Petikan Wawancara Dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Saya perturunkan  di bawah satu petikan daripada  blog Cari Duit Jutawan yang sungguh menarik untuk  renungan kita semua terutama peniaga peniaga Melayu atau yang beraspirasi sedemikian.

Sabtu, 2010 September 18

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

JARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.Isu yang dibincangkan hanya satu – tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.“Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,” katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.“Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,” katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.“Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,” katanya.Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: “Saya mahu membela diri.”“Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.”
MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.Pada tahun 1970, arwah bapa saudara bayar seringgit suruh saya masuk UMNO. Saya menjadi ahli biasa saja, tidak aktif kerana fokus saya ialah kepada perniagaan. Bagaimanapun saya percaya kepada UMNO kerana ia parti yang mendukung dasar itu.

Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.

Ini tentang know how atau know who?

SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.

Tetapi saya juga anak UMNO. Saya percaya kepada UMNO dan DEB. Dasar itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri – dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha.

Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.
Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.
Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.
Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.

Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.
Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.

Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.
Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.

Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam – 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam.

Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi.

Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya.

Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.

Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?

Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa?

Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja.

Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.

Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita.

Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri – syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang.

Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga – bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu.

Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.

Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini.

Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya.

Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.

Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang.

Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi.

Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumbang semula kepada masyarakat.

Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.

Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa.

Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan.

Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju.

Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa.

Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?

SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.

Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.

Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.
Kenapa beri wawancara sekarang?

SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.

Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.

Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu.

Sila baca artikel  yang berkaitan:

1. PRU 13: Corak Pengundian di Lembah Kelang Mengikut Kaum.

2. Ringkasan Biografi Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

3.Pengundi Cina senyap senyap mendaftar, Melayu masih lalai

4. Budaya Niaga Melayu: Motivasi dalam Perniagaan.

Posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business | Tagged , | 12 Comments

Budaya Niaga Melayu: Motivasi Dalam Perniagaan

Mukadimah

Suasana dalam negara yang menyaksikan  perkembangan pesat dalam perniagaan  menimbulkan satu dilemma kepada masyarakat Melayu. Di satu sudut sebahagian masyarakat menganggap baik  aktiviti perniagaan, tetapi tidak kurang pula mereka yang  beranggapan perniagaan ini adalah urusan dunia  dan berfokus kepada matlamat menggumpulkan harta duniawi. Kumpulan yang kedua ini menganggap bidang perniagaan kurang penting dan kurang prioriti berbanding  urusan akhirat yang lebih kekal abadi. Bagi kumpulan ini, seperti sering kita dengar di ceramah ceramah agama,  harta itu hak duniawi dan tetap ditinggalkan setelah pemilik harta tersebut meninggal dunia.

Dengan keadaan yang demikian,  bidang perniagaan melemparkan satu cabaran berat kepada minda Melayu. Ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif kepada minat, kesungguhan,  kecekalan dan kemampuan kita  dalam perniagaan dan kepada kedudukan ekonomi dan kesejahteraan ummah pada amnya.

Fahaman  sebegini  gagal mendalami kesan positif kemajuan  kepada kemakmuran, kekuatan, kesejahteraan dan keyakinan diri  ummah. Ia gagal menghargai   setiap muslim yang berjaya  yang mampu  menunaikan fardu zakat dan sedakah yang dituntut oleh Islam.

Perbandingan Falsafah Perniagaan

Sesungguhya, tamaddun  yang maju dalam bidang perniagaan dizaman  moden  ini, seperti tamadun Barat ataupun tamadun China/Jepun  di timur memiliki falsafah perniagaan yang  agak berbeza antara satu dengan yang lain. Ia memiliki  ciri persamaan  dengan prinsip perniagan Islam dalam banyak perkara, tetapi banyak pula  perbezaannya.

Buku buku rujukan perniagaan semuanya datang dari Barat dan sebahagian pula dari terbitan berasal daripada bangsa  China atau Jepun.  Saya tidak pernah bersua dengan buku rujukan perniagaan berasal dalam  bahasa Arab dari timur Tengah, jika adapun agaknya  di pandang rendah oleh orang Melayu di Malaysia, kerana pasti  beranggapan kita sendiri lebih maju daripada mereka, dan inilah hakikat yang sebenarnya.

Dalam dunia Islam yang masih  jauh tertinggal di belakang  tamaddun lain, Malaysia pula muncul kehadapan, dengan tempias kemajuan di rasai oleh umat Islam berbangsa Melayu. Jadi bangsa Melayu Malaysia mampu menjadi pelopor perbankan Islam global yang  kini memberi persaingan kepada sistem perbankan barat, menjadi pelopor kepada sistem pengeluaran produk halal yang semakin diterima di pasaran global, disamping mendahului umat Islam lain dalam industri pengeluaran kereta,  petroleum, perladangan, pengangkutan udara dan laut,  bidang teknologi maklumat dan banyak lagi.

Sebagai pelopor yang meredah jalan,  sudah lumrah kita banyak terpengaruh oleh pendekatan perniagaan luar dari Barat dan, sedikit sebanyak, oleh pendekatan China/Jepun.

Falsafah perniagaan Barat bermatlamat memaksima keuntungan,  hanya memiliki  ikatan yang longgar dengan  soal soal etika, atau kesannya kepada masyarakat. Maka mereka menghalalkan riba, monopoli, malah dalam kes yang ekstrim, penipuan dalam perniagaan sekalipun. Jadi kerakusan nafsu manusia tidak banyak dihadkan oleh masyarakat. Jika adapun, sistem perniagaan mereka lebih  dikawalkan oleh undang undang yang pula banyak dipengaruhi oleh pelobi pelobi bisnes besar.

Sistem perniagaan Cina/Jepun pula tidak kurang hebatnya dari sistem Barat. Ia memiliki banyak etika yang berlandaskan ajaran Konfusius, seperti yin and yang iaitu keseimbangan dalam setiap tindakan masyarakat dan peniaga. Ini banyak persamaan dengan pendekatan perniagaan Islam yang berasaskan mizan(keadilan). Tetapi dalam strategi perniagaan dan tindakan harian masyarakat Cina tidak semestinya terikat kepada etika etika Konfusius. Mereka lebih bebas bergerak dalam perniagaan kerana bagi mereka soal moral, dosa pahala bukanlah sesuatu yang mesti diambil kira. Maka sering berlaku penipuan timbang dan kualiti dalam produk produk dihasilkan perniagaan Cina.

