasan menjatuhkan kerajaan. Dalam hal ini saya teguh bersama kepimpinan PAS Pusat yang menegaskan bahawa PAS dari dulu hingga sekarang sentiasa memilih jalan demokrasi berasaskan kepada pendirian bahawa itulah jalan terbaik…….Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihanraya dihormati.’
Kenyataan di atas jelas menunjukkan yang parti PAS tidak merestui tindakan Anwar kini menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat berdemonstrasi di jalanan untuk mengganggu-gugat Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional sekarang.
Seperti kita semua maklum Anwar cuba menghalalkan tindakan beliau dengan menuduh proses pilihanraya sebagai tidak telus dan penuh penipuan. Beliau juga mendakwa mendapat undi majoriti dalam PRU ke 13 ini.
Kita telah menyemak butiran rekod pengundian yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan mendapati sesungguhnya Pakatan Rakyat mendapat undi majoriti sebanyak 50.87% berbanding BN yang hanya mendapat 47.38%. Keadaan seperti ini baru pernah berlaku di Malaysia sekarang, sungguhpun ia lumrah berlaku di negara negara lain seperti Britain dan Australia yang mengamal sistem demokrasi berparlimen seperti negara kita. Malah di Amerika Syarikat sekalipun dalam pemilihan Presiden Bush untuk penggal pertama, beliau telah mengalahkan Calon Presiden Al Gore walaupun Al Gore yang mendapat undi majoriti. Untuk artikel lengkap tentang kes kes serupa di luar negara, sila klik di sini.
Dalam hal ini kita nampak Anwar begitu keciwa kerana terlalu yakin yang beliau akan dapat membentuk kerajaan pusat selepas PRU 13 ini. Kita berasa hairan mengapa beliau dan DAP dan keseluruhan masyarakat Cina berpandangan demikian. Kita rasa terdapat beberapa sebab beliau terlalu yakin: Pertama wujudnya beberapa opinion poll yang menyatakan beliau lebih popular daripada Najib sebagai Perdana Menteri; kedua beliau beliau tidak nampak dalam opinion poll yang sama menunjukkan Barisan Nasional masih popular dikalangan kaum Melayu dan juga pulih di kalangan kaum India.
Jadi histeria yang menyelubungi seluruh masyarakat Cina di saat akhir sebelum hari pengundian mengabui mata Anwar dan masyarakat Cina sendiri tentang realiti sebenarnya. Masyarkat Cina menyokong Pakatan Rakyat bukan kerana mereka sukakan pembangkang, mereka mengundi kerana terlalu yakin yang pembangkang akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru. Dengan kata lain mereka dirasuki oleh slogan yang mereka reka sendiri, ia itu slogan UBAH dan Ini kalilah.
Tetapi, soalnya sekarang, betul kah dakwaan Anwar yang beliau lebih popular daripada Najib sebagai calon Perdana Menteri. Dapatan tinjauan pendapat pihak UMCEDEL yang terbit di saat akhir Pilihanraya juga menyokong pendapat ini.
Jika dilihat dari segi undi dalam PRU 13 ini, secara kasar memang Pakatan Rakyat mendapat undi majoriti. Tetapi tidak semua dalam Pakatan Rakyat yang menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, kerana Parti PAS ada calon PM nya sendiri. Dari segi ini undi yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri hanyalah pada kadar 41% sahaja berbanding 47% untuk Najib, butiran seperti berikut:
Undi Sebagai PM | % | |
Najib Tun Razak | 5,237,699 | 47 |
Anwar Ibrahim | 4,523,021 | 41 |
Hj Hadi Awang | 1,100,963 | 10 |
Undi Rosak | 192,894 | 2 |
Jumlah | 11,054,577 | 100 |
Seterusnya kita telah juga membuat analisis bangsa mana yang disebalik sokongan kepada Anwar, butiran seperti dibawah:
Kaum | Undi Anwar PM* | % |
Cina | 2,833,331 | 63% |
Melayu | 998,729 | 22 |
India | 460,867 | 10 |
Lain-lain | 230,094 | 5 |
Jumlah | 4,523,021 | 100 |
Nota: *Anggaran mengikut kaedah analisis regression.
