PRN JOHOR 2022: Medan Uji Kekuatan

Sudah lama disedari umum UMNO telah merancang hendak menghapuskan parti lawan, terutama Parti Bersatu sebelum ia bertapak menjadi sebuah parti pencabar besar yang berpotensi mengganggu-gugat kekuatanya di Semenanjung.

Lantas, berlakulah Pilihan Raya Negeri Melaka pada tahun lepas dan kini disusuli pula dengan PRN Johor.

Sekilas pandang, pendekatan ini merupakan satu strategi yang bijak untuk UMNO mengukuhkan parti menjelang PRU 15. Mana tidaknya, kedua-dua buah negeri ini merupakan dua buah kubu kuat UMNO di Selatan Semenanjung. Nampaknya mereka yakin yang kemenangan besar di kedua-dua negeri ini akan menggerakkan momentum untuk kemenangan seterusnya.

Saya nampak, strategi ini sebenarnya boleh dikatakan “double edged sword”, iaitu satu senario yang boleh juga memakan diri sendiri kerana ia akan menunjukkan tanda awal sokongan kaum kepada parti-parti yang bertanding. Keputusan bilangan kerusi DUN akan pasti memihak kepada UMNO atau BN seperti telah terbukti di Melaka. Tetapi, tidak kurang pentingnya pula ialah kemana arah undi terkini kaum Melayu sebagai kaum terbesar di Malaysia.

Di Melaka misalnya, sungguhpun BN telah memenangi sejumlah 21 daipada keseluruhan 28 kerusi DUN, kajian data sokongan setiap kaum menunjukan yang keadaan sebenarnya kurang selesa. BN telah mendapat hanya 53.2% undi Melayu, iaitu menurun berbanding 57% yang di kutip dalam PRU 14.

Majoriti undi muda juga telah memihak kepada Perikatan Nasional, walaupun undi 40 tahun keatas masih lagi setia kepada UMNO. Parti DAP nampaknya amat sedar akan perkara ini dan mulai mengorak langkah memikat pengundi Melayu. Sebab itulah DAP mulai mendampingi Syed Saddiq dari Parti MUDA kerana DAP lebih yakin dengan potensi beliau berbanding dengan keadaan Parti PKR sekarang yang mulai diketepikan oleh pengundi Melayu. Parti MUDA berpotensi memenangi beberapa kerusi atas sokongan 95% undi Cina dan sedikit undi Melayu sahaja, dan ini akan menguntung dan menambah kerusi puak DAP di Parlimen. Justeru, Parti Bersatu dan juga parti Melayu yang lain harus waspada akan perkara ini dan jangan bersikap selesa dengan sokongan pengundi muda Melayu sekarang.

Suasana seperti di Melaka dijangka tidak menjejaskan kemampuan BN menang di Johor. Ini kerana majoriti Melayu di sana dijangka masih memihak kepada BN, disokong pula oleh majoriti dari kaum India ,sejajar dengan laporan media terkini. Sokongan dari kaum Cina juga serba sedikit boleh diharapkan oleh BN, walaupun minoriti sahaja. Perlu diingatkan biasanya sokongan dari kaum Cina memang lebih tinggi daripada keadaan di Semenanjung keseluruhannya.

Walaupun jika suasana politik di Johor terbukti cukup cerah, saya jangka BN masih akan menghadapi suatu cabaran yang besar untuk menang di negeri-negeri lain. Ini kerana pengundi Melayu sudah nampak bersedia menerima Parti Bersatu sebagai sebuah pesaing utama kepada UMNO.

Parti Bersatu nampak betul-betul menawarkan pemerintahan yang berbeza. Ia lebih bersih dan tidak dibelenggu oleh isu rasuah yang melulu. Ia telah berjaya menerajui Malaysia dalam suasana COVID-19 yang melanda negara dalam tahun 2020-21. Disamping itu ia dipimpin pula oleh seorang pemimpin yang bijak, berani dan berpengalaman seperti Tan Sri Muhyddin Yassin. Kualiti ini amat perlu untuk menerajui negara dalam suasana yang amat sukar sekarang. Kepentingan orang muda dan masa depan negara memerlukan kepimpinan seperti beliau.

Di samping itu, ketika berganding dengan parti PAS, ia menjadi satu gandingan yang mantap di banyak negeri di Semenanjung.

Niat BN untuk menguburkan Perikatan Nasional tidak mungkin tercapai. Ada juga kemungkinan Perikatan Nasional mampu memenangi cukup banyak kerusi dalam PRU 15, lantas menjadi pencabar utama kepada UMNO dalam membentuk dan menerajui Kerajaan.

.

DAH IKHWAN

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to PRN JOHOR 2022: Medan Uji Kekuatan

  1. Ahmad Faisal Mohd Yunos says:

    Mohon tuan jika ada Ramlan untuk PRN johor seperti biasa

    • DAH IKHWAN says:

      Insya Allah, sedang diusahakan. Dijangka Siap dua hari sebelum tarikh mengundi. Kini saya sedang memindah data-data kawasan kedalam komputer.

Comments are closed.