Malah dalam budaya niaga Cina/Jepun deception diterima masyarakat sebagai satu  strategi  atau  cabang seni dalam perundingan perniagaan. Dalam buku Thick Face black Heart deception ditakrifkan sebagai strategi untuk megelirukan rakan niaga atau pelanggan tanpa niat penipuan. Ini dibenarkan dalam budaya Cina/Jepun asalkan tujuannya untuk kepentingan bersama semua pihak yang berkaitan. Di negara Barat pendekatan ini tidak dibenarkan atas sebab budaya,  walaupun ia kerap dilakukan. Dalam Islam pendekatan  ini pastinya haram dalam keadaan biasa kerana  bercanggah dengan prinsip keadilan. Ia kerap menganiaya pihak lain dan dilaksanakan tanpa pengetahuan dan kerelaan mereka.

Budaya Niaga Cina/Jepun juga banyak dipengaruhi oleh falsafah Sun Tzu, The Art of War sebuah kelasik Cina yang ditulis lebih 2,000 tahun yang lalu. Pengaruh Sun Tzu telah lama menapak bukan sahaja dalam budaya niaga Cina/Jepun malah kini juga diamalkan dalam suasana perniagaan  moden Barat. Dalam pendekatan ini, pesaing perniagaan dianggap seperti musuh yang perlu dikalahkan, bukan dalam pertempuran tetapi dengan cara yang halus,  walaupun menggunakan berbagai  langkah  untuk mengelirukan pesaing.

Bagi kita umat Islam aktiviti perniagaan bukan sesuatu yang janggal. Siti Khadijah, isteri Rasulallah dan Saidina Abu Bakar adalah peniaga unggul dalam sejarah Islam. Malah , Rasulallah banyak bargantung kepada harta mereka di awal penyebaran Islam.

Al Quran dan  Hadis juga menggariskan panduan untuk umat Islam berniaga supaya  ianya tergulung sebagai satu ibadah.   Ini terdapat dalam  surah surah berkaitan, seperti dalam:

*Surah Al Baqarah ayat 275 yang menhalalkan perniagaan dan mengharamkan riba.

*Surah An Nisa ayat 29 menggalakkankan semoga umat Islam berniagakan harta sesama mereka secara muhibbah.

*Surah Al Rahman  ayat 8 dan 9 pula menggariskan prinsip utama perniagaan Islam Al Mizan atau prinsip keadilan. Dengan prinsip ini diharamkan menipu , riba, rasuah, pecah amanah, menyorok barang niaga dan segala aktiviti yang menjejas keadilan.

*  Surah Al Baqarah ayat 282 menggaris secara terperinci bahawa  perniagaan yang  dilunaskan dimasa hadapan  memerlukan kontrak perniagaan bertulis, sementara perniagaan tunai bolehlah dilaksanakan secara lisan sahaja.

Jangan bersumpah bohong, bahkan hendaklah dielakkan supaya tidak bersumpah sekalipun dalam perkara yang benar.  Bersumpah dengan nama Allah ketika berjual beli tidak akan mendatangkan berkat.

Nabi Bersabda Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli?” Jawab Baginda: “Ya” (Tentu), akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata mereka berbohong.”  – Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim

Nabi bersabda: Maksudnya: “Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada’.” Hadis riwayat Tirmidzi

Sejarah Keagungan Sistem Ekonomi Islam

Garis panduan dalam Al Quran serta hadith Nabi yang berkaitan telah mampu membawa revolusi dalam ekonomi  ummah sehingga mencapai puncak keagungan Islam dalam zaman Kerajaan Abbasiyyah dari abad  Ke 8 hingga  ke 14 Masehi. Di zaman itu  terdapat ramai para ilmuan Islam yang terkenal hingga kini, yang menyelidik dan menulis kitab kitab perniagaan dan ekonomi termasuklah Ibn Sina, Al Ghazali, Ibn Taimiyah, Ibn Khaldun, dsb.

Yang paling terkenal di antara mereka ialah Ibn Khaldun(1332 hingga 1406 Masehi), yang boleh dianggap sebagai bapa kepada ilmu ekonomi moden. Beliau hidup kira kira tiga ratus tahun sebelum ilmuan ekonomi British yang terkenal Adam Smith, yang dikenali  dengan teori ekonomi supply and demand. Sebenarnya Ibn Khaldun lah perintis kepada Teori Supply and Demand ini. Beliau telah mengembangkan pengetahuan tentang pengaruh demand(permintaan) dalam mengembangkan ekonomi masyarakat, dan juga anganalis secara  mendalam kesan permintaan kepada supply(bekalan). Beliau jugalah ilmuan yang mendapati harga setiap produk ditentukan oleh permintaan dan bekalan.

Satu revolusi ekonomi yang penting di Zaman keagungan Islam berlaku dalam zaman Empayar Abbasiyyah. Di zaman tersebut rakyat dibenarkan memiliki tanah, satu faktor pengeluaran yang penting dalam ekonomi berasaskan tani. Ini telah menggalakkan revolusi dalam pertanian dengan hasil keluaran yang meningkat dengan luarbiasa sehingga  akhirnya mampu menempat Empayar Abbasiyyah jauh ke hadapan berbanding negara negara Eropah dan negara negara lain.

Dalam waktu yang sama,  bentuk awal  sistem pasaran bebas  semakin bertapak di sana. Perniagaan berkembang berikutan  revolusi dalam sistem kewangan dan penggunaan matawang yang sama di seluruh empayar telah menghasilkan perkembangan pesat dalam perdangangan bukan sahaja dalam empayar Islam tetapi juga dalam sektor perdagangan luar dengan China dan Eropah.

Hilangnya Motivasi di Zaman Kegelapan Islam

Dalam ketiga tiga peradaban dunia tersebut di atas terdapat ciri ciri yang sama bertindak sebagai pemacu kemajuan ekonomi dan kemajuan perniagaan, iaitu wujudnya motivasi yang kukuh untuk golongan usahawan. Dalam peradaban Barat, motivasinya wujud dalam bentuk objektif mencari keuntungan secara bebas untuk individu. Dalam masyarakat Cina/Jepun   motivasi lebih berbentuk kepada mengembangkan perniagaan yang banyak dipengaruhi oleh pertimbangan pertimbangan masyarakat dan kerajaan dan dengan etika tertentu yang banyak dipengaruhi  falsafah Konfusius dan Sun Tzu. Etika mereka berbentuk falsafah dan tidak wajib dilaksanakan atau terikat dengan soal moral atau dosa/pahala.

Dalam tamadun Islam, sememangnya telah wujud  motivasi yang kukuh dizaman Empayar Abbasiyyah dengan dasar pemerentah membenarkan pemilikan tanah, yang memacukan Revolusi Pertanian dari kurun kelapan hingga kurun empat belas Masehi. Seperti dalam tamaddun Barat dan Tamaddun Cina/Jepun, dasar pemerintah di zaman Abbasiyyah  telah membolehkan pemilikan tanah yang merupakan faktor pengeluaran yang penting dalam masyarakat. Ini mengwujudkan golongan usahawan dalam sektor pertanian seperti juga revolusi dalam sistem kewangan di sana  telah mengwujudkan golongan usahawan ketika itu dalam sektor perdagangan.

