Keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2016 baharu sahaja diterima dan ianya selari dengan ramalan banyak pihak. Rumusan keputusan adalah seperti berikut:
Parti | Kerusi PRN 2016 | Kerusi PRN 2011 |
Barisan Nasional | 72 | 56 |
PBB | 40 | |
PRS | 11 | |
SUPP | 7 | |
SPDP | 3 | |
BN Langsung | 11 | |
DAP | 7 | 12 |
PKR | 3 | 3 |
JUMLAH | 82 | 71 |
Ramalan telah dipapar dalam blog ini pada 6 Mei, sehari sebelum pengundian. Keputusan yang diperolehi BN sebanyak 72 kerusi adalah dalam ramalan penulis diantara 68 hingga 74 kerusi.
[For the English version of this article please click here]
Dapatan daripada regression analysis keatas keputusan pilihanraya ini pula menunjukkan peratusan daripada jumlah pengundi setiap kaum, yang mengundi BN. Sila lihat jadual di bawah untuk butiran berkaitan:
KAUM MENGUNDI BN | PRN 2016 (%) | PRN 2011 (%) |
Melayu/Melanau | 89.0 | 81.7 |
Dayak | 66.2 | 61..2 |
Cina | 34.2 | 24.6 |
Jadual di atas menunjukkan ada peningkatan sokongan kepada BN dari semua kaum berbanding PRN yang lalu. Sila ambil perhatian peningkat sebanyak kira-kira 10% dari kaum Cina sungguhpun majoriti Cina (63%) masih lagi dengan DAP.
Ramalan kita di kawasan Bumiputera/perdalaman didapati amat tepat dengan BN menyapu bersih semua kawasan kecuali kawasan Krian dan Ba’Kelalan yang di menangi calon PKR sebagai penyandang.
Ramalan di kawasan Cina rumit sedikit kerana banyak kawasan panas yang pada Pilihanraya lepas dimenangi dengan undi yang tipis tambahan pula komposisi sesetengah kawasan telah berubah selepas persempadanan semula dan selepas kawasan baru diwujudkan. Jangkaan kita yang Kawasan Batu Kawa tidak mungkin boleh ditawan BN terbukti kurang tepat.
Bagaimanapun jangkaan kita yang Batu Kitang dan Piasau akan ditawan BN ternyata betul. Bagi kawasan-kawasan lain seperti Meradong, Dudong dan Repok sememangnya kawasan panas ini sukar diramal tetapi alhamdulillah dapat juga ditawan.
Sesungguhnya keputusan positif di kawasan-kawasan kaum Cina ini mengambarkan populariti Tan Seri Adenan Satem yang luar biasa yang mampu meningkatkan sokongan semua kaum kepada BN. Antara inisiatif beliau sejak menjadi Ketua Menteri ialah menangani isu Tanah Adat Bumiputera, isu agama, langkah mengurangkan beban GST dan usaha-usaha mempertahankan autonomi Sarawak dalam Malaysia.
Bagi parti PAS dan parti PAN, kedudukan adalah seperti dijangka dan kedua-duanya gagal memenangi sebarang kerusi. Walaupun calon parti Islam berjaya mendapat serba sedikit sokongan dibeberapa tempat, amat jelas sekali dalam pertembungan kedua-dua parti ini, undi yang di raih PAS adalah lebih besar, walaupun terjejas oleh kehadiran parti PAN. Dalam konteks pilihanraya di Semenanjung nanti, keadaan ini pasti akan menjejaskan peluang parti PAS dalam pertarungan tiga penjuru dengan UMNO di banyak tempat terutama di dua pilihanraya kecil yang dihadapi dalam masa terdekat.
Dari sudut yang lain, kita menjangka parti PAS pasti tidak menyenangi kehadiran parti PAN, yang di anggap sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti mereka. Untuk terus relevan dimasa hadapan, PAS perlu bertindak sekarang mengekang pertumbuhan musuh baru mereka ini. Sebarang tolak ansur dalam perkara ini bererti membiarkan PAN berkembang dan ini akan membahayakan pengaruh PAS di kawasan tradisi mereka dimasa hadapan.
Kita yakin kedua-dua parti PAS dan UMNO kini sedang giat menganalisis dan menilai suasana untuk menentukan strategi yang terbaik.
Suatu Iktibar
Apakah iktibar yang kita dapat pelajari dari kemenangan besar dalam pilihanraya ini? Jika dilihat dari dapatan analisis diatas, BN Sarawak masih mampu meningkatkan sokongan dari semua kaum walaupun wujud pelbagai isu dalam negara. Sokongan tinggi daripada kaum Melayu dan Dayak(89% dan 66%) masih boleh dicapai dan selari dengan peningkatan dari kaum Cina (walaupun hanya pada kadar 34%). Adakah ini wujud di Sarawak sahaja dalam suasana toleransi agama dan kaum? Atau adakah ini kerana ramai dari kaum Cina mulai sedar dan akur yang rakyat Bumiputera di Sarawak akan lebih bersatu dan merapatkan barisan ketika berhadapan dengan sebarang ancaman kepada kuasa mereka?
Dalam konteks ini kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau dan orang Ulu tidak kira agama telah menunjukkan perpaduan yang teguh. Mereka telah bertindak mengutamakan perpaduan untuk mengekalkan kuasa politik, walaupun berhadapan dengan isu nasional yang serius.
Diharap semua rakyat Malaysia menghormati keputusan mereka.Sudah lumrah dalam amalan demokrasi setiap kelompok mengutamakan kepentingan masing-masing.
Sila lihat butiran regression analisis (computer printout) pilihanraya ini di Lampiran di bawah.
Sekian, wassalam.
DAH IKHWAN
Lampiran
Regression Output: | ||||
Constant | 0 | |||
Std Err of Y Est | 859.5899 | |||
RSquared | 0.82 | |||
No. of Observations | 80 | |||
Degrees of Freedom | 77 | |||
X Coefficient(s) | 0.8901 | 0.3416 | 0.6622 | |
Std Err of Coef. | 0.0270 | 0.0183 | 0.0217 | |
T Value | 32.85 | 18.59 | 30.50 | |
Melayu/nau | Cina | Dayak |
Besides all the issues being highlighted and election strategies, party leaders should go to the ground, see people and have personal touch with them constantly throughout the five years especially in Peninsular. People are getting smarter nowadays and big election promises do not necessarily translate to votes.
Sdr Ir Dino. You are right and this is very obvious in Sarawak. BN DUN members in Sarawak regularly visit their kawasan, but opposition parties don’t seem to have such capacity especially in large and isolated rural constituencies.
Pingback: Does Chinese deserve to be Sarawak DCM? Statistical answer | Helen Ang