Pada zahirnya, Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sembilan dijangka akan melalui suasana biasa sahaja, tanpa sebarang kejutan, kerana Negeri Sembilan merupakan sebuah kubu kuat UMNO. Jadi pada negeri yang sekarang dikuasai PH, diketika kedua-dua parti ini bersatu dalam satu kumpulan, kekuatan kerajaan negeri dalam menghadapi PRN, sepatutnya bertambah berlipat kali ganda.
Senario diatas banyak bergantung sama ada UMNO masih lagi kukuh didalam kubu kuatnya sendiri. Jika dilihat pada prestasi UMNO dalam PRU 15, Parti UMNO memang utuh. Ia telah memenangi kesemua 5 kerusi Parlimen majoriti Melayu dengan undi yang besar mengalah calon lawan daripada Perikatan Nasional. Ini adalah prestasi terbaiknya berbanding negeri-negeri lain. Tetapi, mampukah kerajaan Perpaduan Negeri Sembilah bergantung dengan prestasi UMNO seperti dalam PRU 15 dahulu, bilamana senario politik sekarang sudah berubah sama sekali.
Parti PN nampaknya yakin menawan Negeri Sembilan – biasalah bagi pihak lawan menunjukkan keyakinan begitu. Tetapi maklum balas awal dari beberapa pengundi ditemui ada menunjukkan pengaruh PN di kalangan pengundi Melayu sedang bertambah. Pendapat demikian saya rasa ada asasnya jika kita pandang apa yang berlaku di Melaka sebelum ini. Dalam senario tersebut, UMNO masih kukuh menguasai kerajaan Melaka dalam PRN Melaka (2021), tetapi telah kalah semua kerusi Parlimen dalam PRU 15. Memandangkan yang Melaka hanya bersebelahan dengan Negeri Sembilan, gelombang PN mungkin juga sudah mulai merebak di Negeri Sembilan pula, sama seperti di negeri-negeri lain di Semenanjung. Sama-samalah kita menunggu Keputusan nanti pada 12 Ogos. Sementara itu silalah amati perkembangan dan beberapa interviu yang kita buat dibeberapa kawasan Pilihan Raya baru-baru ini.
Sepasangan yang ditemuramah menyokong Tok Min (Aminuddinn Harun) sebagai MB, manakala sepasangan lagi menjangka PH/BN:PN dengan 50:50. Seorang lagi responden mengagak PH tetap menang. Seorang mantan pegawai kanan kerajaan yang mengundi di DUN Lenggeng berasa yang PH/BN akan menang 80:20. Pada amnya mereka berkata calon BN lebih mesra pengundi, sementara PAS tidak kuat di Negeri Sembilan danBersatu pula banyak berharap kepada pengaruh dan jentera PAS.
Seorang wanita pengundi dari Bagan Pinang yang di interviu oleh pembantu saya, enggan memaklum siapa calon pilihan beliau, manakala seorang kenalan lama, seorang CEO Korporat yang menetap di Negeri Sembilan menganggar PH/BN 55 dan PN 45.
Interviu hari ini pula, mendapati 7 responden Melayu yakin PH/BN akan menang dan hanya dua orang yang belum membuat keputusan mereka.
Seperti biasa saya ingin kongsikan analisis keputusan PRU 15 untuk Negeri Sembilan. Mingikut analisis yang telah dibuat, saya dapati 65.7% pengundi Melayu dalam PRU 15 telah mengundi BN, sementara 30.2% mengundi PN dan hanya 4.3 % memilih PH. Jadi PN perlu menarik separuh daripada pengundi UMNO untuk memenangi PRN Negeri Sembilan ini. Saya rasa ini amat sukar hendak dicapai, melainkan wujudnya tsunami PN di PRN Negeri Sembilan kali ini. Kami belum ternampak sebarang tanda gelombang hijau di Negeri Sembilan atau sebarang kajian yang menjangka sehingga 50% undi UMNO akan berpindah kepada parti PN dalam PRN 2023 ini.
Nampaknya setakat ini, jawapan daripada siri interviu pengundi di Negeri Sembilan adalah selari dengan dapatan analisis data daripada PRU 15 baru-baru ini,
Hari ini adalah hari penamaan calon dan kempen yang lebih hebat hanya bermula pada hari ini. Suasana sentimen dan emosi politik juga sudah mulai meningkat – ini dijangka memberi kesan positif kepada pihak PN. Maka sama-samalah kita amati suasana politik seterusnya sehingga hari megundi pada 12 Ogos nanti. Seperti biasa saya akan membuat ramalan beberapa hari sebelum anda turun mengundi. wallahu ‘alam.
.
,
DAH IKHWAN
.
,
DAH IKHWAN
Awaiting your final analysis Tuan.
Agreed on paper , N9 should be very smooth for PH to remain in power unless there is a major Malay tsunami this time.
Also good the see Indian voters sentimen this time around with quite a numbers of MIC leaders joining hand in Slenagor.