PRN MELAKA 2021: Keputusan Pengundi Melaka Merestui Parti Melayu Alternatif

Ketika menyiarkan Ramalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam Blog ini pada hari Juma’at 19 November, ia itu sehari sebelum tarikh membuang undi, saya amat yakin yang Barisan Nasional boleh menang antara  Minima 16 kerusi sehingga maxima 22 kerusi.

Pasti kemenangan besar 21 kerusi amat mengembirakan orang UMNO. Tahniah kepada mereka. Mana tidaknya, dalam PRN ini mereka memutuskan bertanding bersendirian. Bagi saya sendiri sebagai seorang penulis politik, ramalan yang sebegitu tepat memang sukar di hasilkan. Sungguhpun telah meramal banyak Pilihan Raya dengan tepat, cuma sekali sahaja sebelum ini saya menghasilkan yang setepat ini, iaitu ketika  Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam tahun 2016.

Asas ramalan yang digunapakai ialah Melayu tidak mungkin  berhijrah politik secara berkekalan. Ia hanya berlaku dikala orang Melayu marah sahaja, tetapi akan kembali ke pangkuan UMNO setelah kemarahan reda.

Ada dikalangan analis politik Melayu melonjak-lonjak diatas kemenangan ini, lantas mengukuhkan teori tersebut. Apa lagi para warloard dalam UMNO, mereka begitu gembira dan yakin dengan kehebatan sendiri dan parti mereka. Timbalan Presiden pula secara gopoh menggesa supaya PRU 15 disegerakan.

Kemudiannya timbul pula analisis baru tentang kelemahan UMNO dalam PRN ini, dan ramai pula kagum dengan kemampuan  Perikatan Nasional,  parti yang baru setahun jagung ini timbul sebagai pesaing utama UMNO  di Melaka dan pasti juga di Semananjung, selain Sabah.

Dikalangan para analis, ada yang mulai berasa hairan bagaimana UMNO mampu menang besar jika Perikatan Nasional juga boleh meraih begitu banyak undi Melayu. Bukankah dua parti Melayu ini menangguk dikolam yang sama? Saya kemudian membuat analisis  undi dengan kaedah ilmu statistic, regression analysis. Kaedah Analasis ini mampu merungkai data secara terperinci yang tidak nampak pada mata kasar.

HASIL KAJIAN

Barisan Nasional

Hasil kajian telah merungkai fakta baru yang agak memeranjatkan. Pertama, seramai 41.2% pengundi Melayu telah berhijrah ke PerikatanNasional. UMNO berjaya mendapat 53.2% undi Melayu dan ini tidak sampaipun menyaingi undi mereka  setinggi  57% dalam PRU 14 dahulu. Ini satu petanda buruk untuk UMNO dan pasti menandakan  mulanya hijrah  berkekalan selagi UMNO tidak membersih diri  daripada para pemimpin yang punyai rekod rasuah dan 1MDB yang memalukan negara dimata dunia.

Kedua, hasil kajian menunjukkan 81% pengundi dari kaum India telah mengundi Barisan Nasional. Undi inilah yang telah membantu BN mencapai sehingga 21 kerusi meskipun ia telah kehilngan ramai undi Melayu.

Sesungguhnya undi dari kaum India adalah amat penting dalam PRN ini,sementara undi kaum Cina  semakin teruk sekali sehingga 100% mengundi Pakatan Harapan. Mereka tidakpun mengundi calon MCA yang menang.

Perikatan Nasional

Perikatan Nasionaltelah memenangi dua berbanding angka ramalan diantara 1 dan tiga kerusi. Ini tidak banyak dan tidak memberangsangkan. Tetapi yang pentingnya Perikatan Nasional telah berjaya meraih 41.2% undi Melayu, bererti  ramai orang Melayu di Melaka dan juga di Semenanjung sudah bersedia berhijrah ke  sebuah parti Melayu alternative selain UMNO. Ini di Melaka di kubu kuat UMNO sendiri dan PAS pula tiada kekuatan untuk menyokong BERSATU. Bayangkan scenario yang mungkin terjadi dinegeri bukan kubu-kuat UMNO  dimana BERSATU dengan populariti mantan PM Tan Sri Muhyddin Yassin, mendapat sokongan kuat jentera parti PAS pula.

