PRN 2023: KEPUTUSAN DUN DAN ANALISIS

Dalam artikel ini saya akan memaparkan keputusan PRN 2023 untuk DUN enam buah negeri berbanding Ramalan yang disiarkan pada 10 Ogos, iaitu dua hari sebelum tarikh membuang undi. Juga di sini saya menganalisa pola pengundian mengikut sentimen kaum di negeri-negeri yang berkenaan.

Ramalan yang disiarkan pada 10 Ogos itu terbukti amat tepat untuk kesemua enam buah negeri berkenaan seperti dalam jadual di bawah:

NEGERIPH SEBENARPH RAMALANBN SEBENARBN RAMALANPN SEBENARPN RAMALAN
Selangor
(Senario 1)
3228212227
N Sembilan1719141255
P Pinang2728201112
Kedah34003332
Kelantan10104345
Terengganu00003232
PRN 2023:KEPUTUSAN KERUSI DUN – – – Sumber DAH IKHWAN

Isu utama dalam PRN 2023 in ialah perihal BN memilih berkerjasama dengan Pakatan Harapan dalam kerajaan Persekutuan, dan ramai telah menjangka ini akan terus menghakiskan sokongan undi Melayu kepada UMNO. Jangkaan ini ternyata tepat di semua negeri yang mengadakan PRN kali ini. Jadual di bawah memaparkan keputusan mengikut negeri.

SelangorPakatan HarapanBarisan NasionalPerikatan Nasional
Undi Melayu35%37%68.0%
Undi Cina100%81.8%0%
Undi India81.7%70.6%13%
PRN 2023: Undi Mengikut Kaum – – – -Sumber DAH IKHWAN

Jadual di atas menunjukkan yang PN mendapat 68% undi Melayu di Selangor dalam PRN ini berbanding dengan 51.6% dalam PRU 15 Parlimen. Ini bererti Gelombang Perikatan Nasional nyata telah melanda Selangor dengan peningkatan 16.4%.

Data-data di atas memberi erti yang 68% undi Melayu memilih PN di Seluruh Selangor kerana PN telah bertanding di kesemua kawasan DUN Selangor. Bagi BN pula ini hanya bererti 37% pengundi Melayu di 14 tempat BN bertanding yang menyokong parti tersebut; demikian juga halnya dengan PH yang bertanding dalam 42 kawasan sahaja.

Keadaan di Negeri Sembilan juga menunjukkan peningkatan bagi Perikatan Nasional seperti terpapar di bawah

Negeri SembilanPakatan HarapanBarisan NasionalPerikatan Nasional
Undi Melayu31.3%43.6%61.6%
Undi Cina100%83.5%0%
Undi India65%97.2%24.8%
PRN 2023: Undi mengikut Kaum – – -Sumber: DAH IKHWAN

Pada PRN ini Perikatan Nasional telah berjaya menambah sokongan Melayu Negeri Sembilan sekali ganda kepada 61.6% berbanding dengan 30.2% pada PRU 15 Parlimen. Bagaimanapun PN tidak mampu meningkatkan jumlah kerusi kerana sokongan padu kaum Cina dan India kepada parti lawan.

KEDAHPAKATAN HARAPANBARISAN NASIONALPERIKATAN NASIONAL
Undi Melayu13.7%22.7%84.2%
Undi Cina95.9%47.7%10%
Undi India60.2%42.4%41.4%
PRN 2023: Keputusan Mengikut Undi Kaum——–Source: DAH IKHWAN

Di Kedah pula undi Melayu BN telah merosot ke 22.7% seperti dijangka, dengan ramai dari mereka berpindah menyokong Perikatan Nasional. Maka dengan ini sokongan kepada PN telah meningkat kepada 84.2%.

Jadual di bawah menunjukkan keadaan di Pulau Pinang yang juga tidak terlepas daripda Gelombang PN. Sokongan kaum Melayu setinggi 75.8% membolehkan PN memenangi 11 buah kerusi DUN di Pulau Pinang.

PULAU PINANGPAKATAN HARAPANBARISAN NASIONALPERIKATAN NASIONAL
Undi Melayu23.9%25.6%75.8%
Undi Cina100%100%1.7%
Undi India66.2%56.1%23.2%
PRN 2023: Keputusan Mengikut Kaum _ _ _ _Sumber: DAH IKHWAN

Dalam analisis di atas saya hanya memberi fokus kepada empat buah negeri sahaja tanpa menyentuh keadaan di Kelantan dan Terengganu yang nyata merupakan dua buah kubu kuat Perikatan Nasional.

Sekian harap maklum,

.

DAH IKHWAN

2 Comments

  1. MUZAFFAR SALIM

    Terima kasih Tuan atas analisisnya dan Tahniah atas ketepatan dalam analisis.

    Undi pengundi India juga nampak ada peningkatan kepada PN walaupun baik di Selangor mahupun di Negeri 9 .Lebih2 lagi di Kedah.

    Apa pandangan Tuan mengenai PRK Dun Spg Jeram dan Pulai?

  2. DAH IKHWAN

    Terima kasih Sdr Muzaffar Salim. Kini saya sedang mengkaji data yang berkaitan dengan Kawasan Parlimen Pulai dan Kawasan DUN Spg Jeram. Insya Allah akan saya siapkan ramalan dan siarkan esok.

Comments are closed