Kesilapan besar Tamaddun Islam muncul dalam  Abad ke 18 dan 19 apabila tamaddun Barat( setelah dua ratus tahun mencedok ilmu dari dunia Islam) telah   mulai mengembangkan ilmu  hingga Britain mampu melahirkan Revolusi Perindustrian (Industrial Revolution) yang gagal diserap oleh negara negara Islam. Berikutan itu ketenteraan Barat telah di modenkan. Kesannya dunia Islam keciciran,  di jajahi,  dicincang cincang   dan dibahagi bahagikan  dikalangan   kuasa Eropah.

Dari segi sejarah Barat menganggap Islam sebagai ancaman, justeru itu hingga kini dasar mereka kekal dengan memperlekehkan dunia Islam  dengan   tindakan tindakan ketenteraan bagi menentukan dunia Islam terus berpecah belah. Ini yang kita saksikan di Iraq, Afghanistan dan Palestin kini.

Dunia Islam di pecah belahkan oleh Barat dan masyarakat hilang kesetabilannya. Sejak kurun ke 16, dunia Islam telah dilanda trend kejatuhan,  permintaan barangan keluaran industri menurun, kapasiti Industri tidak diperlukan lagi dan akhirnya tamaddun Islam jatuh hingga kehari ini.  Ummah  menjadi tidak bermaya, telah hilang suasana yang perlu  untuk menghidup dan menyuburkan  motivasi untuk maju. Jangkaan Ibn Khaldun dalam Al Muqaddimah menjadi kenyataan dalam dunia Islam itu sendiri.

Lebih memburukkan keadaan ini telah menimbulkan sentimen anti politik Barat dan  anti nilai nilai Barat dalam dunia Islam. Kemampuan dan Kecenderungan asal dunia Islam menerapi dan memajukan ilmu luaran telah hilang, walaupun ilmu itu pada mulanya dipinjam oleh Barat dari tamaddun Islam itu sendiri. Kesudahannya ini melemahkan lagi kedudukan Ummah di seluruh dunia.

Motivasi Berniaga

Di sebaliknnya,  suasana yang subur untuk memajukan masyarakat Islam kini terletak ditengah tengah dunia Melayu/Islam di Nusantara. Negara Malaysia dan Indonesia kini merupakan  Blok serumpun Islam yang terbesar  di dunia menghampiri 300 juta penduduk dengan jalinan   muhibbah yang kukuh.

Dengan suasana  subur yang wujud kini di Nusantara , kita perlu menjenguk kembali dan meningkatkan kemampuan Sistem Ekonomi Islam dalam mengwujudkan kemajuan, terutama dalam sektor ekonomi dan sosial. Ini telahpun bermula dengan wujudnya sistem pengeluaran makanan halal, sistem perbankan Islam,  institusi baitulmal dan Universiti Islam Antarabangsa. Malah pakaian Islam Malaysia sudah mulai diterima sesetengah masyarakat dunia sebagai trend setter fesyen Islam.

Jika dilihat dari segi motivasi kepada usahawan, sistem ekonomi Islam yang unggul sudah wujud sejak zaman keagungan Islam berkurun kurun yang lalu. Ia membenarkan pemilikan harta dan aktiviti perdagangan sektor swasta yang lazim menjadi pemacu sesuatu ekonomi dizaman moden ini. Malah sistem pengawalannya lebih sempurna dengan  etika al Mizan(keadilan) yang diwajibkan dalam perniagaan. Ia mengelakkan kerakusan hawa nafsu manusia untuk membuat keuntungan yang berleluasa  secara monopoli,  menipu pelanggan atau spekulasi berlebihan.

Seperti  juga Tabung Haji  dengan   konsep yang pada asalnya   dicadangkan oleh Professor Di Raja Ungku Aziz,  dengan motivasi yang begitu tepat,  telah berjaya meningkatkan simpanan Masyarakat Melayu, satu motivasi yang tepat dan difahami oleh seluruh masyarakat Melayu seharusnya mampu membangunkan masyarakat usahawan yang mantap.

Bagi seseorang peniaga Melayu,  sistem ekonomi Islam yang membenarkan pemilikan dan pengembangan harta individu, sudah tentu memberi cukup motivasi kepada mereka untuk berniaga bagi  mencapai kadar keuntungan yang berpatutan dengan adil dalam keadaan biasa.

Ia meletakkan prioriti kepada   perniagaan sesama Islam sebagai asas  mengembangkan rankaian perniagaan yang  efficien dikalangan ummah dan untuk kesejahteraan ummah amnya.

Keuntungan yang diperolehi pula membolehkan peniaga beribadah dengan  membayar zakat dan mengeluarkan sadakah sebagai amal jariah untuk bekalan di akhirat nanti, disamping menjamin kemakmuran ummah. Dalam hal ini pembayaran zakat harta dan zakat perniagaan bukanlah sesuatu yang terlalu berat hendak ditunaikan, kerana Islam sebagai Agama yang adil, hanya mengenakan kadar  yang rendah berbanding cukai pendapatan. Tambahan pula jumlah  zakat yang telah dibayar, dikecualikan daripada bayaran cukai pendapatan setiap individu.

Sesungguhnya Sistem Ekonomi Islam adalah selari dengan fitrah manusia muslim dan keinginannya untuk hidup dengan lebih baik  didunia dan akhirat seperti kita mohon setiap kali selepas sembahyang.  Sistem ini sesungguhnya   lebih mulia  dan mudah diterima minda Melayu.

Perlu juga diingatkan,  perniagaan Melayu di Malaysia kini bukanlah dalam keadaan biasa, malah lebih menyamai keadaan darurat ekonomi ummah.  Gerakan Jihad Ekonomi yang kini mulai dilaungkan sesetengah pihak ada betulnya dan perlu diberi perhatian. Tetapi ini tidak seharusnya dengan cara merampas harta  atau menindas bukan Islam,  tetapi dengan cara meningkat dan memperkemaskan kemampuan ummah. Ini hanya dapat kita lakukan dengan  mengambilkira tindak tanduk pesaing  dari tamadun Cina dan Barat yang telah lama bertapak dalam pasaran, apalagi dengan budaya niaga mereka yang cangih yang menghalalkan kerakusan nafsu manusia.

Harus diakui kemajuan perniagaan Melayu memerlukan kesedaran dan kerjasama para ulama dan ilmuan Islam. Galakan di perlukan daripada golongan ini bagi menyedarkan  ummah akan pentingnya perniagaan untuk kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ummah dan hakikatnya yang sistem perniagaan Islam yang unggul sebenarnya telah lama wujud untuk tujuan ini. Cuma dalam konteks Jihad Ekonomi, para ulama mungkin perlu menemui kata sepakat tentang etika perniagaan yang diboleh atau diharuskan dalam keadaan darurat yang kita tempuhi kini.

