Betulkah Malaysia Negara Gagal? Mari Kita Kaji

Malaysia negara gagal, Kerajaan Perikatan Nasional sebuah kerajaan gagal dan Tan Sri Muhyddin Yassin seorang Perdana Menteri gagal: Betulkah ini seperti didakwa oleh pihak pembangkang, musuh beliau dan seperti diviralkan dalam media sosial.

Apakah ertinya istilah negara gagal? Kamus Oxford and Cambridge mentakrifkan negara gagal sebagai suatu situasi dimana sesebuah negara mengalami dkehilang kuasa keatas penduduknya dalam hal keselamatan, ekonomi, pertahanan , sosial, pendidikan, pengutipan cukai, dsb. Berasaskan kriteria diatas, amat jelas sekali Malaysia bukanlah sebuah negara gagal.

Bagaimana pula kerajaan gagal, satu tuduhan yang selalu diulangi oleh pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, dan baru-baru ini Oleh Zahid Hamidi. Ini merupakan satu tohmahan dalam konteks kerisis COVID-19 dan krisis ekonomi yang kini dihadapi negara. Jadi dalam bahagian pertama artikel ini marilah kita merungkai perlaku kerajan dalam berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini.

Kerajaan telah berjaya dengan cemerlang dalam menangani krisis COVID-19 pada tahun lepas – ini telah dicapai sungguhpun kerajaan Perikatan Nasional baharu sahaja ditubukan pada bulan Febuari tahun lepas. Jumlah kes COVID harian hanya kurang daripada 100 kes sehingga bulan September, tetapi selepas itu ia meningkat sehingga keparas 2,500 kes sehari dalam bulan Disember.

Data Malaysia dalam tahun 2020 berlatar belakangkan keadaan pandemik yang mengganaska di Amerika Syarikat, Eropah dan banyak negara didunia. Hingga ke saat ini Amerika Syarikat mencatatkan angka jangkitan terkumpul sejumlah 33.7 juta kes dan 607,000 kematian. Negara Britain pula mengalami 4.93 juta kes tekumpul dan 128,000 kematian.(sila klik)

Sebagai perbandingan, Malaysia pula setakat ini mengalami 880,000 kes terkumpul dan hanya 6,600 kematian.

Jika ikut logik ahli politik pembangkang maka ‘negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bolehlah ditakrifkan sebagai negara gagal kerana kadar kes COVID dan kematian yang tinggi. Sebaliknya negara seperti Yaman, Somalia san Sudan sebagai negara berjaya kerana kadar COVID yang sifar atau amat rendah.

Pemimpin UMNO yang kurang cerdik seperti Zahid Hamidi tidak mengapalah berpendapat demikian. Tetapi kita rakyat Malaysia bagaimanapula? Salah pilih Perdana Menteri kita sendiri yang tanggung akibatnya.

Bagaimanapun, keadaan di Amerika Syarikat dan Eropah telah berubah dengan pesat. Kes jangkitan harian kini amat rendah berbanding dengan tahun 2020 selepas mereka melaksanakan program vaksinasi lebih awal lagi pantas. Di UK sekalipun yang kini mengalami pertambahan (sederhana) dalam kadar jangkitan, kes yang memerlukan rawatan di hospital dan kes ICU adalah rendah, satu kesan baik daripada vaksin.

Insya Allah, berpandu kepada data pengalaman di negara-negara lain, orang Malaysia seharusnya jangan terlalu bimbang selagi kita mampu mencapai sasaran vaksinasi nasional yang telah diumumkan kerajaan.

Malangnya tahun ini perang melawan COVID-19 amat mencabar sekali, antara sebabnya ialah sikap sambil lewa kerajaan dan rakyat sewaktu keadaan kes positif masih rendah. Jadi, program melaksana vaksin disediakan agak panjang dan dijangka selesai hanya selepas suku kedua tahun 2022.

