PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK : Pemilihan Calon Barisan Nasional

Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, maka tarikh Pilihanraya Negeri Sarawak kini semakin jelas dan dijangka  pada awal  bulan hadapan.

(Untuk artikel Ramalan Pilihanraya Negeri Sarawak sila klik di sini)

Kedudukan kerusi  DUN Sarawak kini ialah  Barisan Nasional 63 kerusi, DAP 6, PKR 1 dan Parti Cinta Malaysia 1 kerusi. Dengan keadaan demikian Sarawak dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional dan dengan Sabah telah dapat mempertahankan kedudukan kukuh kerajaan BN di peringkat pusat.

Tidak hairanlah jika Pakatan Rakyat rakyat kini berusaha bersungguh sungguh hendak mempengaruhi rakyat di Sarawak sekurang kurangnya dengan tujuan memperbaiki kedudukan kerusi mereka di negeri tesebut. Malah ada juga pemimpin pembangkang seperti Tuan Hj Hadi Awang,  Dato’ Seri Anwar Ibrahim dll.  nampaknya  begitu berharap  membuat kejutan dalam pilihan raya ini. Setakat ini tidak banyak tanda yang boleh menyokong jangkaan mereka.

Anda mungkin masih ingat Sarawak hanya mengadakan dua pilihanraya kecil baru baru ini, iaitu di Batang Ai dan Sibu. Di Batang Ai,  BN telah mampu mempertahankan kerusinya dengan majoriti yang bertambah, mencermin sokongan berterusan masyarakat Dayak kepada BN. Di Sibu pula, ia adalah kerusi kawasan majoriti Cina (64%). Kemenangan di Sibu telah kita ramalkan dengan betul disebabkan oleh sokongan berterusan dari pengundi Cina kepada DAP disamping ketiadaan penyandang yang popular seperti dalam PRU 2008.  Sebaliknya ia juga mempamerkan sokongan berterusan pengundi Melayu/Melanau dan Dayak kepada Barisan Nasional.

Seperti mana di negeri negeri lain,  saya telah membuat kajian terperinci tentang sokongan setiap kaum kepada BN di Sarawak. Kaedah regression analysis telah digunakan meliputi angka keputusan pilihanraya dihampir semua kawasan DUN pada Pilihanraya Negeri tahun 2006. Hasilnya menunjukkan seramai 77% dari jumlah pengundi Melayu dan Melanau telah mengundi BN, 67%  pengundi Dayak dan 40% pengundi Cina.

Dilihat daripada angka diatas, pada pandangan awal, kita tidak menjangka sebarang masalah untuk BN mengekalkan majoriti 2/3 di DUN Sarawak, sekalipun jika wujud sedikit kemorosatan undi.

Tetapi  BN perlu mengambil perhatian kepada beberapa kerusi yang rapuh dengan majoriti kurang daripada 500 undi dibeberapa tempat. Dalam kawasan kawasan ini, terutama  yang disandang  terlalu lama, penamaan  muka baru mungkin tidak dapat dielakkan. Tetapi, perlu diingatkan keadaan ini berisko agak tinggi, jadi seorang calon baharu mestilah seorang yang mudah diterima pengundi (anak tempatan, berkelayakan, mempunyai rekod baik dan disenangi rakyat setempat).

Saya ingin menarik perhatian bahawa mengikut analisis regression kita, pada keseluruhannya setiap penyandang kerusi di DUN Sarawak mempunyai pengaruh persendirian, ia itu kira kira 160 undi bagi setiap penggal yang di sandang. Jadi pengantian seseorang penyandang yang mempunyai majoriti kira kira 1000 undi pada pilihanraya tahun 2006, membawa risikonya tersendiri, kerana seorang calon baru boleh  kehilangan majoriti yang dicapai dahulu, seperti terjadi di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu baru baru ini. Oleh itu BN perlu berhati hati sebelum membuat sebarang keputusan.

Sekian, wallahu alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan.

2 Comments

  1. WAKKANABE

    Anylisis yg bernas,waa sokong,namun apart anylis tepat dan harus berterusan, yg nenentukan hanya satu Tsumani ombak berpagar yg bersandarkan ketuanan dan transformasi darah muda boleh melenyapkan susurgalur kepercayaan rakyat pada hakikat mutlak.

  2. Matuage

    Sdr,

    Kajian sekadar on paper adajuga kebenarannya namun lebih menyeronokan turun padang,data yg tepat dan boleh kita percayai,pemilihan calon BN bermula semlm namun apa yg diwarwarkan buat saya amat mendukacitakan,sebelum ini KMS pernah membuat rumusan bahawa calon muka baru yg boleh memberi kemenangan kpd BN dlm bayangan,contoh dikawasan melayu 50,50 majoriti undi selama beberapa penggal amat ketara menurun,adakah ianya akan berterusan,pembangkang sekarang bukan pembangkang zaman parti pajar,mereka amat komited dgn laungan rakyat yg bermasaalah,justru ini kajian perlu proaktif dlm menagih sejarah BN maj

Comments are closed