Ada orang mulai kata parti dari Malaya adalah parti orang gila. UMNO gila duit, PPBM gila kuasa, DAP gila berbohong dan kini PKR pula gila seks. Ada pemimpin Pakatan Harapan pula mengakui memang gila kuasa kerana mereka kata wajib menumbangkan UMNO yang gila duit.
Nampaknya, ini kesemuanya gara-gara beberapa pemimpin Melayu yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri.
Kesah terkini tercetus dengan video semburit dua actor, seorang yang menyerupai Menteri Azmin Ali dan seorang lagi aktor muda dan hensem bernama Haziq Abdullah bin Abdul Aziz. Yang menariknya, Si Haziq ini adalah ‘aktor’ baru dari Sarawak. Ini menjadikan Sarawak bukan sahaja setakat penonton dari jauh, tetapi sudah naik ketahap pelakon utama dalam episod terbaru yang melanda parti-parti Melayu Malaya.
Syabas PKR Sarawak. Tahap pelakon Sarawak sudah meningkat.
Jalan ceritanya sama seperti kesah Saiful yang menghebah kisah sulitnya dalam kes Sodomi 2 Anwar dahulu. Dalam kedua-dua kes ini pasangan kepada menteri yang berkenaan dengan tidak segan silu dan terlalu gemar menghebah kesah sulitnya kepada umum. Tidak aneh bagi kes-kes berkaitan politik di Malaysia! Soalnya hanyalah apakah agak insentifnya? Budaya Melayu di Malaya sudah berubah; sudah maju katakan.
Sejarah perjalanan politik Haziq menunjukkan penglibatan yang tidak menentu dengan perjuangan yang tidak jelas. Beliau adalah pengasas dan Presiden sayap pelajar PKR ketika masih lagi mahasiswa di Universiti Malaya dalam tahun 2012. Pada tahun 2016 beliau telah menyata hasrat meninggalkan PKR, tetapi tiada rekod rasmi beliau meninggalkan parti. Beliau kemudian menyertai kempen pilihanraya Barisan Nasional di kawasan Parlimen Batang Sadong pada tahun 2017. Setelah PRU 14, beliau menyertai PKR semula dan dipilih sebagai ketua pemuda di Kawasan Santubong.
Memang ada segelintir dari generasi muda Sarawak bersikap sebegini, tiada landas perjuangan, tidak sabar menunggu giliran dan sanggup melompat parti jika nampak sedikit harapan sekalipun dan akhirnya terjebak kedalam kancah yang memalukan.
Raja Petra Kamaruddin dari Malaysia Today menyimpulkan satu teori yang pengaruh Azmin perlu dihapus dangan andaian yang beliau dan beberapa pengikut akan melompat ke parti Tun Mahathir PPBM bagi menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri. Jika Azmin berjaya dan membawa dengannya Jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka PKR akan behadapan dengan masa hadapan yang gelap. Jika sebaliknya jawatan Timbalan Perdana Menteri kekal dengan PKR, besar kemungkinan PPBM akan hilang jawatan Perdana Menteri dan nasib malang akan menimpa kemudiannya.
Sebenarnya, keadaan tidak terhenti setakat itu sahaja. Jika Mahathir tersingkir, sebagai Perdana Menteri, beliau punyai pilihan menyerahkan kepada rakyat melalui Pilihan Raya Umum tergempar dalam masa terdekat.
Joselyn Tan daripada The Star, merekodkan seorang peguam korporat dari Pulau Pinang sebagai berkata, “nampaknya ada mereka yang amat berpengaruh dibelakang Haziq, memandangkan cara kes ini tersebar.”
“ Ada sesuatu yang lebih besar bermain di belakang tabir untuk menjahanam kareer seseorang. Di sebaliknya ada tangan tersorok, yang amat berpengaruh, menjaga dia(Haziq)”.
Bagaimanapun, reputasi PKR pasti akan terus jatuh di kacamata masyarakat Melayu akibat gosip-gosip seks yang melanda pemimpin teratas parti. Tuduhan terakhir ini bukannya dari luar, tetapi dengan pengakuan seorang ahlinya sendiri yang mempunyai jawatan dalam parti.
Dengan suasana kegilaan ini, saya tidak nampak sebab mengapa rakyat di Sarawak terpikat kepada parti PKR, PPBM dan parti-parti Malaya yang lain..
.
.
DAH IKHWAN