Tugasan Perdana Menteri Pada Hakikatnya Untuk Mahathir

 

(terjemahan artikel De facto PM Role for Dr Mahathir oleh Joceline Tan dalam akhbar The Star keluaran 11 Nov 2015)

Rancangan  Tun Dr Mahathir mewujudkan ‘Council of Elders’ (Majlis Pemimpin Terkanan ) untuk menasihati Perdana Menteri pilihan beliau sendiri sesungguhnya amat anih dan amat bertentangan dengan prinsip demokrasi hari ini.

Ramai rakyat Malaysia percaya yang Tun Dr Mahathir kini menyesali tindakan beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana  Menteri.

Tetapi mereka tidak menjangka sejauh mana  keazaman beliau hendak terus bersuara dalam urusan kerajaan.

Kini, semuanya telah diketahui umum.

Nampaknya Dr Mahathir membayangkan tugas de facto untuk beliau sendiri sekiranya berjaya menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau merancang mewujudkan satu ‘Council of Elders’  bagi menasihati sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri selepas Najib. Beliau tidak menyatakan siapa akan menjadi ahlinya tetapi sudah pasti beliau sendiri akan menjadi ahli utama majlis tersebut.

Rancangan ini amat anih, tidak munasabah dan amat  luarbiasa bagi sebuah negara yang moden.

Itulah anggapan Tawfik Ismail semasa duduk mendengar dari Dr Mahathir sendiri. Ini berlaku awal tahun ini dalam pertemuan antara mantan Perdana Menteri dan G 25, sekumpulan moderate, yang mana Tawfik adalah ahlinya.

” Saya terperanjat. Pada saya rancangan ini amat authoritarian(kuku besi). Ia  bukan sesuatu yang boleh dipertimbangan dalam kerajaan demokrasi, kecuali dalam keadaan darurat.” kata Tawfik,  anak kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Ketika itu, ahli-ahli kumpulan G.25 telah memohon berjumpa Dr. Mahathir untuk berbincang tentang Islam dan Perlembagaan tetapi Dr. Mahathir lebih berminat bercakap tentang mengapa Najib perlu digantikan.

Dr Mahathir tidak menyatakan siapa beliau kehendaki sebagai pengganti tetapi sudah agak jelas orangnya ialah Tan Sri Muhyddin Yassin.

Selang beberapa bulan selepas cadangan council of elders yang  amat mengejutkan, Dr Mahathir dan Muhyddin berjumpa dengan kumpulan G25 secara berasingan. Kali ini mereka mahu sokongan G 25 dalam usaha mereka menentang Najib, atau sekurang-kurang itulah gambarannya pada Tawfik.

Ironinya, pada Tawfik, Muhyiddin telah menolak kumpulan ini ketika mereka memohon berjumpa beliau tahun lepas.

Pada waktu itu, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, menganggap kumpulan ini sebagai terlalu liberal.

Dalam perjumpaan baru-baru ini, Muhyiddin mencuba meraih simpati atas pemecatan beliau, ingin tahu samaada G 25 sanggup bekerjasama dengan sebuah parti dari Malaysia timur membentuk satu ‘kuasa ketiga’ (third force) dan menerima beliau sebagai seorang pemegang watak.

“Hakikat yang beliau hendak menggunakan G25 membangkitkan rasa hairan tetapi kami tidak mahu menyebelahi sesiapa. Kami rasa serba-salah kerana tidak menjangka berhadapan dengan kata-kata sedemikian.” kata Tawfik.

Kesimpulan  yang Tawfik buat ialah kedua-dua pemimpin UMNO ini menjangka akan dipecat dari UMNO  dan sedang mencari platform lain untuk berurusan seterusnya.

Cerita beliau dinyatakan dalam temuramah dengan sebuah  portal berita online semasa pelancaran Drifting into Politics, satu koleksi artikel-artikel  oleh Allahyarham ayahenda beliau.

Dia menceritakan apa yang telah berlaku semasa pertemuan tersebut, walaupun mungkin ahli-ahli G25  terasa  flattered juga dijemput  bertemu  Mahathir dan Muhyiddin.

Tawfik secara tidak senghaja disini memberi bukti yang amat jelas betapa rapatnya hubungan Mahathir dan Muhyiddin – ada yang merujuk mereka sebagai 2M -sedang bekerjasama dalam usaha menentang Najib.

Apa yang kebanyakan orang tidak dapat terima ialah idea Council of Elders beroperasi di sebelah Perdana Menteri yang ada.

” Ia tidak masuk akal sama sekali.  Mengapa kita perlu sesuatu seperti ini? Seorang Perdana Menteri yang amat lemah  dan dibawah telunjuk orang lain,” kata seorang pengkaji dari Trengganu, Dr Azmi Omar.

Sudah pasti Dr Mahathir akan menjadi watak utama  jika rancangan ini berjaya dilaksanakan. Ini sama  seperti kontroversi “budak tingkat empat” yang beliau sendiri kritik hebat dimasa Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

Ia akan membuat UMNO seperti  badut negara, seperti PKR yang  dikuasai Anwar walaupun Datuk Seri Wan Azizah presidennya.

Amat memeranjatkan seseorang yang begitu waras dan  berpengalaman seperti Muhyiddin akur dengan rancangan ini.  Pasti beliau nampak akan sukar mendapat rasa hormat dari dalam dan luar UMNO jika perlu menerima nasihat dari Council of Elders.

Beliau samalah seperti roti tanpa telur ataupun roti canai kosong.

Bagi Dr Mahathir, lawak dikalangan media sosial ialah Council of Elders akan terdiri daripada “Mahathir, Tun M, Chedet, ayah Marina, ayah Mokhzani, ayah Mukhriz, ayah Mirzan dan suami Siti Hasmah”.

Seorang mantan Setiausaha Politik Tun Abdullah berkata Tun selalu mengadu yang Dr Mahathir biasa menyoal Tun Abdullah mengapa  membuat sesuatu  dan tidak yang lain  ketika mereka berjumpa.

” Dalam satu pertemuan, Pak Lah naik marah dan berkata: ‘ Saya Perdana Menteri. Saya yang memerintah  dan bukan anda’,” kata mantan pembantu kepada Tun Abdullah tersebut.

Amat mengkagumkan yang Dr Mahathir hampir tidak berubah sama sekali dalam cara beliau berfikir dan bertindak. Tetapi hakikat yang orang tidak bersama beliau kini, menunjukkan dunia di sekeliling beliau telah berubah dan terus maju kehahadapan.

(diterjemah oleh  DAH IKHWAN)

 

 

 

 

 

 

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.