Perihal Subsidi Pukal, RON 95 dan BRIM

 

Dalam sesebuah negara yang maju, lazimnya tiada subsidi diberi kepada pengguna  yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup penduduk di dalamnya. Ini  kerana pendapatan isi rumah sudah cukup tinggi dan tidak memerlukan sebarang subsidi untuk meneruskan kehidpan dengan cukup selesa.  Polisi ekonomi sedemikian, perlu bagi menentukan yang khazanah negara diagihkan dengan cara efficien kepada sektor yang memberi pulangan yang optimum. Resipi ini akan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pendapatan  penduduk.

Memang ada bentuk subsidi yang pernah diamalkan oleh negara maju seperti Kesatuan Eropah tidak lama dahulu yang berbentuk subsidi kepada petani perladangan gandum. Tetapi  inipun membawa kepada masalah apabila negara-negara tersebut mengeluarkan gandum berlebihan yang tidak diperlukan  secara berpanjangan. Baru-baru ini kita melihat isu subsidi beras di Thailand yang merebak menjadi isu politik pula. Di Malaysia subsidi   telah lama diamalkan secara meluas  dalam begitu banyak sektor seperti sektor bahan api dan gas asli, minyak makan, beras, gandum, sektor kesihatan, pendidikan, perumahan, subsidi jalan toll  dan  bermacam-macam bantuan secara-langsung termasuk BRIM. Program subsidi yang meluas ini banyak memerlukan wang pembiayaan  yang sebahagian besarnya bersumber daripada industri petroleum dan gas asli, seperti ternyata dalam Bajet Negara..

Sumber petroleum dan gas dari tiga buah negeri, iaitu Sarawak, Terengganu dan Sabah adalah satu rahmat untuk negara. Pada masa lepas ia telah dapat mengurangkan beban rakyat di seluruh negara dan membantu menyediakan landasan untuk ekonomi berkembang. Justeru itu kerajaan bukan sahaja mampu memberi subsidi kepada rakyat, malah mampu juga memberi insentif-insentif perniagaan dan pelaburan dengan cara mengenakan skim percukaian yang tidak membebankan industri.

Di sini kejayaan kerajaan BN di  bawah Tun Mahathir Mohammad dalam mengembangkan industri Petroleum dan memajukan PETRONAS sebagai sebuah institusi negara yang amat berjaya hingga keperingkat global  sesungguhnya dikagumi. Adalah wajib bagi  PM Najib atau mana mana kerajaan yang akan datang mempertahankan kecemerlangan PETRONAS supaya tidak diganggu gugat oleh  kepentingan  politik atau peribadi.

Walapun subsidi itu penting untuk mengurangkan beban rakyat, polisi  subsidi secara besar-besaran yang ada sekarang adalah tidak bijak dan tidak dapat diamalkan secara kekal. Ini kerana sumber Petroleum dan Gas negara adalah terhad dan suatu hari nanti ia juga akan habis. Ketika ini berlaku nanti, kerajaan akan menghadapi masalah besar dalam mencari sumber kewangan alternatif bagi membiayai subsidi  tersebut.

Disamping itu susidi amat banyak melibatkan pembaziran, diagih kepada mereka yang tidak memerlukannya. Ia juga memesongkan khazanah daripada sektor yang yang lebih berdaya maju, yang mampu menyediakan perkerjaan  yang  baik dan berpendapatan tinggi. Kesannya, ialah bebanan yang berterusan kepada negara dan mengekang kemampuan negara untuk terus maju dan meningkatkan pendapatan isi-rumah.

Oleh itu polisi rasionalisasi subsidi adalah satu pendekatan ekonomi yang amat baik dan perlu bagi mengurangkan defisit belanjawn negara. Ia dapat membantu mengagihkan sumber negara dengan cara yang lebih eficien untuk memantapkan pertumbuhan dimasa hadapan.

SUBSIDI PETROLEUM

Subsidi  petroleum yang ada sekarang dalam bentuk subsidi secara langsung untuk pengguna diesel dan petrol RON 95 adalah satu bentuk subsidi yang lebih praktikal. Sungguhpun  ada masalah dalam mengawal penyeludupan diesel atau kepada sektor industri yang tidak layak, ini tidak dapat dielak, selagi wujudnya subsidi yang boleh menguntungkan penyeludup atau orang tengah. Selagi kerajaan mampu mengawal penyeludupan dengan cukup berkesan dan mengawal ketirisan dengan  berpatutan, polisi ini boleh diterima  jika ia dapat mengurangkan bebanan kerajaan dengan banyak.

