Pilihanraya Umum Malaysia Ke 12 (Tahun 2008) : Analisis Undi Mengikut Kaum

Artikel ini adalah versi Bahasa Malaysia bagi artikel  Bahasa Inggeris  dalam Blog ini bertarikh  10 Mei 2008 bertajuk  Malaysia’s  General Election 2008 : A Comprehensive Analysis. Memandangkan yang  artikel asal mampu menarik agak ramai pengunjung berbahasa Inggeris, maka saya terpanggil membuat versi dalam Bahasa Malaysia untuk perhatian  para pembaca berbahasa Melayu pula.

Tujuan artikel ini ialah untuk menganalisis keputusan PRU ke 12 (tahun 2008) mengikut  undi kaum, iaitu peratusan daripada jumlah pengundi Melayu , Cina dan India yang mengundi Barisan Nasional. Data yang dihasilkan  menganggarkan  dengan  agak  tepat  sokongan setiap kaum  utama di Semenanjung Malaysia,kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Kaedah yang digunakan ialah Multiple regression analysis dengan data merangkumi keputusan  dalam 165 Kawasan Pilihanraya Parlimen di Semenanjung Malaysia. Faktor faktor penentu(independent variables) yang dipilih ialah undi  dari kaum Melayu, Cina dan India; peratusan undi BN pada PRU ke 11 dan berapa penggal calon menyandang kawasan berkenaan.

Data Keputusan Mengikut Kaum – BN

Hasil daripada analisis kita menunjukkan  secara purata  54% daripada  penggundi Melayu  dalam  kawasan Parlimen telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan 62% pada PRU 11.

Analisis ini juga menunjukkan pada purata, sejumlah 40% penggundi kaum Cina telah menggundi BN pada PRU 12 berbanding 56% pada PRU 11.

Bagi kaum India pula  hanya seramai 10% pengundi mereka telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan sokongan amat tinggi pada paras 72% pada PRU ke 11.

Penemuan penting diatas menunjukkan sentimen kaum dalam setiap pilihanraya berubah dan tidak sama pada setiap kaum,  ini dicerminkan oleh peratusan sokongan dari setiap kaum kepada BN yang sungguh berbeza. Sesungguhnya sentimen kaum adalah penentu utama dalam sesuatu pilihanraya. Ini kerana perbezaan yang amat ketara di antara kaum dinegara ini.

Data Keputusan Mengikut Kaum – Pakatan Rakyat

Memandangkan sejumlah 54% pengundi Melayu mengundi  BN, yang selebihnya 44%(setelah ambil kira undi rosak) pengundi Melayu, diandaikan mengundi Pakatan Rakyat. Demikian juga mengikut kaedah yang sama, seramai 58% pengundi Cina dan  88% pengundi India telah mengundi Pakatan Rakyat pada  PRU 12 tahun 2008,

Data Kesetian kepada Parti

Faktor kesetian yang digunakan ialah peratusan undi yang diperolehi oleh BN dalam kawasan parlimen yang sama pada pilihanraya sebelumnya. Hasil kajian mengesahkan ada hubungan(correlation) yang  amat signifikan diantara undi yang diperolehi BN pada PRU 12 dengan peratusan undi BN perolehi pada PRU 11 atau sebelumnya.  Ini bermakna secara purata, pengaruh  tradisi BN  dalam sesuatu kawasan adalah faktor kukuh yang  sukar dilunturkan hanya dalam satu pilihanraya, bagaimana sengit sekalipun kempen dilaksanakan.

Data Pengaruh Peribadi Calon

Pada puratanya, pengaruh peribadi calon juga menunjukkan hubungan(correlation) yang cukup signifikan dengan  jumlah undi yang BN perolehi. Bagaimanapun jumlah  sumbangan  undi peribadi ini tidaklah begitu tinggi, iaitu  mulai dengan sifar bagi seorang calon baru hinggalah kepada 1480 undi  bagi calon penyandang empat penggal.

Penemuan ini menandakan pada amnya seseorang penyandang kerusi boleh digantikan dengan seorang calon baru. Bagaimanapun ini  seharusnya dilakukan secara berhati hati dan tidak menyeluruh, terutama apabila mengambil kira kawasan kawasan majoriti tipis dalam PRU  tahun 2008, melainkan seorang penyandang itu ternyata seorang yang bermasalah dimata umum. Sebaliknya seorang penyandang lama boleh digantikan sekiranya kawasan berkenaan merupakan kawasan kubu kuat parti berkenaan.

Komen

Di bawah saya perturunkan terjemahan komen dalam artikel  asal bertarikh 10 Mei 2008:

‘Sepintas lalu,  kejatuhan  undi Melayu untuk BN nampaknya tidaklah begitu mendadak seperti yang dialami dalam kejatuhan  sokongan dari kaum Cina dan India.  Namun demikian sokongan pengundi Melayu hanya  pada paras 54%  sangatlah membimbangkan melainkan BN mampu mengenalkan strategi yang baik untuk meningkatkan  kembali sokongan undi Melayu, dalam masa yang sama berusaha untuk memulihkan keyakinan kaum Cina dan India. 

Sebagai alternatif, kumpulan ultra dalam UMNO mungkin berusaha meraih kembali sokongan dengan cara membangkitkan isu isu perkauman dan Agama, termasuklah daripada pengundi  yang bersimpati kepada parti PAS. PAS  harus sedar  yang kini mereka tidak dapat mengaku lebih Islam daripada UMNO, kerana seperti UMNO, mereka tidak dapat mengenepikan isu dan tuntutan rakan rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Sudah semestinya,  strategi yang pertama adalah yang lebih baik kerana ia mampu mempastikan kerajaan yang setabil dan disokong oleh semua kaum.’

Alhamdulillah, sungguhpun Pak Lah tidak mampu mengenengahkan dasar yang jelas, tetapi sejak Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah berjaya  mengenalkan pendekatan serupa dengan  yang telah  saya sarankan empat tahun  yang lepas.

Untuk mereka yang arif tentang kaedah  analisis regression, saya perturunkan model yang telah dihasilkan  dalam lampiran di bawah.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

DAH Ikhwan

Artikel Artikel Berkaitan:

1.PRU 13: Ramalan untuk Negeri Kedah dan Perak

2. Senario Kekuatan DAP Selepas PRU 13.

3. PRU 13: Calon Boleh Menang (Winnable Candidates) + Lim Kit Siang di Gelang Patah

4.Sistem Penangkutan Awam KL, Singapura – Dimana Melayu Singapura.

 

 


 

Lampiran


About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Pilihanraya Umum 2008 and tagged , , . Bookmark the permalink.