PRK SEMENYIH DAN C HIGHLAND: PETANDA GELOMBANG MELAYU SUDAH BERMULA.

DAP kerap mendakwa mereka sendiri sebagai sebuah parti berbilang kaum dan UMNO mereka pula gambarkan sebagai sebuah parti rasis. Sebenarnya DAP yang kini didokong oleh lebih 95% kaum CINA tidak ada pilihan lain dan terpaksa mendakwa demikian kerana sedar yang kaum Cina hanya membentuk 25% penduduk Malaysia. Dengan dakwaan ini, dapatlah mereka menarik sebilangan kaum Melayu ke kelompok mereka.

Tetapi, hakikat sebenar tidak dapat di selindungi kerana rakyat dengan beberapa hasil kajian termasuk dari blog ini sedar bahawa DAP yang kini parti dominan dalam kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya didokong oleh 95% pengundi Cina, malah dibeberapa negeri sehingga 100% daripada mereka menggundi DAP dan parti-part PH yang lain.

Sebenarnya inilah hakikatnya. DAP adalah sebuah parti rasis. Jika tidak manakan sebuah kaum sebulat suara menyokong mereka. Jika sokongan ini berasas kepada isu-isu lain, agak mustahil mereka menadapat sokongan sebulat suara dalam pilihanraya. Ini hanya dicapai atas asas rasisma dengan kaum cina diapi-apikan dengan ucapan-ucapan berasas perkauman yang extrim. Orang Melayu tidak menyedarinya kerana selama ini dikaburi dengan sentimen kebencian kepada Parti UMNO parti tunjang perjuangan Melayu dan ucapan-ucapan pula dalam bahasa yang orang Melayu tidak faham.

Dakyah ini pula dapat diterima oleh Melayu terutama yang muda dan buta sejarah dan tidak mengenali pula perlunya kedudukan Melayu sebagai bangsa dominan dalam negara. Hakikat suasana korupsi yang berleluasa dalam UMNO dan kerajaan ketika itu telah memberi kredibiliti kepada dakyah DAP sehingga berjaya menumbang sebuah kerajaan Melayu yang sudah bertapak begitu lama.

Kaum Melayu ada banyak kelemahan dari segi politik. Mereka tidak suka membaca dan amat ramai yang jahil matematik. Jadi rakyat Melayu biasa tidak mampu memggambarkan apa yang boleh berlaku tanpa parti dominan Melayu dalam kerajaan sehinggalah mereka menyaksikan apa yang ada didepan mata sekarang. Untuk memahami sejauh mana cengkaman DAP keatas Wakil Rakyat Melayu dalam Pakatan Harapan sila klik di sini.

Sebelum berlaku, mereka tidak mampu menggambarkan bagaimana hak-hak Melayu dan Bumiputera boleh dicabar dan kedudukan Agama Islam dan raja raja Melayu dan bahasa Melayu dipersoalkan. Mereka tidak mampu menggambarkan pengaruh dan kuasa Menteri Kewangan Lim Guan Eng keatas institusi Melayu seperti Tabung Haji, GLC, program-progam agenda ekonomi Melayu, PETRONAS dsb.

Sebanyak lima pilihanraya kecil telah diadakan sejak PRU 14. Pada tiga PRK yang pertama, tiada perubahan sentimen berlaku. Tetapi sejak PRK Cameron Highland, BN dengan kerjasama Parti Pas telah menang dengan kemenangan yang menggalakkan ( Sila klik artikel ini untuk memahami kekuatan tradisi UMNO).

Di bawah saya perturunkan data keputusan tiga PRK dimulai dengan Sungai Kandis:

PRK SUNGAI KANDIS 4 Ogos 2018

Pakatan Harapan Menang dengan majoriti5842 undi
Peratusan turun mengundi49%
Bilangan pengundi Melayu72%
Pengundi Melayu mengundi BN43%

Sumber: DAH IKHWAN

Dalam jadual di atas, PRK Sungai Kandis yang terawal diadakan hanya tiga bulan selepas PRU 14, menunjukkan para pengundi masih lagi bersikap dingin dengan politik. Dengan itu hanya 49% sahaja yang turun mengundi dan dianggarkan hanya 43% sahaja pengundi Melayu yang mengundi BN.

