[Ini adalah versi Bahasa Melayu artikel dalam bahasa Inggeris yang terdahulu bertajuk ‘ KL Public Transport System’]
Sekiranya wujud suatu anugerah untuk pemandu pelancong yang berpengalaman, saya agak pasti layak dipertimbangkan. Saya tidak pernah bertugas dengan mana mana agensi pelancongan atau firma dalam sektor pelancongan, tetapi sekian lama saya telah ‘berkhidmat’ untuk keluarga sebagai ‘pemandu pelancong’ untuk isteri dan anak anak dalam lawatan ke pelbagai negara diserata dunia. Sejak saya mendiri rumah tangga sejak awal tujuh puluhan saya telah melaksanakan ‘tugas’ ini banyak kali, membawa keluarga melancong di merata tempat yang menarik.
Lawatan kami yang terakhir ialah ke Singapura, sebuah negara jiran yang semua kita kenali dengan sistemnya yang efficien – pasti ramai yang kagum. Jika anda seorang muda yang inginkan gaji yang lumayan, pasti anda ingin berkerja disana, tetapi jika anda seorang yang komited dengan nilai nilai demokrasi Barat seperti soal hak kemanusiaan, soal keadilan dalam pilihanraya, soal kebebasan dsb., pasti anda tidak menyukai negara itu. Jika anda seorang Melayu, anda mungkin ingin melawat Singapura sebagai pelancong, tetapi saya pasti anda tidak ingin menjadi rakyat di sana. Kebanyakan orang Melayu yang saya kenali atau pernah jumpa disana lazim menceritakan penindasan yang mereka alami di dalam masyarakat majoritinya dari kaum Cina.
Selepas melancong selama lima hari di sebuah negara yang begitu teratur dengan sistem pengangkutan awam yang bertaraf global, tempat tempat pelancongan yang diurus dengan rapi, sistem pendidikan diantara yang terbaik didunia dan dengan persekitaran yang amat bersih, Singapura sesungguh sebuah negara yang maju, aman dan makmur. Setelah bersantai di sana kamipun balik ke tanah air pada hari kelima dan beluang juga melawat beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur, ibunegara yang amat kita banggakan.
Seperti ketika di bandaraya lain, saya menemani keluarga bersiar menaiki sistem pengangkutan awam seperti LRT, Monorail dan teksi. Ini bukanlah kerana saya suka sangat menaiki kenderaan tersebut, tetapi kerana ia lebih banyak melibatkan berjalan kaki, samalah seperti suatu riadah. Keluarga saya selalunya akur begini, walaupun kadang kala ada yang terlalu penat dan kami terpaksa menaiki teksi pula.
Merentasi perjalanan menaiki kenderaan awam di Kuala Lumpur, bukanlah suatu pengalaman yang mudah, walaupun banyak pembaikan telah dilaksanakan.
Saya nampak gate keluar/masuk yang baru telah siap di pasangkan yang sepatutnya membolehkan penggunaan tiket yang sama untuk semua jenis kenderaan, samaada dilaluan Star, Putra, Monorail ataupun bas. Begitulah sepatutnya, seperti sistem yang ada di Singapura. Justeru, kami memutus menaiki sistem Monorail/LRT dari stesyen Imbi ke Plaza Rakyat. Kamipun membeli tiket dengan kos RM 2.40 seorang, secara transit di Stesyen Hang Tuah. Di stesyen Hang Tuah kami perlu keluar stesysen untuk pertukaran ke kenderaan LRT. Malangnya tiket perjalanan kami perlu diserahkan di gate keluar walaupun belum sampai kedestinasi akhir.
