Dalam artikel terdahulu bertarikh 16 November 2008 dan 5 Januari 2009 tentang budaya niaga Melayu saya telah menyatakan perbezaan di antara Syarikat Usahawan Bumiputera dan Syarikat GLC, terutama dari segi motivasi peneraju syarikat berkenaan.
Peneraju syarikat GLC yang terdiri daripada birokrat yang digaji oleh syarikat atau kerajaan pada amnya memiliki motivasi yang terhad berbanding motivasi yang ada pada golongan usahawan sebagai peneraju syarikat.
Diandaikan bahawa perbezaan ini menghasil perbezaan dalam prestasi syarikat di Malaysia, terutama dari segi kemampuan syarikat bertumbuh dan memberi pulangan yang lebih tinggi.
Andaian ini sesungguhnya mempunyai akar umbi yang kukuh dari zaman berzaman dalam sistem kapitalis Barat yang telah mampu menghasil suatu tamadun yang termaju di zaman moden ini.
Sistem sistem yang bertentangan seperti sistem sosialis dan Komunis telah ternyata gagal menyaingi sistem ini. Akibatnya negara yang dahulunya mengamal sistem sosialis seperti Negara Russia dan China telah ketinggalan dan terpakasa berubah kepada sistem kapitalis Barat untuk maju dan bersaing dalam pasaran dunia.
Di negara Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun semua syarikat yang berjaya di terajui oleh para usahawan dalam negara tersebut, atau sekurang kurangnya di terajui oleh golongan usahawan di peringkat awal dalam jangka hayat syarikat.
Nama nama terkenal seperti Honda, Sony, Ford Motor, Microsoft, Apple Computer dan Google adalah diantara nama yang dikenali di seluruh dunia yang di mulai dan di majukan oleh golongan usahawan yang besar.
Di Malaysia golongan usahawan yang berjaya terdiri daripada Robert Kuok dengan peniagaan perladangan dan perhotelan, Tan Sri Teh Hong Piow dengan perniagaan perbankan, Tan Sri Ananda Krishnan dengan Astro beliau dan tidak ketinggalan juga usahawan Melayu seperti Tan Sri Azman Hashim dalan sektor Perbankan dan Tan Sri Syed Mokhtar dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johore.
Perbanding Prestasi Syarikat Usahawan dan Government/Government Linked Companies(GLC)
Saya telah membuat suatu kaji melibatkan tiga kategori Syarikat, iatu Syarikat Usahawan Bumiputera, Syarikat GLC dan Syarikat Bukan Bumiputera. Syarikat GLC di takrifkan sebagai syarikat dimiliki kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.
Kajian ini di buat bagi meninjau prestasi tiga jenis syarikat di atas dalam tempoh lima tahun yang lepas. Data tiap tiap syarikat telah dikumpul untuk tahun 2002 hingga tahun 2007 dan dijumlahkan bagi setiap kategori sebagai perbandingan.
Hasil perbandingan saiz setiap kateori diperturunkan dalam jadual di bawah:
Jadual di atas telah diolah daripada senarai TOP MB 100 Rank keluaran malaysia Business October 16, 2008.
Ia boleh dijadikan ukuran kasar kemajuan kaum Bumiputera dalam menguasai sektor perniagaan di Malaysia.
Sektor GLC menguasai jualan tahunan sejumlah RM 211.5 bil. untuk tahun kewangan syarikat 2007/2008 atau 45.4%, manakala Syarikat Bukan Bumiputera(SBB) menguasai RM 225.4 atau 48.3%. Sebagai perbandingan 9 buah Syarikat Usahawan Bumiputera yang tersenarai dalam TopMB 100 Rank hanya menguasai RM 29.3 bil. atau 6.3% nilai jualan.
Jadual di bawah pula diolah daripada Senarai Biggest Profit Change MB 100 Rank.

Jadual di atas menunjukkan prestasi setiap kategori syarikat dalam Senarai tersebut. Jadual ini diolah dengan rujukan daripada Top MB 100 Rank, Stock Performance Guide Malaysia tahun 2005 dan 2008 dan Laporan Tahunan Syarikat.
