PRN 2023: Ramalan DUN Selangor

Terdapat kesemuanya 56 Kawasan DUN Negeri Selangor, 14 kerusi ditandingi BN, 42 ditandingi Pakatan Harapan(PH) dan kesemua 56 kerusi ditandingi Perikatan Nasional(PN).

Amat jelas BN hanya merupakan rakan kecil PH dalam pertarungan ini manakala PN merupakan kelompok yang terbesar dan bertanding didalam kesemua kerusi di Selangor. Amat sedih bila menyaksikan UMNO yang satu ketika dahulu merupakan tunggak perjuangan Melayu, kini hanya mampu menjadi penyokong PH, sebuah kumpulan politik yang berasaskan kuasa bukan Melayu. Jadi Bangsa Melayu kini telah jelas berpindah parti kepada PN.

Kemenangan kepada Pakatan Harapan bererti Selangor akan terus dikuasai parti PH manakala kemenangan kepada Perikatan Nasional bererti kuasa politik Selangor akan berpindah kepada PN yang didominasi oleh bangsa Melayu. Ini orang Selangor perlu menentukan mengikut selera mereka sendiri.

Memandangkan keadaan Melayu berpecahan dalam pelbagai parti dan kuasa dominannya telah hilang sejak beberapa tahun yang lepas, sudahkah tiba masanya tampok kuasa ini kembali ke tangan bangsa Melayu? Agak jelas nampaknya yang Melayu Selangor kini mungkin diambang perpaduan dalam parti Perikatan Nasional yang lebih bersih daripada isu korupsi besar didalam UMNO. Ini orang Selangor sendiri perlu tentukan.

Dengan analisis keputusan PRU 15, saya dapati sememangnya tren kearah perpaduan sudahpun bermula dengan sokongan undi Melayu Selangor diaras 52% untuk PN dan 32% untuk BN, kedua-duanya merupakan parti Melayu. Kini dengan kerjasama BN dan PH, adakah orang Melayu BN akan terus bersama BN, atau sebahagian mereka akan berpindah sokongan kepada PN. Jika ini berlaku peluang PN membentuk kerajaan baru di Selangor adalah cerah.

Saya dan pembantu telah turun padang dan menemuramah ramai pengundi yang menganggar sokongan yang setara atau sekurang-kurangnya 50% untuk PN. Survey yang kami jalankan melalui Facebook juga menunjukkan sokongan pengundi Melayu kini melebihi 60% untuk PN.

Dalam masa enam hari ini dengan kempen dijangka semakin kenchang, mampukah Perikatan Nasional menawan Selangor? Marilah kita sama-sama ikuti perkembangan seterusnya.

Setakat ini saya jangka PN berupaya memenangi hampir separuh kerusi DUN dengan bantuan 12% undi dari kaum India. Untuk memenangi pilihan raya ini PN perlu mendapat 80% undi Melayu, Wallahu a’lam.

.

DAH IKHWAN

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.