Menjelang PRU 14: Kepimpinan PAS Semakin Sepakat Menjauhi Pakatan Harapan

Sekian lama Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Timbalan Presiden PAS , dlihat tidak sehaluan dengan Haji  Hadi Awang dalam soal hala politik PAS, beliau kini menampakkan semakin sebarisan dengan kepimpinan yang lain. Melalui ucapan di Youtube yang terkini, beliau mengaskan yang PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan PAN, malah membidas PKR sebagai rakan yang tidak setia kerana beberapa tindakan mencuri beberapa wakil rakyat dari PAS sebelum ini. Ini boleh dianggap yang harapan parti pembangkang termasuk parti serpihan UMNO yang di ketuai oleh Tun Mahathir, tidak mempunyai harapan menjalin kerjasama dengan parti PAS dalam PRU 14.

Dengan suara lebih  sepakat dari kalangan kepimpinan PAS, nampaknya parti ini  kini membuka peluang kepada dua pendekatan sahaja  iaitu bersendirian atau menjalin kerjasama dengan UMNO dalam PRU akan datang. Tidak mungkin pula ia bekerjasama dengan parti Mahathir  kerana hubungan yang ada diantara parti tersebut dengan DAP.

Kita faham pendirian ini  konsistan dengan pendekatan PAS  lebih mementingkan tarbiah dan syariat Islam daripada membantu mendirikan sebuah kerajaan baru yang kurang Islamik di Putrajaya, apalagi dengan peluang yang kini  jauh terjejas tanpa  kehadiran Anwar sebagai pemimpin mereka. Kehadiran Mahathir dipihak pembangkang pula tidak disenangi oleh agak  ramai pengundi dari kaum Cina dan ini menguntungkan BN pula.

Akan tetapi parti PAS juga mensasarkan 40 kerusi Parlimen dalam PRU 14, iaitu satu sasaran yang diluar kemampuan PAS jika bersendirian.

Mengikut kajian terperinci kita,  sasaran di atas tidak mungkin dicapai, walau sekalipun parti PAS berkerjasama dengan pakatan pembangkang. Ini kerana sentimen rakyat kini semakin memihak kepada Barisan Nasional jika dilihat daripada keputusan pilihanraya negeri Sarawak dan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini. Malah kerjasama berterusan dengan pakatan pembangkang yang diterajui  oleh DAP akan terus menjejas kredibiliti PAS sebagai parti Islam, disamping mengenepikan peluang baik untuk menghapuskan parti PAN.

Mungkin pada saat ini,  bagi PAS mereka benar-benar  perlu mendahulukan soal tarbiah dan syariat Islam untuk mengukuhkan kedudukan parti dimasa hadapan. Di sudut lain pula, mungkin sasaran 40 kerusi Parlimen dapat dicapai sekiranya berkerjasama dengan UMNO.

Tetapi, apakah faedahnya kerajasama dengan parti PAS bagi UMNO?  Sekali imbas mungkin tiada banyak faedahnya, tetapi ia  pasti membuka peluang kepada UMNO  dan BN bertapak semula di Selangor  disamping  memupuk perpaduan yang akan mengukuhkan kepentingan Melayu dan Islam serta menyekat kemaraan sentimen kaum Cina  dalam negara.

Pada pandangan kami, isunya ialah pengagihan kerusi dengan   munasabah antara kedua pihak untuk mencapai matlamat diatas. Dapatkah ini dicapai? Entahlah  jika melihat budaya kerakusan dalam UMNO, tetapi  sekurang-kurangnya ia mungkin lebih mudah daripada  memuaskan hati setiap parti pembangkang.

Untuk analisis terperinci tentang kekuatan UMNO  dan PAS sila klik artikel ini.

Sekian, wallahua’lam

DAH IKHWAN

1 Comment

Comments are closed