Tan Sri Muhyddin Yassin: Kejayaan Setahun Menjadi Perdana Menteri

Beliau dilantik pada 29 Febuari 2020 ketika dunia dan negara mulai dilanda pandemik COVID-19.Kali terakhir fenomena serupa berlaku  kira-kira seratus tahun yang lalu dengan pandemik Spanish Influenza, yang menjangkiti 500 juta orang dengan angka korban mencecah antara 20 juta dan 50 juta orang. Kawasan Nusantara tidak terjejas ketika itu, malah Malaysia pun belum wujud lagi. Kemudahan perjalanan amat terhad, hanya melalui pelayaran meredah lautan dari benua ke benua.

Tetapi hari ini, manusia bergerak pantas dengan ribuan laluan udara  diserata dunia. Justeru, negara kita tidak terlepas daripada sebarang  musibah yang melanda negara-negara luar. Bagaimanapun, Dengan izin Allah, Tan Sri Muhyddin Yassin telah berjaya menangani keadaan yang genting ini dengan baik, malah lebih baik daripada majoriti negara lain, termasuk kebanyakan daripada negara maju.

Adalah amat sukar bagi kerajaan yang baru, apatah lagi sebuah pemerintahan ‘pintu belakang'(sebagaimana didakwa oleh musuh politik beliau), berhadapan dengan satu musibah yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Namun, beliau tidak risau dengan semua kecaman negatif yang dilempar  oleh pengkritiknya. Dengan pantas beliau membentuk satu pasukan bagi  menangani masalah utama ini dengan melantik komposisi baru Majlis Keselamatan Negara yang kini terbukti berkesan. Majlis Tindakan Ekonomi pula dibentuk semula dengan keahlian seimbang daripada wakil kerajaan dan bukan kerajaan bagi mengganti Cauncil of Eminent Persons zaman Kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya. Malah Majlis Kemakmuran Bumiputera yang baru ditubuhkan sebagai mengganti Majlis yang wujud sebelumnya  di zaman kerajaan Barisan Nasional.

Semua mesyuarat ketiga-tiga Majlis difahamkan dipengerusi secara peribadi oleh YAB Tan Sri Muhyddin  sendiri dengan penuh fokas dan dan dedikasi, satu kemampuan luar biasa memandangkan hanya lebih setahun dahulu beliau baharu sahaja pulih daripada serangan kanser.

Tidak ramai yang memahami bagaimana jentera Kerajaan Perikatan Nasional befungsi diperingkat teratasnya. Wawancara khas bersama YAB Perdana Menteri pada ulang tahun pertama kerajaan beliau menyingkap serba sedikit tentang perkara ini. Untuk menggalas matlamat utama berkaitan Pandemik COVID-19 dan Ekonomi,Kabinet telah menugaskan Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi sebagai jentera peneraju.

Kedua-dua Majlis ini, disokong oleh beberapa jawatankuasa  dan bengkel masing-masing,  mengadakan sessi libat-urus setiap hari dengan semua pihak berkepentingan termasuk pelbagai Kementerian ,agensi-agensi kerajaan, dewan dan persatuan persatuan perniagaan serta pakar-pakar dalam bidang Perubatan dan Ekonomi. Malah tinjauan status terkini ekonomi negara dan rakyat kerap dilaksanakan. Objektifnya ialah untuk mengenalpasti titik seimbang antara meminimakan kadar jangkitan dan mengekal pendapatan rakyat untuk bertahan semasa Pandemik – dalam bahasa Inggerisnya kerap dipanggil titik pertemuan antara Live and Livelihood.

Saya dapat tahu daripada sumber yang rapat bahawa Majlis Keselamatan  Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi bermesyuarat sekali dalam seminggu. Setiap mesyuarat di pengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyddin Yassin dengan caranya yang tersendiri. Anda mungkin menyangka beliau, sebagai seorang  Perdana Menteri akan mendominasikan perbincangan dan hanya sedia melayani certia-cerita yang sedap didengar. Sebaliknya beliau merupakan seorang yang rendah hati dan sanggup mendengar pandangan daripada yang hadir. Beliau sentiasa mendengar dengan teliti dan banyak kali mengesan beberapa kesilapan informasi atau data yang perlu diperbetulkan.

Pendekatan yang amat rapi ini, walaupun bererti beliau perlu mendalami ratusan kertas-kerja dan laporan yang dikemukan, adalah amat perlu dalam langkah mengawal pandemik dan mensetabilkan ekonomi negara. Kesannya sudah jelas; Pandemik kini sudah terkawal dengan cara menguatkuasa pelbagai kelas PKP, SOP dengan pelbagai kaedah akronimnya.

Menggunakan banyak akronim agak mengelirukan orang ramai, termasuk Tun Daim Zainuddin (sungguhpun mungkin anak muda sekarang lebih mudah menerima kaedah ini). Walaupun demikian, saya rasa ada baiknya jika nama-nama peringkat PKP dimudahkan dengan mengaitkannya dengan warna aras pandemik dikawasan yang berkenaan.

