Isu DNA Babi Dalam Ramly Burger

Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan dalam beberapa blog sejak sebulan dua ini. Ia berikutan  sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan, Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana.

Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Belaiu menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk yang dikeluarkan.

Beliau mendakwa  memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.

Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan  tiada DNA Babi ditemuai.

Beliau menasihati orang ramai menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut (Jika ada).

Dalam perkara ini,  kami mengakui pentingnya pemantauan status halal dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa gesa dan di laporkan pula oleh  sebuah  pejabat  peringkat daerah dan sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri dengan prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,  fitnah atau  sabotaj.

Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam telah disasarkan oleh pihak yang tidak dikenali  melalui internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek Lapis Sarawak dan kini pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki  atau di kuasai oleh usahawan Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa tujuan mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin dengan soal halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak  mudah digunakan oleh pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan Islam.

DAH IKHWAN

Artikel Berkaitan

1. Gardenia vs Massimo: Rotipun punyai Bangsa

2. Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13

3. Pilihanraya Umum tahun 2008: Analisis  undi mengikut kaum

5 Comments

  1. mansarip

    Sememangnya ada satu sindiket penciplakan jenama barang makanan yang laris di pasaran. Sendiket ini akan menggunakan jenama yang sama tetapi mengeluarkan barangan mereka sendiri. Kita boleh lihat kadang-kadang barangan banyak di pasaran tetapi hasil pengeluaran di kilang merosot. Pengguna ramai yang tertipu dengan teknik mereka ini. Sebab itu tidak hairan perkara sebegini boleh berlaku kepada produk makanan halal.

  2. Izmeir

    Rasanya sekarang ini perlu juga dibuat satu badan untuk menyiasat penciplakan jenama barang ni sebab dah banyak sangat kejadian ini berlaku

  3. faizah

    jgn fitnah memfitnah. Produk halal msti dipertahankn. Ramly adalah jenama yg terbaik. Ada paham?

  4. sebenarnya saya nak share artikal ni tapi tak boleh….kerana byk sangat yg memperkatakan ramli berger ni ada DNA babi..terang-terang saya akui tak percaya langsung sebabnya ramli berger ni keluaran org ISLAM…tak kan saja-saja nak tanggong DOSA..beribu-ribu org islam yg makan.saya dah lama makan keluaran ramli berger ni ..hendaknya dibulan puasa sebab anak saya tak suka bersahur makan nasi…kalau nasi goreng bolehlah…bulan puasa nugget ramli..burger ramli..dan bermacam-macam lagilah keluaran ramli yg saya beli utk dimkn ketika bersahur…bagi saya mereka saja nk fitnah hendak-hendak keluaran org islam….jgn cepat terpengaruh..fikir-2kanlah dulu.

  5. Dino Bravo

    Satu lagi cara nak menghancurkan bumiputra

Comments are closed