Sejak Pilihanraya Umum tahun 2008, kita telah membuat sebanyak dua belas ramalan pilihanraya kecil dari awal 2009 hingga kini dan sebelas daripadanya terbukti tepat. Semua ramalan terdahulu boleh disemak melalui archive pada blog ini.
________________________________________________
Sila klik di sini untuk artikel ‘Analisis dan ulasan keputusan Pilihanraya DUN Sarawak’
________________________________________________
Semua ramalan kita telah dibuat dengan meneliti sentimen terkini bagi setiap kaum yang besar di negara ini dan ini dipadankan dengan suasana dalam setiap kawasan pilihanraya. Faktor lain juga diambilkira, seperti kekukuhan kedudukan parti dan calon dalam setiap kawasan berkenaan.
Bagi Ramalan untuk Negeri Sarawak, kita perlu meneliti sentimen Kaum Melayu/Islam, Dayak dan Cina, iaitu tiga kategori kaum yang menduduki negeri tersebut.Kaedah regression analysis telah digunakan meliputi angka keputusan pilihanraya dihampir semua kawasan DUN pada Pilihanraya Negeri tahun 2006. Hasilnya menunjukkan seramai 77% dari jumlah pengundi Melayu dan Melanau telah mengundi BN, berbanding dengan 67% pengundi Dayak dan 40% pengundi Cina.
Baru baru ini ada hanya dua pilihanraya kecil (PRK) di Sarawak, kedua duanya menunjukkan sentimen setiap kaum tidak banyak berganjak dalam kawasan kawasan Pilihanraya ini berbanding suasana dalam tahun 2006 atau tahun 2008.
Dengan angka angka PRK baru baru ini di seluruh Negara, termasuk di Sarawak, bolehlah dirumuskan BN masih lagi mendapat sokongan teguh dari masyarakat Melayu/Melanau melebihi 75%, dan sokongan kira kira 40% dari masyarakat Cina.
Bagi masyarakat Dayak pula. tanda tanda awal juga menunjukkan sokongan teguh tetap wujud untuk Barisan Nasional, berpandukan PRK di Batang Ai dan Sibu. Faktor faktor positif lain ialah, parti parti komponan BN telah lama bertapak dan sebagai penyandang kerusi di kawasan Dayak secara berterusan. Selain itu, polisi dan program Kerajaan Negeri telah banyak memberi faedah untuk kaum Dayak, seperti Program Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), termasuk Projek Projek SALCRA.
Anggaran ini adalah sejajar dengan suasana terkini di Semenanjung dimana keputusan lima pilihanraya kecil terkini menunjukkan sokongan kaum Melayu/Bumiputera dan India untuk BN telah pulih seperti sediakala. Malah sokongan kini ditahap yang tinggi dan mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang kukuh seperti biasa, dengan adanya sokongan yang berterusan daripada rakyat Bumiputera di Sarawak dan juga Sabah.
Perlu diingatkan, kaum Dayak, Melayu dan Melanau, kesemuanya mendapat fa’edah daripada Dasar Ekonomi Baru, seperti penempatan dalam Pusat Pengajian Tinggi Awam, peluang pekerjaan dalam Kerajaan dan GLC, seperti PETRONAS, MAS, TELEKOM dsb. Selain itu masa depan anak anak Bumiputera juga terjamin dengan adanya Biasiswa Kerajaan.
Malah kebuntuan pakatan pembangkang dalam hal pengaihan kerusi menyebabkan pertembungan antara PKR dan SNAP dihampir semua kawasan Dayak, pasti akan menjejaskan peluang mereka dalam banyak kawasan.
Bagaimanapun, dijangka Pakatan Rakyat akan tetap memberi fokus kepada isu tanah NCR kerana wujud beberapa pertikaian setempat diantara beberapa penghuni rumah panjang dengan Syarikat syarikat ladang yang beroperasi berhampiran.
Mereka dijangka mengambil kesempatan atas isu kitab agama Kristian berbahasa Melayu. Beberapa isu lama berkaitan masyarakat Cina banyak telah ditangani oleh Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri. Isu tentang kedudukan Ketua Menteri sendiripun dijangka kurang kesannya kini setelah Pehin Seri sendiri beberapa kali menyatakan hasrat beliau hendak bersara selepas pilihanraya ini nanti.
