Sistem pendidikan: Ancaman Besar daripada Fenomena Tuisyen

[ artikel di bawah adalah terjemahan daripada surat dari pembaca yang dimuat  di dalam akhbar The Star bertarikh 21 Disember, 2013]

Kata-kata yang amat kerap daripada  guru dan ibu-bapa kepada anak-anak ialah ‘jika kamu tidak hadir tuisyen, kamu tidak akan lulus’.

Namapaknya menghadiri tuisyen sudah menjadi suatu kewajipan di dalam sistem pendidikan negara apabila setiap  ibu-bapa sedaya upaya berusaha menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen  bagi menghindar keciciran dan memastikan yang anak-anak mereka akan lulus dalam perperiksaan.

Ibu-bapa sanggup mengeluarkan ratusan ringgit untuk yuran tuisyen.

Ibu-bapa perlu menyediakan antara RM200 hingga RM300 untuk setiap pelajar sekolah menengah dan bagi yang ada 3 orang pelajar, mereka terpaksa mengeluarkan antara RM800 dan RM1000 termasuk tambang pengangkutuan.

Ini bukanlah kerana ibu-bapa begitu  menggalakkan  tuisyen, tetapi  kerana kebimbangan yang anak mereka akan tercicir disamping memberi yang terbaik untuk   mereka.

Yang sedihnya, ibu-bapa yang miskin tidak mampu menyediakan ini semua. Dengan mutu pendidikan  yang teruk kini, pelajar yang lemah menjadi mangsa sistem ini, mereka tidak mampu membayar yuran tuisyen,  justeru tercicir dibelakang rakan sebaya mereka.

Pelajar-pelajar ini menjadi dropout atau pelajar yang  terus lemah oleh kerana ketiadaan peluang yang sama atau di diluar kemampuan ibu-bapa mereka.

Disudut yang lain pula, fenomena tuisyen memberi tekanan yang amat berat kepada pelajar dan ibu-bapa.

Anak-anak yang menghadiri tuisyen pula perlu bergegas menyiapkan kerja homework untuk sekolah dan kelas tuisyen, dan ada  anak-anak yang menduduki perperiksaan UPSR dan PMR  tidak tidur sehingga tengah malam.

Di zaman enam dan tujuh puluhan tidak banyak pusat tuisyen yang wujud, dan sistem dimasa itu cukup mampu menyediakan pendidikan yang baik dan mampu pula menghasilkan para ilmuan yang ada sekarang.

Kini hampir kesemua guru sekolah mangatakan pelajar perlu menghadiri tuisyen, jika tidak mereka akan tercicir.

Adakah anak-anak  sekarang tidak sepintar kanak-kanak dahulu, atau adakah sukatan pelajar sekarang lebih sukar, atau guru-guru kini tidak mempunyai kelayakan yang cukup?

Perunding pakar dari luar kini  mengatur formulasi sistem dan polisi pendidikan,  tetapi amatlah  mengeciwakan kerana  tiada usaha dibuat untuk menganalisis dan memperbaiki kualiti pendidikan yang kian merosot. Jika situasi ini berterusan fenomena tuisyen nanti akan mengancam keseluruhan sistem pendidikan.

Sungguh aneh sekali apa guru-guru yang sama(dari sekolah kerajaan)  mampu capai  hanya dengan memberi tuisyen selama dua jam sehari (dipusat tuisyen).

Pertumbuhan sekolah antarabangsa  bak cendawan juga disebabkan oleh fenomena pertumbuhan  pusat tuisyen. Ini bukan kerana ibu-bapa senghaja hendak menghantar anak mereka di sekolah-sekolah yang mahal, tetapi ini kerana kualiti yang merosot  di sekolah-sekolah kerajaan.

Kebanyakan darpada  guru ini adalah dari sekolah sekolah kerajaan dan mereka bertugas separuh masa di pusat-pusat tuisyen.

Ada guru lebih selesa di pusat tuisyen kerana tugas disana kurang tekanan dan pendapatannya lebih lumayan.

Kerajaan harus sedar ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan dan cara pengajaran  sekarang,  dan jangan hanya menyangka kemerosotan hanya berlaku dalam pengajaran bahasa Inggeris sahaja.

Ia sepatutnya menganalisis dan kenalpasti sebab-sebabnya.

Sepatutnya wujud peraturan yang ketat ke atas  pusat tuisyen, misalnya guru-guru sekolah ditegah mengajar di sini. Pusat-pusat ini sepatutnya hanya mengambil kerja guru-guru sepenuh masa yang berkelayakan dan yurannya perlulah di kawal dengan teratur.

Ia adalah suatu pembaziran  yang besar jika kemerosotan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan tidak di kawal dan diperbetulkan.

Terjemahan  surat asal dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh

KASINATHAN

Shah Alam

3 Comments

  1. zulkifli

    Assalamualaikum. ..

    Mohon tuan Dah aju dan bagi komentar kpd Menteri pendidikan II. Dato sri Idris Jusoh. Rasanya sempat lagi.. krn menteri sedang mengalu2kan pandangan berkenaan pendidikan negara….

    Siap ada tawaran 5 ipad kpd soalan membina… siap jd vip utk forum bersama menteri kpm

    Semoga tuan dpt lontarkan pandangan yg bernas…

    Saya doakan u tuk tuan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

  2. DAH IKHWAN

    Saudara Zulkifli,
    Terima kasih diatas cadangan saudara. Insya Allah, Diharap saudara dan yang lain juga mengemukakan pandangan kepada Menteri Pendidikan II. Selain itu saya juga tengah membuat kajian tentang isu-isu Sistem Pentaksiran Berasas sekolah dan ini akan di muatkan dalam Blog ini tidak lama lagi.

    • zulkifli

      Assalamualaikum Tuan Dah

      Alhamdullilah. .. hari ini selesai daftar kemasukkan anak ke sekolah Menegah Agama Marang di Terengganu.

      Drp 527 org calon yg menjalani ujian…
      Hanya 162 org yang diterima.

      Mengikut sinar harian… calon yg memohon kemasukan ke sekolah aliran agama di Terengganu seramai 4000 org lebih. .
      Tapi ada 9 buah shj sekolah agama bawah Majlis Agama Ngr Terengganu Maidam..
      Jika 160org X 9 buah sekolah.. hanya boleh menampung 1440org.
      Maka 3600org pelajar lagi tak dpt masuk.

      Alangkah baiknya jika KPM memperbanyakan sekolah aliran agama.

      Semasa menteri pendidikan 2 jd menteri besar Terengganu. .. ditubuhkan sekolah imtiyaz… dan diadakan kelas tamayuz (hafazan) dgn target 30juzuk tamat ketika tingkatan 5.

      Kini pandangan menteri pada sekolah biasa yg sasarannya khatam alQuran apabila tamat spm.

      Semoga usaha ini berjaya.

      Wassalam.

Comments are closed