Selama empat hari lagi pada 9hb Mei rakyat Malaysia akan membuang undi bagi menentu parti mana yang akan membentuk kerajaan Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang; sama ada parti BN ataupun Pakatan Harapan (Pakatan Harapan).
[Untuk artikel Keputusan dan Analisis PRU 14 sila klik di sini]
Sejak PRU tahun 2008, saya telah menghasilkan puluhan kajian pilihanraya secara professional tanpa dipenggaruhi oleh mana-mana pihak, dan seperti anda sedia maklum, telah mampu memaparkan di blog ini kajian-kajian yang cukup tepat di masa lepas.
Dalam pilihanraya ini ada terdapat seramai 14, 734,165 pengundi di seluruh negara yang layak mengundi dengan butiran seperti berikut:
Wilayah Melayu/Bumi Cina India lain-lain Jumlah
Sem Malaysia 7,584,170 3,715,390 1,068,223 – 12,367,783
Sarawak 918,170 302,800 – – 1,220,970
Sabah 924,749 194,498 – 1,119,247
Lain-lain pengundi 234,624 234,624
Jumlah 9,427,089 4,212,688 1,068,223 234,624 14,940,624
Peratus 63.1% 28.2% 7.1% 1.6%
Sumber: Dirumus daripada angka terbitan SPR untuk PRU 14
Saya membuat anggaran kerusi yang mampu dimenangi setiap pihak berpandukan sokongan setiap kaum yang diperolehi pada PRU 13 yang lepas. Ini diselaraskan dengan sentimen politik semasa seperti yang diperolehi daripada opinon poll daripada beberapa Agensi yang terkenal diMalaysia disamping gambaran yang didapati daripada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan dalam tahun 2016 yang lepas.
Ramalan ini hanya telah disiapkan selepas penamaan calon bagi menentukan ketepatannya. Oleh itu senario di tiap-tiap kawasan parlimen dapat dinilai setepat yang boleh mengambil kira pertandingan tiga penjuru atau lebih melibatkan parti-parti yang bertanding. Saya juga sempat mengambil-kira persempadanan semula kawasan-kawasan parlimen yang terlibat.
Sebelum itu saya juga telah membuat kajian faktor kesetian pengundi kepada parti BN dan PAS dibeberapa negeri dan diseluruh negara berasaskan data diperoleh daripada PRU 13 yang lalu. Didapati dapatan daripada kajian ini adalah selaras dengan dapatan survei pendapat agensi-agensi tersebut, iatu pengaruh peribadi Tun Mahathir tidak mampu melancarkan Tsunami Melayu seperti diharapkan oleh parti DAP dan Pakatan Harapan.
Nampaknya majoriti orang Melayu ambil sikap berhati-hati tidak memburukkan perpecahan yang kini melanda masyarakat bagi menjaga hak-hak Melayu dan Bumiputera yang ada. Mereka tidak yakin Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP akan ambil peduli menjaga hak-hak ekonomi, agama dan sosial mereka.
Ini tidak bererti sokongan Melayu kepada BN tidak terjejas. Sesungguhnya saya ambilkira dapatan opinion polls dan menjangka kemerosotan sokongan Melayu dalam membuat simulasi untuk ramalan ini. Adalah dijangka sokongan Melayu kepada BN akan jatuh antara 5 hingga 8 mata sementara sokongan Cina tidak berubah dan India, bertambah 5 mata. Data ini diinput kedalam komputer dalam mengira undi yang dijangka dalam setiap 222 kerusi parlimen.
