Ranking PISA dan Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia

 [Artikel dan data dikemaskini pada 20 November 2020]

Kedudukan terkini Malaysia dalam  program Penarafan Pendidikan Dunia (PISA tahun 2018), menunjukkan  penurunan berbanding tahun 2015 dalam semua ketiga-tiga mata pelajaran yang dipertandingkan. Purata skor untuk Matematik, Sains dan Bacaan ialah 431 mata dan ini menempatkan Malaysia ditangga yang 48 diantara 79 negara. Negara menyasarkan penempatan dalam kumpulan satu pertiga teratas, dengan kata lain kedudukan yang ke 26 atau lebih baik.

Penarafan ini membandingkan kedudukan mutu pendidikan di peringkat antarabangsa dalam tiga mata pelajaran dan butiran mata yang dicapai Malaysia adalah seperti berikut:

.

STATISTIK PENNARAFAN PISA MALAYSIA 2009-2018

MATA PELAJARANMATEMATIKSAINSBACAAN
PISA 2009
SCORE404422414
RANKING___
PISA 2012
SCORE 421420398
RANKING485056
PISA 2015
SCORE446443430
RANKING454750
PISA 2018
SCORE440438415
RANKING484957
Malaysia PISA Ranking 2009-2018 Source OECD Org.

Jadual di atas menunjukkan peningkatan bidang matematik yang ketara daripada 404 mata pada 2009 kepada 446 pada tahun 2015, tetapi menurun kepada 440 mata pada tahun 2018. Tren yang sama berlaku dalam mata pelajaran Sains dan Bacaan. Angka ini menunjukkan kemajuan dicapai sehingga tahun 2015 ketika sistem PBS dilaksanakan dan dalam tempoh Tan Sri Muhyddin Yassin menyandang jawatan Menteri Pendidikan. Selepas itu pencapaian telah menurun sedikit, berdasarkan data yang terpapar dalam jadual diatas.

Sekolah luar bandar amat memerlukan akses dan kelajuan internet

Angka perbandingan dengan negara- negara lain adalah seperti dibawah bagi PISA 2018:

MATA PELAJARANMALAYSIASINGAPURAOECD
MATEMATIK440569489
SAINS438551489
BACAAN415549487
PERBANDINGAN PENARAFAN PISA. 2018 . . SUMBER OECD Org.

Data di atas menunjukkan Malaysia berada dikedudukan kedua di ASEAN, tetapi jauh dibelakang Singapura yang berada di ranking ke dua dunia. Vietnam mungkin juga mendahului Malaysia, tetapi data tidak disenaraikan di website OECD atas sebab teknikal. Data untuk negara-negara maju (OECD) juga jauh mendahului Malaysia.

Negara kini mensasarkan untuk mencapai ranking dalam kumpulan sepertiga teratas seperti  dalam  objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (2013-2025)

Dalam kajian Kementerian Pendidikan sebelum Sitem PBS bermula pada tahun 2011, kedudukan Malaysia yang tersorot berbanding negara-negara lain (termasuk berbanding beberapa negara ASEAN )disebabkan oleh beberapa perkara, diantaranya pelajar lebih menumpukan perhatian kepada perperiksaan awam dan kurang  serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA. Juga bentuk jawapan dalam  Perpereksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak berbentuk penulisan seperti dalam ujian PISA.

Dengan pendekatan di atas,  guru-guru dan pelajar Malaysia lebih cenderung menggunakan jalan pintas dan hafalan dan tidak banyak menumpukan soal pemahaman applikasi dalam sesuatu  mata pelajaran, terutama mata pelajaran matematik dan sains.

Bagaimanapun,  Ketua Pengarah Pelajaran dipetik menyatakan  (Mingguan  Malaysia  23.2.14) yang  analisis terhadap Program PISA  mendapati terdapat beberapa sekolah di Malaysia mencatat skor tinggi standing Shanghai di China, Singapura dan Finland.

Beliau berkata skor tinggi yang dicatatkan oleh sekolah swasta, agama dan sekolah harian berkenaan adalah kerana amalan terbaik tertentu yag dibawa pengetua dan seterusnya di terjemahkan para guru di bilik darjah.

“Jadi kita boleh melakukan intervensi di sekolah lain supaya mereka juga boleh mengadaptasi amalan terbaik tersebut mengikut situasi masing-masing ” katanya.

Sejak Tan Sri Muhyddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 2009 Kementerian Pendidikan berusaha menangani masalah kemerosotan  ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) mulai pada tahun 2011 untuk pendidikan rendah dan pada 2012 untuk pendidikan menengah.

Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan banyak dikaji dan dibincang di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ianya telah dilaksanakan di banyak negara di dunia termasuk negara-negaru maju seperti  Australia, Britain, Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di Singapura. Pada masa kini  pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi dengan adanya sistem telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara.

Tujuan utama sistem PBS ialah untuk menambah-baik  hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya bertujuan mengeluarkan graduan yang  lebih baik bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data tentang kelebihan dan kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem sekarang yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran dibuat diperingkat sekolah.

Bagaimanapun, masalah dalam pentadbiran PBS telah  banyak diperkatakan di media diwaktu awal perlaksanaannya. Suasana  ini sesugguhnya menggambarkan kecelaruan dalam perlaksanaan ketika itu.

