Banyak telah diperkatakan tentang pola pengundian di bandar, luar bandar. corak pengundian pengundi muda dan pengundi kelas menengah (middle class) di Malaysia. Pendapat umum yang lazim kita dengar ialah pengundi muda kini berbeza dengan pengundi tua, begitu juga pengundi dikawasan luar Bandar berbeza dengan pengundi dibandar-bandar. Dalam kata lain pengundi muda dan yang di Bandar Bandar lebih cenderung mengundi Pakatan Rakyat berbanding dengan yang tua dan terdapat di luar Bandar yang lebih cenderung mengundi Barisan Nasional.
Untuk merungkai kesahihan tanggapan ini, maka adalah perlu membuat analisis dengan menggunakan julat umur penggundi sebagai angkubah bebas (independent variable). Tetapi memandangkan yang data julat umur tidak tersedia diperolehi maka analisis ini belum boleh dilakukan . Bagaimanapun, saya dapati lebih mudah membuat analisis tentang corak pengundian di Bandar dan meliputi pengundi kelas menengah yang berpendapatan dan berpendidikan lebih tinggi berbanding dengan rakyat biasa.
Buat kali ini saya memilih kawasan Lembah Kelang sebagai kawasan untuk dianalisis. Kawasan ini diketahui umum sebagai kawasan yang mempunyai penduduk yang lebih muda, berpendapatan lebih tinggi dan juga berpendidikan lebih tinggi. Soal pertama untuk dikaji ialah apakah betul pengundi Melayu di Lembah Kelang lebih cenderung memilih Pakatan Rakyat. Soal kedua ialah apakah corak pengundian mereka serupa dalam Pilihan raya DUN berbanding dengan Parlimen.
Jawapan yang diperolehi mungkin mampu memberi petunjuk kepada masa depan politik Negara, sama-ada rakyat masa depan di Bandar-bandar akan tetap mengundi mengikut acuan kaum atau bangsa atau sebaliknya kurang menitikberatkan soal bangsa tetapi lebih kepada soal-soal lain seperti, isu nepotisma, konisma, ketelusan, keadilan, korupsi, kecekapan pentadbiran, ekonomi dsb.
Hasil Kajian Data Parlimen
Sebanyak 25 kawasan Parlimen di Lembah Kelang meliputi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih untuk kajian ini. Kajian menghasilkan persamaan (equation) seperti berikut:
BN = 0.604 Melayu + 0.131 Cina + 0.18 India
T-Value = 14.7 4.5 1.2
R Squared = 0.92
No. of observation 25
Angka-angka di atas menunjukkan 60.4 pengundi Melayu di Lembah Kelang telah memilih BN, 13.1% bagi pengundi Cina dan 18% pengundi India. Peratusan sokongan Melayu kepada BN di sini hanya kurang sedikit daripada 63.3% untuk seluruh Semenanjung.
Nilai R-Squared bersamaan 0.92 menunjukkan 92% penggundi di kawasan Parlimen di Lembah Kelang pada PRU 13 telah mengundi mengikut acuan kaum, dengan hanya 8% berupa error term yang tidak dapat diperjelaskan. Ini bererti model persamaan yang dihasilkan ini adalah sangat tepat.
Hasil kajian diatas hampir sama dengan hasil untuk kawasan Parlimen keseluruhan negeri Selangor dan angka purata bagi Semenanjung dalam PRU 13 yang telah dinyatakan dalam artikel terdahulu. Ini membuktikan pengundi Melayu masih teguh dibelakang BN ketika keadaan kerajaan Melayu di peringkat Persekuatuan berhadapan dengan ancaman dari kaum lain.
Sebagai perbandingan, analisis pengundian untuk PRU 2008 di Selangor dan negeri-negeri lain kurang mengikut acuan kaum, dengan factor-faktor lain memainkan peranan yang juga signifikan.
Hasil Kajian Data DUN
Data DUN yang digunakan meliputi semua kawasan di Lembah Kelang negeri Selangor sahaja dan tidak termasuk kawasan Kuala Lumpur yang tiada kawasan DUN. Hasil multiple regression adalah tertera seperti di bawah:
BN = 0.579 Melayu + 0.113Cina + 0.218 India
T-Value= 30.21 6.11 3.12
R Squared = .95
No. of Observation 33
[nota: model di atas adalah yang paling tepat setelah beberapa kesilapan terawal diperbetulkan]
Angka diatas menunjukkan hanya seramai 57.9% pengundi Melayu telah mengundi Barisan Nasional bagi kawasan DUN berbanding 60.4% dalam kawasan parlimen di Lembah Kelang, iaitu perbezaan sejumlah 2.5%.
Angka R-squared di paras 95% menandakan ketepatan model ini yang amat tinggi.
Rumusan
Hasil kajian di atas menunjukkan yang penggundi di Lembah Kelang yang mewakili pengundi Melayu di bandar telah mengundi hampir sama seperti penggundi ditempat lain, iaitu berlandaskan kaum masing-masing. Sedikit perbezaan dilihat dari segi peratusan, ia itu 60.4% pengundi Melayu di Kawasan Parlimen telah mengundi BN berbanding dengan 63.3% angka purata untuk Semenanjung Malaysia. Ini membuktikan pengundi Melayu di Lembah Kelang masih perihatin menyokong kerajaan kuasa Melayu. Walaupun peratusan sokongan kurang sedikit, angka ini menunjukkan andaian yang penggundi Melayu di bandar dan penggundi muda lebih cenderung menggundi Pakatan Rakyat adalah suatu andaian yang tidak tepat.
Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri pula peratusan Melayu mengundi BN ternyata luntur lagi ke paras 57.9%, agaknya kerana wujudnya sedikit tambahan daya penarik Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim. Berbanding angka 63.3% bagi seluruh negara, dapatan daripada analisis ini sah menunjukkan ada kecenderungan pengundi Melayu di Lembah Kelang mengundi Pakatan Rakyat walaupun mereka masih lagi dikira minoriti.
Angka R-Squared diantara 92% hingga 95% yang diperolehi bererti persamaan (equation) yang dihasilkan amat tepat sekali.
DAH IKHWAN