Lantas saya bertanya dengan seorang kakitangan yang berada berhampiran. Beliau mengesahkan yang tiket kami tidak mungkin boleh dikeluarkan dari mesin berkenaan meskipun baki tambang masih ada pada tiket tersebut. Nampaknya beliau tidak faham dilema kami atau senghaja tidak ambil peduli akan wujudnya kecacatan pada sistem berkenaan. Saya kurang pasti sama ada wujud kesilapan spesifikasi mesin gate yang baru sahaja dipasangkan, atau stesyen yang kini sedang diubahsuai akan menggunakan pelan susunatur lantai yang lebih mudah seperti di Singapura dimana penumpang tidak perlu keluar dari stesyen transit. Malah di sana, pertukaran tren begitu mudah di mana tren transit yang akan dinaiki hanya menunggu di platform bersebelahan.
Pun demikian, Singapura bukanlah sebuah bandaraya yang serba sempurna, terutama untuk penduduk berbangsa Melayu. Ketika menaiki sebuah teksi yang pemandunya seorang Melayu, saya bertanya bagaimana hendak ke kampung Melayu. Beliau menjawab dengan nada sedih bahawa kini tiada lagi wujud perkampungan Melayu atau sebuah kawasan yang majoritinya Melayu di sana. Beliau menambah, bahawa semua kampung kampung Melayu seperti Geylang, Beduk, Kampung Gelam dsb. telah lama diroboh dan di atas tapak tapaknya kini wujud penempatan semua kaum, majoritinya Cina, yang berupa flat atau apartment.
Kini terdapat kira kira 600,000 penduduk Melayu di Singapura. Dengan keadaan penempatan di atas maka tiada wujud satupun kawasan pilihanraya kaum Melayu. Memang ada ahli parlimen Melayu, tetapi mereka hanya dipilih melalui kawasan pilihanraya atas ehsan pengundi yang majoritinya kaum Cina.
Sebenarnya pada tahun 2010 kaum Melayu hanya merupakan 13.4% dari keseluruhan penduduk Singapura, berbanding 14.1% pada tahun 1990. Sekiaranya tiada penghijrahan beramai penduduk Cina dari negara China, sepatutnya ada hampir 20% penduduk Melayu sekarang di Singapura. Kita harus maklum wujudnya polisi membawa masuk kaum Cina dari negara lain ke Singapura bagi mengimbangi pertambahan penduduk Melayu di sana.
Begitulah malang nasibnya kaum Melayu Singapura di tanah air mereka sendiri.
Berbalik kepada perjalanan di Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke Plaza Rakyat. Setibanya di stesyen, kami berjalan ikut jalan berbumbung ke Terminal Bas Pudu Raya yang indah, yang baru sahaja siap tidak lama dahulu. Perjalanan kami di sektor ini adalah lancar melalui persekitaran yang cukup baik sebagai sebuah stesyen yang utama di Kuala Lumpur.
Sebenarnya sistem pengangkutan yang effisien dan mudah wujud dikebanyakan bandaraya utama di negara maju, seperti sistem rail bawah tanah di bandaraya Paris, walaupun yang ada di Kota London nampaknya agak usang dan sukar bagi pelancung terutama di waktu waktu sesak.
Di bandaraya lain juga wujud sistem pengangkutan awam yang effisien. Di Perth, kerajaan menyediakan bus tambang percuma untuk penumpang di pusat bandaraya. Di Gold Coast terdapat sistem bus awam dengan jadual perjalanan yang mudah, kerap dan tepat di tempat tempat utama, manakala di bandara Brussels di Belgium, sistem pengangkutan yang bersepadu telah wujud sejak beberapa dekad yang lalu.
Balik di Kuala Lumpur, para penumpang sering menyaksikan barisan yang panjang membeli tiket di mesin tiket ataupun di kaunter membeli tiket. Mesin tiket pula ada yang rosak dan tidak menerima wang RM5 atau RM10.
Berbanding dengan di Singapura, jarang sekali kita melihat barisan yang panjang sebegitu kerana para penumpang nampaknya gemar menggunakan season tickets, ini memudahkan laluan kepada pengunjung seperti kami sambil melancarkan perjalanan untuk semua. Ini perlu di pelajari oleh perancang dan pengendali sistem transit di Malaysia.