Isunya sekarang ialah subsidi RON 95  masih boleh dianggap subsidi pukal yang membazir dan menguntungkan juga pengguna yang mampu dan berpendapatan tinggi. Ura-ura kerajaan untuk mengetatkan penjualan RON 95 hanya untuk rakyat Malaysia sepintas lalu nampak baik, tetapi  saya rasa amat sukar di kuat-kuasakan dan tidak praktikal.

Sebagai alternatif adalah lebih praktikal jika  kerajaan memperkenalkan RON 90 dalam pasaran serta  mengalihkan subsidi untuk RON 95 yang ada sekarang kepada RON 90.  Dengan ini  petrol RON 95 hanya diberi subsidi minima dan RON 97 tanpa subsidi sama sekali. Adalah perlu pula  mengubah spesifikasi engin untuk kereta, misalnya kereta kecil dibawah 1200 cc menggunakan  RON 90 dan yang  cc keatas menggunakan RON 95 atau RON 97.  Enjin untuk kereta 1200 cc keatas  pula perlu ditetapkan  secara teknikal dan  diwajibkan mererima RON 95 dan RON 97 sahaja.

Sebagai alternatif, dalam zaman ICT kini, kaedah mengagihkan subsidi seharusnya lebih mudah. Jika sistem  internet  membolehkan kita  membeli secara online, menguruskan akaun bank juga secara online, maka  tiada sebab yang boleh  mengekang kerja mengagihkan subsidi secara online. Ini boleh dilakukan melalui kad subsidi khas, kad kredit atau My Kad yang boleh memuat turun amaun subsidi bagi setiap individu. Kad kad ini boleh digunakan di mana mana  petrol stesyen yang boleh menentukan secara otomatik harga petrol yang perlu dibayar setiap individu tersebut. Untuk melaksanakannya, setiap petrol stesyen perlu diubahsuai untuk menerima sistem ini.

Ada para pengkritik khuatir yang sistem sebegini tidak mampu mencegah penyalahgunaan kad subsidi tersebut. Saya rasa ini tidak sepatutnya dirisaukan, kerana jika pun ada penyalahgunaan, ia berlaku hanya diantara pengguna sahaja. Ia itu jika si Mamat menjual subsidinya kepada orang lain, quota beliau sendiri akan menrun tanpa menjejaskan pengagihan kuota pada keseluruhannya. Tambahan pula setiap kuota yang diagihkan hanya mengikut jangkaan keperluan setiap pengguna.

Juga perlu diingatkan, selagi adanya subsidi selagi itulah ada penyalah-gunaan. Tiada sistem yang perfect, ianya  boleh dikira cukup baik  dan berkesan jika mampu membendung ketirisan jumlah keseluruhan  subsidi kerajaan dalam negara serta jika mampu mengekalan suasana pasaran yang lancar.

BRIM

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah di perkenalkan dibawah pemerintahan PM Najib, dalam suasana Pilihan Raya. Justeru itu ia banyak merupakan suatu polisi populis, di atas subsidi-subsidi yang sedia ada. Teapi dari  sudut yang positif , ia boleh mengurangkan kesan buruk dasar rasionalisasi subsidi terhadap rakyat yang berpendapatan rendah, dengan pengagihan terus kepada mereka.

Bagaimanapun, pemberian BRIM nampaknya bertambah terlalu mendadak.Kini pemberian subsidi ini bertambah tahun demi tahun hingga mencecah  RM4.5 bilion untuk  tahun 2014 meliputi lebih tujuh juta penduduk berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Kita tidak anti BRIM. Tetapi, jikapun BRIM diteruskan, ia tidak perlu diperluaskan lagi, kerana dalam jangka panjang ia membahayakan kewangan negara, menjejas produktiviti pekerja dan  kemampuan negara mencapai WAWASAN 2020. BRIM  yang sedia ada perlu diperketatkan dengan menggalakkan mereka yang tidak lagi layak  supaya memaklumi kerajaan. Disamping itu BRIM  sepatutnya diagihkan kepada mereka yang memohon dan benar-benar layak  menerimanya sahaja. Kini amat banyak kes penerima  yang tidak memohon atau tidak layak menerimanya.

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

2 Comments

  1. This web site certainly has all the information and facts I wanted concerning this subject and didn’t know
    who to ask.

    • DAH IKHWAN

      Thanks En Rodrigo. It is in deed my approach to make best efforts to provide best information and sincere constructive analysis.

Comments are closed