Alhamdulillah keputusan pilihanraya kecil di kedua-dua kawasan telah kita ketahui dan menepati ramalan saya yang dimuatkan dalam blog ini seminggu sebelum tarikh pengundian. Keputusan terperinci saya perturunkan di bawah:
Kawasan Kuala Kangsar (Jumlah Pengundi 32,632)
BN 12,653 undi
PAS 5,684 undi
PAN 4,883 undi
Majoriti 6,969undi
Peratusan mengundi 71%
Kawasan Sungai Besar (Jumlah Pengundi 42,365)
BN 16,800 undi
PAN 7,609 undi
PAS 6,902 undi
Majoriti 9,191 undi
Peratusan mengundi 74%
Seperti saya ramalkan Barisan Nasional telah memenangi kawasan Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti melebihi 5,000 undi dan kawasan Sungai Besar, melebihi 6,000 undi.
Dalam sesebuah PRK kita tidak dapat membuat regression analysis untuk mempastikan corak pengundian setepat-tepatnya mengikut komposisi kaum. Ini kerana sampel data tidak mencukupi untuk membolehkan berbuat demikian. Bagaimanapun kita boleh membuat anggaran yang cukup munasabah untuk mendapat gambaran suasana pengundian pada hari ini.
Sungguhpun BN memperolehi majoriti yang besar dalam PRK ini, ini tidak semestinya menunjukkan peningkatan kekuatan BN dengan mendadak berbanding dengan PRU tahun 2013. Ini kerana wujudnya pertandingan tiga/empat penjuru sekarang. Yang lebih relevan ialah peratusan undi yang diperolehi BN kini, iaitu 54%(PRK 2016) di Kuala Kangsar berbanding 50.4%(PRU 2013) dan di Sungai Besar pula 53% (PRK 2016) berbanding 49.6% (PRU 2013). Ini dengan jelas menunjukkan satu peningkatan dikedua-dua kawasan. Justeru, bolehlah dirumuskan yang BN kini semakin kukuh selepas PRN Sarawak dan PRK ini. Peningkatan prestasi ini hanya boleh dicapai dengan adanya peningkatan sokongan undi dari masyarakat Cina dan juga India.Tahniah kepada PM Najib dan BN.
Seperti yang kita jangka, Parti PAN telah memperolehi undi kedua terbesar di Sungai Besar, tetapi jatuh ketempat ketiga di Kuala Kangsar. Ini tidak semestinya berita baik bagi parti PAN kerana ia pasti disebabkan sokongan dari majoriti masyarakat Cina bersama sebahagian kecil masyarakat Melayu, manakala parti PAS pula hanya bergantung kepada sebahagian besar undi tradisi pembangkang Melayu. Rumusan yang kita boleh buat disini ialah parti PAN akan menghadapi laluan amat sukar untuk memenangi sebarang kerusi dimasa hadapan dalam pertandingan tiga penjuru. Jika wujud kerjasama antara UMNO dan PAS dalam pengagihan kerusi di PRU akan datang, sudah pasti parti PAN akan menempah kegagalan seperti parti-parti serpihan yang lepas. Ini menampilkan peluang baik untuk PAS menghapuskan PAN dan untuk UMNO menghapuskan PKR.
Soal isu 1MDB dan GST serta faktor Mahathir amat jelas tidak memberi kesan langsung seperti diramalkan dalam artikel kita sebelum ini. Faktor Mahathir sememangnya bukan penentu kepada pola undi Melayu sekarang. Yang nyata pada saya Mahathir bijak memperalatkan keadaan sehingga nampak pada pandangan awam yang dialah yang menentukan sokongan rakyat. Padahal sebenarnya tidak. Misalnya, umum menyangka yang Mahathir telah berjaya mengalihkan sokongan Melayu di Kedah pada tahun 2008. Setelah meneliti kembali dan menganalisis data-data yang ada, sebenarnya kerajaan BN Kedah tumbang pada tahun 2008 hanya disebabkan kehakisan undi India dan penurunan sokongan undi Cina yang melanda seluruh Semenanjung ketika itu.
Satu lagi rumusan yang diperolehi ialah sokongan kaum Cina untuk BN sudah meningkat mungkin dalam lingkungan 10% kepada 25% manakala majoriti masih lagi mengundi DAP atau parti sponsornya, PAN. Ini satu petanda baru yang nampak setelah peningkatan sokongan pengundi Cina kepada BN di PRN Sarawak pada bulan lepas. Bagaimanapun, samaada ini akan kekal dan terus bertambah adalah satu persoalan, kerana pengundi Cina mudah berubah mengikut keadaan dan peluang yang mereka nampak. Jadi masyarakat Melayu perlu terus berhati-hati dan jangan terpedaya dengan hasutan politik Cina DAP.
Sekian, wallahua’lam
DAH IKHWAN
Artikel berkaitan:
bukti yang nyata dan jelas.. orang melayu masih lagi menyokong UMNO bukan seperti yang digembar gembur pas, pkr dan pembangkang yang sebelum ini…
Pingback: The truth about Chinese votes in twin by-elections | Helen Ang
Assalam D A H Ikhwan.
Bagaimana saya boleh menghubungi D A H Ikhwan? Saya ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Kajian Empirikal terhadap pola pengundian kaum Cina menjurus PRU Ke-14. Mohon D A H Ikhwan email saya di hybridz80@gmail.com sekiranya boleh membantu saya ke arah melakukan kajian empirikal berkenaan.
Saudara Haikal, Terima kasih diatas soalan yang saudara kemukakan. Kiraan imperical analysis saya menggunakan kaedah multiple regression analysis. Jika saudara familiar dengan cara analisis ini saya boleh tunjukkan data mana yang diperlukan. Analisis ini hanya dapat dibuat dgn computer dan saya gunnakan program Lotus 123 untuk ini. Saya percaya saudara ada pengetahuan asas tentang analisis ini serta penggunaa komputer program berkenaan. Jika betul demikian tidak begitu rumit untuk mencuba.