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH Ikhwan

Posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business | Tagged , , | 2 Comments

Kajian Separuh Penggal Pencapaian Politik Barisan Nasional

Tinjauan Semula Pilihanraya  UMUM ke 12 pada tahun 2008

Dalam artikel asal versi Bahasa Inggeris   di terbit pada bulan Mei tahun 2008, bertajuk Malaysia’s General Election 2008: AComprehensive Analysis, saya   membuat analisis  mendalam tentang corak pengundian setiap kaum. Analisis  secara multiple regression menunjukkan sokongan pengundi Melayu untuk BN menurun agak ketara berbanding PRU 2004,  undi dari kaum Cina juga menurun dengan mendadak, manakala undi daripada kaum India hampir lenyap sama sekali berpindah kepada Pakatan Rakyat.

Sejak tarikh tersebut saya telah menemui sedikit kesilapan dalam analisis dan ini telah diperbetulkan. Hasil kajian kini menunjukkan dalam Pilihanraya Umum tahun   2008, seramai 54.4% pengundi Melayu telah memilih BN, 39.5% undi Cina dan 10.4% undi kaum India. Hasil kajian ini penting  dalam menilai populariti BN mengikut sokongan setiap kaum, kerana  tanpa angka  yang tepat agak sukar  mengenalpasti kelemahan BN yang sebenar.

Sokongan hanya pada kadar 54.4% daripada pengundi Melayu untuk BN sesungguhnya  amat membimbangkan, ini merupakan penurunan sebanyak 12% daripada PRU 2004.  Maka timbullah persoalan adakah UMNO masih relevan untuk Masyarakat Melayu. Adakah UMNO perlu berubah untuk menarik semula sokongan Melayu. Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan sokongan Melayu pada kadar 57.1%  untuk parti UMNO lebih baik berbanding BN, mencerminkan sokongan masyarakat Melayu masih lagi mantap untuk UMNO. Ini hanya penurunan sebanyak 2.15% daripada yang dicapai dalam PRU 2004. Apa yang berlaku pada pilihanraya 2008,  ialah undi Melayu masih mantap untuk  calon UMNO,  tetapi merosot untuk parti komponan BN yang lain seperti MIC, MCA dan Gerakan.

Hakikatnya sokongan Melayu untuk UMNO tidak mudah terhakis.  Dalam keadaan biasa, undi atas pagar tidaklah begitu  signifikan.  Perpecahan dalam masyarakat Melayu agak ketara hanya  dalam situasi berikutan perpecahan dalam UMNO sendiri. Ini terbukti dalam Pilihanraya UMUM tahun 1999 apabila  BN hanya mampu menarik 50% undi Melayu, ekoran simpati meluas kepada Anwar Ibrahim. Begitu juga undi merosot berikutan persengketaan dalam UMNO dan penubuhan Semangat 46, yang  dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Sokongan pengundi kaum cina untuk BN sesungguhnya merosot dengan ketara apabila ia hanya berjaya meraih 39.5 % undi cina, satu  penurunan  18%, berbanding pencapaian sebanyak 57.25 dalam tahun 2004. Manakala undi kaum India pula hampir lenyap, hanya  pada paras 10.4% berbanding 77.5% pada PRU 2004.

Saranan Asal

Berikutan hasil kajian tersebut, saya telah membuat beberapa saranan dalam beberapa artikel terdahulu. Pertama, UMNO  perlu  kekal diatas landasan perjuangan yang asal, iaitu sebagai tonggak perjuangan Hak hak Melayu dan Agama Islam. Kedua, UMNO perlu teruskan kerjasama dengan parti komponan kerana BN memerlukan sokongan daripada kaum lain untuk memenangi kerusi yang penting di kawasan Melayu yang  marginal, disamping mengukuhkan parti parti komponan yang lain di kawasan mereka bertanding. UMNO perlu menjauhi tanggapan bagai sebuah parti ekstemis Melayu, disamping mengelak menyakiti hati kaum lain.

Usaha perlu di fokuskan untuk mengendurkan ketegangan diantara Melayu dan kaum India serta membantu mereka dalam pelbagai bidang yang perlu.

Undi kaum Cina pula amat sukar diramal, sebab kehendak politik Masyarakat ini sukar dibaca. Adakah mereka betul betul bermaksud seperti yang mereka suarakan, seperti keterbukaan, anti rasuah,  anti ISA, anti cronyism, dsb? Atau sebenarnya mereka hanya mahu merealisasikan DAP sebagai parti tonggak kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Pencapaian Najib Setakat Ini

Kajian Separuh Penggal ini meliputi tempoh dua tahun setengah selepas Pilihanraya Umum tahun 2008 hingga ke saat ini. Sungguhpun ini termasuk tempoh di bawah Pak Lah, kemajuan yang ketara dari segi transformasi,  kestabilan dan sokongan politik hanya berlaku di bawah tempoh Dato’ Seri Najib.

Kita bersyukur kerana langkah langkah yang di ambil oleh Dato’ Seri Najib sejak mengambil alih tampuk kuasa tidak jauh berbeza dengan saranan yang telah dikemukakan dalam Blog ini. Sama ada Dato’ Seri Najib ambil perhatian tulisan kita, ini tidak penting kerana beliau pasti ada kumpulan think tank yang bijak dan berkemampuan. Kita bagaimanapun menarik nafas lega dengan langkah langkah yang beliau ambil untuk mengendurkan ketegangan kaum dan agama dan usaha mendekati kaum India dan Cina secara peribadi. Konsep 1 Malaysia juga menambah populariti dan keyakinan antara kaum kepada pemerintahan beliau. Langkah  liberalisasi beberapa sektor ekonomi juga diterima rakyat sebagai usaha untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

Langkah langkah ini telah mampu melonjakkan populariti beliau seperti kita saksi  dalam beberapa  tinjauan pendapat umum terkini yang dibuat oleh beberapa agensi seperti Merdeka Center dsb. Tinjauan pendapat umum terkini dari Merdeka Center menunjukkan sokongan terhadap Najib telah meningkat kepada 72%  dikalangan rakyat Malaysia pada bulan Jun 2010, jumlah tertinggi  80% dicatat  dikalangan kaum India, 77% dikalangan masyarakat Melayu dan 58% dikalangan  kaum Cina. Sebagai perbandingan beliau hanya mencatat sokongan 44% tatkala mulai memegangan tampuk kerajaan.