Perlu diingatkan hanya masyarakat Cina sahaja yang majoritinya memihak kepada Pakatan Pembangkang(DAP). Undi mereka di Sarawak nampaknya selari dengan keadaan di Semenanjung sejak Pilihanraya Negeri tahun 2006. Bagaimanapun, dengan dasar 1 Malaysia kerajaan Malaysia, ingin kita lihat setakat mana BN dapat menambat hati kaum Cina.
Sebarang kemerosotan sokongan dari kaum Cina pasti menghairankan kaum Bumiputera kerana umum ketahui merekalah yang paling banyak mengaur keuntungan daripada dasar dasar ekonomi kerajaan, sehingga menjadi kaum yang terkaya di negara ini. Tun Mahathir pernah berkata memang sukar hendak memenuhi kehendak hati kaum Cina, mereka kaum hendak menang sahaja dan tak tahu hendak beralah.
Satu lagi perkara perlu dipertimbangkan oleh masyarakat Cina, mereka akan hilang perwakilan dalam kerajaan negeri jika memberi sokongan penuh kepada DAP dan PKR. Jika ini berlaku, ia adalah sesuatu yang merugikan dan luar dari sikap biasa masyarakat Cina di negeri Sarawak.
Tidak dinafikan dasar 1 Malaysia pasti ada impaknya, jika tidak dari segi politik tetapi dari segi sosialnya. Ini sememangnya wujud sejak sebelum Malaysia lagi. Semangat toleransi kaum di sini amat tinggi, malah lebih daripada itu masyarakat di Sarawak bebas berinteraksi tidak mengira kaum. Perkara perkara yang sensitif di Semenanjung seperti isu kalimah Allah, Bible berbahasa Malaysia, Melayu murtad, bukanlah isu yang menganggu umat Islam di negeri ini, dan nampaknya begitu juga umat Kristian.
Bagi orang Islam mereka tidak nampak pihak Gereja boleh menjadi satu ancaman dengan sejarah interaksi yang harmonis antara pihak Gereja dengan Masyarakat Islam wujud begitu lama sejak sebelum Malaysia lagi. Sehingga kini tidak pernah kita dengar kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Melayu.
Sememangnya telah terbukti wujud di mana manapun jatidiri yang kukuh dalam sesebuah maysarakat Islam dari zaman berzaman.
Keadaan sosial di Sarawak juga sedikit sebanyaknya dipengaruhi oleh trend politik di sini, hasil kebijaksanaan pemimpin pemimpin terdahulu, terutamanya Tun Abdul Razak(rujuk buku Tun Mahathir, A Doctor in the House). Dengan memberi restu kepada parti parti tempatan di Sarawak dan Sabah menyertai Barisan Nasional, rakyat di negeri negeri Borneo diberi autonomi menjaga kepenting masyarakat masyarakat tempatan, seperti memastikan tanah Hak Adat Bumiputera terus wujud dan dimajukan, sekolah sekolah Cina terus berkembang dan dibantu kerajaan dan undang undang immigresyen dan undang undang peluang perkejaan terus melindungi hak penduduk tempatan.
Sekiranya Sarawak tidak di perintah oleh parti parti komponen BN dari Sarawak, maka kepentingan kaum kaum di Sarawak pasti terabai.
Bagaimanapun, wujud beberapa kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti tipis kurang daripada 1000 undi dalam pilihanraya negeri yang lepas. Kawasan kawasan ini kini menjadi perhatian dan pertarungan sengit dijangka akan berlaku termasuk kawasan kawasan berikut: Sadong Jaya (N.20), Beting Maro (N.24), Saribas (N.30) , Repok (N.39), Dudong (N.46), Pelawan (N.48), Belaga (N.57) dan Ba’Kelalan (N.70). Penamaan calon baru di beberapa kawasan ini menjadi corak pengundian sukar diramal, kerana seseorang calon baru tidak mampu menyumbang undi atas kekuatan peribadi nanti. Bagaimanapun, BN nampaknya cukup yakin dan berhati hati memilih calon baru hanya dari kalangan yang boleh menang.
