Kerajaan diharap Lanjutkan Bantuan Covid-19 Untuk PKS Bumiputera

KUCHING: Kerajaan diharap dapat melanjutkan bantuan-bantuan kepada peniaga Bumiputera selepas pakej-pakej bantuan diperkenalkan membantu golongan berkenaan mengurangkan impak negatif pandemik COVID-19 bakal berakhir September tahun ini.

Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Datu Abang Helmi Ikhwan (gambar) berkata ini kerana dijangkakan suasana ekonomi yang lembap mungkin berpanjangan.

Beliau berkata ia disebabkan keadaan buruk masih diramal berlaku dalam sektor luar negara sama ada dari segi membendung pandemik COVID-19 mahupun ekonomi.

Menurutnya Malaysia termasuk Sarawak banyak bergantung kepada perdagangan luar menyebabkan kesan dari luar negara tidak dapat dielakkan.

“Jika keadaan ekonomi yang lembap ini berterusan seperti dijangka, kita (DUBS) bimbang ramai perniagaan Bumiputera akan terjejas lagi sehingga ramai mereka mungkin terpaksa gulung tikar.

“DUBS telah mengadakan tinjauan terhad dalam kalangan ahli dan sehingga hujung Jun (2020) tidak lebih 30 peratus responden menerima manfaat kerajaan atas sebab-sebab tertentu.

“Amat mengecewakan, Bantuan Kemudahan Khas daripada bank yang mana hanya 3.3 peratus responden dalam tinjauan ini telah mendapat kelulusan,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Abang Helmi yang juga Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Nasional berkata Kerajaan Persekutuan telah menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi yang lebih komprehensif termasuk Skim Subsidi Upah, Skim Kredit Mikro, moratorium pinjaman bank dan pakej tambahan di bawah Pelan tambahan di bawah Pelan Penjana Semula Ekonomi seperti Pembiayaan Kredit PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dan PKS Mikro dan pembiayaan modal pusingan untuk kontraktor-kontraktor….baca berita penuh disini

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business. Bookmark the permalink.

One Response to Kerajaan diharap Lanjutkan Bantuan Covid-19 Untuk PKS Bumiputera

  1. Anonymous says:

    salam Tuan , ada culaan untuk PRK Slim. Peluang Pejuang utk buat upset atau hilang deposit? sokongan pengundi India yg agak ramai juga di Slim?

Comments are closed.