Keputusan dalam semua pilihanraya kecil  baru baru ini secara konsistan menunjukkan kenaikan populariti BN dikalangan masyarakat Melayu, Bumiputera Sarawak/Sabah dan juga masyarakat India. Hanya undi Masyarakat Cina sahaja yang merosot berbanding dalam PRU 2008, inipun mungkin juga akan bertambah sebagai respond kepada konsep  1 malaysia  dan kebimbangan masyarakat Cina yang mereka mungkin kerugian dalam Pilihanraya Umum akan datang jika tidak berubah sikap.

Langkah menawan balik kerajaan negeri Perak juga dijangka membawa hasil yang positif, sungguhpun pada awalnya menimbulkan kemarahan masyarakat. Tetapi keadaan sudah mulai reda seperti dijangka  dan sokongan di Perak pasti meningkat menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Cuma yang kurang pasti ialah sokongan dari masyarakat Cina di negeri  Perak yang menganggap kerajaan yang dukuasai  kaum mereka  telah diguling oleh BN.

Bagaimanapun, diharap Dato’ Seri Najib lebih berhati hati menjaga hati Masyarakat Melayu. Desakan pihak ultra Melayu seperti Perkasa dibawah Ibrahim Ali perlu diambil perhatian. Ini kerana undi Melayu merupakan undi setia  UMNO, ia tidak banyak berubah dalam dua pilihanraya umum yang lepas, kerana UMNO dipandang sebagai tonggak perjuangan Melayu dan Agama. Persepsi ini perlu dikekalkan bagi mengekalkan kesetiaan masyarakat Melayu.

Update bertarikh 1 Oktober 2010

Pengumuman Datuk Seri Sammy Velu mengundur diri pada Januari tahun depan sungguh dialualukan. Ini satu petanda baik bagi meningkatkan sokongan Kaum India kepada BN, yang sudahpun bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi sokongan pengundi  yang berterusan akan bergantung dengan  kemampuan  penganti beliau nanti   mendapat sokongan yang padu daripada  Parti MIC itu sendiri.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH IKHWAN

Posted in Artikel Politik, Uncategorized | Tagged , , | 5 Comments

Nisbah Jantina Tidak Seimbang Ke Universiti/IPTA

 

Proses  pengambilan pelajar universiti sedang giat berjalan kini, begitu  juga soal nisbah jantina ke IPTA kian  menjadi perhatian umum. Seperti dijangka setiap tahun  nisbah  jantina semakin tidak seimbang. Kemasukan pelajar
_______________________________                                                           Sila lihat update di bawah artikel ini
_______________________________ 

perempuan ke dalam Universiti awam  bagi tahun 2010 ialah 64.8%, ia itu 26,229 daripada 46,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama, berbanding pelajar lelaki hanya 35.2%. Wanita juga mendominasi program lepasan spm dengan 58.4% berbanding lelaki 41.44% daripada keseluruhan 36,900 t3mpat ditawarkan.

Adakah fenomena ini suatu masalah yang perlu  diperdebatkan? Ada pakar pendidikan mengatakan ini suatu trend seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan, dan tidak sepatutnya dibimbangkan. Adapula yang khuatir gejala ini, yang  merupakan sesuatu yang baru sejak  dua dekad yang lepas, merupakan  suatu perkembangan yang tidak sihat   dan kesannya kepada measyarakat belum lagi difahami sepenuhnya.

Adakalanya dalam  siri perbincangan, pakar dan peserta lelaki dan perempuan mengambil pandangan yang betentangan mengikut emosi dan jantina mereka. Justeru, peserta lelaki  nampak bimbang dengan fenomena ini, tetapi peserta wanita mempertahankannya dengan lantang  sebagai bukan isu dan tidak patut diperdebatkan. Mungkin suasana yang serupa wujud  dikalangan pegawai pegawai pendidikan dan ahli akademik di negara ini.

Sepatutnya dalam perkara seperti ini masyarakat perlu  bersikap lebih terbuka dalam membincangkannya dan dengan cara yang lebih ilmiah. Ini kerana ia membabitkan masa depan institusi keluarga. Ia membabitkan  soal mudah atau sukarnya mencari pasangan yang sesuai(terutama bagi wanita yang professional) soal peranan suami isteri dalam keluarga, soal keharmonian rumah tangga,  dan soal  nikah cerai yang dihadapi masyarakat kini.  Masyarakat jangan terlalu emosional menghadapi fenomena ini berasaskan gender kerana kita lazimnya mempunyai anak lelaki dan perempuan, masa depan mereka dan kesejehteraan mereka adalah penting dan ditentukan oleh kita yang mewakili masyarakat hari ini.

Kita lazim mendengar keluhan gadis gadis, terutama yang berpendidikan tinggi betapa sukarnya mencari Mr. Right, sehingga mereka rela bersendirian selamanya.  Jumlah mereka sebegini begitu ramai di kota kota besar sehingga keadaan ini  mulai dianggap biasa sahaja. Tetapi kita sedia maklum fenomena  sebegini tidak normal dan meninggalkan kesan yang juga tidak normal dalam masyarakat, misalnya, kadar pertumbuhan penduduk yang merosot  yang mewujudkan nisbah penduduk warga emas yang terlalu ramai  di masa hadapan.

Kita sedia maklum betapa membebankan fenomena ini kepada masyarakat yang akan datang, dengan kata lain hanya dalam satu generasi sahaja lagi akan terdapat terlalu  ramai orang tua yang perlu disarakan oleh anak anak mereka. Pasti ini sungguh membebankan mereka dan negara. Fenomena ini sedang di hadapi negeri Jepun dan Eropah, tetapi negara itu yang sememangnya maju mampu menghadapi keadaan sedemikian, tetapi kita bagaimana?

Bibit bibit masalah masyarakat juga sudah mulai kita rasai sekarang . Misalnya kadar perceraian semakin meningkat tahun demi tahun seperti dalan jadual di bawah:

Statistik Perkahwinan Pasangan Islam Seluruh Malaysia

Mengikut jadual di sebelah,  bilangan perkahwinan di seluruh malaysia telah meningkat dari 84,616 pasangan dalam tahun 1990 kepada 130,314 pada tahun 2008, manakala kadar perceraian meningkat dua kali ganda  dari 11,194 kes kepada 22,289 kes pada tahun 2008. Nisbah perceraian pula meningkat 13.2% daripada angka perkahwinan pada tahun 1990 kepada 17.1% pada tahun 2008.

Mari kita meninjau pula suasana global  sebagai perbandingan. Bagaimanakah nisbah  gender pelajar universiti? Tinjauan di Britain menunjukkan keadaan yang agak seimbang, iaitu nisbah purata bagi seluruh Britain 51 pelajar lelaki bagi setiap 49 pelajar wanita. Di Kanada nisbahnya ialah 60 pelajar wanita bagi setiap 40 pelajar lelaki, sementara di Amerika Syarikat, mengikut anggaran Census Bureau  terdapat keseluruhannya 57 pelajar wanita bagi setiap 43 pelajar lelaki.

