Mungkinkah Perikatan Nasional Menawan Selangor?

Demam PRN 2023 Selangor semakin panas dengan parti-parti yang bertanding mengadakan rapat umum minggu ini. Ada cakap-cakap kedai kopi memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) dan yang amat menarik ialah dapatan survei dalam terbitan ISEAS Institut Yusof Ishak Singapura yang menjangka PN mungkin menang di PRN Selangor ini.

Saya rasa masih lagi terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan kerana, sungguhpun ada faktor penyokong ramalan tersebut, tetapi ada juga faktor yang menolaknya.

Untuk merasakan susana tempatan, saya meminta pembantu saya Lukman berkampung di Selangor-minggu sebelumnya beliau telah membuat liputan suasana di negeri Kedah.

Suasana tatkala Anwar berucap di Padang Dewan Bandaraya Shah Alam semalam mengumum nama-nama calon

Maklumbalas yang kami terima adalah dari sumber orang biasa, atau bukan daripada orang politik. Dari rakan kami seorang peguam, beliau menyatakan sentimen orang Selangor pada amnya berpuas hati dengan kerajaan negeri. Mereka hanya mahu bergerak kehadapan untuk memperbaiki kehidupan tanpa sebarang gangguan politik.

Tan seri Muhyiddin Yassin walking with Perikatan Nasional candidate for Hulu Kelang , Datuk Seri Azmin Ali (bakal MB Selangor?)

Di Restoran MATT, di Kawasan DUN Hulu Kelang, dua orang suami isteri tak suka Anwar, tetapi dua orang pasangan lagi menyokong Anwar dan MB Selangor.

Lima orang lagi pengundi di Kuala Selangor yang ditemui di sebuah Restoran menyokong MB, Selangor.

Dua orang wanita yang diinterviu di Mee Bandung Muar Restoran berkata Azmin lebih baik dari MB Amir. Mereka berkata MB Amir kurang mesra alam.

Seorang usahawan automotif yang berjaya, berkata MB OK tetapi Anwar masih baharu sebagai PM-baik biarkan dia menghabiskan penggalnya. Beliau mempersoal mengapa anak Saari Sungip mengambil tempat ayah beliau, sedangkan YB Saari sendiri tiada meninggal sebarang impak di kawasannya.

Bagaimanapun, interviu yang kami buat hanya berkisar dikawasan Hulu Kelang dan Kuala Selangor sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai mewakilkan suasana di seluruh Selangor.

Jawapan-jawapan responden hanya tertumpu kepada Menteri Besar dan tidak menyentuh kedudukan UMNO dan reaksi pengundi tradisinya terhadap halatuju politik UMNO dalam keadaan yang amat bercelaru kini. Ini pula dengan penganalis terkemuka seperti ISEAS Institut Yusof Ishak Singapura dan Professor Bridget Welsh menjangka UMNO akan kehilangan sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi tradisi dan besar kemungkinan berpindah menyokong PN. Jika keadaan ini benar benar berlaku, maka banyak kawasan campuran akan berpindah tangan ke parti PN. Setakat mana impak ini menjadi penentu siapa yang akan membentuk kerajaan, ini memerlukan kajian yang teliti yang akan saya buat dalam Ramalan Keputusan PRN 2023 nanti.

Disini saya ingin berkongsi perspektif yang menyeluruh tentang peratusan undi mengikut kaum dalam PRU 15 di Selangor. Peratusan ini diperolehi hasil daripada multiple regression analysis ke atas data pilihan raya tersebut, dan akan saya gunakannya sebagai baseline data untuk membuat ramalan bagi PRN 2023 ini.

Analisis undian kaum Melayu Selangor menunjukkan 51.6% daripada pengundi Melayu Selangor telah mengundi PN dalam PRU 15, manakala 31.5% telah mengundi BN dan 16.1% mengundi PH. Bagi kaum Cina pula computer output daripada analisis ini menunjukkan 100% daripada kaum Cina mengundi Pakatan Harapan. Bagi kaum India pula sejumlah 88.9% mereka mengundi PH dan 11% mengundi PN dan tiada yang mengundi BN.

Sekian, sehingga berjumpa lagi dengan artikel Ramalan PRN 2023 nanti.

.

.

DAH IKHWAN