Dari segi komposisi kaum, Anwar mendapat undi yang padu dari Kaum Cina, pada kadar 63%, berbanding Melayu hanya 22%.
Dengan angka angka di atas kita menjangka gerakan besar- besaran Anwar untuk meggangu-gugat Kerajaan BN tidak mendapat sambutan yang beliau harapkan daripada Masyarakat Melayu. Kinipun muka-muka yang membanjiri gerakan demonstrasi beliau adalah terdiri majoritinya dari anak-anak muda Cina. Ia kini kian menyerupai protes dari masyarakat Cina kerana gagal menumbangkan Kerajaan Melayu/Islam di Negara ini.
Hanya, dengan kemuncak protes yang akan di adakan di Kuala Lumur atau Selangor, ia mungkin sedikit sebanyak menyerupai protes antara kaum, tetapi corak pengundian PRU baru baru ini menunjukkan sebaliknya.
Oleh itu kita harap pihak Polis berhati berhadapan dengan protes ini dengan tidak mengambil tindakan fisikal secara drastik yang boleh menarik simpati kepada gerakan Anwar ini.
Sekian, wallahu ‘alam
DAH IKHWAN
Blog yang sangat menarik. Seronok saya membaca analisis-analisis tuan. Saya ingin memohon saudara membuat analisis tentang undi yang diperolehi oleh PR. Berapa peratus melayu, cina, india, bandar, luar bandar, dsb yang membentuk undi popular yang diperolehi oleh PR? Adakah “kemenangan” PR berdasarkan CInami seperti yang diperkatakan oleh DSN atau Tsunami Malaysia seperti yang dipertahankan oleh LKS? Terima kasih.
Terima kasih. Insya Allah akan diusahakan
Terima kasih. Saya juga ingin memahami pola pengundian PRU13 berdasarkan umur, jantina, pendapatan, dsb kerana saya suka nombor. Saya ingin mendengar analisis saudara tentang perkara itu. Tidak mengapa kalau bersifat teknikal. Lagi banyak data, lagi bagus. 🙂
Diharap saudara akan terus menulis.
salam sejahtera. artikel yg menarik utk dibaca. teguran mesti diterima walaupun agak pahit demi meneruskan perjuangan supaya tiada cacat cela. saya juga memohon saudara membuat kajian di mana halatuju pembangkang jika DSAI tidak dipecat dan jika DSAI bersara dr politik skrg ini…
Saudara Penjajak Badai,
Terima kasih. Saya rasa sukar hendak membuat kajian sedemikian kerana ia banyak akan merupakan pendapat yang subjektif. Setakat ini saya hadkan artikel artikel berasaskan analisis data
dengan seberapa objektif yang boleh.
assalamualaikum dah ikhwan
saya adalah pembaca baru blog ni, dan sangat berterima kasih atas kandungannya. artikel kegemaran saya adalah bertajuk ‘tony fernandes dan air asia’ dan juga ‘pasaraya mydin’
Terima kasih
Kalau nak banding biarlah padan eg UBN Vs PR untuk porpular vote, bukan Najib Vs Anwar Vs Hadi… anyway it is a feel good article for najib but not the reallity.
Saudara Nasir,
Sebenarnya itulah realitinya jika Anwar menonjol-nonjolkan undi majoriti seperti dalam presidential election. Ketiga tiga mereka boleh bertanding dan mendapat sokongan parti masing-masing.
Realiti sebenarnya di sini ialah sistem demokrasi berparlimen yang memberi 133 kerusi untuk BN dan 89 kerusi untuk PR.