Namun ada juga kawasan dimiliki Pakatan Pembangkang seperti N. 12 Kota Sentosa ( 77% pengundi Cina) yang di menanginya dengan majoriti sebanyak 531 undi sahaja. Calon BN En. Alfred Yap yang pernah mewakili kawasan ini terdahulu,dikhabarkan telah terus berusaha selama lima tahun ini untuk merebut kembali kawasan ini.Tidak mustahil satu kejutan memihak kepada BN berlaku di sini.
Di Kawasan Padungan (N.9) yang di sandang oleh Dominique NG (PKR) pula bertanding tiga penjuru diantara Dominique Ng (Bebas), berentap dengan calon DAP dan BN. Dominic bertindak bertanding dengan tiket Bebas kerana tidak dicalonkan semula oleh PKR. Tidak mustahil jika BN juga berjaya merebut kembali kawasan ini.
Di kawasan N. 10 Pending pula, penyandang kerusi Violet Yong dari DAP bertanding dua penjuru melawan Professor Dr. Sim Kui Hian (BN) . Ramai kawan Cina yang saya hubungi memberi harapan cerah kepada BN memandangkan latar belakang keluarga beliau. Bapa beliau, mendiang Sim Kheng Hong adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Pertandingan sengit dijangka di kawasan N.70 Ba’Kelalan dimana pemimpin negeri PKR Baru Bian berentap dua penjuru melawan BN. Baru Bian hanya kalah sejumlah 475 undi dalam pilihanraya tahun 2006.
Keadaan di Beting Maro (N.24) dimana PAS berentap menentang BN dilaporkan sangat genting bagi BN. Di sini BN perlu memfokus perhatian menarik sokongan terutama dari kalangan penyokong bekas wakil DUN di kawasan tersebut. BN menang dengan majoriti 895 undi sahaja dalam pilihanraya negeri lepas. Kawasan ini mempunyai jumlah penggundi yang kecil dan difahamkan PAS telah lama mengatur strategi jangka panjang di sini.
Di Kawasan N.20 Sadong Jaya dimana calon muka baru dari BN bertanding melawan Calon PAS dan seorang calon Bebas juga memerlukan perhatian. Majoriti diperolehi dalam pilihanraya lepas hanya 858. Seperti di Beting Maro, PAS juga sudah lama berminat dengan kawasan ini.
Di Kawasan Saribas (N.30), pertandingan satu lawn satu antara BN dengan PKR, keadaan juga memerlukan perhatian khas dari BN. Dalam pilihanraya tahun 2006, BN hanya memenangi kawasan ini dengan majoriti 94 undi.
Di N.43 Ngemah BN telah kalah ditangan calon penyandang kerusi Bebas Gabriel Adit sejumlah 549 undi sahaja dalam pilihanraya lepas. Kali ini ada kemungkinan BN boleh menang di sini atas sebab perpecahan undi pembangkang antara PKR, SNAP dan penyandang kerusi yang kini bertanding di Bawah Parti Cinta Malaysia.
Di Belaga pula besar kemungkinan penyandang satu Penggal En. Liwan Lagang dari BN akan menang, kerana advantage kepada penyandang dan perpechan undi pembangkang diantara PKR dan SNAP.
Mengikut perkiraan awal kita, Barisan Nasional mampu mempertahankan majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak
Bagaimanapun ramalan yang lebih terperinci akan dipaparkan sebagai update disini pada 12 April nanti, kerana kita perlu meneliti perjalanan kempen pilihanraya terlebih dahulu
UPDATE BERTARIKH 14 APRIL DAN RAMALAN
Ingin kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat sekalian kerana membaca artikel artikel kita, terutama yang berkaitan dengan Pilihanraya Negeri Sarawak. Sehingga kini kita telah menerima kira kira 3,000 hit sejak demam Pilihanraya Negeri Sarawak awal bulan ini. Kita menganggar melewati 8,000 hit sewaktu musim pilihanraya ini.
