PRN 2023: Ramalan Enam Buah Negeri

Pembuangan undi di Pilihan Raya enam buah negeri akan berlangsung dua hari lagi. Setakat hari ini kita nampak keadaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah dijangka teguh dibawah Perikatan Nasional.

Pemantauan melalui Media Facebook membayangkan keadaan di Negeri Sembilan masih kukuh di bawah Pakatan Harapan/Barisan Nasional, dengan hanya sedikit peningkat dipihak PN.

Tetapi, Perikatan Nasional dijangka mampu memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang. Sungguhpun ini sudah cukup menghapuskan pengaruh UMNO, tetapi PH dijangka masih mampu mempertahankan kerajaan Pulau Pinang. Ramalan untuk negeri-negeri ini dipaparkan di bawah:

Nama NegeriPerikatan NasionalBarisan NasionalPakatan Harapan
Selangor Senario 127128
Selangor Senario 234121
Negeri Sembilan51219
Pulau Pinang12028
Kedah3204
Kelantan4500
Terengganu3200
PRN 2023: Ramalan DUN Enam Buah Negeri. . .Sumber: DAH IKHWAN

Setakat hari ini Selangor terbukti menjadi medan pertarungan sengit diantara PN dan PH/BN. Tinjauan rambang secara terhad membayangkan keadaan mulai goyah sejak minggu lepas dengan ramai responden menjangka keseimbangan 50:50 diantara PH/BN dan Perikatan Nasional.

Selama ini Selangor menjadi kubu PH kerana wujudnya pengundi pelbagai kaum dalam keadaan pengundi Melayu terbahagi kedalam parti BN, PN dan Pakatan Harapan sedangkan undi Kaum Cina kesemuanya atau 100% diberi kepada PH. Dalam PRN kali ini dijangka pengundi Melayu akan lebih bersatu sebagai tindak balas kepada pola pengundian kaum Cina. Sehubungan ini dijangka separuh pengundi biasa BN akan berpindah kepada Perikatan Nasional. Demikian juga sebahagian pengundi biasa PH akan juga berpindah kepada PN, seakan-akan kaum Melayu menyedari inilah peluangnya untuk mengubah kerajaan Selangor.

Undi kaum India juga penting. PN hanya memerlukan 12% undi dari kaum India untuk mencerahkan peluang.

Sungguhpun demikian kempen untuk menumbangkan kerajaan Selangor bukanlah mudah. Ia memerlukan 80% undi Melayu diberi kepada Perikatan Nasional. Setakat ini pemantauan melalui komen-komen di Facebook menampakkan sokongan luar biasa orang Melayu Selangor kepada Perikatan Nasional. Dalam ramalan jadual di atas, PN mampu memenangi 27 kerusi dalam senario 1 jika berjaya mendapat 75% undi Melayu, tetapi ini belum cukup untuk menang. Sekiranya PN berjaya mendapat 80% undi Melayu seperti dalam Senario 2, PN akan membentuk kerajaan baru Selangor pada 12 Ogos ini.

Sekilas pandang, PN tidak mungkin menang, tetapi dengan sokongan kaum Melayu yang luar biasa kini, kemenangan PN mungkin menjadi kenyataan. Ini memerlukan peratusan turun mengundi yang tinggi sehingga 85% dengan tak kurang daripada 80% mengundi Perikatan Nasional. Wallu a’lam.

.

DAH IKHWAN

2 Comments

  1. Muzaffar

    Almost 100 % accuracy. Salute.

    • DAH IKHWAN

      Terima kasih Saudara Muzaffar. Kali ini Ramalan kita bulls eyes almost every state. Alhamdulillah dapat meramal dengan tepat.

Comments are closed