Tahap Bahasa Inggeris Mahasiswa Universiti Masih Rendah

( Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel  bahasa Inggeris dalam akhbar The Star bertarikh 7 November, 2011 bertajuk ‘English Standard of undergrads still not up to par’)

Malaysia adalah setara atau telah mengatasi beberapa negara serantau dari segi pelaburan dalam pendidikan.

Tetapi, dalam soal kemampuan mahasiswa berbahasa Inggeris, ia  masih lagi merupakan satu isu di negara ini.

Dr. Marie Aimee Tourres, seorang felo kanan penyelidikan di Jabatan Pengajian Pembangunan di Universiti Malaya berkata, amatlah penting bagi siswazah menguasai bahasa Ingerris dengan baik supaya mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan  diperingkat global.

Bagaimanapun beliau  menambah  kata, ‘ Malaysia adalah setanding beberapa negara di rantau ini dari segi nisbah belanjawan pendidikan kepada Keluaran Negara Kasar’.

Malah kata beliau, ‘Malaysia telah membelanjakan lebih daripada negara lain.’

Dalam Bajet 2012, sejumlah RM 13.6 bil telah diperuntukkan kepada sektor sosial, termasuk pendidikan, latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan dan pembangunan masyarakat.

Dr. Tourres juga berkata banyak perhatian telah diberi kepada latihan dan latihan semula siswazah, dan ini penting bagi meningkatkan kemahiran pekerja dan knowledge workers.

Bagaimanapun, kualiti pelajar di Universiti masih lagi menjadi isu.

‘ Bahasa pasti merupakan satu isu’ beliau memetik  satu terbitan Bank Dunia baru baru ini, The Road to Academic Excellence, satu kajian faktor  penyumbang kepada sesebuah Universiti Pengkajian bertaraf dunia.

Kajian tersebut membandingkan Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam satu Bab bertajuk, ‘Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura, satu rumpun tetapi mengikuti arah yang berbeza.’

Laporan tersebut menyatakan, manakala NUS bergerak selari dengan kehendak ekonomi yang bertumbuh dan berdayasaing diperingkat global dengan bahasa Inggeris berterusan menjadi bahasa pengantar dan bahasa penyelidikannya, UM  mulai beralih fokus mengikut  kehendak dalam negara, dengan  kemampuan berbahasa Inggeris mulai merosot dan di ambil alih oleh Bahasa Malaysia.

‘Generasi ini akan berhadapan dengan standard  dan persaingan antarabangsa dari sudut pasaran pekerjaan di peringkat global’, kata DR. Touress.

Beliau menyebut Pakistan, di mana beliau pernah memberi kuliah, sebagai contoh.

Di Pakistan, walaupun mereka bercakap pelbagai bahasa di sisi Bahasa Urdu, bahasa Inggeris mereka lebih baik daripada penguasaan oleh mahasiswa kita.

Beliau berkata ini menjadikan mereka lebih laris dalam environmen global.

Dr. Touress percaya jika sekalipun Malaysia memberi fokus yang lebih kepada bahasa Inggeris, bahasa dan budaya kebangsaan tetap akan maju jika pengajarannya dibuat dengan cara yang lebih menarik.

[Artikel ini di terjemah untuk memberi anda pendedahan kepada  pandangan antarabangsa diluar dari isu isu  politik tempatan].