Kita telah meneliti perjalanan pilihanraya melalui rakan rakan berada di kawasan kawasan yang sengit dipertandingkan, disamping meneliti laporan akhbar perdana dan akhbar online pembangkang.
Jika dilihat daripada akhbar akhbar berbahasa Cina dan Pembangkang Online, nampaknya seolah oleh gelombang kebangkitan pembangkang sedang melanda Sarawak. Ribuan pengunjung di rapat raksasa anjuran pembangkang di bandar bandar besar di Sarawak sebenar hanya dihadiri hampir keseluruhannya oleh masyarakat Cina sahaja dan tidak memberi kesan yang ketara kepada keputusan pilihanraya nanti.
Sekiranya pengundi masyarakat Cina tidak berubah sikap kearah sentimen arus politik perdana, mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan negeri Sarawak dalam masa lima tahun yang akan datang.
Setelah meneliti suasana sambutan rakyat Bumiputera di Sarawak terhadap kempen Barisan Nasional, terutama sambuatan dan keyakinan kepada Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia, kita anggar Barisan akan tetap menguasai negeri Sarawak dengan majoriti lebih daripada 2/3.
Pakatan pembangkang dijangka menang tidak lebih daripada 15 kerusi, yangmana 10 daripadanya dimenangi oleh DAP dalam kawasan majoriti Cina
Wallahu’alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
DAH Ikhwan
Tajuk Artikel Berkaitan:
1. Populariti Najib dan Pilihanraya Umum ke 13
2. Kajian Separuh Penggal Kemajuan Politik Barisan national
3. Utusan Malaysia dan Kedudukan Taib Mahmud
4.Malaysia’s General Election 2008: A comprehensive Analysis
Wakil2 BN amat percaya diatas tiket2 BN,apakah itu satu jaminan buat mereka,tepuk perut tanya pengundi,kita percaya kenapa kemeriahan penamaan calon disarawak selalu digahkan oleh BN ini adalah kuasa,seluruh jentera2 kakitangan awam cari kerja buat kerja disetiap kawasan utk cari nama sokongan lebih2 lagi pencacai RM utk 5thn,kita dah masak kerja2 ini walaupun gah hanya dimata media/cetak namun undi adalah rahsia,rakyat zaman ini perlu perubahan,ada wakil sampai 9penggal dan apa yg sdr nampak berterusan dikawasan N6,7,8, dll transpomasi adalah tanggungjawab kerajaan walaupun pembangkang mereka tetap meneruskan pembangunan pokoknya siapa saja memerintah,yg penting adalah kehidupan rakyat selesa,walaupun pembangunan 100% ok buat 120 tingka tbangunan canggih,namun rakyat miskin papakedana,apa pertimbalannya,kes bunuh,rogol,rompak,curi,tipu dll semakin menjadi2,statitik meningkat,apa akan jadi bila BN memerintah 100thn lagi……kes gadai tanah/harta mungkin kita merempat dibumi sendiri…wallah`ualam
BN must realize that Sarawak does not belong to BN, Rakyat must also realize that these YBS are not their bosses, RAKYAT IS THE REAL boss.
Salam….rasa tak sabar nak baca ulasan serta ramalan saudara…..bila keluar….
ramalan sdr….sememangnya tepat…saya begitu kagum dengan analisa saudara, berdasarkan fakta yg jelas….taniah…semoga ianya juga di analisa oleh pemimpin2 kerajaan BN…disemua kerusi yang ditandingi oleh PAS tewas pada BN……dah tau dah,,,,,niat PAS datang ke serawak tak lain tak bukan utk memberi kemenagan mutlak kepada DAP…..buka minda, fikir secara rasional, saya tak tau dimana yg PAS kata Agama dan bangsa menjadi tunjang perjuangan PAS…Pengaruh PAS memang besar dlm PR tp di exploitasikan oleh DAP…syabas DAP kerana dpt rakan parti yang setia pada anda…ada banyak lagi kawasan bandar di semenanjung yg PAS akan tlg anda…saya amat kagum dengan bangsa cina ini senada seia sekata…dr pedalaman,,,bandar…..semenanjung, utara selatan, timur dan barat….semuanya senada seia sekata….kagum…..sekurang2nya mereka meperjuangkan bangsa mereka…rindu… sangat bila la bangsa melayu nak jadi gitu kan….
