PRN Sarawak 2016: Barisan Nasional Di Ramal Menang Besar

Setelah tempoh pilihanraya tamat hari ini, suasana pilihanraya dan sentimen kaum di Sarawak kini lebih jelas. Sudah ada tanda-tanda pengundi Cina mulai berubah balik ke BN walaupun ini bukan majoriti daripada mereka. Kita anggar sokongan pengundi Cina kepada BN terkini adalah pada kadar 35% hingga 40% berbanding 24% pada PRN Sarawak 2011. Ini sudah cukup untuk BN menambah kerusi dalam DUN nanti. Sementara itu sokongan  Melayu/Melanau kekal pada 85% dan Dayak pada 63%.

Dengan angka diatas saya telah menyiapkan ramalan keputusan Pilihanraya ini. Hasil yang saya  dapati ialah BN mampu menang diantara minima  68 kerusi hingga ke maxima 74 kerusi.

Dikawasan Kuching ada tiga kerusi panas iaitu Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawa. Batu Kitang mungkin dimenangi BN sementara di Kota Sentosa dan Batu Kawa pertarungan amat sengit menjadikan amat sukar meramalkan sama ada BN MAMPU  merampas kerusi ini daripada DAP.

Di kawasan Meradong, Dudong dan Bawang Assan juga dijangka persaingan sengit antara BN dan DAP tetapi Datuk Seri Wong Soon Koh dijangka berjaya mengekalkan kawasan Bawang Assan sebab populariti penyandang.

Di Miri pertandingan sengit dijangka antara BN dan DAP di Piasau dan Pujut, tetapi calon BN dijangkan dapat memenangi di Piasau manakala di Pujut amat sukar diramal.

D kawasan perdalaman, BN dijangka mendominasi semua kerusi seperti sebelum ini sunguhpun DAP  sudah mengorak langkah mencuba menembusi kubu BN di kawasan-kawasan ini. Bagaimanapun, PKR dijangka masih mampu bertahan di N 39 Krian dan N81 Ba’Kelalan dimana Baru Bian ketua PKR Sarawak akan mempertahan kerusi beliau.

Parti PAS  dan Parti PAN tidak dijangka memenangi apa-apapun. Ini kerana perjuangan mereka dipandang berasingan daripada suasana politik  di Sarawak.

 

Sekian wallahuaklam

 

DAH IKHWAN

Sila Baca Artikel berikut:

1. Keputusan Pilihanraya negeri Sarawak 2016, analisis dan Ulasan.

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 and tagged , . Bookmark the permalink.