Kemajuan Masyarakat Islam Turki Berbanding Masyarakat Melayu

Anda mungkin ingin  tahu masyarakat Islam manakah yang termaju di dunia pada masa kini. Lazimnya penilaian dibuat dengan membandingkan kemajuan ekonomi negara-negara yang berkenaan,  dan dengan ini beberapa buah negara Islam boleh dikategorikan sebagai negara maju, dengan pendapatan per kapita melebihi USD 15,000 setahun,  ini termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kwait dan Bahrain. Yang dalam kategori sederhana ialah Malaysia dengan Pendapatan per kapita USD 10,829, Turkey USD 10,542 dan Lebanon USD 10,139.

Walaupun beberapa negara Arab mempunyai pendapatan yang tinggi, namun negara-negara Teluk yang  kecil ini tidak mencerminkan kemajuan masyarakat Arab  kerana wujudnya terlalu ramai penduduk asing sehingga melebihi 80% di Emiriah dan Qatar. Di Arab Saudi pula pendapatan yang tinggi adalah daripada industri Petroleum dan juga tidak mencerminkan kemajuan dalam masyarakatnya. Di lain-lain negara Arab negara mereka berhadapan dengan kehancuran akibat perang saudara ekoran pegangan agama yang melampau, membabitkan pembunuhan bukan sahaja penganut-penganut agama lain tetapi lebih- lebih lagi antara sesama muslim. Ini termasuk  di Iraq, Syria, Libya, Yaman, Sudan dan Somalia. Negara Mesir juga tidak bebas daripada kekacauan.

Kita sudah biasa  dengan  kemajuan yang telah di capai oleh masyarakat Melayu di Malaysia daripada data-data yang mudah diperolehi  seperti pendapatan isirumah sebulan sebanyak  RM 5,548 dalam tahun 2014. Bilangan granduan dan professional pula amat tinggi dan mereka menduduki tempat yang strategik bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam syarikat-syarikat GLC. Malah Malaysia kini sudah menempah nama diperingkat global dalam beberapa bidang seperti Perbankan Islam, Industri Halal, Petroleum, Perladangan,  industri automotif,industri pembinaan, pelancongan dll. dan masyarakat Melayulah yang menjadi pemain utama dalam industri-industri ini.

Baru baru ini saya telah melawat Turki sebuah negara pesaing Malaysia yang terdekat, untuk melihat sendiri kemajuan disana. Gambar-gambar di bawah menunjukkan beberapa kawasan yang berkenaan:

Lebuhraya sesak menuju Istanbul

Lebuhraya sesak menuju Istanbul. Turki mengeluar kereta jenama negara lain untuk pasaran Eropah

 

 

 

 

 

 

 

Lebuhraya yang baik seperti ini merentasi Turkey sepanjang lebih 6,000 km.

Lebuhraya yang baik seperti ini merentasi Turki sepanjang lebih 6,000 km.

 

 

 

 

 

 

 

Rombongan dari Malaysia melawat sebah perhentian Silk Route menghubungkan negara Cina dan Eropah kira-kira 1,000 tahun dahulu

Rombongan dari Malaysia melawat sebuah perhentian Silk Route menghubungkan negara Cina dan Eropah kira-kira 1,000 tahun dahulu

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertanian adalah industri utama di Turkey. Gambar menunjukkan ladang Pokok Zaitun

Pertanian adalah industri utama di Turki. Gambar menunjukkan ladang Pokok Zaitun

 

 

 

 

 

 

 

Tarian Sufi di zaman dahulu kini menjadi tarikan pelancong. Perlancongan adalah industri utama di Turkey. Pedang Rasulullah , gigi dan rambut beliau ada tersimpan di Topkapi Museum, Istanbul

Tarian Sufi di zaman dahulu kini menjadi tarikan pelancong. Perlancongan adalah industri utama di Turki. Pedang Rasulullah , gigi dan rambut beliau ada tersimpan di Musium Topkapi, Istanbul

 

 

 

 

 

 

 

 

Masyarakat Turkey  amat menarik sebagai perbandingan Masyarakat Melayu Malaysia kerana di sana kemajuan negaranya hanya berlandaskan modal insan yang hampir semuanya beragama Islam. Mereka tidak mempunyai sumber petroleum atau hutan seperti Malaysia. Kemajuan mereka adalah hasil bangsa mereka sendiri, termasuklah pusat-pusat pelancongan seperti Masjid Suleiman, Hagya Sophiya dan Musium Topkapi adalah rekaan masyarakat mereka.

Masjid Suleyman yang indah menjadi tarikan pelancong di Istanbul

Masjid Suleyman yang indah menjadi tarikan pelancong di Istanbul

 

 

 

 

 

 

 

Pintu masuk ke Museum Topkapi di mana pedang, gigi dan rambut Nabi Muhammad tersimpan

Pintu masuk ke Museum Topkapi di mana pedang, gigi dan rambut Nabi Muhammad  SAW tersimpan

 

 

 

 

 

 

 

Menaiki belon merupakan tarikan utama pelancong Malaysia

Menaiki belon merupakan tarikan utama pelancong Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ephesus: Kota purba yang penuh sejarah

Ephesus: Kota purba yang penuh sejarah

 

 

 

 

 

 

 

Disebaliknya kemajuan di Malaysia banyak bersumber sumbangan ekonomi masyarakat Cina dan India dengan populasi mereka  sejumlah 31% keseluruhan penduduk. Malaysia juga dibantu oleh sumber asli seperti Petroleum dan Hutan.

