Gaza: Titik Permulaan Era Baharu?

Tatkala siri pertempuran yang terkini melanda  Gaza bermula, ia seolah-olah satu lagi epsod lama  apabila Israel dengan sebelah pihak sahaja akan  berundur dari wilayah tersebut seperti  pada tahun 2005, kemudian mengenakan pelbagai sekatan  pada tahun 2007, selepas Hamas mengambil-alih genting  Gaza.

Ini adalah konflik yang keempat antara Israel dan puak Pembebasan Palestin dalam tempoh tersebut. Apabila ianya bermula rejim Israel  beranggapan ia akan hanya berupa satu konflik yang  singkat  melibatkan kerosakan atau korban tinggi seperti biasa kepada pihak Hamas, justeru membolehkan mereka berundur tanpa korban atau kecederaan yang banyak dipihak mereka sendiri.

 

Israel sebenarnya telah mendapat faedah daripada bertapaknya Hamas di Gaza  kerana suasana ini menggalakkan perpecahan diantara Hamas yang berkuasa di Gaza dan Fatah yang berkuasa di Tebing Barat Palestin. Kemungkinan Hamas dan Fatah bersatu dibawah satu kerajaan perpaduan Palestin nampaknya menjadi motivasi utama bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melancarkan serangan yang terkini.

Nampaknya Israel memandang rendah terhadap kemampuan dan kesanggupan pihak Paletin melawan balik. Dalam Operasi Pillar Of Defence pada  tahun 2012, Palestin hanya mampu membunuh enam orang Israel berbanding 158 orang Palestin yang terbunuh, dua pertiganya orang awam. Dalam perang tahun 2008-2009, korban Palestin ialah 1400 orang, 200 daripadanya ialah pejuang, manakala Israel hanya mengalami 10 korban, tujuh daripadanya askar.

Berdasarkan pengalaman ini, pihak Israel menjangka mereka dapat melakukan operasi tentera yang terhad tanpa korban yang signifikan. Hakikatnya yang sistem pertahanan udara Iron Dome kini beroperai sepenuhnya, dan nampak berkesan, ini meningkatkan lagi keyakinan mereka.

Dinamik Baharu

Walaupun Israel sememangnya jauh lebih kuat dari segi fire power dan telah membunuh lebih daripada 1,300 orang Palestin, lebih 75% daripada angka korban ini adalah orang awam, amat jelas kini yang puak Palestin telah berjaya meningkatkan kemampuan mereka bertahan atau menyerang  didalam kawasan-kawasan bandar.

Malahan, suasana politik Hamas telah banyak berubah. Ketika kian dijauhi oleh kerajaan baru Mesir  yang memusuhi mereka dan hubungan yang retak dengan Iran kerana sokongan Hamas kpada pihak pemberontak di Syria, nampaknya Hamas telah mengambil jalan untuk berjuang berhabis-habisan. Ia tetap tidak berganjak daripada tuntutan supaya Israel menarik-balik sekatan secara kekal sebagai syarat kepada sebarang gencacatan senjata.

Suasana ini telah meningkatkan sokongan kepada Hamas dalam Palestin dan membantu menyatukan Palestin dengan satu agenda bersama.  Keganasan kerajaan Netanyahu memaksa Presiden Palestin Mahmoud Abbas mulai condong kearah  menyokong tuntutan pihak Hamas. Beliau perlu perihatin terhadap suara-suara dari dalam pergerakan Fatah yang beliau terajui untuk mengerakkan semula tindakan  ketenteraan terhadap Israel.

Walaupun Kerajaan Israel berusaha memberi gambaran kemenangan besar mereka terhadap  Hamas, segala bukti menunjukkan sebaliknya. Semua korban Israel (kini seramai 59 orang seperti diakui Israel) kecuali tiga adalah dari kalangan tentera. Penggunaan roket oleh pejuang Palestin memberi tekanan kepada  Israel walaupun hanya menyebabkan segelintir korban atau kerosakan.

