Ramalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021

Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan lebih awal dari jadual setelah jatuhnya kerajaan Melaka dibawah pimpinan Barisan Nasional. Pada zahirnya ia nampak seperti pertandingan yang sengit diantara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Pada PRU 14 dahulu, majoriti kerusi DUN telah dimenangi oleh Pakatan Harapan dengan kemenangan yang tipis.

Negeri Melaka mempunyai majoriti penduduk dari kaum Melayu 67%, China 26% and India 6.2%. Oleh itu negeri ini merupakan kubu kuat UMNO yang memerintah sejak merdeka kecuali dua tahun selepas PRU 14.

__________________________________________

Sila lihat Analisis dan Ulasan Keputusan PRN Melaka 2021

__________________________________________

BN telah kalah dalam PRU 14 tahun 2018 ketika taufan anti UMNO melanda Semenanjung Malaysia akibat skandal 1MDB Najib Razak. Ketika itu hanya 56.9 peratus pengundi Melayu di Melaka mengundi BN berbanding jumlah tertinggi 93.8% yang pernah dicapai dalam PRU 2004.

Memandang kedudukan kubu kuat UMNO di Melaka, nampaknya UMNO akan menang mudah dalam Pilihan Raya Negeri kali ini. Ini kerana isu 1MDB tidak lagi menjadi isu terpenting kali ini. Soalnya hanya berapakah jumlah kerusi yang mampu ia menangi.

Seramai 95% Pengundi CINA Di jangka masih setia dengan DAP, manakala pengundi India akan berbelah bahagi dengan jumlah terbesar menyokong Pakatan Harapan. Oleh kerana pengundi Cina hanya seramai 26% sahaja, kali ini dalam keadaan politik yang kembali normal, Pakatan Harapan tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya ini.

Jadi penentu PRN ini pastinya pengundi Melayu seperti lazimnya terdahulu.

Pada keadaan maksima, BN boleh memenangi 68% undi Melayu dan pada keadaan minima pula, 60%. Perikatan Nasional tidak dijangka membuat impak besar di Melaka. Ini bukannya bererti Perikatan Nasional tiada peluang menjadi kuasa ketiga di Malaysia. Perikatan Nasional nampaknya lebih mampu menunjuk kekuatan di negeri-negeri selain kawasan Selatan Semenanjung.

Berpandukan peniliaian di atas, keputusan terperinci diperturunkan dalam jadual di bawah:

PARTISENARIO BN MAKSIMASENARIO BN MINIMA
BARISAN NASIONAL22 Kerusi16 Kerusi
PAKATAN HARAPAN59
PERIKATAN NASIONAL13
JUMLAH2828
RAMALAN SENARIO KEMENANGAN KERUSI PRN MELAKA 2021

.

Dalam kedua-dua Senario Ramalan di atas BN di jangka akan memenangi PRN Melaka dengan 22 kerusi dalam pencapaian maksima dan 16 kerusi pada pencapaian minima.

.

Wallahu a’lam.

.

DAH IKHWAN

3 Comments

    • DAH IKHWAN

      Terima kasih saudara. Saya akan buat analisis dan komen atas keputusan PRN dalam masa terdekat.

Comments are closed