Ketika berada di dalam tren di KL, kesesakan adalah perkara lumrah, terutama di waktu sebok. Walaupun pembinaan MRT baru dialu-alukan, saya berasa hairan mengapa masalah ini tidak ditangani dengan menambah tren atau menambah koc kepada tren tren yang ada. Saya pasti ini tidak memerlukan kos yang begitu tinggi.
Sebagai pelancong yang melawat bersendirian, kami dapati begitu mudah melawat tempat tempat menarik di Singapura. Pertama kita boleh dapati banyak brosur panduan pelancong di segenap hotel, termasuk di hotel hotel yang kecil. Brosur brosur ini menyediakan maklumat yang penting seperti tempat tempat yang menarik, lokasinya, harga tiket masuk dan bagaimana hendak ke sana. Saya memutuskan membawa keluarga melawat ke Science Centre, menaiki MRT dari stesyen yang berhampiran hotel kami di Orchard Road. Sesampai di stesyen destinasi, terdapat sebuah stesyen bas yang besar ke banyak destinasi, termasuk ke Science Centre. Pun demikian kami memutuskan hanya berjalan kaki ke sana kerana ia hanya terletak berhampiran.
Terdapat beberapa buah terminal bas yang besar seperti ini di kawasan strategik di Singapura yang berfungsi sebagai pusat transit untuk menghubungi kawasan perumahan, tempat berkerja, tempat riadah dan pelancongan, dan pusat bandaraya
Setelah meluangkan masa selama sembilan hari melancong, kami kembali ke Kuching, bandaraya kami yang cukup cantik dengan lanskap yang indah dan dengan persekitaran yang amat bersih. Tetapi, sistem pengangkutannya belum lagi cukup baik, sama seperti dibandaraya lain selain Kuala Lumpur.
Kenderaan teksi banyak yang usang walaupun ada beberapa buah teksi eksekutif biru seperti di bandaraya lain. Juga terdapat bas bas City Public Link yang baru, beraircond berwarna hijau. Sukar hendak menilai prestasi bas bas ini, tetapi sekali pandang nampaknya ia mampu menarik lebih ramai penumpang, sungguhpun frekuensi dan ketepatan masa perjalanan belum lagi memuaskan. Baru baru ini stesyen utama Kuching Central yang moden dan indah sudah mulai beroperasi untuk perkhidmatan bas ekspres ke Kalimantan dan ke bandar bandar lain di Sarawak.
Tahun 2020 hanya tinggal lapan tahun lagi. Menjelang tahun itu, Malaysia dijangka mencapai taraf negara maju, justeru itu kita rakyat Malaysia pasti mengharapkan sistem pengangukutan awam yang eficien di seluruh bandar utama di negara ini.
Update 21 Mac 2013
Saya baharu sahaja selesai melalui laluan LRT Kuala Lumpur bahagian PWTC Ke KLCC dan transit di Stesen Masjid Jamek. Saya dapati laluan ini beroperasi dengan baik dan nampaknaya telah siap sepenuhnya.
Mesin tiket yang baru telah mula beroperasi dan mesra pengguna. Hanya agak malang mesin ini hanya menerima duit coin dan note seringgit sahaja. Kita cadangkan semoga mesin diubahsuai menerima note RM5 dan RM10 juga bagi urusan lebih pantas untuk mereka yang membeli banyak tiket.
Mesin kaunter masuk/keluar yang baru juga telah siap beroperasi. Mesin ini boleh menerima tiket daripada sistem rail lain yang dilalui.
Setibanya di stesyen Masjid Jamek, saya melalui prose transit yang effisien terus ke laluan LRT Putera.
Setibanya di stesen KLCC saya masukkan tiket yang dibeli di stesen asal kedalam slot mesin kaunter keluar. Sungguh mudah.
DAH IKHWAN
+
ejaan pelancung sepatutnya dieja pelancong
Terima kasih
Sememangnya wujud ketidakadilan sosial di Singapura diantara Melayu dan majoriti Cina.Bertuah di bumi Malaysia yang dilayan sama rata tanpa ada sifat perkauman melampau ;p