Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden, di pecat dari BERSATU atas dakwaan membelakangi Presiden parti Muhyddin Yassin apabila mulai perbincangan dengan Parti UMNO tanpa pengetahuan pucuk kepimpinan BERSATU. Muhyiddin mendakwa Hamzah melakukan pelbagai pelanggaran dan yang paling utama, beliau berada di belakang satu gerakan yang memecah-belahkan parti secara dalaman. Ini nampaknya satu pengkhianatan kepada pemimpin tertinggi parti. Jika tidak, mengapa beliau berjumpa dan berbincang dengan UMNO melainkan adanya agenda peribadi yang sulit. Isu ini adalah sensitif ketika parti BERSATU kini berhadapan dengan PRN 2026.
Dalam kes yang serupa melibatkan bekas Timbalan Presiden parti PKR, Rafizi Ramli yang meninggalkan PKR telah mengambil-alih kepimpinan Parti Bersama Malaysia, sebagai landasan perjuangan baru beliau.
Rafizi dijangka meneruskan perjuangan Melayu liberal yang melibatkan asas-asas jelas seperti demokrasi, ketelusan, kebersihan dsb. Rafizi mendakwa parti PKR sudah menyimpang daripada perjuangan asal ini.
Perjuangan Hamzah Zainuddin dijangka tiada bezanya daripada parti BERSATU, parti asal beliau yang bertunjangkan politik nasionalis Melayu. Tetapi saya agak musykil dengan pendekatan RESET kumpulan beliau yang nampak mirip perjuangan PKR. Agak mengkhairankan yang matlamat Hamzah untuk merampas kerusi BERSATU, tetapi RESET pula mengarah kepada perjuangan PKR. Amat bercelaru nampaknya perjuangan Hamzah ini.
Dengan berhadapan dengan parti PAS yang bertunjangkan Agama, politik orang Melayu, sebenarnya masih tetap di takuk yang lama, ia itu Blok Melayu Nasionalis diwakili oleh UMNO dan BERSATU, Blok Melayu Agama diwakili oleh parti PAS, dan blok Melayu Liberal di wakili oeh Parti PKR. Selepas menjadi pengalisis politik pilihanraya Malaysia sejak 17 tahun yang lalu, saya telah membina data sahih yang menunjukkan semenangnya inilah tiga Blok politik Melayu di Semenanjung Malaysia.
Secara terperinci, saya dapati Blok Nasionalis Melayu tidak banyak berubah, yang tahapnya di aras kira-kira 46%, Blok Agama 28% , dan Blok Liberal 25%. Data-data ini saya hasilkan dari kajian yang dibuat sejak empat PRU yang lepas dan didalam Analisis Keputusan PRN 2023. Dalam artikel-artikel tersebut ketepatan ramalan telah dihasilkan dalam PRU 15 dan PRN 2023 dengan cara menganggar peralihan sentimen kaum dalam ketiga-tiga blok pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia ketika itu.
Data diatas mempunyai implikasi yang besar kepada suasana politik negara, bergantung kepada jajaran yang akan dibentuk sewaktu PRN 2026 atau selewatnya sebelum PRU 16 ini. Tetapi bilangan kerusi yang sedia ada pada parti-parti tertentu tidak semestinya mencerminkan saiz blok parti masing-masing
Misalnya kini Parti PAS mempunyai bilangan 45 kerusi Parlimen, iaitu lebih banyak daripada sepatutnya sebagai sebuah parti Blok Agama. Ini kerana ketika bergabung dengan Parti Bersatu dalam Perikatan Nasional, Parti PAS dibenarkan bertanding dibanyak kerusi dalam kawasan Blok Nasionalis Melayu dalam PRU 15, mungkin atas sebab PAS mempunyai jentera pilihan raya yang lebih aktif di hampir semua negeri di Semenanjung. Suasana serupa tidak mungkin berulang kerana kini PAS tiada rakan Pilihan Raya dari Blok Nasionalis Melayu yang tepat dan direstui rakyat. Rakan yang tepat ada baiknya memiliki jentera pilihan raya yang baik, tetapi yang lebih penting ialah rakan yang dikenali dan diterima rakyat dari Blok Nasionalis Melayu.
Parti PAS nampaknya sedang menghadapi dilema sama-ada memilih rakan baru dalam PRN 2026 dan PRU 16 ataupun terus bersama BERSATU .Pada zahirnya parti PAS ada advantage dalam memilih rakan Pililian Raya PRU 16, tetapi saya rasa suasana pilihan raya tidak semudah itu. Jika PAS bersama kumpulan RESET dibawah Hamzah Zainuddin dan melawan BERSATU bersama UMNO, saya rasa PAS pasti akan menemui kegagalan. Ini kerana Hamzah Zainuddin dilihat sebagai pemimpin sisihan tanpa pengaruh luas dengan agenda peribadinya sendiri dan tidak mampu memberi nilai tambahan kepada pihak Kumpulan. Jika bersama BERSATU dalam Perikatan Nasional, insya Allah keputusan akan menyebelahi Perikatan Nasional seperti dalam PRU 15 dahulu.
UMNO yang biasanya bersikap overconfident sebelum pilihan raya, pula sebenarnya akan berhadapan dengan suasana yang sukar kerana telah mengkhianati mandat pengundi Melayu ketika bergabung dengan DAP melalui Pakatan Harapan selepas PRU 15 Sememangnya kebencian pengundi Melayu terhadap parti DAP sukar dikikis dalam masa satu dekad.
Bagi Pakatan Harapan pula, PKR akan ikut terjejas dalam PRN 2026 ketika berhadapan kumpulan Rafizi Ramli. Perpecahan undi Melayu di sini mungkin tidak banyak, tetapi sudah cukup untuk menggugat sebilangan kerusi PKR dalam pertandingan yang sengit
.
DAH IKHWAN
.
Nota: sejak diterbitkan artikel ini telah mencapai 1039 Hits