Mengapa MP Pakatan Harapan Takut Bersuara: Siapakah Pengundi Mereka?

Enam bulan selepas PRU 14, rakyat mulai menyedari yang Melayu bukanlah kuasa dibelakang Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Walaupun Malaysia kini mempunyai seorang Perdana Menteri Melayu seperti sebelumnya, tetapi Tun Mahathir telah dilantik oleh sebuah kerajaan yang dibentuk oleh 58 ahli parlimen Melayu sahaja daripada sejumlah 121 ahli parlimen PH.

Keadaan ini telah menimbul keresahan orang Melayu di Semenanjung yang mulai terasa kedudukan politik dan hak mereka semakin terancam oleh kuasa DAP dalam kerajaan. Kajian pihak Ilham Centre baru-baru ini mendapati lebih daripada 60% responden Melayu yakin yang Kerajaan Persekutuan kini di kuasai oleh bukan Islam dengan DAP sebagai kuasa dominan di Putra Jaya.

Walaupun terdapat ramai juga ahli parlimen Melayu dalam kerajaan, tetapi mereka merupakan golongan minoriti yang pula menyandang kerusi atas ehsan pengundi kaum Cina dan India. Atas sebab ini mereka nampaknya sukar hendak mempertahankan isu-isu berkaitan hak Melayu/Bumiputera dan kedudukan Raja-Raja Melayu, kerana ini akan membahayakan kedudukan mereka sendiri dalam pilihahan raya akan datang.

Mereka dilihat berdiam diri sewaktu tuduhan dan tindakan liar berlaku sewaktu peristiwa pergaduhan di sekitar Sri Maha Mariamman Temple baru-baru ini.

Apabila kerajaan PH hendak mengiktiraf ICERD, tiada seorangpun wakil rakyat Melayu PH yang berani bersuara lantang. Begitu juga dengan isu Sijil Persekolahan Sekolah Cina (UEC), isu kedudukan Raja Raja Melayu, Bahasa Melayu, isu agihan kontrak kepada Bumiputera, isu program bantuan kepada peniaga Bumiputera dan bermacam-macam lagi isu yang disasarkan untuk menghakis hak-hak Melayu/Bumiputera yang sedia ada.

Untuk makluman anda, di bawah saya perturunkan senarai penuh ahli parlimen dari Pakatan Harapan dan anggaran nisbah pengundi Melayu berbanding pengundi Cina dan India yang telah mengundi mereka.

Kawasan ParlimenCalon Pakatan HarapanM/Bukan M
KangarNor Amin Ahmad69/31
LangkawiT Mahathir87/13
JerlunMukhriz77/23
Kubang PasuAmiruddin Hamzah77/23
Pokok   SenaMahfuz Omar55/45
Kuala KedahAzman Ismail53/47
MerbokNor Azrina Surip45/54
S PetaniJohari Abdul31/69
Kulim B BaruSaifuddin Nasution42/58
Permatang PauhNurul Izzah49/51
Nibong TebalMansor Osman22/78
Balik PulauMohammad Bakhtiar34/66
Parit BuntarMujahid Yusof Rawa29/71
TambunAhmad Faizal Azumu29/71
LumutMohamad Hatta Ramli35/65
RaubTengku Zulpuri Sah16/84
Indera MahkotaSaifuddin Abdullah26/74
KuantanFuziah Salleh24/76
TemerlohMohd Anuar Mohd Tahir41/58
Sungai BesarMuslimini Yahya27/63
Kuala SelangorDzulkifli Ahmad48/52
GombakAzmin Ali69/31
AmpangZuraida41/59
PandanWan Azizah33/67
Hulu LangatHassanuddin46/54
Shah AlamKhalid Samad65/36
KaparAbdullah Sani44/56
Kota RajaMohamad Sabu31/69
SepangMohd Hanifa Maidin39/61
SetiawangsaNik Nasmi47/53
TitiwangsaRina Harun56/44
lEMBAH pANTAIAhmad Fahmi52/48
Bandar Tun RazakKamaruddin Jaafar44/56
Kuala PilahEddin Syazlee57/43
TampinHassan Bahrom30/70
Alor GajahMohd Redzuan33/67
Tanggan BatuRusnah Aluai48/52
Hang Tuah JayaSamsul Iskandar32/68
SekijangNatrah Ismail41/59
PagohMuhyddin Yassin49/51
LedangSyed Ibrahim44/54
MuarSyed Saddiq48/52
Sri GadingSaruddin Md Salleh47/53
Batu PahatMd Rashid39/61
Simpang RenggamMazlee Malik41/59
Pasir GudangHassan Abd Karim39/61
Johor BahruAkmal Nasrullah44/56
PulaiSallehuddin Ayub34/65
Tanjung PiaiFarid Mohd Rafiq21/79

Dalam senarai di atas hanya terdapat 11 orang daripada wakil Rakyat Melayu dari PH yang diundi oleh majoriti Melayu sementara bakinya 38 orang telah di undi majoritinya oleh kaum bukan Melayu atau bukan Bumiputera. Misalnya Tun Mahathir sendiri diundi dengan majoriti Melayu berbanding Bukan Melayu dengan nisbah 87/13 manakala Tengku Zulpuri Sah bagi kawasan Raub hanya mendapat nisbah 16% undi Melayu berbanding 84% bukan Melayu.

Anggaran nisbah pengundi di atas telah diolah secara ilmiah termasuk kaedah regression analisis keatas data pilihan raya setiap kawasan parlimen di Semenanjung Malaysia.

iDiharap dengan analisis ini anda dapat memahami sebabnya mengapa ahli Parlimen dari Pakatan Harapan sukar hendak mempertahankan kedudukan Hak Melayu/Bumiputera dan Raja-Raja Melayu dalam keadaan yang ada kini. Dalam kata lain ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan kini betul-betul berada didalam genggaman Pengundi Cina dan India mengikut arahan DAP.

Jika keadaan ini berlaku dalam sebuah Parti pembangkang, ianya tidak begitu menghairankan, tepai sekarang ia berlaku dalam parti pemerintah di Putrajaya. Ini amat menggerunkan.

Jika keadaan seperti ini berlarutan dalam beberapa Pilihan Raya akan datang, tidaklah begitu sukar meramalkan sejauh mana
kedudukan Melayu/Bumiputera akan jatuh dalam masa 10 tahun hingga 50 tahun dari sekarang.

Sekian, wallahu a’lam dan salam sejahtera. Semoga Melayu/Bumiputera dilindungi Allah.

DAH IKHWAN

Anda mungkin ingin juga membaca artikel ini:

  1. Petroleum Royalty: PETRONAS VS Producing States.

1 Comment

Comments are closed