In bukannya salah kerajaan sahaja. Rakyat juga lalai dan tidak menjangka kes harian menjadi teruk seperti pada hari ini. Pada saat itu pihak pembangkang hanya sebok menuduh kerajaan tentang ketidak-telusan proses pembelian dan isu ‘syarikat kroni’ dalam pembekalan vaksin.

Ada ahli politik menasihat kerajaan jangan membeli vaksin terlalu awal sebelum kelulusan penuh dari pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia. Tengku Razaleigh Hamzah, telah dipetik sebagai seorang pemimpin lantang menyuarakan hal ini yang dia sifatkan sebagai berisiko tinggi untuk digunakan keatas manusia diketika itu.

Sikap demikian sedikit sebanyak melambatkan proses pembekalan vaksin. Semasa pandemik global dimana semua negara berebut-rebut mendapatkan vaksin, Malaysia telah bersikap terlalu berhati-hati sehingga agak lambat menyiapkan program vaksinasi negara.

Nasib baik ada cadangan awal yang bernas daripada beberapa penasihat kerajaan. Ada yang mencadang kerajaan membeli jumlah vaksin lebih daripada yang diperlukan. Ada juga yang menasihat supaya kerajaan bersedia untuk sebarang kemungkinan dan, jika keadaan mendesak, mengambil langakah awal yang perlu bagi mempercepat bekalan vaksin, terutama untuk pekerja-pekerja di kilang dan premis perniagaan supaya mengurangkan kesan COVID-19 keatas ekonomi.

Malaysia’s Vaccine Roll Out Schedule

Charta di atas menunjukkan dos di injek pada penerima vaksin (warna hitam) berbanding bekalan vaksin (warna kuning) akan mencapai 30 juta dos, cukup untuk 50% penduduk Malaysia menjelang Penghujung bulan Ogos. Sebagai perbandingan Singapoura telah memvaksin 39% penduduknya dengan penuh pada 7 Julai 2021. Jadi kita kini hanya tidak sampai dua bulan di belakang Singapura.

Anda mungkin telah mendengar pendekatan baharu Singapura dalam memerangi COVID-19, dimana mereka tidak lagi akan memfokus kepada kes harian, tetapi kepada kes yang memerlukan rawatan di hospital, termasuk kes ICU. Ini adalah pendekatan baharu yang bijak bagi Negara Singapura dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah., memandangkan yang mereka sudah cukup memvaksinkan penduduk dan ini menghapuskan bahaya penyakit COVID-19 kepada penduduk mereka.

Rekod jangkitan keatas front liners di Malaysia juga mengesahkan yang telah menerima dua dos vaksin adalah bebas daripada gejala yang membahayakan, dan hampir kesemuanya tidak lagi memerlukan rawatan di hospital.

Oleh itu amatlah logik bagi Malaysia menggunakan pendekatan Singapura seawal-awalnya menjelang Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, bilamana seramai 50% penduduk akan sudah divaksin sepenuhnya. Pendekatan serupa juga digunakan di negara negara Eropah seperti Jerman, Britain dan Amerika Syarikat.

Di negara Jerman, saya difahamkan oleh seorang kawan yang tinggal di sana, mereka kini adalah bebas bergerak dan berkerja dan semua premis perniagaan sudah dibuka seperti biasa dengan menggunakan pelitup muka sahaja ketika memasuki premis berkenaan. Pada masa kini hanya 46.91% penduduk Jerman telah menerima vaksin sepenuhnya.

Negara Britain dan Amerika Syarikat juga menggunakan pendekatan serupa dan telah membuka semua aktiviti ekonomi, sosial dan pergerakan hampir sepenuhnya. Kini, Seramai 48.4% penduduk Amerika Syarikat sudah divaksin sepenuhnya manakala di Britain angkanya ialah 68%.

Dengan senario diatas, Malaysia sepatutnya boleh membuka aktiviti pergerakan, ekonomi dan sosial seluas boleh dengan SOP yang minima pada hujung bulan Ogos, menjelang Hari Kemerdekaan. Dijangka Negara mampu mencapai vaksinasi dua dos untuk 50% penduduk seperti di sasarkan pada tarikh tersebut.