Bagaimanapun mengikut angka  untuk 79 buah universiti utama di Amerika Syarikat jumlahnya amat berbeza, iaitu secara purata ada 52 pelajar lelaki bagi setiap 48 pelajar perempuan.

Kini saya petik keluaran majallah Newsweek keluaran 12Julai, 2010, bertajuk Women will rule the World. ‘Wanita  kini menjadi penyara utama atau penyara bersama 2/3  keseluruhan isi rumah di Amerika, sementara  di Kesatuan Eropah wanita mengisi 75% dari 8 juta  peluang perkerjaan wujud sejak tahun 2000. Di Amerika Syarikat wanita mengatasi lelaki  yang memiliki ijazah dengan akdar 20%.   Kajian kajian menganggar pekerja wanita penyumbang besar kepada KDNK di  negara maju dan negara membangun. Di satu sudut pula wanita ramai berkerja di Amerika tatapi hanya menyumbang kira2   3% Ketua Pegawai Eksekutif dalam Syarikat Fortune 500.  Kekangan budaya  seperti kesukaran berpindah ketempat baru, kesukaran bergerak bersendirian dan tempoh bersalin dan menjaga anak mengekang kemajuan kejaya  wanita  dan menjejas peluang kenaikan pangkat’.

Dengan nisbah  kemasukan pelajar lelaki hanya 35.2% berbanding 64.8% untuk pelajar perempuan, ternyata keadaan di Malaysia lebih runcing daripada di negara negara maju. Adakah pelajar lelaki sememangnya kurang bijak dan kurang layak di negara ini?  Betulkah, seperti sesetengah pihak dakwa,  yang sistem pendidikan di peringkat sekoleh lebih sesuai untuk pelajar perempuan, atau syarat kelayakan memasuki universiti lebih memihak kepada pelajar perempuan. Jika ini betul, mungkin ada baiknya kerajaan mempertimbang mengubahkan  syarat kelayakan ini bagi membolehkan nisbah gender yang  seimbang di institut pengajian tinggi di negara ini.

Update 18 September 2011

Majalah Economist bertarikh 13 September 2011, dalam satu kajian menyatakan nisbah jantina di negara negara maju (OECD) pada purata semua jurusan menunjukkan graduan perempuan  melebihi lelaki dengan kadar  58% berbanding lelaki 42% .Sungguhpun demikian nisbah graduan lelaki mendahului perempuan dalam jurusan sains dengan nisbah 60% graduan lelaki berbanding 40% perempuan.

DAH IKHWAN

Posted in Uncategorized | Tagged , | 1 Comment

Mungkinkah Kekuatan Politik Yang Menurun Mendorong Kerjasama Pas – Umno

Dua tiga hari yang lepas kita dikejutkan dengan kenyataan terbaru Tuan Guru Nik Aziz yang menyeru membuka balik pintu kerjasama dengan UMNO. Yang amat menghairankan  kali ini seruan itu nampaknya begitu bersungguh sungguh,  begitu jauh dari pendirian beliau sebelumnya. Datuk Seri Najib nampaknya  terperanjat,  jika dilihat dari sambutan beliau yang berhati  hati. Penjelasan daripada Tuan Guru Hadi Awang berikutnya,  pula sebagai diduga dan sudah cukup  menampakkan  perubahan sikap PAS yang kini mulai  memihak kepada muzakarah dan kerjasama dengan UMNO. Jika dua orang pemimpin Pas ini berpendirian serupa, maka tidak sukar menjangka sikap positif ini akan diterima Parti Pas seluruhnya.

Perubahan sikap Nik Aziz ini, sekali imbas nampak pelek dan tidak konsistan, tetapi saya yakin dibuat dengan sebab yang manasabah, iatu sebagai reaksi  beliau kepada keadaan politik semasa. Kita sungguh maklum yang populariti Pas dan PKR kini sudah banyak menurun sejak pilihanraya kecil Manek Urai lagi. Dari saat  itu, disusuli pula dengan keputusan di Permatang Pasir dan akhir sekali di Bagan Pinang, undi Melayu untuk BN nampaknya telah meningkat sekurang kurangnya 9%. Begitu juga sambutan pengundi kaum India kepada calun BN juga mulai meningkat dengan ketara.  Tinjauan sikap pengundi yang terkini oleh Merdeka Centre juga selari dengan hasil kajian  ini.

Jika dahulunya Pas masih ragu ragu hendak menjalin kerjasama dengan UMNO, ini juga kerana realiti semasa disaat itu. Pada tahun 2008 Pakatan Rakyat baharu sahaja mencipta rekod pilihanraya yang mengejutkan, jadi  tidak hairanlah mereka menolak perlawaan UMNO. Tetapi, jika dilihat dari strategi politik, adalah lebih elok parti Pas menghulurkan kerjasama di saat itu, iaitu dari kedudukan yang lebih kuat untuk mudah mendapat konsesi politik yang baik.

Kini ketika berhadapan dengan realiti baru politik Melayu yang semakin lemah sehingga menjejaskan program program untuk Bumiputera, Pas tidak mampu terus mengabaikan  soal hak istimewa Melayu. Jika tidak parti itu akan di hukum oleh pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang. Pas tidak boleh terus berpura pura yang politik Melayu hanyalah perjuangan asabiah yang tidak relevan, kerana pada realitinya kekuatan parti itu terletak dalam  kawasan Melayu.

Di Perak, mujur juga keputusan Mahkamah Persekutuan pada pagi ini  berpihak kepada  Dato’ Zambry(BN),  jika tidak Pakatan Rakyat pasti akan kalah dalam pilihanraya tergempar, jika diadakan di negeri itu.

UMNO sebaliknya menunjukkan sikap hati hati. Kali ini,  jika dilihat  dari sudut sambutan pengundi Melayu dan India yang menggalakkan, UMNO tidak terdesak bekerjasama dengan Pas. Inilah realiti politik. Yang kuat tidak memerlukan yang lemah.  Tetapi dari  segi agenda Melayu, hakikatnya politik Melayu masih lemah tanpa kerjasama parti parti Melayu untuk memperjuangkan hak hak kaum Melayu dan dalam menangani isu ekonomi,  isu  sosial, isu  pendidikan  dsb.

Jika wujudnya kata sepakat dikalangan parti parti Melayu, maka mudahlah kerajaan mengubalkan program progam memertabatkan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan sambil  memberi fokus yang sepatutnya kepada Bahasa Inggeri untuk anak anak Melayu supaya tidak terus ketinggalan dibelakang  anak anak kaum lain dan pelajar di  negara negara jiran dimasa hadapan.

Dengan wujudnya kata sepakat, mudahlah  kita mencari dan mempromosi kaedah baru untuk memajukan ekonomi Bumipuera.

