Pada awal pagi semalam kita dikejutkan dengan berita cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki. Selama kira-kira enam jam keadaan di Ankara ibu negara Turki dan Istambul tidak menentu, tetapi akhirnya menjelang waktu Subuh Erdogan berjaya mematahkan cubaan tersebut.
Nama penuh beliau ialah Recep Tayyip Erdogan dan beliau telah memerintah Turki sejak tahun 2003 hingga 2014 sebagai Perdana Menteri dibawah Parti AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) yang telah memenangi tiga pilihanraya sejak tahun 2001 lagi. Pada tahun 2014 beliau telah dilantik sebagai Presiden Turki sehingga sekarang. Sebelum itu, pada awal karier politik beliau, Erdogan telah memegang jawatan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998 dengan latarbelakang sebagai ahli politik Islamis.
Dalam sepanjang pemerintahan beliau selama 16 tahun, negara Turki telah menempuh zaman pembangunan dan mencapai kemajuan setahap dengan Malaysia dengan pendapatan perkapita melebihi USD 10,000. Zaman pemerintahan beliau juga menyaksikan satu anjakan, walaupun sederhana, daripada sebuah negara sekular kepada yang memberi perhatian kepada pembangunan agama dalam negara. Perkembangan ini tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Turki yang masih berpegang dengan prinsip negara sekular Kamal Attaturk, pengasas Turki yang memerintah pada awal kurun lepas. Prinsip sekularisme masih lagi menebal dikalangan tentera yang selama ini menjadi benteng utama prinsip sekularisme di Turki.
Pertembungan dua prinsip pemerintahan antara sekularisme ala tentera dan demokrasi yang condong kepada nilai-nilai Islam telah menjadi punca ketegangan politik sejak lebih sedekad yang lalu. Inilah sebab utama yang mencetuskan percubaan rampasan kuasa tentera semalam.
Sebenarnya, tahap penerapan nilai-nilai Islam di Turki masih lagi diperingkat awal berbanding Malaysia disebabkan tentangan dari sebagian besar rakyat dan tentera yang berpandangan sekular. Bagaimanapun, kedua-dua negara ini dianggap dunia sebagai negara Islam maju, demokratik dan bersikap sederhana.
Ciri-ciri tersebut di atas telah berjaya membina masyarakat kelas menengah yang setabil yang menjadi benteng kepada demokrasi. Justeru kesetabilan, demokrasi dan kemakmuran dapat bertapak di kedua-dua negara Turki dan Malaysia. Dengan itu sebarang komplot untuk menumbangkan kerajaan dengan cara kekerasaan atau diluar perlembagaan pasti gagal. Bezanya, di Turki komplot ini didalangi oleh pihak Tentera manakala di Malaysia ia didalangi oleh Mahathir dengan sokongan parti DAP yang anti Islam. Perbezaan prinsipnya serupa, iaitu antara politik dengan pengaruh Islam yang didokong oleh UMNO dan PAS dan politik sekular DAP dan PKR.
Malangnya kedudukan negara Turki kini pula terancam oleh perang saudara diTimur Tengah. Beberapa rakyatnya telah terbunuh angkara keganasan pelampau ISIS atau DAESH yang menyusup masuk dikalangan pelarian dari Syria dan Iraq serta pejuang puak pemisah Kusdish di Turki itu sendiri. Bagi negara kita, setakat ini negara masih lagi terhindar daripada malapetaka ini. Marilah kita semua berdo’a semoga dilingungi Allah daripada segala bala bencana dan semoga sentiasa hidup dengan aman dan makmur.
Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
DAH IKHWAN
Sila baca juga: