PRU 14: Analisis Keputusan Parlimen Ikut Kerusi dan Kaum

Saya mohon maaf kerana kali ini lambat membuat analisis keputusan PRU 14 yang berlangsung hampir dua minggu lalu. Sebenarnya data keputusan dan analisis sokongan mengikut kaum  sudahpun siap beberapa hari yang lepas  tetapi saya memerlukan keadaan tenang sedikit untuk menerbitkan analisis ini. Itupun saya tak lepas daripada cacian kerana  ramalan yang tersasar kali ini.

_____________________________________

ARTIKEL MENARIK:
SENARIO POLITIK PRU 15 TIDAK SEMESTINYA SEPERTI YANG UMNO JANGKA

PRU 15: TINJAUAN KE KELANTAN

________________________________________

Untuk mengimbas kembali saya peturunkan angka ramalan berbanding keputusan sebenar dibawah:

PRU 14: PERBANDINGAN ANGKA KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN

ANGKA SEBENARB N      PH    PAS   WARI
SAN
LAIN
LAIN  
JUMLAH
SEM
MALAYSIA
4997 1801165
SARAWAK191000231
SABAH/
LABUAN
11608126
JUMLAH791131884222
ANGKA RAMALAN      
SEM
MALAYSIA
93621000165
SARAWAK25600031
SABAH/
LABUAN
17603026
JUMLAH135741030222

Ramalan kali ini ternyata  tersasar kerana tidak menjangka pengaruh Tun Mahathir masih begitu meluas di kalangan pengundi  Melayu di hampir semua kawasan di pantai Barat Semenanjung.  Bagaimanapun jangkaan penulis yang pengaruh beliau di Kelantan dan Trengganu  amat terhad ternyata tepat. Disamping itu jangkaan kita yang  PAS akan mengalami kekalahan teruk diluar kawasan tradisinya amat tepat sekali. Untuk Keputusan Rasmi SPR, sila klik di sini.

Petanda Tsunami Mahathir yang kian menghampiri pantai Barat tidak disedari oleh hampir semua opinion polls daripada agensi-agensi yang ternama. Jadi oleh kerana blog ini membuat ramalan berasas kepada data-data tersebut ramalan penulis   juga jauh tersasar pada keseluruhannya.

Walaupun demikian ada dua artikel berkaitan  ditulis sebagai amaran awal. Pertama, kajian sikap pengundi muda yang boleh berubah bergantung kepada keberkesanan kempen parti yang bertanding (klik di sini). Kedua, artikel “PRU 14: Pakatan Harapan Why Johor?” yang mendedahkan PH telah mampu menarik kira-kira 20% umdi Melayu di Johor dan implikasinya di negeri-negeri lain di Semenanjung (klik di sini). Akan tetapi nampaknya BN tidak menyedari hakikat ini ataupun menyedarinya tetapi tidak mampu menepis pengaruh Tun Mahathir.

Analisis Sokongan Pengundi Melayu

Saya telah menyiapkan analisis pilihan pengundi Melayu dengan cara regression analysis dan mendapati pada puratanya seramai 46.29% daripada keseluruhan pengundi Melayu telah mengundi BN, yang tertinggi di Negeri Sembilan dan Johor  melebihi 65% dan Terendah di Selangor, 34%. Purata bagi Semenanjung Malaysia, pertusan undi Melayu telah menurun 17 mata dan undi kaum India juga  jatuh 17 mata ( berbanding dengan PRU 13). Ini adalah sebab utama kekalahan BN kali ini.

Sokongan pengundi  dari setiap kaum kepada parti-parti adalah seperti di bawah:

Pru 14(tahun 2018): Peratusan undi mengikut kaum untuk parti di Semenanjung Malaysia

PARTIUNDI MELAYU
(peratus)
UNDI CINA
(peratus)
UNDI INDIA
(peratus)
BARISAN NASIONAL 

46.29

.

2.41

 

25.97

PAKATAN HARAPAN 

25.47

 

92.67

 

62.95

PARTI

PAS

 

28.14

 

NA

 

NA

 

JUMLAH

 

100.00

.

95.08

 

88.92

    

Sungguhpun sokongan pengundi Melayu untuk BN telah menurun dengan mendadak, ia tidak  cukup untuk PPBM menembusi kawasan kubu kuat UMNO (sila klik kajian ini bertarikh 10 bulan sebelum PRU 14). Ini menyebabkan  kegagalan PPBM yang hanya mampu memenangi 12 kerusi . Analisis kita menunjukkan hampir kesemua kemenangan calon Melayu PH hanya diperolehi di kawasan campuran dengan undi Cina 20% keatas, kecuali di Selangor dimana pengaruh PKR lebih meluas.

Dengan keadaan demikian, tidaklah menghairankan kerajaan Persekutuan dibawah PH dibentuk  oleh sebilangan minoriti 58 wakil rakyat Melayu/Islam  berbanding 63 yang lain.

Untuk menambah wakil rakyat Melayu/Islam Pakatan Harapan memerlukan kerjasama daripada mereka seagama daripada parti parti lain. Agak  pasti mereka akan cuba seterusnya merampas kerusi-kerusi  UMNO, PAS dan parti-parti BN yang lain dalam PRU akan datang dan sebaliknya BN akan cuba merampas kembali kerusi-kerusi yang hilang. Siapa yang  akan berjaya nanti masih terlalu awal hendak diramal kerana di kawasan kubu kuat UMNO, PAS dan PBB,  ahli- ahlinya  terbukti amat setia dengan parti masing-masing. Ia akan juga bergantung kepada kemampuan UMNO merapatkan barisan dibelakang kepimpinan baru yang mantap.  Bagi PH pula ia punyai satu kelebihan  sebagai parti yang memegang tampok kerajaan Persekutuan.

Apapun, kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib  kerana telah berundur dengan rela hati dan  ini  membolehkan proses peralihan yang lancar. Tahniah kepada Tun Mahathir dan kita perlu akur dengan realiti baru  yang parti pembangkng  kini  berkuasa. Di harap Tun  akan berjaya dalam usaha memulihkan ekonomi dan keyakinan rakyat, tetapi juga akan berundur ketika tiba masanya nanti untuk menyerahkan tampok kerajaan kepada Anwar seperti telah dipersetujui diantara mereka.

Dengan syarat wujudnya  tempoh transisi yang  lancar dalam kerajaan Pakatan Harapan serta  kemampuan UMNO  bangun semula untuk mengemblengkan kumpulan pembangkang yang mantap, insya Allah Malaysia akan maju kehadapan menempuhi zaman peralihan ke dual parti system yang berkesan dengan selamat dan menuju kearah sebuah negara  yang lebih gemilang.

UPDATE 27 Oktober 2018

Sebagai respond saya kepada  beberapa pembaca yang memohon butiran terperinci kajian  di atas dan  sebab wujudnya beberapa hasil kajian baru di alam maya yang mengelirukan, saya paparkan butiran analisis sokongan setiap kaum kepada Pakatan Harapan dalam jadual di bawah:

PRU 14: Peratusan Sokongan Ikut Kaum di Semenanjung Malaysia

NegeriUndi Melayu PH (%)Undi Cina PH (%)Undi India  PH (%)        R Squared (%)
Perlis27.886.089.1373.7
Kedah22.5100.027.977.4
Penang26.6100.065.698.5
Kelantan6.810080.9
Terengganu591.095.0
Perak16.695.271.098.3
Pahang14.2100.072.291.8
Selangor38.9100.075.295.4
Wilayah P41.9100.035.898.5
Negeri Sembilan26.299.871.598.5
Melaka26.410058.599.7
Johor27.274.674.095.9
Sem Malaysia

(weighted average)

26.0794.3463.27

Dalam jadual di atas, saya paparkan dapatan bagi setiap negeri yang menunjukkan  sokongan kaum Melayu untuk Pakatan Harapan hanya pada kadar purata 26.07% untuk Semenanjung Malaysia dengan sokongan banyak berbeza bagi setiap negeri. Sokongan tertinggi didapati di Wilayah Persekutuan dengan 41.9% sokongan Melayu dan kadar terendah di Terenggganu, 5% sahaja. Nilai R Squared melebihi 95% menandakan ketepatan  analisis yang amat tinggi bagi negeri-negeri berkenaan.  Purata bagi Seluruh Malaysia ialah 94% pengundi Cina menyokong PH, 26.07% undi Melayu dan 63.27% India.

Kajian serupa menunjukkan seramai 46.29% pengundi Melayu telah mengundi BN dan 28.14%,  menggundi Pari PAS.

Sila juga rujuk ke ruang responses dibawah untuk menilai ketepatan dapatan dari regression analisis ini.

Sekian Wallahu a’lam.

DAH IKHWAN.

Sia baca juga:

  1. PRU 14: Siapakah Pengundi Ahli Parlimen di Kawasan Anda?

17 Comments

  1. Asyraf Farique

    Tuan. Saya nak tanya di mana nak dapatkan data tuan ni utk saya crosscheck?

    Terima kasih

  2. DAH IKHWAN

    Saudara Asyraf, data ini adalah data original yang dikira oleh penulis menggunakan regression analysis keatas data rasmi keputusan pru 14 kawasan parlimen tiap tiap negeri Sem Malaysia. Blog ini telah mengeluarkan data original yang kemudiannya digunapakai pihak lain termasuk online sejak pru 12 lagi.

    • Asyraf Farique

      saya cuma curious, daripada mana pecahan pengundi berdasarkan bangsa itu didapati? bukankah siapa yang mengundi mana2 parti tidak diketahui identitinya?

      • DAH IKHWAN

        Terima kasih Saudara Asyraf. Sila teliti jawapan saya kepada Saudara Thaaqhib Mohammed di bawah

  3. DAH IKHWAN

    Sdr Thaaqhib Mohammed,
    Boleh apa salahnya, tapi lebih elok saya perjelaskan bagaimana data dikumpul supaya saudara boleh cross check dapatan saya secara independent tanpa dipengaruh oleh apa apa kesilapan saya(jika ada).
    Saya telah mulakan analisis dengan mengumpul data untuk setiap negeri yang diperolehi dari akhbar The Star atau akhbar lain bertarikh sehari selepas penamaan calon. Dalam sisipan akhbar terdapat data jumlah pengundi di setiap kawasan parlimen serta peratusan pengundi Melayu, Cina dan India. Data keputusan setiap kawasan parlimen pula saya dapati daripada laman rasmi SPR.

    Misalnya untuk Negeri Sembilan ada 8 kawasan kesemuanya. Dengan data yang diperolehi, saudara kira dan assemble data untuk analisis Pakatan Harapan seperti dibawah :

    Kawasan…Undi calon PH…Jumlah Melayu…Jum Cina…Jum India
    P1 Jelebu …..17,017…………24,805…….9,383…….2,162
    P2
    P3 ISIKAN P2 HINGGA P8
    P4
    P5
    P6
    P7
    P8 Tampin……22,435………..31,041……..11,499……5,405