Namun lebih penting, petugas barisan hadapan tahu tugas mereka dan melaksanakannya dengan dedikasi. Memang terdapat kekeliruan dibeberapa lokasi seperti kekecohan  semasa ketibaan penumpang di lapangan terbang atau kecelaruan di kampus-kampus universiti semasa pelajar yang tiba tidak dibenarkan masuk kampus atas sebab perubahan jadual.

Ada juga kes tempat tinggal di ladang atau tempat kerja binaan diserbu oleh pegawai penguatkuasa, walaupun beberapa kelonggaran telah di umumkan kerajaan.

Orang ramai adakalanya keliru apabila menerima layanan berbeza ketika  melintasi batas dilain kawasan PKP. Ini tidak dapat dielakkan;  sudah pasti terdapat beberapa kesulitan kepada orang ramai yang berlaku di beberapa lokasi setempat.

Tidak dapat dinafi ada sedikit kelemahan dilihat dalam jentera perhubungan awam kerajaan dimana beberapa agensinya gagal bergerak selari atau makluman yang kurang jelas kepada rakyat, akibat kepantasan merebaknya pandemik. Ini satu daripada puncanya kekeliruan.

Yang penting, pada amnya barisan hadapan tahu sebab perbezaan SOP di lain-lain lokasi. Seperti dinyatakan Perdana Menteri survei kerap dibuat dengan frekuensi tidak pernah sebelumnya. Jadi PKP dan SOP dapat disesuaikan dengan keadaan setempat.

Misalnya di Kawasan sekitar Masjid India Kuala Lumpur dan sekitar kilang Top Glove di Selangor, Enhanced MCO atau PKPD pernah dikenakan dimana aktiviti ekonomi dan pergerakan keluar-masuk kawasan tidak dibenarkan. Tindakan terperinci ini dapat dibuat sebab ada jentera survei dan kutipan maklumat yang efficien dipihak kerajaan. Dengan wujudnya dedikasi pasukan barisan hadapan serta pasukan sokongan khidmat tersebut, maka kerja mengawal jamgkitan pandemik dapat dilaksanakan tanpa lockdown di tempat lain yang  boleh menjejaskan ekonomi negara secara berpanjangan.

Sebagai rekod, Malaysia hanya mengalami jangkitan seramai 322,000 kes COVID-19 dan 1,203 kematian terkini, satu keadaan yang boleh dikira cukup baik berbanding banyak negara lain. Kes baru harian juga telah menurun kebawah 2,000 orang setelah mencecah rekod tertinggi 5,725 kes pada 29 Januari 2021.

Ekonomi negara telah menurun 5.6% pada tahun 2020, juga satu penurunan sederhana dan cukup baik. Sebagai perbandingan, ekonomi Singapura telah menguncup 5.4% dalam masa yang sama.

Usaha mengurangkan kesan pandemik bukanlah mudah. Kita kini bukannya dalam keadaan normal dimana ekonomi boleh digerakkan dengan tambahan pelaburan luar ataupun domestik. Sumber-sumber ini juga menguncup atas sebab kesan Pandemik yang menyukarkan kedudukan kewangan pelabur yang berpotensi.

Agak jelas, setelah menerima maklum balas daripada rakyat dan sektor swasta melalui dewan-dewan perniagaan di seluruh negara, Tan Sri Muhyddin Yassin memutuskan mengambil jalan yang cukup  radikal. Pakej Rangsangan Ekonomi di tambah berlipat-kali ganda melebihi RM 300 bil berbanding jumlah asal RM 20 bil dibawah kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya. Ini suatu tindakan yang berani yang  diperlukan meskpun dketika Kerajaan menghadapi kedudukan kewangan yang lemah.

Pakej yang disediakan dalam bentuk seperti Program Subsidi Upah, Skim Kredit Mudah untuk Industri Kecil dan Sederhana dan Sektor Mikro, Sekim Kredit Bank dan Initiastif Perihatin dan pengeluaran akaun EPF, menyediakan wang secara langsung untuk  rakyat terutama mereka dalam kategori pendapatan rendah B 40. Ini telah membantu mensetabilkan kuasa beli rakyat dalam suasana kerisis ekonomi. Jika tidak sudah pasti jutaan orang telah hilang pekerjaan serta kemampuan menyediakan  makanan umtuk keluarga.

Pun demikian, amat  ramai mereka dalam sektor perniagaan kecil dan informal, terutama peniaga Bumiputera, gagal mendapat bantuan. Ini berlaku atas sebab ketiadaan dokumen perniagaan seperti rekod pendaftaran dengan PERKESO, KWSP, LEMBAGA HASL malah lesen daripada Kuasa Tempatan. Tinjauan yang dibuat menunjukkan peniaga-peniaga kategori ini telah teruk terjejas semasa PANDEMIK.

Kerajaan perlu peka dengan masalah ini dan ambil tindakan yang perlu,terutama keatas yang dihadapi sektor IKS dan sektor Mikro Bumiputera. Mereka sesungguhnya memerlukan bantuan tahun ini dalam menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berterusan.TAMAT

.

.

DAH IKHWAN