Dan mudahlah pula semua  masyarakat memfokus, menerima dan komited dengan Wawasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020.

Akhir sekali,  dengan wujudnya kata sepakat maka mudahlah mempromosi pendekatan membentuk ummah yang lebih toleran, tidak jumud,  lebih terbuka dan  berilmu, bagi merintis  satu peradaban Islam yang maju di Nusantara.

DAH IKHWAAN

Sila baca artikel yang berkaitan:

1. ‘Kerajaan Perpaduan: Adakah PAS tergelincir dari landasan     Perjuangan’bertarikh 24 Jun, 2009

2. ‘Keputusan Pemilihan Kepimpinan PAS’  bertarikh 8 Jun, 2009

3. ‘Pertembungan Dua Prinsip dalam PAS’ bertarikh 3 November, 2008

4. ‘Muzakarah UMNO dan PAS’ bertarikh 5 Ogos, 2008

5. Nik Aziz dan Muktamar Agung Khas Pas

Posted in Artikel Politik, Uncategorized | Tagged , | Comments Off on Mungkinkah Kekuatan Politik Yang Menurun Mendorong Kerjasama Pas – Umno

December 2009 Update: Malaysian Stock Market Outlook 2010

Since our July Stock Market reading, the KLCI has been rising approx 120 points to the current level of 1260 points. This was a little improvement for the second half of 2009 and falls  within our expectation of no large price increases during the period. However, the KLCI did not drop substantially during the period in spite of a substantial overvaluation as measured against our model calculation.

As at July,  the KLCI was actually overvalued by 36.7%, and 26% as at end of October 2009 as shown in the chart below:


The market overvaluation shown above is arrived at based on actual economic data for 2009 and an assumption of a moderate Malaysian GDP growth of 4.0% for  2010.

Since the world economic recovery is not expected to be robust, the above estimates for the Malaysian economy are believed to be reasonable.

The current market scenario characterized by a steep climb after the recent market bottom may be  interpreted as classic case of a  bear attempt to scale the previous height, which will eventually fail as  expected in this Malaysian Market Outlook for 2010. This is more  so in the face of the current gross market overvaluation.


To illustrate this point,  a comparative chart showing the actual KLCI and the Model KLCI is shown above. In the current scenario, the KLCI has dropped steeply to its bottom in October 2008, but has since climbed steeply to its present level of 1260 points, an increase of 26% over a period of 14 months. The chart derived from the model equation has  risen much less.

In past situations, such a scenrio almost always led to severe market correction. This should have happened in the second half of 2009, but it didn’t .  It is possible that  the KLCI do not move with free market forces since most of the shares that affect the index are held by  government institutions.

Nevertheless, sooner or later  free market forces will exert more influence as any form of deliberate price support will become more costly. Therefore, it is our view  that this severe  correction is overdue, and it may happen soon or at the latest before the end of 2010.

DAH IKHWAN

Other Related Articles:

1. ‘Wall Street Meltdown: Analysis of Impact on the Malaysian Stock Exchange’ article dated 14 Oct, 2008.

2.’ Malaysian Stock Exchange: Where is the KLCI heading?’ article dated 27 April 2009.

3. ‘Malaysian Stock Exchange:Where is the KLCI heading?’ article update 23 July 2009.



Posted in Artikel Business, English Articles | Tagged , , | 1 Comment

Terhakisnya Toleransi Antara Kaum di Malaysia

Sikap rasis antara kaum di Malaysia kian menular dengan tercetusnya beberapa isu baru baru ini. Yang terbaharu melibat pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam yang bukan sahaja menjadi isu nasional, tetapi juga menarik perhatian media antarabangsa. Begitulah sensitifnya … Continue reading

More Galleries | Comments Off on Terhakisnya Toleransi Antara Kaum di Malaysia

Statistik Keputusan Pilihanraya Umum Tahun 2008 (PRU 12)

This gallery contains 5 photos.

Diwaktu negara menghadapi pergolakan politik atau pilihanraya kecil, saya kerapkali memerlukan akses segera kepada data kedudukan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Oleh itu saya rasa ada eloknya dimuatkan statistik berkenaan kedalam blog ini untuk kegunaan kita semua dari semasa … Continue reading

More Galleries | 4 Comments

Malaysian Stock Exchange: Where is the KLCI Heading? (Update 23 July, 2009)

Since my first article on these series dated April this year, the Malaysian Stock Market has been rising moderately with the KLCI climbing from 965 points at end of April 2009 to the current level of 1140 points.

KLCI Charts

The increase in the KLCI happened more or less in tandem with overseas indices such as the Doe Jones Industrial Average(DJIA), Nikkei, and the benchmark indices of Korea, China, Taiwan and Singapore.

With these increases, the KLCI has become even more overvalued as measured by the deviation between the model and the actual KLCI levels. As indicated in the chart below, the market is now at least 17% overvalued, indicating a fair value of KLCI at 974 points only.

Model deviation from KLCI

The 17% market overvaluation shown in the above table takes into account the latest DJIA and exchange rate data, as well as the GDP forecast at -4.2% and CPI estimate at 1.6% for 2009; and the GDP growth forecast of 2.8% for year 2010 as estimated by MIER.

In such an environment of GDP contraction and an expected slow economic growth in the near future, it would be extremely difficult for the market to sustain the existing level. Large price increases that would bring the market to the pre-crisis level are not realistic and therefore are not expected.

Further, should the actual data for the year 2010 GDP growth and inflation rate be lower than the MIER estimate, the the current market overvaluation would actually be higher than the 17% estimated above. This could lead to a large drop in the KLCI to below the 974 level in the second half of this year.

DAH Ikhwan

Please also visit

Malaysian Stock Market Outlook 2010

Malaysian Stock Exchange: Where is the KLCI Heading(April 27, 2009)

Wall Street Meltdown: Impact on the Malaysian Stock Market





Posted in Artikel Business, English Articles | Tagged , , | 2 Comments

Budaya Niaga melayu: Iktibar dari Nilai Pendidikan Bangsa Cina

Saya terpanggil menulis siri ini, sebagai perbandingan diantara ciri ciri budaya bangsa Cina dan bangsa Melayu yang menentukan persekitaran perniagaan masing masing.

Ini penting sebagai renungan masyarakat Melayu di Malaysia dalam usaha membentuk masyarakat perniagaan yang mantap. Seberapa boleh saya akan memuatkan pandangan dan ulasan sendiri tentang perkara perkara yang dibincangkan. Tetapi, perlu diingati ini adalah perkara yang amat rumit dan pasti memerlukan perbincangan dan kajian lanjut, terutama dari kalangan para pendidik, akademik, penggubal dasar kerajaan dan juga para usahawan.

