Proses pengambilan pelajar universiti sedang giat berjalan kini, begitu juga soal nisbah jantina ke IPTA kian menjadi perhatian umum. Seperti dijangka setiap tahun nisbah jantina semakin tidak seimbang. Kemasukan pelajar
_______________________________ Sila lihat update di bawah artikel ini
_______________________________
perempuan ke dalam Universiti awam bagi tahun 2010 ialah 64.8%, ia itu 26,229 daripada 46,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama, berbanding pelajar lelaki hanya 35.2%. Wanita juga mendominasi program lepasan spm dengan 58.4% berbanding lelaki 41.44% daripada keseluruhan 36,900 t3mpat ditawarkan.
Adakah fenomena ini suatu masalah yang perlu diperdebatkan? Ada pakar pendidikan mengatakan ini suatu trend seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan, dan tidak sepatutnya dibimbangkan. Adapula yang khuatir gejala ini, yang merupakan sesuatu yang baru sejak dua dekad yang lepas, merupakan suatu perkembangan yang tidak sihat dan kesannya kepada measyarakat belum lagi difahami sepenuhnya.
Adakalanya dalam siri perbincangan, pakar dan peserta lelaki dan perempuan mengambil pandangan yang betentangan mengikut emosi dan jantina mereka. Justeru, peserta lelaki nampak bimbang dengan fenomena ini, tetapi peserta wanita mempertahankannya dengan lantang sebagai bukan isu dan tidak patut diperdebatkan. Mungkin suasana yang serupa wujud dikalangan pegawai pegawai pendidikan dan ahli akademik di negara ini.
Sepatutnya dalam perkara seperti ini masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dalam membincangkannya dan dengan cara yang lebih ilmiah. Ini kerana ia membabitkan masa depan institusi keluarga. Ia membabitkan soal mudah atau sukarnya mencari pasangan yang sesuai(terutama bagi wanita yang professional) soal peranan suami isteri dalam keluarga, soal keharmonian rumah tangga, dan soal nikah cerai yang dihadapi masyarakat kini. Masyarakat jangan terlalu emosional menghadapi fenomena ini berasaskan gender kerana kita lazimnya mempunyai anak lelaki dan perempuan, masa depan mereka dan kesejehteraan mereka adalah penting dan ditentukan oleh kita yang mewakili masyarakat hari ini.
Kita lazim mendengar keluhan gadis gadis, terutama yang berpendidikan tinggi betapa sukarnya mencari Mr. Right, sehingga mereka rela bersendirian selamanya. Jumlah mereka sebegini begitu ramai di kota kota besar sehingga keadaan ini mulai dianggap biasa sahaja. Tetapi kita sedia maklum fenomena sebegini tidak normal dan meninggalkan kesan yang juga tidak normal dalam masyarakat, misalnya, kadar pertumbuhan penduduk yang merosot yang mewujudkan nisbah penduduk warga emas yang terlalu ramai di masa hadapan.
Kita sedia maklum betapa membebankan fenomena ini kepada masyarakat yang akan datang, dengan kata lain hanya dalam satu generasi sahaja lagi akan terdapat terlalu ramai orang tua yang perlu disarakan oleh anak anak mereka. Pasti ini sungguh membebankan mereka dan negara. Fenomena ini sedang di hadapi negeri Jepun dan Eropah, tetapi negara itu yang sememangnya maju mampu menghadapi keadaan sedemikian, tetapi kita bagaimana?
Bibit bibit masalah masyarakat juga sudah mulai kita rasai sekarang . Misalnya kadar perceraian semakin meningkat tahun demi tahun seperti dalan jadual di bawah:
Statistik Perkahwinan Pasangan Islam Seluruh Malaysia
Mengikut jadual di sebelah, bilangan perkahwinan di seluruh malaysia telah meningkat dari 84,616 pasangan dalam tahun 1990 kepada 130,314 pada tahun 2008, manakala kadar perceraian meningkat dua kali ganda dari 11,194 kes kepada 22,289 kes pada tahun 2008. Nisbah perceraian pula meningkat 13.2% daripada angka perkahwinan pada tahun 1990 kepada 17.1% pada tahun 2008.
Mari kita meninjau pula suasana global sebagai perbandingan. Bagaimanakah nisbah gender pelajar universiti? Tinjauan di Britain menunjukkan keadaan yang agak seimbang, iaitu nisbah purata bagi seluruh Britain 51 pelajar lelaki bagi setiap 49 pelajar wanita. Di Kanada nisbahnya ialah 60 pelajar wanita bagi setiap 40 pelajar lelaki, sementara di Amerika Syarikat, mengikut anggaran Census Bureau terdapat keseluruhannya 57 pelajar wanita bagi setiap 43 pelajar lelaki.
Bagaimanapun mengikut angka untuk 79 buah universiti utama di Amerika Syarikat jumlahnya amat berbeza, iaitu secara purata ada 52 pelajar lelaki bagi setiap 48 pelajar perempuan.
Kini saya petik keluaran majallah Newsweek keluaran 12Julai, 2010, bertajuk Women will rule the World. ‘Wanita kini menjadi penyara utama atau penyara bersama 2/3 keseluruhan isi rumah di Amerika, sementara di Kesatuan Eropah wanita mengisi 75% dari 8 juta peluang perkerjaan wujud sejak tahun 2000. Di Amerika Syarikat wanita mengatasi lelaki yang memiliki ijazah dengan akdar 20%. Kajian kajian menganggar pekerja wanita penyumbang besar kepada KDNK di negara maju dan negara membangun. Di satu sudut pula wanita ramai berkerja di Amerika tatapi hanya menyumbang kira2 3% Ketua Pegawai Eksekutif dalam Syarikat Fortune 500. Kekangan budaya seperti kesukaran berpindah ketempat baru, kesukaran bergerak bersendirian dan tempoh bersalin dan menjaga anak mengekang kemajuan kejaya wanita dan menjejas peluang kenaikan pangkat’.
Dengan nisbah kemasukan pelajar lelaki hanya 35.2% berbanding 64.8% untuk pelajar perempuan, ternyata keadaan di Malaysia lebih runcing daripada di negara negara maju. Adakah pelajar lelaki sememangnya kurang bijak dan kurang layak di negara ini? Betulkah, seperti sesetengah pihak dakwa, yang sistem pendidikan di peringkat sekoleh lebih sesuai untuk pelajar perempuan, atau syarat kelayakan memasuki universiti lebih memihak kepada pelajar perempuan. Jika ini betul, mungkin ada baiknya kerajaan mempertimbang mengubahkan syarat kelayakan ini bagi membolehkan nisbah gender yang seimbang di institut pengajian tinggi di negara ini.
Update 18 September 2011
Majalah Economist bertarikh 13 September 2011, dalam satu kajian menyatakan nisbah jantina di negara negara maju (OECD) pada purata semua jurusan menunjukkan graduan perempuan melebihi lelaki dengan kadar 58% berbanding lelaki 42% .Sungguhpun demikian nisbah graduan lelaki mendahului perempuan dalam jurusan sains dengan nisbah 60% graduan lelaki berbanding 40% perempuan.
DAH IKHWAN
Salam DtAHelmi,
Terima kasih kerana mengundang saya ke blog ini,memang saya mengikuti blog ini dari masa kemasa jika ada masa terluang untuk saya.
Saya setuju bahwa perkara ini patut di beri perhatian saperti yang di sarankan dalam blog ini,secara profesional dan ilmiah dan hendaklah diketpikan dahulu pandangan daru sudut emosi gender olih pihak tertentu.(pto di lain ruang)tk