Yang paling signifikan dalam kempen menggunakan roket ialah kejayaan memaksa syarikat- syarikat penerbangan Barat mengelak singgah di Lapangan Terbangan Ben Gurion. Memandangkan 90% daripada perjalanan udara di Israel menggunakan Lapangan Terbangan ini, sebarang keputusan jangka panjang Penerbangan Asing untuk mengelak lapangan terbang ini, akan memberi tamparan hebat kepada ekonomi Israel. Dengan tiba-tiba  orang awam Israel akan mendapati mereka semakin terpencil.

Belajar dari Hezbollah

Dari segi operasi perang  darat, ramai pengulas Israel dan Arab membandingkannya dengan Perang Lebanon pada tahun 2006. Dalam Perang tersebut Hezbullah telah menggunakan terowong bawah tanah, senjata anti kereta kebal yang canggih dan roket kearah Negara Israel untuk mengimbangi kesan  kelebihan Israel dari segi fire-power, yang mampu menyebabkan  kebuntuan hingga kini.

Amat jelas perjuangan di Gaza banyak belajar daripada konfik tersebut. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang nyata. Hezbullah boleh bergantung dengan Syria dan penduduk awam ada tempat berselindung di Syria, sementara pejuang boleh menggunakan wilayah Syria  untuk langkah-langkah  logistik.

Di Gaza, mereka tiada kemudahan seperti di atas kerana kerajaan Mesir nampaknya seperti juga Israel menentang kehadiran Hamas. Mesir menghalang bekalan Perubatan dll. memasuki Gaza setelah mereka juga telah memusnahkan terowong yang menghubungi kawasan-kawasan sempadan negara-negara tersebut. Amat menyedihkan penduduk Gaza tiada tempat selamat untuk melarikan diri. Ratusan ribu sudah meninggalkan kampung halaman mereka, tetapi tiada wujud tempat yang selamat dimana-mana di wilayah Gaza.

Setakat ini Israel gagal melumpuhkan perjuangan membebaskan Palestin. Kebanyakan kepimpinan Hamas beroperasi di bawah tanah dan rangkaian perisik yang bersekongkol dengan Israel pula sudah lumpuh. Berbanding dengan kejayaan pihak Israel sebelum ini membunuh pucuk kepimpinan Hamas dengan bantuan perisik-perisik yang berkerjasama dengan mereka, mereka ternyata gagal dalam konflik kali ini.

Semakin nyata Netanyahu mengambil langkah yang lebih ekstrim untuk mencapai kemenangan untuk menebuskan kematian lebih daripada 56 orang askar mereka. Kembali kepada status quo (kedudukan asal) mungkin tidak boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak dan oleh itu  kita tidak dapat mengharapkan gencatan senjata dalam masa yang terdekat.

Nampaknya konflik Israel-Pealestin kini sudah sampai ke persimpangan. Israel mampu menumpaskan pertahanan Palestin, tetapi ini bererti menduduki  kembali seluruh kawasan Gaza. Langkah ini akan mengakibatkan korban yang besar dan memerlukan  kehadiran tentera  mereka   lebih lama di Gaza.

Ada cadangan dalam akhbar-akhbar di Israel untuk menyerahkan Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin, tetapi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Bagi pihak Hamas, ia tidak dapat menerima sebarang penyelesaian tanpa menamatkan sekatan-sekatan yang ada serta mengakui kekalahan. Selepas ini kita akan menyaksikan tindakan selanjutnya daripada Netanyahu, tetapi kedegilan polisi Israel telah membawa kedua-dua pihak kearah satu suasana  tanpa penyelesaian yang mudah.

Dengan sikap Israel ini, pihak Palestin tiada pilihan lain kecuali terus berjuang, dan begitu juga pihak Israel akan terus berusaha memenangi konflik ini serta membenamkan usaha perdamaian berasaskan dua buah negara Israel dan Palestin yang wujud bersebelahan.

Artikel ini diterjemah daripada tulisan asal Adam Sabra, professor of history, University of California, Santa Barbara. Amerika Syarikat.

2 Comments

  1. I visit every day some blogs and information sites
    tto read posts, but this webpage provides quality based
    content.

  2. Asking questions are actually fastidious thing if you are
    not understanding anything completely, but this paragraph provides pleasant understanding yet.

Comments are closed