Siri ini akan ditulis dengan memberi fokus kepada satu faktor dalam setiap artikel. Semua faktor yang disentuh bersumberkan buku ‘The Secret of Oriental Wealth’ ditulis oleh Dr. Wu Tao Wei.

Dalam artikel pertama ini marilah kita memberi fokus kepada isu Pendidikan seperti yang disentuh dalam buku tersebut.

Dalam Masyarakat Cina mereka memberi perhatian yang tinggi terhadap soal pendidikan. Ini meliputi banyak perkara, termasuklah
cara belajar, masa belajar, permakanan yang menyuburkan minda,
kesan televisyen dan hiburan kepada pelajar, pengaruh ikon bangsa kepada pendidikan, dsb.

Ahli falsafah terkemuka Cina Confucius pernah berkata, ” Belajar dan mengulangi apa yang dipelajari beberapa kali, bukankah itu suatu keseronokan?”

Seorang lagi ahli falsafah Mencius menyatakan ” Yang berkerja dengan mindanyalah yang berkuasa, dan yang hanya menggunakan kekuatan fisikal menjadi golongan yang dikuasai”.

Bangsa Melayu tidak memiliki ahli falsafah besar sebagai ikon seperti bangsa Cina , Yunani dan bangsa besar lain di dunia. Ini pasti kerana sejarah temadun Melayu yang masih singkat. Jika adapun masyarakat kita tidak begitu menyanjung cerdik pandai dan tidak mengenali sumbangan penting para ilmuan yang ada. Sedangkan dalam masyarakat Cina mereka bukan hanya mengingati Confucius dan Mencius, malah cara hidup bangsa Cina banyak berpandu kepada ajaran mereka.

Yang masyarakat kita lebih mengenali ialah kata kata bijak ahli politik yang sering berubah dan kemudian hilang selepas seseorang ahli politik itu hilang dari pentas politik negara.

Sebaliknya, dalam bidang agama pula bangsa Melayu mengenali dan mengagungkan para ilmuan di zaman silam. Jika tradisi ini wujud dalam bidang agama, kenapa tidak pula dalam bidang lain, seperti ekonomi dan perniagaan.

Mungkinkah minda Melayu sesungguhnya terhad dan hanya bergantung kepada para ilmuan asing untuk bergerak. Jika dilihat dari sudut perkembangan seni, sebaliknya , minda Melayu sungguh subur dan menyanjungi sumbangan ikon seni tempatan Allahyarahm P Ramlee – Siapa yang tidak ingat kata kata hikmat P. Ramlee.

Atau, apakah bangsa Melayu hanya suatu bangsa hiburan dan bukan bangsa ilmuan dan tidak gemar mengagungkan para ilmuan bangsa sendiri.

Yang hidup subur dalam minda Melayu banyak berupa cerita dan kata kata yang kurang berfa’edah dan ketinggalan zaman seperti petikan daripada Hikayat Hang Tuah, Si Lunchai, Mat Jenin, dsb. yang kita sendiri tidak pasti asal usulnya.

Peribahasa kita juga tidak banyak yang memberi motivasi kearah kecemerlangan pendidikan, kerjaya dan perniagaan. Yang dikenali umum kebanyakannya kurang berkualiti dan gagal memberi motivasi kepada minda Melayu. Sebagai contoh renungilah peribahasa terkenal yang berikut:

Jika kail hanya sejengkal jangan diduga laut yang dalam;

Angan angan Mat Jenin;

Biar lambat asal selamat;

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . . .

Rezeki secupak takkan jadi segantang.

Peribahasa di atas tidak menggalak inisiatif membangunkan ummah disamping mendewa dewakan status quo. Dalam zaman globalisasi dimana umat manusia berlumba lumba untuk maju, jalan selamat adalah baik, tetapi tidak semestinya lambat semoga tidak ketinggalan. Seterusnya, untuk maju memerlukan visi dan angan angan yang tinggi diikuti dengan usaha yang gigih. Sifat begini seharusnya disanjung dan bukan dikutuk. Jadi perumpamaan seperti Mat Jenin elok dibasmi dari minda Melayu dan digantikan dengan yang lebih sesuai.

Berbalik kepada soal pendidikan, mengikut buku ini, anak anak bangsa Cina di Amerika kurang menonton TV berbanding bangsa kulit putih. Begitu juga agaknya di Malaysia di mana anak anak Melayu banyak dilalaikan dengan bermacam macam program hiburan. Ini mencuri perhatian mereka dari pelajaran sekolah dan menyebabkan prestasi pelajaran yang menurun.

Juga perlu diingatkan Televisyen tidak menggalak seseorang berfikir, tetapi menjadikan seseorang dari zaman kanak kanak lagi sebagai pemalas yang hanya gemar menonton, suatu aktiviti yang tidak banyak menggunakan minda dan pergerakan fisikal.

Permakanan juga mengekang prestasi pelajar di sekolah. Makanan yang banyak bergula dan makanan segera merupakan punca utama anak anak menjadi gemuk dan lesu dalam menghadapi pelajaran. Sesungguhnya inilah trend yang kita saksikan di Malaysia. Habit ini juga digalakkan oleh semua stesyen televisyen dengan segala jenis iklan makanan junk food yang kita semua sedia maklum.

Buku ini merumuskan ini semua angkara strategi Yahudi di Amerika Syarikat untuk meraih keuntungan daripada media massa yang mereka miliki di sana. Malangnya budaya ini berkembang ke banyak negara di dunia ini, termasuk di Malaysia.

Dalam situasi di Malaysia, kita semua maklum perbezaan sikap diantara kaum Melayu dan Cina terhadap pelajaran. Masyarakat Cina menganggap pendidikan sebagai pelaburan untuk masa hadapan anak anak dan keluarga. Mereka sanggup berjimat untuk membiayai pelajaran anak anak. Sebaliknya, masyarakat Melayu juga sedar tentang pentingnya pendidikan tetapi, ramai manakah daipada kita yang sanggup berjimat untuk pelajaran anak anak? Sebaliknya masyarakat Melayu bergantung hampir keseluruhannya kepada kerajaan untuk membiayai pendidikan mereka.

Disamping itu, anak kaum Cina biasanya memberi lebih masa di kelas kelas tuisyen atas biayaan sendiri.

Hasilnya kita dapat saksikan sendiri. Ramai anak kaum Cina belajar di luar negeri dan memenuhi universiti swasta sementara anak Melayu terhad di universiti awam sahaja. Memandangkan kualiti pelajaran di institusi institusi ini berbeza, hasilnya anak Melayu kurang menguasai bidang teknikal, sains, matematik, perniagaan dan Bahasa Inggeris.

Perbezaan ini memberi kelebihan kepada masyarakat Cina dalam mempersiapkan anak mereka di alam pekerjaan dan perniagaan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

Posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera | Tagged , | 3 Comments