Pasaraya Mydin: Adakah Datuk Ameer Sebenarnya Pengasas Kumpulan?

Pengenalan

Kumpulan MYDIN, antara kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia, dengan jualan tahunan mencecah RM 1.6 bil., bermula dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu pada tahun 1957. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, kini berusia 83 tahun, adalah pengasas Kumpulan ini. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang kepada keluarga Ghulam Hussein bin Jamal.  Encik  Jamal, bapa kepada Ghulam Hussein,  merupakan seorang  imigran muslim dari India.

__________________________________________

Ramalan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai

___________________________________________

En. Mydin berbekal dengan simpanan peribadi , tiada jalan pintas, tanpa tongkat atau bantuan kewangan dari kerajaan, mampu memulakan ’empire perniagaan’ hanya mulai dengan ruang kedai yang amat kecil.

Hanya selepas 22 tahun pada 1979, En. Mydin membesarkan perniagaan beliau ke negeri berhampiran, Trengganu. Bayangkanlah begitu lama, sehingga 2 dekad!

Usahawan muda masakini tidak begitu bersabar, mereka sentiasa  ingin melihat hasil dengan lebih pantas   serta  mencuba meneroka dengan jalan pintas.

Usahawan masakini kadang kalanya tidak memahami keadaan ini. Dalam alam perniagaan, anda perlu belajar mengurus kewangan dan mengelak pinjaman yang berlebihan dikala sumber hasil masih lagi terhad.

Kini Kumpulan Mydin memiliki lebih daripada 90  kedai termasuk lapan buah pasaraya besar  dan Mydin wholesale emporium dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Keluarga Mydin

Mydin Mohamed pada tahun 1949 berkahwin dengan seorang gadis dari India berumur 15 tahun bernama Rowshan Bhai. Mereka  dikurniakan seramai tujuh orang anak, iaitu tiga orang anak perempuan dan empat orang lelaki.

Kini Kumpulan Mydin di terajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua, Dato’  Ameer Ali Mydin. Beliau berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California dalam tahun 1981, dan hanya menyertai perniagaan keluarga Mydin dalam tahun 1987 setelah beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim.

Pertumbuhan Pesat sejak 1987

Image result for mydin subang jaya


Gambar Mydin Hypermarket, Subang Jaya

Dalam fasa yang kedua sejak tahun 1987,  Kumpulan Mydin telah melalui peringkat  pertumbuhan yang pesat,  setelah Dato’ Ameer Ali menyertai Kumpulan. Jika sebelumnya, ia hanya memiliki dua buah kedai sejak tertubuhnya pada tahun 1957 di Kota Bharu, sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah berkembang pesat di seluruh semenanjung sehingga kini mampu memiliki lebih sembilan puluh buah kedai termasuk beberapa buah pasaraya dan emporium, dengan nilai jualan berjumlah lebih daripada RM 1.6 bil. setahun.

Kini, Dato’ Ameer Ali Mydin adalah  Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd.

MYDIN Hypermarket di Petrajaya, Kuching

Program Transformasi Kedai Runcit(TUKAR)

Kumpulan Mydin adalah sebuah daripada pasaraya yang terlibat dalam program TUKAR dan berperanan sebagai konsultan dan membantu  dalam melaksanakan program ini.

Program ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Perdagangan dalam Negeri dibawah NKEA untuk memodenkan kedai runcit tradisi. Proses transformasi ini merangkumi mengatur semula barang niaga, melaksanakan point of sale system yang baru yang lebih effisien, dan meningkatkan rupa bentuk disebelah dalam dan luar kedai. Kedai yang terbabit akan diberi pinjaman oleh Bank Rakyat sejumlah diantara RM20,000 dan RM60,000.

Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M)

Sebagai tanggungjawab sosial dan berikutan kejayaan dalam Program TUKAR,  Kumpulan Mydin telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan sebagai operator KR1M.

Sebagai Operator,  Mydin  membantu dalam memasang peralatan dan rek rek kedai , pengurusan bekalan,  IT Support untuk sistem jualan, kemahiran teknik dan penjualan, dan latihan.

https://i0.wp.com/starstorage.blob.core.windows.net/archives/2011/6/23/nation/n_1najib.jpg?w=640

Sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, kini sudah terdapat kira kira 30 buah kedai Rakyat 1 Malaysia di Semenanjung Malaysia. Untuk info lanjut sila klik di sini.

Jatidiri Keluarga Mydin disebalik Kejayaan

Kejayaan Kumpulan Mydin pasti tidak dapat dipisahkan daripada jatidiri keluarga tersebut, yang nampaknya banyak dipengaruhi nilai dan budaya keluarga yang berasal dari India, sungguhpun pengarah urusan, Dato’ Ameer Ali merupakan generasi keempat yang bermastautin di Malaysia.