Salam. Saya amat menghargai analisa ini….daripada kita bercakap kosong tanpa analisa atau kajian. Mungkin ada yang berpendapat ini hanya analisa dan andaian, namun jangan lupa berbincang tanpa data atau asas amat merugikan masa. Tahniah Dah Ikhwan.
sdr dan, kepimpinan pr secara umumnya telah sepakat anwar ibrahim akan jadi pm sekiranya pr menang majoriti kerusi, adakah adil membandingkan najib, anwar, hadi, 1 bn, 2 pr? malah kalau campur hadi & anwar, ternyata calon pr melebihi bn!
asaifude.
Saudara Asaifude,
Betul PR dapat undi majoriti, tapi ini tidak relevan dlm demokrasi berparlimen yg kita amalkan. Sebab itu jika Anwar tidak puas hati justeru merujuk cara pemilihan presiden, akar umbi PAS mahu Hj Hadi Awang sudah tentu mereka mahu ketua mereka sendiri. Kita tidak mengandaikan Hj Hadi menolak pencalonan.
Salam DAH Ikhwan;
Makin menarik blog DAH Ikhwan berbanding pada awal kemunculannya…tahniah…saya berharap DAH Ikhwan turut sama melayari blog Helen Ang yg juga sering melakukan analisis bersabit keputusan PRU lalu walaupun ianya lebih bertujuan mendedah dan membuktikan kewujudan ‘Tsunami Cina’ pada PRU ke-13. Antara artikel menarik Helen Ang : [http://helenang.wordpress.com/2013/06/04/apa-cina-mahu-di-pru14/]
Saudara Mohd Noor,
Terima kasih kerana mengenalkan Blog Helen Ang kepada saya dan para pembaca. Sungguh artikel artikel beliau menarik sekali dan penuh dengan fakta dan data. Beliau juga telah banyak memetik kajian dalam blog ini dalam artikel ‘Star columnist mislead readers on UMNO….’ yang diterbit hari ini
Salam Tuan DI. Saya sudah mengikuti blog saudara sejak mula lagi. Blog tuan adalah sangat objektif. Untuk makluman tuan, Saya baru siap masukkan data GE13 ke dalam SPSS. Memang kerja gila tuan..:) Saya difahamkan tuan menggunakan lotus 123 sebagai software. mohon email saudara untuk discussion lebih lanjut.
Saudara MH,
Terima kasih, tetapi saya rasa lebih elok berbicara di ruangan ini sahaja sebab saya jarangkali buka e mail. Lagipun perbincangan terbuka boleh dimanfaati oleh semua pengunjung blog ini.
Baik semoga dapat manfaat semua. Saya mahu bertanya leboh lanjut akan model yang Tuan gunakan. Boleh Tuan berkongsi model yang digunakan?
Saudara MH,
Ma’afkan saya kerana lambat sedikit menjawab soalan saudara. Ini kerana dalam beberapa hari yang lepas jadual harian saya terlalu sebok.
Model yang saya guna mengunakan multiple regression analysis, iaitu suatu kaedah dalam ilmu statistik. Hipotesisnya ialah:
BN= axM + bxC + cxI +e
dimana BN=undi diperolehi BN dalam sesuatu kawasan pilihanraya
M= bilangan Melayu yang mengundi dalam kawasan tersebut dan seterusnya C=Cina dan I =India
a,b, c = coefficient regression untuk kaum M, C dan I. e=error term.
untuk mendapat angka jawapan a,b dan c, anda perlu belajar dan biasakan diri menggunakan program lotus 123.
dalam program lotus nanti apabila di minta anda perlu mengisi jadual untuk siri X iaitu berupa angka untuk M, C dan I.
Untuk Y pula anda perlu mengisi angka untuk BN.
ulang mengisi data untuk setiap kawasan DUN negeri atau Parlimen.
Jawapan, ia itu coefficient untuk a,b dan c akan dapat di generate dengan program ini.
Maaf tuan lama baru nak reply. jika kita menggunakan SPSS, adakah hasil dengan model yang sama akan sama dengan hasil lotus123?
Maaf, saya tidak biasa dengan SPPS. Tapi saya rasa jika SPPS itu ada bahagian data regression, jawapannya pasti sama. Yang pentingnya data input tu betul dan menggunakan data yang telah saya nyatakan terdahulu.