Perlu diingatkan juga yang Malaysia kini menjangka seramai 80% penduduk akan di vaksin sepenuhnya menjelang hujung tahun ini, mungkin mengatasi negara-negara di atas.

Tan Sri Rafidah, dalam temuramah video beliau baru-baru ini, tidak tepat ketika menganggap yamg kerajaan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya Kerajaan memang mempunyai pasukan pentadbir krisis yang mantap dalam menangani dua krisis pendamik dan ekonomi yang melanda kini. Di zaman beliau krisis yang melanda sekali-gus sebegini tidak pernah berlaku. Malah inilah ibu segala pandemik dalam sejarah kewujudan manusia.

Sebagai seorang mantan menteri, tanpa data dihadapan mata, lebih elok beliau senyap sahaja dan elak daripada mengeruhkan lagi suasana.

Dikalangan pakar dan penulis media, ada yang membangkitkan tentang keputusan kerajaan dalam mengenakan PKP 3 diseluruh negara pada bulan Jun hingga pertengahan Julai ini. Sementara ada yang berpendapat PKP harus dilaksanakan lebih awal, ramai pula yang mempertikai kebekesanannya. Untuk memahami fakta dan data yang berkaitan, mari kita lihat carta di bawah daripada Tan Sri Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini.

Chart on impact of MCO on Daily Covid-19 Cases

Dalam Carta di atas, keluk berwarna merah menunjukkan baseline data tanpa intervensi dari kerajaan, sementara warna hijau, kuning dan biru adalah senario 1 hingga 3 yang boleh berlaku selepas 1 Jun 2021.

Amat jelas dalam carta di atas, kes aktif setiap hari tidak melonjak, tetapi terhad kira-kira 130,000 kes sahaja, berbanding maxima 210,000 tanpa PKP 3.

Tetapi setakat ini kes baru harian adalah disekitar 10,000 kes sehari, masih jauh melebihi kes ambang 4,000 sehari yang diperlukan untuk berpindah ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Daily Cases by States on 7 July 2021

Daripada 7,097 kes harian dalam negara, carta di atas menunjukkan 4,912 kes atau 69.2% berlaku di tiga negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Amat jelas sekali ini menunjukkan kegagalan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam mengawal merebaknya jangkitan.

Bagi Kuala Lumpur pula, kerana kedudukannya berhampiran dengan Selangor mungkin juga datanya bercampur-baur dengan Selangor. Perlu diingatkan yang kadar vaksinasi di Kuala Lumpur adalah amat tinggi dan tidak mungkin kadar jangkinnya masih begitu tinggi.

Status vaksinasi setiap negeri pada 7 Julai adalah seperti berikut:

Vaccination status by states on 7 July 2021

Perbandingan status vaksinasi dalam jadual di atas menunjukkan Kuala Lumpur mencapai 65.1% dos pertama, Sarawak 42.5% dan Selangor 16.8%.

Informasi yang kami perolehi menunjukkkan kadar yang tinggi di Sarawak dicapaikan dengan adanya kerjasama dan komitmen yang baik daripada negeri Sarawak dalam menyediakan logistik seperti tempat vaksinasi, pengangkutan, malah di segi pembiayaian yang diperlukan dalam menjayakan Program Vaksinasi Nasional.

Disebaliknya, aktiviti vaksinasi di Selangor bergerak lebih perlahan disebabkan permainan politik yang mengganggu kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan seperti di petik dari media. Walaupun keadaan sudah bertambah baik baru-baru ini tetapi Selangor masih perlu usaha berterusan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Diharap ini akan tercapai dalam masa tiga bulan yang akan datang dengan adanya fokus khas daripada Kerajaan Persekutuan kini.

Artikel di atas hanya menyentuh aspek kesihatan Pandemik yang melanda sekarang. Dalam bahagian kedua, saya akan menghuraikan pula aspek perniagaan dan ekonomi negara. (akan bersambung)

.

.DAH IKHWAN