hm..cina..cina..nasib baik lh lu orang tinggal sarawak..kalau kat indon..hm..tidak payah sebut lah..kalau begitu..ini lah masa nya kerajaan bagi peruntukkan yang banyak kepada Dayak..x payah bagi lagi lh itu cina..semua sudah bagi tapi tidak gak kenang budi..PEMIMPIN DAYAK!!!!!!!!!!!AMBIL PELUANG INI!!!!!!!!!!!!!!!
Terima kasih kepada Saudara Kamarul dan Dayak 4ever. Insya Allah semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu/Bumiputera di Sarawak akan merebak di Semenanjung. Sama samalah kita tunggu di PRU 13 nanti.
Kata blogger: “Perlu diingatkan, kaum Dayak, Melayu dan Melanau, kesemuanya mendapat fa’edah daripada Dasar Ekonomi Baru, seperti penempatan dalam Pusat Pengajian Tinggi Awam, peluang pekerjaan dalam Kerajaan dan GLC, seperti PETRONAS, MAS, TELEKOM dsb. Selain itu masa depan anak anak Bumiputera juga terjamin dengan adanya Biasiswa Kerajaan”
Penulis blog ni pun pukimak betullah. Kau ingat aku tak tau ke dasar ekonomi baru tu untuk siapa? Fuck you. Kalau u berani, cuba tulis kat blog ni berapa orang Iban yang kerja kat Petronas, bidayuh berapa orang, orang ulu berapa orang. Fuck you. You should go to hell for abusing religion.
sarawak thinker,
Jangan marah marah. Janganlah begitu mudah percaya hasutan Lim Kit Siang. Prinsip DAP ialah Malaysian Malaysia, ini bererti tidak keistimewaan untuk Bumiputera. Tanah NCR pun terus wujud kerana dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kerajaan BN.
Banyak kepentingan orang Sarawak juga kerana adanya Kerajaan BN terdiri parti parti orang Sarawak. Anda mungkin tidak terfikir bagaimana kerajaan BN mengawal immigresyen dan ordinan buruh untuk melindungi orang Sarawak. Jangan harap orang luar seperti Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim untuk menjaga kepentingan kita.
Assalamualaikum wbt,
Pada pendapat saya, konsep Malaysian Malaysia ada pro dan kontranya. Yang kontranya ialah kepada perlindungan orang bumiputera yang terbendung daripada sebahagian persaingan dengan kaum-kaum lain. Namun, perlu diingatkan bahawa sekiranya orang Melayu dilindungi sepanjang masa, mereka akan berada dalam zon selesa, malah ketinggalan memajukan kaum sendiri. Dalam konteks ini, situasi ini disebut sebagai dasar tutup pintu dimana kita kurang memerhati kepekaan dan kepakaran kaum lain dalam menguasai kepentingan ekonomi yang sememangnya begitu vital sekali.
Kaum Melayu perlu diberi peluang untuk bersaing sepenuhnya dengan kaum-kaum lain supaya dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan akibat kesusahan yang dilalui, dan juga dapat mendidik kita supaya bekerja keras sepanjang masa. Konsep yang dibawa oleh DAP amnya dan Lim Kit Siang khususnya mempunyai pro dan kontradiksi yang tersendiri, walaubagaimanapun pada pendapat saya, ia lebih berguna untuk merangsang kemajuan orang Melayu yang kebanyakannya tidak mampu bangkit setaraf dengan kaum lain.
Terima Kasih.
Saudara Aziz,
Perkara berkaitan Malaysian Malaysia telah lama dibincangkan sejak awal merdeka lagi. Konsep ini diilhamkan oleh Lee Juan Yew untuk membolehkan kaum China merebut peluang Di Malaysia ini.Kita orang orang melayu kenalah berhati hati sebab jika silap Lankah semua yang telah dibina mungkin hilang dalam sekelip mata.