Keputusan Pilihan Raya Kecil Port Dickson telah diumumkan dua hari lepas dengan Anwar memenangi dengan selesa seperti dijangka . Butiran keputusan seperti berikut:
PH Anwar Ibrahim            31,016 undi
PASÂ Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â 7,456
Isa Samad                     4,230
Lain lain                        787
Jumlah                      43,489
Majoriti                      23,560
Peratusan Mengundi           58.6%
Analisis pengundian menggambarkan hanya 56% sahaja pengundi Melayu yang turun mengundi kerana sebahagian besar dari BN nampaknya memboikot PRK ini. Penggundi-penggundi Cina dan India juga dianggar menggalami penurunan, iaitu hanya 65% sahaja yang turun menggundi.
Dengan peratusan dianggar 56% sahaja yang turun mengundi, undi Melayu majoritinya diraih pihak lawan, 12,473 undi sementara PH hanya mendapat kira-kira 6,054 undi sahaja hampir sama dengan yang diraih dalam PRU 14. Suasana pengundian diatas menunjukkan Pakatan Harapan nampaknya gagal menambah pengaruhnya dikalangan pengundi Melayu, meskipun calonnya ialah seorang bakal Perdana Menteri Malaysia.
Untuk makluman anda, negeri Sembilan merupakan sebuah kubu kuat BN dikalangan orang Melayu. Dalam PRU 14 regression analisis kami menunjukkan hanya 26.2% sahaja undi Melayu yang menggundi Pakatan Harapan manakala sokongan daripad akaum Cina ialah 99.8% dan kaum India 71.5% dengan butiran dapatan regression analisis seperti berikut:
Analisis Keputusan PRU 14 Negeri Sembilan mengikut Kaum
Keterangan       Melayu   Cina   India    R Squared
Mengundi PHÂ Â Â Â Â Â Â Â Â 26.2%Â Â Â 99.8%Â Â 71.5%Â Â Â Â Â 98.5%
Std Error             0.047    0.118   0.285
T Value               5.54    8.45    2.51
Sekian wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
DAH IKHWAN