JIKA PILIHAN RAYA TERGEMPAR, 17 KERUSI PAKATAN HARAPAN AKAN TUMBANG

Pada 29 Febuari Tun Mahathir pernah mendakwa ada 114 ahli Parlimen menyokong beliau dalam usul undi tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyddin Yassin. Selepas itu beberapa orang ahli Parlimen menapi menyokong beliau dan ada yang baru pula muncul menyokong Tan Sri Muhyddin Yassin. Kini Tun Mahathir nampaknya kurang yakin mendapat sokongan majority untuk beliau.

Terakhir mengesahkan sokongan kepada Tan Sri Muhyddin Yassin ialah Syed Abu Husin bagi kawasan Bukit Gantang, Eddin Syaslee(Kuala Pilah) dan YB Kawasan Lubuk Antu di Sarawak, disamping desas-desus tiga ahli Parlimen Parti Amanah yang dijangka melompat parti. Dengan keadaan demikian, Tan Sri Muhyddin Yassin sudah ada sekurang-kurangnya 117 orang ahli parlimen menyokong beliau berbanding 105 untuk Tun Mahathir. Namun demikian, PPBM perlu berhati-hati jika menerima ahli baru dari kalangan parti lawan kerana ini pasti mengundang komplikasi serta perselisihan faham dengan parti UMNO. Ini kerana pelompat parti ini pastinya sebilangan besar mereka adalah dari kawasan kubu tradisi UMNO.

Kini nampaknya Tun Mahathir kurang yakin kerana tidak mampu mengekalkan sokongan dan bilangan penyokong kian berubah dari masa ke semasa. Sememangnya amat sukar untuk Tun Mahathir menyaingi sokongan yang diterima oleh Tan Sri Muhyddin. Salah satu sebabnya, sebagai ketua kerajaan, Tan Sri Muhyddin memiliki kelebihan dengan kemampuan menawarkan jawatan didalam kerajaan dan institusi-institusi kerajaan. Tidak menghairankan kita mendengar bermacam-macam dakwaan yang lantikan-lantikan didalam institusi ini sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.

Tetapi perlantikan di atas bukanlah sebab utama yang menguatkan kedudukan Tan Sri Muhyddin. Yang lebih penting ialah sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada beliau dan Perikatan Nasional yang sedang kini memuncak. Masyarakat Melayu sudah begitu serik dengan keadaan dua tahun pemerintahan Pakatan Harapan di bawah Tun Mahathir yang didominasi oleh Parti DAP. Jika dilihat dari sejak lima pilihan raya kecil baru-baru ini lagi, orang Melayu sudah jelas hilang keyakinan terhadap Tun Mahathir dan penajanya DAP. Inilah sebabnya kedudukan Tan Sri Muhyddin semakin kukuh, beliau terbukti amat perihatin dengan nasib rakyat yang dilanda pandemik COVID-19, serta masalah ekonomi dan pengangguran yang kini mulai melanda negara dan seluruh dunia.

Dengan keadaan demikian, rakyat kini amat terdesak dan pasti akan lebih berhati-hati pada pilihan raya kali ini. Rakyatlah yang menjadi penentu, dan setiap ahli Parlimen perlu sensitif terhadap sokong rakyat, yakni sokongan pengundi didalam kawasan masing-masing.

Saya telah membuat analisis lengkap setiap ahli Parlimen Melayu dari Pakatan Harapan di Semenanjung dan meneliti kemampuan mereka mengekalkan kerusi masing-masing, sekiranya pilihan Raya tergempar di adakan dalam masa tiga bulan ini. Dapatan analisis ini saya paparkan di bawah:

KAWASAN PARLIMENPEMENANG PRU 14STATUS SEKARANGDIJANGKA MENANG
PRU 15
KangarNor amin Ahmad –PKRPHPN
LangkawiTun Mahathir –PPBMPHPH
JerlunMukhriz Mahathir-PPBMPHPN
Kubang PasuAmiruddin Hamzah –PPBMPHPN
Pokok SenaMahfuz Omar – PANPHPN
Kuala KedahAzman Ismail – PKRPHPN
MerbokNor Azrina Surip –PKRPHPN
Padang SeraiKarupaya PKRPHPN
Kulim Bandar BaruSaifuddin Nasution PKRPHPH
Balik PulauMuhamad Balhtiar PKRPHPH
Permatang PauhNurul Izzah PKRPHPH
Nibong TebalMansor Othman PKRPNPN
Parit BuntarMujahid Y Rawa PANPHPN
LumutMohd Hatta Ramli AMANAHPHPN
TambunAhmad Faisal Azumu PPBMPNPN
Tg MalimChang Lee Kang PKRPHPN
RaubTengku Zulpuri DAPPHPN
TemerlohMohd Anuar PANPHPN
Sungai BesarMuslimin Yahya PKRPHPN
GombakAzmin Ali PKRPNPN
KaparAbdullah Sani PKRPHPN
AmpangZuraidah PKRPNPN
PandanWan Azizah PKRPHPH
SepangHanipah Maidin  AMANAHPHPH
Hulu LangatHassanuddin Yunus AMANAHPHPH
PDAnwar Ibrahim PKRPHPH
TampinHassan Baharom  PANPHPN
Kuala PilahEddin Syazlee PPBMPNPN
SetiawangsaNik Nazmi PKRPHPH
Lembah PantaiAhmad Fahmi PKRPHPH
Bandar Tun RazakKamaruddin Jaafar PKRPNPN
TitiwangsaRina Harun PPBMPNPN
Tangga BatuRusnah Alui PKRPHPN
Hang TuahShamsul Iskandar PKRPHPH  
LedangSyed Ibrahim PKRPHPH
SekijangNatrah Ismail PKRPHPH
PagohMuhyddin Yassin PPBMPNPN
MuarSyed Sadiq PPBMPHPH
Sri GadingShaaruddin Md Salleh PPBMPHPN
Batu PahatMd Rashid Rasnon PKRPNPN
Maszlee MalikSimpang Renggam PPBMPHPH
Tg PiaiMd Farid PPBMPN-MCAPN
PulaiSallahuddin Ayub PANPHPH
Pasir GudangHassan Abdul Karim PKRPHPH
Johor BharuAkmal NasrullahPHPH
Alor GajahMohd Redzuan Md Yusof PPBMPNPN
Kawasan Pertarungan Perikatan Nasional dengan Pakatan Harapan PRU 15

Hasil kajian diatas hanya mengambilkira kerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional. Pada PRU 14 UMNO dan PAS bertanding dalam setiap kawasan Parlimen di atas, tetapi dalam PRU 15, mereka dijangka mengelak pertarungan dalam kawasan yang sama, justeru mampu merampas sejumlah 17 buah kerusi Parlimen di Semenanjung daripada Pakatan Harapan seperti butiran dalam jadual di atas. Setelah diambilkira pula perpindahan sokongan rakyat kepada kerajaan kini, pertambahan kerusi untuk Perikatan Nasional dijangka melebihi 17 kerusi Parlimen.

Perikatan Nasional pasti akan menjadi katalyst untuk kerjasama menyeluruh bukan sahaja bagi bangsa Melayu di Semenanjung, tetapi ia juga mudah memikat kerjasama dari parti-parti Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Ini memudahkan pembentukan Kerajaan Persekutan yang mantap dengan sokongan rakyat di segenap pelusuk negara. Matlamat ini amatlah penting dan oleh itu kerjasama yang baik sungguh dialu-alukan bermula dari parti UMNO, PAS dan juga PPBM dalam menghadapi PRU 15. Suara-suara terkini daripada parti PAS, UMNO dan PPBM untuk mengeratkan kerjasama dalam Perikatan Nasional amat dialu-alukan demi untuk mewujudkan semula dominasi politik Melayu/Bumiputera tetapi dengan wajah yang bersih di negara ini.

Saya rasa, atas sebab ini Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim akan sedaya upaya mengelak berlakunya Pilihan Raya Tergempar dalam masa yang terdekat. Sebenarnya, mereka berdua tidakpun mampu mempengaruhi samaada Pilihan Raya tergempar akan dilaksanakan. Yang menjadi penentu ialah setiap seorang dari kalangan melebihi 17 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bakal terjejas nati, Mereka dijangka menentang Usul Undi Tidak Percaya atau sekurang-kurangnya berkecuali bagi mengelak berlakunya Pilihan Raya Tergempar, yang mengakibat terhapusnya peluang mereka menikmati tempoh 5 tahun sebagai penyandang kerusi. Perlu diingatkan, mereka yang cukup tempoh 5 tahun akan menikmati pencen penuh Parlimen.

