Tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Perdana Menteri Baru – (Nota Penyerahan Kerja Covid-19)

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9 oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi.

Tugas-tugas mencabar sedang menunggu beliau untuk meneruskan perang melawan Pandemik Covid-19, disamping berhadapan dengan krisis ekonomi yang meruncing sekarang.

Alhamdulillah, beliau merupakan muka lama yang berpengalaman diyakini boleh menetapkan kesinambungan perang Covid-19 dan Pelan Pemulihan Negara yang telah di rangka dan dalam perlaksanaan setakat ini di bawah mantan Perdana Menteri Tan Seri Muhyddin Yassin.

Setakat ini, kerajaan dibawah Mantan PM Tan Sri Muhyddin Yassin telah berjaya dalam beberapa perkara melibatkan perang melawan Pandemik. Sila lihat data sehingga tarikh peralihan dalam Carta di bawah:

Data Covid-19 Malaysia sehingga tarikh peralihan kerajaan pada 21 Ogos 2021


Carta diatas menunjukkan jumlah kes baru harian masih lagi diparas tertinggi. Ini tidak menghairankan kerana penerima dua dos vaksin, walaupun meningkat, masih belum cukup tinggi, di paras 39.9% sahaja pada 21 Ogos 2021. Angka Vaksin dijangka akan terus meningkat kepada 48% pada 31 Ogos 2021, dan pasti akan menurunkan angka jangkitan dan kematian seterusnya.

Bagaimanapun jumlah kematian harian telah mulai menurun sejak 8 Ogos dengan 360 kematian, kepada 223 pada 21 Ogos 2021. Ini menunjukkan kadar vaksin yang meningkat sedang memberi kesan ketara munurunkan jumlah kematian harian. Angka ini dijangka akan terus menurun keparas rendah mulai September hingga hujung bulan Oktober dengan kadar vaksin setinggi 80% daripada penduduk Malaysia.

Saya juga ingin memaparkan carta untuk kawasan Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Selangor), sebagai kawasan yang ramai penduduk dan memberi kesan yang besar kepada data negara. Sila lihat di bawah:

Data Covid-19 Lembah Kelang(KL/Selangor) hingga 21 Ogos 2021

Carta di atas menunjukkan yang kadar vaksin negara sudah menampakkan kesan yang ketara. Kadar kematian seluruh negara sudah mulai trend menurun sejak awal bulan Ogos. Demikian juga kadar kes baru dan kematian di Lembah Kelang yang merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Keadaan kadar vaksin yang meruncing di Selangor pada awal bulan Ogos sudah dibereskan dengan bantuan pusat-pusat vaksinasi berlokasi di Kuala Lumpur. Disini kita boleh nampak betapa cekapnya kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani program vaksinasi negara. Perlu diingatkan Malaysia kini mencapai kadar pemberian vaksin tertinggi di seluruh dunia.

Kita sedih dengan perletakan jawatan YB Tan Sri Muhyddin Yassin dalam keadaan negara amat memerlukan beliau. Bagaimanapun, kita juga bersyukur yang kerajaan baharu dibawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri adalah kerajaan kesinambungan Perikatan Nasional. Kita yakin beliau cukup bijak bagi menentukan kesinambungan pelaksana program yang kritikal, terutama sekali dalam memerangi pandemik Covid-19. Wallahu a’lam.

.

DAH IKHWAN

ANNUR SCENTED HAND SANITIZER