Isu utama  timbulnya daripada proses data entry yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Difahamkan bahawa kerja data entry itu tidaklah begitu sukar,  tetapi konektiviti pertalian yang menimbulkan masalah yang amat membebankan bagi guru-guru diluar bandar, terutama kawasan-kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

Veveonah exam online atas pokok -lambang kecelaruan konektiviti internet di luarbandar negeri-negeri Borneo.

Kerajaan perlu faham betapa rumit kerja dan besarnya tanggungjawab seorang guru yang  hendak menjalankan tugas dengan baik. Pertama, beliau perlu menyediakan pelajaran, selepas itu mengajar diwaktu sekolah dan selepas itu dia  perlu lagi membuat correction keatas kerja-kerja yang dibuat oleh pelajar.  Inipun jika tiada kerja ko-kurikulum  dan sampingan yang diperlukan dalam pentadbiran sekolah. Sudah pasti ini memerlukan lebih daripada 8 jam sehari yang lazimnya dituntut  daripada pegawai kerajaan yang lain.

Kerja-kerja diatas memang munasabah dan diharapkan daripada seseorang guru, termasuklah key in data  untuk sistem PBS.Tetapi apabila  sistem PBS itu tidak effisien, ini amat membebankan. Cubalah bayangkan  bagaimana tertekannya jiwa seorang guru apabila mengambil masa sehingga sejam untuk key in data untuk seorang pelajar. Kebiasaan nya seorang guru mengajar empat atau lima kelas  untuk sejumlah 120 hingga 150 orang pelajar.  Dengan ini  guru-guru terpaksa membuang masa terlalu lama dihadapan komputer dan terpaksa menyambungkan kerja kerja ini sehingga larut malam,  jam 3 atau 4 pagi.  Tidak menghairankan apabila ada dikalangan guru yang lebih rela meletak jawatan daripada hidup tertekan berterusan.

Dalam perkara ini, adalah menjadi tanggungjawab utama bagi kerajaan menyediakan sistem online yang efficien diseluruh negara, termasuk disekolah-sekolah terpencil. Masalah ini sudah  lama berlarutan. Maka tiada sebab ianya tidak diperbaiki atau di overhaul sepenuhnya dengan kadar segera.

Dalam menangani masalah sistem online ini, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil iktibar daripada kesilapan yang lampau – lantiklah konsultan dan kontraktor yang pakar  dan  terbaik dalam bidang ini. Ini bukanlah satu perkara yang begitu rumit untuk ditangani kerana kita sedia maklum yang kepakaran dalam bidang ICT tidak sukar didapati di Malaysia. Umum tahu yang banyak sistem online yang canggih dan efficien sudah lama wujud  seperti di Lembaga Hasil dalam Negeri, dalam sektor perbankan dan sektor penerbangan.

Setakat ini   telah wujud gerakan terdiri daripada segelintir guru untuk membubarkan Program PBS. Alhamdulillah ia belum lagi mendapat sambutan daripada para guru dan orang ramai. Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga telah meminta golongan pendidik bersabar dan memberi peluang kepada Kerajaan untuk menangani isu ini terlebih dahulu.

Oleh kerana isu ini telah lama berlarutan, pihak Kerajaan perlu mengambil tindakan segera menangani masalah ini. Janganlah hanya ambil sikap sambil lewa sahaja sehingga emosi rakyat memuncak lagi, seperti dalam isu PPSMI yang terdahulu. Jika ini berlaku, amat menyedihkan perkara yang amat penting ini yang akan menentukan nasib generasi baru dan masa depan negara ditentukan dalam demonstrasi jalanan tanpa mengambil kira percancangan rapi secara ilmiah dan professional.

Isu pendidikan negara merupakan satu isu yang amat berat untuk ditangani. Bagaimanapun, dengan YAB Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kita yakin yang beliau sekali lagi, malah lebih mampu memberi tumpuan utama kepada pendidikan generasi kini untuk masa depan negara.

Sekian, wallahu a’lam

.

DAH IKHWAN

2 Comments

  1. zulkifli

    Assamualaikum tuan dah…
    Mohon pandangan tuan tetang polimik PBS di negara kita. Bagaimana cara terbaik utk pendidikan negara.

    Wassslam.

    • DAH IKHWAN

      Saudara Zulkipli,
      Pada pandangan saya, polimik PBS kini bermula dengan sebab-sebab yang sahih yang dialami guru-guru dalam melaksanakan sistem PBS ini. Bagaimanapun ada tanda-tandanya ia menjadi isu politik jika tidak ditangani dengan segera. Bagi kita sebagai pencinta pelajar dan pendidikan, kerajaan perlu ambil perhatian dan tindakan segera keatas masalah-masaah yang dihadapi guru dalam hal ini.
      Yang amat perlu disegerakan ialah menangani masalah sistem online yang ada sekarang. Mengapakah sistem ini tidak mampu beropersi seperti dijangka? Pakar yang bebas patut dilantik untuk membuat kjian dan mencadang opsyen untuk menangani masalah ini. Disamping itu, Jika pembekal yang ada didapati cuai, tindakan undang-undang patut diambil.

      Public Account Committee sepatutnya ambil perhatian.

Comments are closed