Dibawah disenaraikan jumlah kerusi Parlimen yang di jangka untuk semua negeri:
NEGERI BN PH PAS WARISAN JUMLAH
Perlis 3 0 0 0 3
Kedah 9 3 3 0 15
Kelantan 8 0 6 0 14
Trengganu 7 0 1 0 8
P. Pinang 3 10 0 0 13
Perak 16 8 0 0 24
Pahang 12 2 0 0 14
Selangor 8 14 0 0 22
W-P 5 7 0 0 12
Negri 9 5 3 0 0 8
Melaka 5 1 0 0 6
Johor 16 10 0 0 26
Sem Msia 96 59 10 0 165
Sarawak 25 6 0 0 31
Sabah
/Labuan 17 6 0 3 26
Jumlah 138 71 10 3 222
Inilah kajian yang dapat saya hasilkan dalam masa yang amat singkat sebelum anda turun menggundi. Diingatkan ini adalah jangkaan mengikut maklumat yang ada setakat ini dan undi anda amatlahlah perlu khasnya bagi melindungi hak masyarakat Melayu/Bumiputera dan untuk kemakmuran rakyat Malaysia amnya.
Sekian, salam dan wallahu a’lam
DAH IKHWAN
Nota: ma’af ada terdapat sedikit kesilapan ketika mengira jadual di atas. Anggaran terkini sepatutnya BN 135 kursi, Pakatan Harapan 74 PAS 10 danWARISAN 3 selepas pembetulan pada 6 Mei 2018. Keadaan di Johor nampaknya kurang baik bagi BN berbanding jangkaan asal.
Salam tuan Dahalmi. Ramalan analisis tuan pada pru 2013 “Jadual di atas menunjukkan dalam senario minima BN akan memenangi 159 kerusi parlimen di seluruh Malaysia manakala DAP akan memenangi 35 kerusi, PKR 19 dan PAS 8. Dalam senario yang terbaik pula BN akan memenangi 170 kerusi, diikuti DAP dengan 33 kerusi, PKR 14 dan PAS 5. Untuk majoriti 2/3 BN hanya memerlukan 148 kerusi” Result pru 13 BN menang 133, ajak jauh dari ramalan tuan min 159 dengan pengurangan 26 kerusi. sejauh mana realiti analisis tuan pada kali ini?
waalaikum salam Saudara. Memang betul ramalan saya untuk PRU 13 agak tersasar daripada keputusan sebenar. Ini kerana saya terlebih optimistik dengan undi Cina yg saya jangka pada 25% utk BN, tapi realitinya undi Cina hanya diparas 10%.Ini sudah cukup memberi kesan kpd banyak kawasan campuran. Kali ini saya lebih berhati dalam menjangka sokongan dari setiap kaum yg berkenaan. Diharap lebih tepat kali ini, wallahua’lam.
Walaubagaimanapun, keseluruhan ramalan itu cukup tepat kerana meramalkan BN tetap berkuasa di Putrajaya dan beberapa negeri yang dikaji.
Saya tertarik dengan jumlah kerusi bn di pulau pinang iaitu kekal 3 sama seperti pru13. Ini bermakna kerusi di permatang pauh kekal kepada pakatan walaupun berlaku persaingan sengit 3 penjuru.
Saya belum kaji sangat fenomena di Permatang Pauh dan hanya berpandukan dengan sikap pengundi di sana terhadap Anwar dan keluarganya dimasa lepas.
Pingback: BN 135, Harapan 74 — ramalan Dah Ikhwan | Tanjak
Tuan, jumlah kerusi Parlimen di Selangor adalah 22. Bukannya 23 seperti dalam jadual. Harap dapat diperbetulkan.
Terima kasih Saudara Daud. Sudah saya perbetulkan.
hanya ramalan invoke rafizi hampir betul. Bn kalah teruk
underestimate pengaruh Mahathir.
Keputusan Muktamad PRU14 :
BN PH PAS Warisan United Sabah Alliance Independents
79 113 18 8 1 3
apa cerita?? ramalan dok ataih katil ka?? jauh tersasar, syok sendiri… hahaha!
Tak ada apa yang diseronokkan sangat. Analisis sedang disiapkan yang sudah menunjukkan hanya 26% orang melayu mengundi Pakatan Harapan. Akibat perpecahan Melayu kaum lain yang menentukan kemenangan di kawasan campuran. Kerajaan Malaysia sudah didominasi kaum lain, dengan Melayu/Islam dengan 58 daripada 121 kerusi. Ini alamat menang sorak kampung tergadai.