Ramalan Pilihan Raya Kecil P. 165 Tanjung Piai

Kawasan PRK Parlimen Tanjung Piai terletak di Johor dan mempunyai seramai 53,528 orang pengundi dalam PRU 14 lalu, dengan pengundi Melayu 56.8%, pengundi Cina 41.64% dan pengundi India 1.01%.

Kawasan ini adalah kubu kuat Barisan Nasional sehingga ia ditembusi oleh Pakatan Harapan dalam PRU 14 tahun lalu. Keputusan Pilihan Raya daripada PRU 12 hingga PRU 14 adalah seperti berikut:

PARTIPRU 14PRU 13PRU 12
BN20,73125,03823,302
PH/PR21,25519,58110,931
PAS2,962

_______________________________________________

Analisis dan Komen Keputusan PRK Tanjung Piai

_______________________________________________

Mengikut rekod pilihan raya yang lepas, kawasan ini biasanya dimenangi BN dengan mudah kerana kedua-dua UMNO, dengan undi Melayu dan MCA, dengan undi Cina mampu menyumbang kepada kemenangan di sini. Perlu diingatkan yang kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 adalah atas sebab sentimen atau gelombang luar biasa yang berjaya menambah sokongan sebahagaian pengundi Melayu dan Cina kepada Pakatan Harapan.

Pada ketika itu tsunami Cina tengah melanda politik negara bagi menempatkan DAP sebagai parti dominan dalam kerajaan.Bagi pengundi Melayu pula, mereka termakan hasutan DAP membenci UMNO serta yakin dengan semua tuduhan berkaitan 1MDB oleh Tun Mahathir terhadap Dato Seri Najib. Seperti semua maklum kes ini masih lagi belum terbukti di mahkamah.

Tsunami Cina yang disusuli pula dengan tsunami Melayu pada PRU 14 sebenarnya sudah menurun sejak awal awal lagi ketika PRK Cameron Highland diadakan. Kini populariti Tun Mahathir dan Pakatan Harapan ternyata sudah merudum. Ini tidak menghairankan kerana perihal setiap tsunami berlaku dengan mengejutkan dalam keadaan luar biasa. Kini keadaan telah kembali sediakala . Tanpa tsunami tidak mungkin Pakatan Harapan boleh menang di kawasan ini.

Momentum kemenangan BN telah bermula sejak tiga pilihan raya kecil yang lepas berikutan kerjasama politik antara UMNO dan PAS yang kian meningkat, sementara kerajaan PH pula masih dilihat lemah, tidak sepakat dan bercakaran sesama sendiri.

Disamping itu, rakyat amat marah dengan PH kerana tertipu dengan janji manifestonya di PRU 14; Kedua, ramai pengundi Melayu berasa menyesal kerana kedudukan parti UMNO yang selama ini dominan dalam kerajaan sudah tiada dan diganti pula oleh Parti DAP; ketiga, pengundi Cina berasa hampa kerana janji-janji terhadap masyarakat Cina tidak dapat ditunaikan kerajaan, malah ada kemudahan yang sedia ada ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan; keempat, kesempitan hidup biasanya menyumbang kepada sentiment anti kerajaan.

Sebelum ini saya telah meramal dengan tepat bagi BN memenangi PRK di Semenyih dan Rantau.

RAMALAN

Dengan Hal demikian dijangka Barisan Nasional boleh memikat tidak kurang daripada 79.5% pengundi Melayu dan tidak kurang daripada 25% pengundi Cina. Jadi, BN dianggarkan mendapat minima 23,764 undi dengan majoriti 2,580 atau maksima 26,150 undi dengan majoriti 7,353. Perlu diingatkan andaian ini dibuat berasaskan peratusan mengundi mencapai 85% dan atas andaian pengundi Melayu sedar betapa pentingnya keputusan ini bagi mengembalikan dominasi Melayu dalam politik tanahair.

.

Sekian, wallahua’lam

.

DAH IKHWAN

5 Comments

  1. Drmuz

    I tend to concur with you. MALAM ini Tun di Tg Piai utk ceramah perdana ,size dan pecahan penduduk yg dtv ke event bole more or less give some clue.

    Setakat ini ceramah PH di kawasan Melayu agak dingin.

    Li

    • DAH IKHWAN

      Thanks for your views.

Comments are closed