PRK CAMERON HIGHLANDS 26 Januari 2019

Barisan Nasional menang dengan majoriti3238 undi
Melayu turun mengundi (est)66.2%
Cina turun mengundi (est)72%
Bilangan pengundi Melayu/orang asli55%
Pengundi Melayu mengundi BN
Pengundi Orang asli mengundi BN
72.5%
96%

Sumber: DAH IKHWAN

PRK SEMENYIH 2 Mac 2019

Barisan Nasional menang dengan majoriti1914 undi
Melayu turun mengundi76%
Cina turun mengundi65%
India turun mengundi75%
Bilangan Pengundi Melayu67.7%
Melayu mengundi BN68%
Cina mengundi BN8%
India mengundi BN11%

Sumber: Bridget Welsh

Keadaan ini amat ketara apabila dalam PRK awal di Sungai Kandis DUN Selangor, sokongan Melayu kepada BN hanya pada 43%, meningkat kepada 72.5% di Cameron Highland di Pahang. Di DUN Selangor Semenyih, sokongan Melayu meningkat tinggi kepada 68% ia itu 7% lebih tinggi daripada undi UMNO dan PAS (disatukan) di Selangor dalam PRU 14.

Kelesuan politik di Malaysia selepas PRU 14 tidak berkekalan. Peratusan yang turun mengundi kemudiannya meningkat daripada hanya 49% dalam PRK Sungai Kadis pada 4 Ogos 2018 kepada 68% dalam PRK Cameron Highland pada 26 Jan 2019 dan akhir sekali 73% dalam PRK Semenyih pada 2 Mac 2019. Ini menggambarkan satu kebangkitan politik Melayu yang menyaingi kebangkitan politik Cina yang telah bermula sejak PRU tahun 2013 lagi. Perpecahan politik antara Melayu disatu pihak dan Cina dipihak lain amat nyata dan mungkin akan meningkatkan polarisasi kaum ke tahap yang lebih ektrem.

Bagaimanapun, suasana politik perkauman yang ekstrim kini tidak akan berlaku jika ada sikap lebih bertoleransi dan perihatin antara kaum di Malaysia. Beberapa penganalisis kaum Cina berpendapat keadaan yang ada kini adalah tindakbalas daripada sikap Melayu sendiri yang telah menindas kaum bukan Bumiputera sejak lebih empat puluh tahun ini. Walaupun terdapat ramai yang kaya dikalangan mereka, amat ramai dari kaum Cina dan India yang hidup miskin. Hakikat ini tidak dihiraukan oleh kerajaan BN dahulu yang hanya berfokus membambantu ekonomi Bumiputera sahaja.

Setelah menjadi kuasa dominan dalam kerajaan, pihak DAP pula bertindak ekstrim menyentuh isu hak Melayu/Bumiputera dan kedudukan Agama Islam. Sudah pasti ini mengundang tindakbalas dari kaum Melayu yang kita saksikan sekarang.

Suasana politik sekarang sudak agak nyata menggambarkan kebangkitan politik Melayu dibelakang UMNO/PAS disatu pihak dan Cina di pihak Pakatan Harapan. Bagi wakil rakyat yang telah melompat dari UMNO ke PPBM, mereka pasti khuatir. Dalam politik Malaysia, parti yang telah sebati dengan perjuangan Politik Melayu/Bumiputera biasanya dapat memikat serta mengekal sokongan orang Melayu/Bumiputera.

Untu menegak kembali kuasa Melayu/Bumiputera di negara ini, kerjasama UMNO dan PAS adalah sesuatu yang wajib. Tanpa kerjasama ini bangsa Melayu di negara ini tidak akan kemana.

Akan tetapi kejayaan politik dalam negara berbilangan kaum seperti Malaysia, walaupun perlu berteraskan kaum yang majoriti, tetapi ia juga memerlukan sokongan dan kerjasama semua kaum. Oleh itu sebuah kerajaan Malaysia dari satu kaum dan agama sahaja tidak mungkin wujud. Jikapun ada, ia tidak akan dapat mempromosi suasana politik dan sosial yang setabil dalam negara.

Sejak merdeka lagi Kerajaan Malaysia sememangnya kerajaan yang didokong oleh pelbagai kaum. Ini bererti sokongan dari kaum minoriti Cina dan India adalah amat penting untuk kesetabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini, maka keputusan UMNO dan kedua rakannya tidak membubar Barisan Nasional adalah keputusan yang bijak untuk kesejahteraan negara sekiranya memerintah semula dimasa depan.

Wallahu a’lam.

.

.

DAH IKHWAN.

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Artikel Politik, Paska PRU 14, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to PRK SEMENYIH DAN C HIGHLAND: PETANDA GELOMBANG MELAYU SUDAH BERMULA.

  1. drmuz says:

    apa pandangan Tuan tentang PRK Rantau? dengan peratus pengundi Melayu sekitar 55 % sahaja. mampukah BN memikat hati pengundi India di Rantau ?

    • DAH IKHWAN says:

      Insya Allah saya akan buat ramalan. Kawasan ini bukan mudah sebab peratusan Melayu yang agak rendah, tapi sokongan Melayu di NS biasanya tinggi untuk BN. BN perlu kempen pujuk semua Melayu turun mengundi dan kempen dikawasan India dengan strategy yang terbaik unruk pengundi India.

Comments are closed.