Sikap beragama masyarakat Turki amat sedarhana dengan pemerintahan sekular dan cara hidup yang liberal. Bagaimanapun mereka mempunyai tamaddun yang panjang dan cemerlang, akhir sekali menerajui  Empayar Uthmaniah selama 500 tahun merangkumi kawasan Turki,  Timur Tengah dan sebahagian Eropah.

Pemandangan di Bandaraya Istanbul. Ramai wanita berpakaian barat, walaupun sudah ada yang mulai memakai tudung.

Pemandangan di Bandaraya Istanbul. Ramai wanita berpakaian barat, walaupun sudah ada yang mulai memakai tudung.

 

 

 

 

 

 

 

satu lagi pemandangan di Istanbul

satu lagi pemandangan di Istanbul

 

 

 

Beberapa rakan kami dari Malaysia berpeluang bergaya dalam pertunjukan fesyen di sebuah butik

Beberapa rakan kami dari Malaysia berpeluang bergaya dalam pertunjukan fesyen di sebuah butik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kini, Kemahiran rakyat Turkey nampak dalam beberapa industri seperti industri jewellery, membuat karpet, pembinaan dsb. Disiplin pekerja terserlah dalam  perkhidmatan di restoran, hotel dan pengurusan pelancong.

Industri jewellery di Turkey cukup bermutu

Industri jewellery di Turkey cukup bermutu

 

 

 

 

 

 

 

Penempatan baru seperti ini tumbuh seperti cendawan di serata bandar kecil dan desa Turki

Penempatan baru seperti ini tumbuh seperti cendawan di serata bandar kecil dan desa Turki

 

 

 

 

 

 

 

Restoran bersih dan eficien seperti ini terdapat di merataTurki. Pelayan-pelayannya smart dan berdisiplin.

Restoran bersih dan eficien seperti ini terdapat di merataTurki. Pelayan-pelayannya smart dan berdisiplin

 

 

 

 

 

 

 

Tandas Moden dan bersih terdapat dimerata tempat dengan ciri design menepati keperluan muslimin. Lihat lantai tandas sentiasa kering kerana air tak mungkin jatuh kelantai

Tandas Moden dan bersih terdapat dimerata tempat dengan ciri design menepati keperluan muslimin. Lihat tandas sentiasa kering kerana air tak mungkin jatuh kelantai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika diteliti dari dahulu lagi, kedua-dua masyarakat Melayu dan Turki mengamalkan sikap beragama yang sederhana dan bertoleransi. Dengan itu kita telah dapat memfokus kepada soal-soal kemajuan didalam masyarakat. Tetapi baru-baru ini kedua-dua masyarakat, terutama di Malaysia, telah mengalami perubahan yang ketara dalam hal ini dan diresapi suasana beragama yang lebih ekstrem dan kehakisan sikap toleransi  yang di import dari Timur Tengah.

Maka , timbullah isu squad Mat Skodeng, Isu Polis Syariah, soal segregasi troli halal/tidak halal   di supermarket, segregasi jantina dalam tren,  bas   dan  beberapa tempat tertentu serta undangan-undang dan peraturan yang banyak menyukarkan masyarakat. Malah terdapat ratusan muslim Malaysia yang telah dikesan menyertai  perang saudara diantara puak-puak Islam yang bertelagah di negara negara Arab yang bergolak kononnya atas tujuan berjihad.

Dalam hubungan dengan masyarakat lain  pula, Masyarakat Islam kini gemar menyekat aktiviti keagamaan orang lain mulai  daripada isu mengucap krismas kepada rakan-rakan beragama Kristian, isu tanda salib,  larangan untuk penggunaan perkataan Allah hinggalah kepada tindakan yang  lebih ektrim merampas kitab bible untuk kegunaan  mereka.

Pegangan agama yang tidak ekstrim amat perlu  bagi mengelak perbalahan dan ketegangan dalam  negara disamping memberi ruang  memfokus perhatian kepada soal pembangunan ummah.

Dalam hal-hal di atas amatlah mudah kita melupakan nas-nas Al-Quran tentang toleransi antara agama   seperti Surah 109 ayat 6: “Untuk kamu agamamu dan untuku agamaku”.

Juga Surah 22 ayat 40 menganjurkan supaya semua rumah ibadah termasuk gereja, sinagog dan masjid perlu dipertahankan daripada mereka yang mahu memusnahkannya.

Surah 2 ayat 136 mengingatkan kita beriman bukan sahaja kepada Al Quran tetapi juga kepada kitab-kitab  yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya dan supaya kita tidak membezakan seseorangpun daripada mereka.

Surah 6 ayat 108 mencegah umat Islam mencerca amalan agama lain daripada yang menyembah Allah.

 

Sekian,  untuk makluman  anda sekalian, harap dapat dimanfa’atkan.

 

Wassalam

 

DAH IKHWAN

 

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.