Hasil kajian menunjukkan purata pertumbuhan pendapatan bersih selepas cukai(earnings growth) bagi tahun 2002 hingga 2007 ialah 45.2% untuk Syarikat GLC, 70.6% bagi Syarikat Usahawan Bumiputera dan 81.4% bagi Syarikat Bukan Bumiputera.
Seperti dijangka Syarikat GLC mencapai pertumbuhan yang terendah berbanding dengan kategori syarikat yang diterajui oleh Usahawan samaada Bumiputera ataupun Bukan Bumiputera.
Data data ini menunjukkan kategori syarikat yang diterajui oleh usahawan sememangnya bertumbuh dengan kadar yang tinggi, hampir dua kali ganda di Malaysia.
Implikasi Kepada Pegangan Ekuiti Bumiputera
Lazim dianggarkan jumlah ekuiti Bumiputera kini mencapai kira kira 20% sahaja termasuk kira kira 5% ekuiti Bumiputera dimiliki secara lansung. Yang selebihnya dimiliki secara tidak lansung melalui Amanah Saham Bumiputera, Tabung Haji dan beberapa tabung amanah yang kecil.
Yang menjadi isu sekarang ialah sebahagian besar ekuiti Bumiputera adalah dipegang melalui beberapa tabung amanah yang seterusnya memiliki saham dalam syarikat syarikat GLC.
Memandangkan pertumbuhan pendapatan(earnings growth) syarikat GLC adalah rendah, maka sebahagian besar ekuiti Bumiputera berkembang lebih perlahan daripada ekuiti bukan Bumiputera. Dengan keadaan demikian peratusan pegangan ekuiti Bumiputera dimasa hadapan tidak mungkin meningkat, malah akan terus tercicir.
Ini tidak bererti pengurusan syarikat syarikat GLC di persalahkan. Prestasi syarikat syarikat yang diterajui oleh para pegawai korporat ini adalah baik dalam keadaan yang ada, tetapi tidak cukup tinggi untuk mengurangkan jurang ekuiti antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Masalah ini tidak mungkin dapat di tangani melainkan dengan melaksanakan program penswastaan syarikat syarikat GLC.
Cabaran besar dijangka dihadapi kerajaan dan masyarakat Bumiputera dalam melaksanakan program ini. Pertama kerajaan akan berhadapan dengan suasana baru tidak lagi menguasai sektor perniagaan Bumiputera.
Masyarakat Bumiputera akan berhadapan dengan perasaan iri hati terhadap mereka yang menerima faedah daripada program penswastaan, tuduhan lama seperti kronisma mungkin timbul semula.
Cadangan
Dicadangkan kerajaan mengaktifkan semula program penswastaan yang pernah dilaksanakan dahulu, tetapi dengan pendekatan yang yang baru:
1. Usahawan Bumiputera yang mengambil alih syarikat GLC hendaklah dipilih dengan merit dari kalangan usahawan yang sudah berjaya dan mampu, dan dari kalangan perniagaan yang mengamal sistem nilai murni. Ini suatu syarat sangat penting bagi memastikan kejayaan.
2. Proses penswastaan hendaklah telus.
3. Diskaun harga saham boleh di beri, tetapi biarlah terhad supaya tidak disalahgunakan.
4. Penswastaan boleh melibatkan sekitar 40% ekuiti syarikat bagi memberi ruang kepada pemegang ekuiti yang sedia ada, sementara membolehkan pihak penerima penswastaan memiliki kepentingan mengawal (effective controlling interest) dalam syarikat. Ka’edah ini juga mengurangkan beban kepada usahawan yang menjadi peneraju baru syarikat.
Penutup
Pendekatan di atas pasti mampu menggalakkan pertumbuhan perniagaan Bumiputera dengan lebih pesat, disamping menjadi landasan bagi penerapan nilai nilai murni perniagaan dalam masyarakat Melayu.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Wallahu ‘alam.
DAH IKHWAN
Copyright (c) by DAH Ikhwan. This article or any part of it may be reproduced or quoted, but due credit must be given to the original author DAH Ikhwan
Sila baca artikel artikel berkaitan:
2.Evolusi Budaya Niaga dan Peranan Kerajaan
3.Memajukan Budaya Niaga Melayu: Iktibar dari Budaya Pendidikan Cina

