Tindakan Membenteras Rasuah Kastam dan Kebocoran Kertas UPSR

Tindakan SPRM  mendakwa lapan orang pegawai kastam selain menahan 13 orang lagi pada hari ini adalah tindakan yang amat rakyat  sanjung tinggi. Difahamkan mereka adalah dari kumpulan pertama yang ditahan oleh SPRM pada 3 September lalu dan ditahan reman keesokan harinya.

Mereka ditahan berhubung siasatan satu daripada sepuluh syarikat yang  paling aktif mengimport rokok dan arak menerusi Port Kelang Free Zone tahun lalu. Alhamdulillah sekarang sudah ada tiga kumpulan yang telah ditahan oleh SPRM yang melibatkan 28 orang pegawai kastam pelbagai pangkat termasuk seorang pengarah kastam bergelar Datuk.

Kita ucapkan syabas kepada SPRM. Inilah kalinya satu kes yang berprofail tinggi telah  diambil tindakan oleh kerajaan. Semoga kes ini berjaya sehingga mereka yang benar-benar bersalah disabitkan kesalahan.

Jika pihak SPRM  memfokus operasi terhadap kes-kes seperti ini, sudah pasti ia akan memberi kesan positif yang besar dalam usaha memerangi rasuah. Kebaikan kes seperti ini ialah ia tidak berkaitan dengan politik. Oleh itu ia adalah kes-kes yang betul-betul amat mendesak dan perlu di  tangani segera demi untuk kesejateraan negara.

Sudah terlalu lama masa SPRM  dibuang untuk kes-kes yang tidak penting dan dibuat hanya  atas tekanan politik, samada melibatkan siasatan terhadap ahli politik dari pembangkang mahupun yang dari kerajaan. Oleh kerana kapasiti pihak SPRM terhad, kes-kes yang  penting seperti ini  seperti terbiar  sahaja.

Kini sudah nampak satu kesungguhan yang baru pihak kerajan untuk menyiasat kes-kes yang  benar-benar penting seperti kes rasuah ini, kes rasuah imigresyen, kes penyeludupan minyak, kes penipuan kapal ikan laut dalam,  dan baru baru ini kes kebocoran soalan perpereksaan sekolah rendah.

Bayangkanlah, apa akan terjadi kepada negara ini jika keadaan pelbagai jenis rasuah yang kini berleluasa dibiarkan berterusan. Sudah pasti rakyat akan hilang kepercayaan kepada kemampuan kerajaan untuk menjaga keselamatan kita semua. Penjenayah dari luar negara akan  berterusan bebas keluar-masuk negara dan mengembangkan kerja-kerja haram mereka di sini. Dengan jenayah dan rasuah kastam pula,keajaan akan terus kehilangan ribuan juta ringgit dari hasil cukai yang amat diperlukan negara; jenayah penyeludupan diesel  dan hasil tangkapan laut dalam pula melibatkan kebocoran subsidi petroleum  bernilai ratusan jutaan ringgit. Keadaan ini sungguh menggerunkan.

Kita faham, dalam kebanyakan kes jenayah rasuah,  ini melibatkan suapan berupa jutaan  wang ringgit kepada si penerima. Tetapi dalam kes kebocoran kertas soalan UPSR pula, kita belum boleh faham mengapa guru besar dan guru-guru sekolah sanggup membocorkan kertas soalan perpereksaan. Apakah faedah kepada mereka dalam kes seperti ini? Sudah pasti  pendapatan haram yang diterima tidak semanyak mana, padahal  ia melibatkan soal  moral yang amat serius. Amat berat sekali ia melibatkan kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih dan belum  begitu mengenali soal moral,  dosa dan pahala.

Bayangkanlah kanak-kanak kecil didedahkan dengan jalan pintas yang haram untuk mendapat markah tinggi dalam pepereksaan. Pasti ini akan menanamkan sikap  dan  jatidiri yang negatif di dalam diri mereka. Mereka akan membesar dengan kepercayaan yang semua matlamat boleh dicapai dengan cara jalan pintas yang haram, tanpa berusaha keras untuk mencapainya. Bayangkanlah apa jenis masyarakat Melayu  yang kita bina untuk masa hadapan negara. Bayangkan pula negara mana yang mengiktiraf diploma dan ijazah dari Malaysia, jika sistem pendidikan kita sudah tercemar dan tanpa integriti. Negara mana pula akan menghantar anak-anak mereka menuntut di sini?

Walaupun kini masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan inisiatif SPRM dalam  kes-kes diatas, kita amat bersyukur yang kerajaan  telah menampakkan kesungguhan dalam kedua-dua kes rasuah pegawai kastam dan kes kebocoran kertas perpereksaan sekolah rendah.

Dalam kes kebocoran kertas soalan perpereksaan UPSR,  langkah menubuh satu panel penyiasatan yang bebas dan langkah mengantung tugas dua orang pegawai tertinggi  sindiket perpereksaan amatlah wajar. Ini perlu bagi menentukan penyiasatan yang telus dan berkesan. Tetapi kita ingin menegur Timbalan Perdana Menteri supaya jangan terburu-buru  menghukum pegawai-pegawai tinggi berkenaan kerana dalam kes seperti ini yang melibatkan begitu ramai guru dan pegawai kerajaan, tidaklah begitu mudah untuk menentukan kesilapan siapa tanpa penyiasatan yang teliti. Jika tersilap orang yang dihukum, ini akan memberi kesan negatif kepada perkhidmatan guru dan perkhidmatan awam pada keseluruhannya.

Bagaimanapun, kita percaya fenomena di atas bukannya fenomena baru, tetapi pernah  berlaku sebelum ini. Tetapi perbezaannya kini tindakan tegas sedang diambil. Semoga  langkah ini berterusan dan berjaya membantu kerajaan membenteras secara berkesan fenomena rasuah dan  fenomena kegagalan menyimpan amanah dikalangan guru dan  pegawai kerajaan. Ingatlah sebuah negara maju dan makmur hanya dapat dibina  oleh rakyat yang beintegriti tinggi.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Artikel-artikel yang menarik:

1. GST: Polemik Tun Mahathir, Dr MAZA  dan Ahmad Maslan.

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.