Ayah kepada datuk beliau, Encik Jamal berhijrah ke Malaysia dalam tahun 1916. Seperti ramai imigran lain, beliau adalah diantara anak anak muda yang berani menyahut cabaran dan mengharungi lautan untuk mencari peluang perniagaan di tempat baru. Mengikut cerita, ini berlaku setelah beliau terbaca akbar di India tentang kejayaan imigran bangsa Cina di Malaya ketika itu.

Ghulam Hussein, bapa kepada Mydin Mohamed sudah cukup berjaya dalam perniagaan disekitar tahun 20-30han.  Sungguhpun demikian, dengan nilai nilai dan budaya niaga yang kukuh, keluarga ini kekal dengan sifat sifat yang perlu untuk kejayaan seterusnya. Persekolahan diutamakan dan En Mydin dihantar ke sekolah Inggeris . Mereka  kekal dengan cara hidup yang sedarhana dan berdisiplin. Kini, setelah berjaya Encik Mydin masih lagi seorang yang suka merendah diri dan berjimat cermat.

Berpandukan penulisan  yang kita dapati, sifat berjimat cermat merupakan nilai amat penting  dalam keluarga Mydin. Walau kadang kali ianya nampak keterlaluan dari kaca mata masyarakat Melayu,  sekurang kurangnya kita harus faham sifat berjimat cermat adalah  sifat baik yang perlu dibudayakan untuk maju kehadapan.

Keluarga Mydin juga berpegang teguh kepada kejujuran dalam keluarga dan dikalangan pekerja pekerja mereka. Pembelotan pernah berlaku dimana supervisor kedai menggelap wang hasil jualan. Tindakan disiplin, walaupun sukar dilakukan,  terpaksa diambil dengan segera setelah terbukti kesalahan,  dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan berkenaan. Pengurusan boleh mema’afkan kesilapan, tetapi tidak  jika ia melibatkan penipuan dan ketidakjujuran.

Sudah pasti persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan kumpulan ini.  Ini kerana sekurang kurannya dalam tiga generasi kedua dua ibu dan bapa mereka adalah dari keturunan dengan  jadidiri yang serupa.

Satu lagi ciri ciri yang perlu diambil perhatian,  Encik Mydin Mohamed  tidak memulakan perniagaan dengan ayahnya, sungguhpun ayah beliau sudah  berjaya. Beliau memilih untuk mulai berkhidmat dari bawah dengan perniagaan Mr. Peerbhai. Disini beliau menimba banyak pengalaman untuk mengurus kedai runcit.

Begitu juga anak beliau  Dato’ Ameer Ali Mydin juga tidak mulai berkhidmat dengan perniagaan ayah beliau dari awal.  Di sini pendidikan universiti menjadi prioriti sebelum beliau mulai bertugas dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Hanya setelah menimba pengalaman berkhidmat dalam  bank dan  setelah menjalin networking yang perlu, beliau mulai berkhidmat dalam perniagaan keluarga.

Jelas nampak disini yang kejayaan kejayaan kumpulan Mydin berkait rapat dengan jatidiri keluarga, pendidikan yang baik, pengalaman disekitar perniagaan yang moden dalam AMMB dan juga jalinan networking yang mereka bina.

Bagi kita orang Melayu yang membesar dalam suasana selesa, tanpa disiplin yang ketat dan budaya niaga yang kondusif dalam masyarakat, kita perlu mengharungi lebih banyak perubahan sikap dan budaya niaga.

Kinipun kita sedang menuju kearah itu hasil persaingan antara kaum dalam negara yang menimbulkan kesedaran dan motivasi dalam masyarakat.

Insya Allah,  dengan bantuan polisi kerajaan yang sesuai, terutama dalam bidang pendidikan dan  dengan mewujudkan suasana  persaingan yang sihat dan adil , masyarakat kita akan berjaya di masa hadapan.

Sekian, assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Artikel berkaitan

1. Presiden Baru UMNO: Kemana Halatuju Kepimpinan Zahid?
2. Ringkasan Biografi Syed Mokhtar Albukhary Bahagian Pertama.
3.Patutkah parti PAS dan UMNO Berkerjasama.(analisis dikemaskini 7 Feb 2017)
4. Tan Sri Azman Hashim: Usahawan dan Peneraju Bank Terunggul

Bahan rujukan: MYDIN, The Untold Story, oleh Datin Dr. Hjh. Siti Hawa    Mohd.
Website MYDIN Holdings Bhd.
Website Kedai Rakyat 1 Malaysia.

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business and tagged , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Pasaraya Mydin: Adakah Datuk Ameer Sebenarnya Pengasas Kumpulan?

  1. Anonymous says:

    ada x yg jenis point

  2. m.akbar says:

    Saya m.akbar bin bohari. Ingin memberi cadangan agar maydi di buka di LAHAD DATU SABAH

  3. well done MYDIN ! Congrats

  4. Aslan kasim says:

    Dimanakah pasaraya mydin yg terbesar di malaysia

Comments are closed.