    Kemudian anda feed data diatas kedalam komputer menggunakan program Lotus 123 atau program exel. dan anda akan dapat jawapan di bawah:
    Constant************* 0
    Std Error of Y Est*** 2457.68
    R squared************ 0.9849
    No. of observation*****8
    Degrees of freedom*** 5
    X Coefficient(s)***** 0.2624 0.9980 0.7154
    Std Error of Coeff*** 0.0473 0.1178 0..2847
    T Value************** 5.5430 8.4692 2.5129
    Bangsa*************** Melayu Cina India
    Dengan coefficient berkenaan, ini bererti 26.24% Melayu, 99.8% Cina dan 71.54% India mengundi calon-calon PH di Negeri Sembilan.
    Formula ini lengkap dengan data testing sendiri iaitu T Value yang bernilai amat significant dan R squared=98.5% yang amat tepat berasaskan least square fitting. Anda boleh ujikan formula ini untuk mendapat angka undi PH dan calon parti yang menang dalam sesuatu kawasan parlimen di Negeri Sembilan. Ujian sedemikian boleh diulangkan di negeri negeri lain menggunakan formula negeri masing- masing yang boleh saya paparkan jika berminat.

    • Patriot

      Tuan ini cuma mewakilindata di negeri sembilan , boleh saya tau keselurihan di semenanjung?

  4. DAH IKHWAN

    Data untuk keseluruhan semenanjung adalah seperti terpapar dalam jadual diatas. Jika anda darab angka pengundi Melayu dengan peratusan yang mengundi BN, ulangkan untuk kaum Cina dan Kaum India, kemudian campur setiap jawapannya, anda akan mendapat angka undi popular untuk BN. Ulangkan proses yang sama untuk PH untuk mendapat undi popular bagi PH:

    Undi popular BN =(% undi Melayu di Sem Msia x % undi Melayu mengundi BN) + (% Undi Cina di Sem Msia x % undi Cina undi BN) + (Peratusan Undi India di S Msia x % Undi India mengundi BN)

    Undi popular BN di Sem Msia = (60.84% X 46.29% + 28.95% x 2.41% + 8.4% x 25.97%) = 31.04%

    Undi popular PH di Sem Msia = (60.84% x 25.47% + 28.95% x 92.67% + 8.41% x 62.95%) = 47.62

    Undi popular PAS di Sem Msia = (60.84 x 28.24%) = 17.17%(Melayu) + undi lain

    Perlu diingatkan undi popular yang diperolehi adalah untuk semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

    • Ibnu Yusof

      Assalamualaikum Dah Ihwan,
      Terima kasih untuk analisis berterusan sejak beberapa tahun lalu.
      Undi popular PAS itu benar bagi Parlimen seluruh Malaysia; undi popular Semenanjung Malaysia sekitar 20%.
      Jika dikira undi DUN Semenanjung Malaysia, nilai berbeza akan diperoleh.
      Terima kasih Dah Ikhwan.

      • DAH IKHWAN

        Sdr Ibnu Yusof, Mengikut perkiraan saya undi Melayu untuk PAS ialah 28.14% berbanding angka dari Merdeka Centre 30-33% yang disiarkan terkemudian. Tidak banyak perbezaan antara 28.14% dengan 30%(minima) dari Merdeka Centre. Angka maxima 33% dari Merdeka Centre, tidak mungkin setinggi ini kerana pasti terdapat beberapa pengundi Islam bukan Melayu dan pengundi Cina di Pantai Timur juga menggundi PAS dan ini meningkatkan peratusan di atas. Perlu diingatkan angka-angka saya terbitkan. seperti juga angka Merdeka Center merujuk kepada peratusan undi Melayu sahaja,

        Sebaliknya, Undi popular untuk PAS dikira amat mudah dengan formula
        Undi Popular PAS=jumlah undi PAS/Jumlah yang turun mengundi=2,031,264/10,494,729=19.34%. Angka Saudara dan angka saya adalah hampir sama. Angka ini adalah juga untuk Parlimen di Semenanjung Malaysia, tetapi merujuk kepada peratusan undi yang PAS perolehi daripada jumlah keseluruhannya.

        Terima kasih kerana sudi memberi komen.

  5. FAISAL YUNOS

    SALAM TUAN
    BAGAIMANA RAMALAN BACAAN PRK SLIM
    Tkasih

Comments are closed