Perikatan Nasional sudah mulai diterima masyarakat sebagai sebuah parti Melayu/Bumiputera yang memperjuangkan ketelusan, anti rasuah dan kedaulatan undang-undang, selain reputasi sebagai pembina benteng memerangi Pandemik COVID-19.

Pakatan Harapan

Pakatan Harapan dengan memenangi 5 daripada 28 kerusi di pertandingkan telah menunjukkan prestasi terburuk. Ia telah hilang 10 daripada kerusi dimiliki sebelum PRN (2021). Diantara mereka pula, PKR gagal memenangi sebarang kerusi.

Kekalahan PKR dan tren kejatuhannya adalah angkara kesilapan strategic Anwar sendiri yang tidak mengendahkan sentiment ahlinya. Walaupun dengan tentangan DAP, beliau telah menerima pembelot UMNO Idris Haron   sebagai  calon PKR dalam PRN ini. Sebelum ini Anwar juga membuat kesilapan strategik dengan menggantikan YB Baru Bian sebagai pengerusi PKR negeri Sarawak. Kesilapan-kesilapan ini sungguh bodoh dan melunturkan kepercayan rakyat kepada PKR sendiri.

Bagaimanapun Pakatan Harapan telah mengekalkan sokongan daripada pengundi kaum Cina, malah kali ini setinggi 100%. Tetapi PH hanya mampu mendapat kurang daripada 7%  undi Melayu. Sudah jelas Melayu Melaka menolak PKR dan Pakatan Harapan mentah-mentah.

Tetapi, kita jangan menjadi lalai, PAKATAN HARAPAN kalah di Melaka banyak kerana  keengganan ramai daripada pengundi Cina turun mengundi dalam PRN ini. Anda boleh saksi sendiri dimana peratusan turun mengundi dalam kawasan majoriti Cina amat rendah daripada kawasan majoriti Melayu. Sekiranya mereka turun beramai-ramai seperti dalam PRU 13 dan PRU 14, keputusannya saya yakin amat mengejutkan.

Analisis keputusan yang terperinci diperturunkan di bawah untuk mereka yang faham kaedah multiple regression analysis:

PartiUndi MelayuUndi CinaUndi IndiaR-SquaredObservation
1. BN
Regression
Coefficient
0.532-0.009.8160.7928
Std Error0.025 0.0340.237
2.PN
Reg. Coeff.0.415-0.016-0.060.7628
Std Error0.0270.0370.261
3. PH
Reg Coeff.0.0721.040.1780.9828
Std Error0.0180.0250.175
Regression Analysis by Racial Breakdown

Pilihan Pengundi Muda

Hasil kajian untuk pilihan pengundi mengikut umur juga agak mengejutkankan. Multiple regression analysis mendapati seramai 73.4% pengundi Melayu berumur diantara 21-39 tahun telah mengundi Perikatan Nasional, sementara hanya 25.4% telah mengundi Barisan Nasional. Sungguhpun sebagai seorang tua, saya akui pengundi muda kurang setia dengan BN, tetapi mereka lebih bijak dalam menentu hala tuju negara dimasa hadapan.

Bagi pengundi Melayu berumur 40 tahun keatas, hanya 23.9% telah mengundi Perikatan Nasional, manakala yang mengundi Barisan Nasional sebanyak 70.4%.

Penutup

Nampaknya kita telah menyaksikan titik-tolak tren  baru politik Melayu dalam PRN Melaka baru-baru ini. Masyarakat melayu nampaknya  sudah serik dengan keangkuhan, rasuah dan salah-guna kuasa yang melulu dalam pemerintahan Barisan Nasional. Dengan slogan ‘Malu apa Bossku’ nampaknya ramai warloard dalam UMNO betul -betul tidak berasa malu dengan apa sekalipun.

Semakin ramai pengundi Melayu, mungkin juga majoriti sudah mulai selesa dengan parti BERSATU melalui PERIKATAN  NASIONAL sebagai satu lagi pusat kuasa politik untuk masyarakat Melayu di Semenanjung dan juga Sabah, manakala di Sarawak kaum Melayu dan Bumiputera hanya memilih GPS sebagai satu-satunya parti mereka.  Ini suatu perkembangan yang sihat yang boleh mempastikan check  and balance melibatkan  kuasa kaum dominan di negara ini.

.

Sekian, wallahu a’lam

DAH IKHWAN

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.