Kita yakin, dengan sebab diatas, sebarang usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak akan menerima sokongan di Parlimen kerana ia pasti akan mengundang Pilihan Raya Tergempar yang amat ditakuti oleh pihak Pakatan Harapan. Jika mereka mengundi sebaliknya, ramai daripada mereka akan gugur dalam PRU ini. Bagaimanapun, dalam pertarungan politik, apapun boleh terjadi. Semua kemungkinan perlu diambil-kira kerana musuh politik dihadapi bukan calan-calang orangnya dan penuh dengan tipu muslihat. Diharap Perikatan Nasional berwaspada dan janganlah lalai. Allahua’lam.

.

DAH IKHWAN

Anda mungkin ingin membaca artikel berkaitan di bawah:

  1. Mengapa MP Pakatan Harapan Takut Bersuara

5 Comments

  1. Rawa Lanun-Bahasa

    Terima kasih, DAHIKHWAN.

    Saya kagum dengan analisis lengkap setiap ahli Parlimen Melayu dari Pakatan Harapan di Semenanjung dan meneliti kemampuan mereka mengekalkan kerusi masing-masing, sekiranya pilihan Raya tergempar di adakan dalam masa tiga bulan ini. Apa rahsia anda?

    Kita lebih cenderung sekiranya dapat dibuat analisis lengkap kesan bentuk Gomen yang didirikan terhadap ekonomi negara pascapandemik Covid-19. Bukan apa, hanya senya kita menabung dengan THaji dan ASB.

    Kita juga tertunggu-tunggu sekiranya dapat dikenalpasti calun PM9 nanti.

    RM5.2:USD1, itu ringkasan pendapat.

    Salaam Syawal

    • DAH IKHWAN

      Terima kasih Sdr Rawa. Maaf saya tak address saudara dengan nama penuh sebab rasa ia amat janggal,hehehe.
      Analisis yang saudara cadangkan agak sukar dibuat kerana soal Post COVID-19 ekonomi ini bukan sahaja masalah dalam negara tetapi juga berkait rapat dengan ekonomi global. Setakat ini pandemik dapat di kawal di negara-negara maju Asia Timur dan juga Malaysia. Setakat mana ini dapat mejadikan persekitaran ekonomi yang cukup baik untuk Malaysia, masih sukar diramal sebab keadaan pandemik masih teruk di Eropah dan Amerika.

      Malaysia memerlukan politik yang setabil untuk menjanakan ekonomi semula. Setakat ini Kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan prestasi yang luar biasa baik dalam menangani isu kesihatan dan ekonomi. Saya yakin selepas sidang Parlimen bulan Julai nanti, kedudukan Kerajaan Pakatan nasional akan menjadi lebih kukuh lagi.

      Saya amat selesa dengan pendekatan ekonomi yang diambil oleh Kerajaan setakat ini, yang saya nampak selari dengan yang di jangka dalam artikel kita bertarikh 5 April 2020 bertajuk “COVID-19 and The Economic Stimulus Package”. Sila saudara semak balik artikel itu.

  2. Rawa Lanun-Bahasa

    A quick check of the 04/05 article rewakens one’s thoughts that came with it.

    It’s clear that most Muslims will always be contented being third class humans in this world and yet dare dream to compete with the non-Muslims. Most Malays being Muslims can be said are in delusion of grandeur.

    If it weren’t for Sabah and Sarawak, the income of the Semenanjung Malays per capita would be just as good as the Sumatrans or the Southern Siam Patanis.

    As things look, Vietnam, Loas, Cambodia and Myanmar would emerge from this Pandemic as the new Economic Tigers of ASEAN. The particular double deficit path that the MoF has chosen to stumble down must be the sad consequence of the ignoble Malaysian Pembesars selling the name of their god very cheaply by their dishonest performing of their solemn oaths of office.

    But the pseudo Muslims will just readily accept the lip service of these god accursed Pembesar to develop a worthwhile society of Muslims with a commendable working Maqasid Sharia.

    That may be the defining value between us although you believe yourself to have performed the hajj.

    It’s like the great Averrose in the eyes of an insignificant sufi buried in Aleppo.

  3. NoorAzam

    Salam Datuk. Kerusi Tanjung Piai status semasa adalah BN-MCA bukan UMNO. Kini disandang oleh Datuk Dr Wee Jeck Seng.

    • DAH IKHWAN

      Oh ya, maaf ya. Nanti pinda. Terima kasih.

Comments are closed